March 02, 2017

Mengundang Rezeki


  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin setiap pagi
  • Ada yang mengundang rezeki dengan mencium tangan ibunya lalu minta didoakan
  • Ada yang mengundang rezeki setiap minggu dengan mendatangi anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW
  • Ada yang mengundang rezeki setiap pagi ketika berangkat ke tempat kerja dengan bersedekah kepada sesiapa sahaja.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap malam Jumaat dengan membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al Quran sehingga terbit fajar, lalu menatap langit dan mengangkat tangan berdoa.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat, 100% keuntungan jualannya disedekahkan
  • Ada yang mengundang rezeki setiap bulan, 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhannya Maha Kaya
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali hadir ke rumah orang miskin. Dia mengangkat sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan kepada orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan membaiki jadual solat 5 waktunya berjemaah di masjid dan Allah akan memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi dia solat dhuha & berdoa. Ketika orag lain sibuk dia memilih untuk mengadap Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki setiap 1/4 malam bangun solat tahajud, berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho dan hidupnya juga berkah.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan menanam pokok agar semua makhluk di bumi boleh menikmati oksigen.

Sumber : perkongsian sahabat di WA group
Gambar : WA Group (kenangan di Mekah) - edited


6 comments:

  1. Pelbagai cara mengundang rezeki. Info yang bermanfaat. Terima kasih Kak Fidah :)

    ReplyDelete
  2. Banyak cara jemput rezeki kan
    .
    Sama sama kita amalkannya

    ReplyDelete
  3. Pelbagai cara boleh dilakukan utk mengundang rezki dari langit

    ReplyDelete
  4. rezeki di mana mana. tanyalah tangan, bagaimana hendak meraih rezeki2 itu

    ReplyDelete
  5. rezeki ada di mana2. pelbagai cara utk berkongsi rezeki

    ReplyDelete
  6. Rezeki semuanya atas izin kurniaanNya.. hanya kepadanya kita berserah dgn usaha, yakin dan tawakkal, in shaa Allah...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers