<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Petua Wajah Cantik Berseri

Februari 09, 2017

Petua Wajah Cantik Berseri

Assalamualaikum
Saya terbaca petua ni di FB. Saya pun belum mencuba lagi sebenarnya.
Mintak izin nak tepek kat sini. Mana tau nak guna, senang nak refer.
Wanita mana tak mahu kelihatan cantik. Betul tak?
Tambahan pula bahan-bahannya mudah dicari serta harga pun berpatutan.



Melicinkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomata masak. Lecek hingga halus. Kemudian, pupurkan di seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat / dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian, campurkan keduanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Sapukan ke muka dan biarkan kering.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan selawat sebanyak 3x sebelum mencuci ke muka dan sapukan air tersebut ke muka. In shaa Allah, akan berserilah muka

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggukana air basuhan beras yang ke 3. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebiji lobak merah dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan dan sapu ke kulit sehari sekali. Amalkan hingga berkesan.

Kulit Cerah Dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan badan. In shaa allah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata dibahagian yang berparut. Sapukan sekerap mungkin. In shaa Allah, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.




Sekian. Wassalam.
Selamat Mancuba
Sumber : FB
Gambar : Google


Label:

7 Ulasan:

Di 2/10/2017 05:07:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

saya pun memang suka mkn tomato ni
sedap

 
Di 2/10/2017 08:08:00 PTG, Blogger Elih Japahar berkata...

Perkongsian yang bagus.

Suka tgok wajah yg berseri sentiasa. Cuma wajah sy ni susah nk senyum je kahkahkah.

 
Di 2/11/2017 10:15:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Terima kasih petuanya FS...mana yg mudah boleh le kita amalkan ek.... Yang nak kena racik racik tu yg malas tu hihi...

 
Di 2/12/2017 04:13:00 PTG, Blogger paridah berkata...

BANYAK KHASIAT TOMATO UTK KSHTAN

 
Di 2/14/2017 10:52:00 PG, Blogger dear anies berkata...

dulu ms study ada yg ckp kat sy kalu gn kayu manis tu muka akn rs mcm panas sikit... x tau laa betul ke x sbb x penah cuba ;-)

 
Di 2/16/2017 08:47:00 PG, Blogger Qaseh Vee berkata...

sis selalu gak buat masker dan scrub . scrub tu , taburkan je gula kat permukaan tomato yg di belah dua . pastu sapu kat muka ...

 
Di 2/16/2017 05:02:00 PTG, Blogger Nour Adieb berkata...

sy prnh try tomato tu, letak kat muka. tapi sebab malas, tinggal terus. tak buat dah

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama