<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Surah Yassin

Februari 12, 2017

Surah Yassin

Assalamualaikum
Ada sahabat yang share tentang pengertian surah Yassin ini di WA.
Saja nak tepek kat sini.
Bila-bila nanti senang nak refer.

Kita sering kali membaca surah Yassin. Tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut.



Ayat 1 - 9 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9
Orang jahat tidak nampak kita, terutamanya orang kafir

Ayat 12
Merupakan jantung Yassin. Rasulullah SAW berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin & mukminat

Ayat 22 - 23
Menjaga aqidah, memberi hidayah pada anak

Ayat 29
Untuk digunakan jika kita rasa ada orang memfitnah atau aniaya kita. Lebih elok jika dibaca dan ditiup ke muka orang tersebut.

Ayat 30
Untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t (harus sentiasa berada dihati dan diamalkan)

Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya adalah mengingat bahawa segalanya datang dari Allah swt, kita umat Nabi Muhammad s.a.w, kita umat Islam, dll

Ayat 33- 35
Elok dijadikan amalan bagi yang suka bercucuk tanam. In shaa Allah, tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36
Menerangkan bahawa kehidupan atau kejadian di dunia ini adalah berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya ditemukan jodoh. caranya adalah dengan baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati i.e Aqidah diri sendiri. In shaa Allah, hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t yang satu

Ayat 39
Mengisahkan tentang ilmu falak

Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t yang satu

Ayat 44
Mengisahkan tentang keseronokan dunia. Dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48
Ayat tentang kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t

Ayat 49
menceritakan tentang hari akhirat & kehidupannya.

Ayat 50
Menceritakan tentang setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58
Merupakan salam dari Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x

Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Elok dijadikan amalan.

Ayat 77
Baca jika hati rasa sedih, sebak atau kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang & badan. Untuk doa, bacalah bermula daripada ayat " dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal sudah hancur?"

Ayat 82
Untuk hajat. Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Sekian. Wasalam.
Moga bermanafaat.

Gambar : Google



Label:

3 Ulasan:

Di 2/14/2017 10:26:00 PG, Blogger dear anies berkata...

ohhhhh baru tau... nk amalkan juga laa baca ayat 78-79 kalu mengurut nnt

 
Di 2/24/2017 05:06:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Ha a jarang mendalami maksudnya. Main baca jer....

 
Di 3/07/2017 04:21:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

byk fadhilat surah yasin kan
terima kasih

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama