<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Hari Hari Busy

Februari 02, 2017

Hari Hari Busy

Assalamualaikum

Pejam celik...pejam celik...dah masuk bulan Februari. Rasa kejap aje masa berjalan.
Sorry sebab tak sempat nak bw dan singah di blog kawan-kawan lagi. Akhir-akhir ni memang sibuk siket.



Januari yang sibuk.
Memang bulan Januari tahun ni saya sibuk sangat. Bermula dengan menjaga Afiq dan berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan serta fisioterapi. Lepas tu nak bersiap sedia pulak untuk Afiq ke sekolah. Mama dia pun dah start kerja.

Alhamdulillah...tangan Afiq sudah semakin pulih dan sudah boleh menulis dengan tangan kanan.
Masa mula-mula hari tu, kesian jugak bila tengok dia menulis dan buat homework guna tangan kiri.

Afiq mula sekolah.
Masuk minggu ke 3 bulan Januari 2017 Afiq dah boleh pergi sekolah walau tangannya masih berbalut. Kesian juga bila kawan-kawannya sudah 2 minggu ke sekolah dan Afiq masih di rumah. Tapi seriau jugak takut ada budak-budak usik tangan dia. Nasib baik tak apa-apa.

Bila Afiq mula sekolah, Mama dan Ayahnya juga makin sibuk ler. Nak siapkan dia ke sekolah KAFA (pagi), nak pastikan dia tau naik bas untuk ke sekolah kebangsaan (tengah hari), nak ajar tunggu bas kat mana, beli makanan kat kantin sekolah dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Minggu pertama Afiq sekolah tu memang kelam kabut. Hari pertama dan kedua kena temankan dia. Lepas tu mengintip dari jauh tengok dia dah ok ke belum. Mak cik guard sekolah pun mungkin dah faham sangat bila nampak Mak mengintip Afiq kat luar pagar sekolah....hihi

Afiq pulak sebenarnya tak nak makan makanan kat kantin. Jadi kena jugalah Mak siapkan bekalan makanan untuk dia sebelum di hantar ke sekolah. Maka bertambah lagilah aktiviti pagi.

Malam pulak, macam biasa lepas balik kerja, kena check beg dia, teman buat homework dan siapkan pakaian / makanan untuk esok pagi.
Maklumlah..dah lama tak ada anak masuk darjah 1. Baru nak adjust balik jadual harian. :)
Masa Adham (anak sulung saya) awal-awal sekolah dulu, saya ada pembantu. Jadi aktivitinya tak sepadat sekarang.

Ok. Sampai sini aja nak cerita.
Cuma sekadar pengalaman peribadi dan kisah biasa-biasa saja untuk tatapan anak saya kelak.



Sekian. Wassalam.
2nd pic : google



Label:

6 Ulasan:

Di 2/02/2017 10:12:00 PTG, Blogger paridah berkata...

Afiq dh seronok ke sekolah tangan yg sakit pun dh makin pulih

 
Di 2/03/2017 08:32:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Alhamdulillah. Suka dia dapat gi sekolah. Terima kasih kak..

Sorry..tak sempat bw ke sana lagi..
In shaa Allah nanti saya berkunjung

 
Di 2/07/2017 05:28:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Alhamdulillah dah semakin pulih... syukurlah. Apa pun awal2 tahun mmg waktu sibuk kan. Keep calm and carry on :) :)

 
Di 2/10/2017 05:08:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

waalaikummusalam
cpt kan masa sekrg ni

 
Di 2/11/2017 10:18:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Ohhh anak masuk darjah 1 ye FS...nasiblah anak bukan yg jenis menangis ye FS. Kalau tau susah jugak tu...
Dengan kerja lagi, anak lagi...Adoiyai

 
Di 2/13/2017 01:08:00 PG, Anonymous Padin berkata...

hehee masa darjah 1, takde yang intip saya..
tapi saya yang intip kelas abang dan kakak saya.. :D

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama