January 03, 2015

Kasihnya Tiada Sempadan...

Bismillahirahmaanirrahiim...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW


Pada suatu hari, ketika sahabat duduk bersama Baginda SAW, tiba-tiba Baginda berkata "Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudaraku". Kata-kata Baginda mengejutkan sahabat yang lain. "Bukankah kami ini saudaramu Ya Rasulullah?". Dengan lembut Baginda menjawab "Kalian adalah sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merindukan saudaraku"

Jawapan Baginda SAW itu masih belum memberikan pengertian jelas kepada sahabat lalu sekali lagi mereka bertanya. Sebelum menjawab pertanyaan sahabatnya, kelihatan air mata Baginda mulai bergenang lalu menitis perlahan hingga membasahi janggutnya.

Kemudian, Baginda Rasulullah SAW memberitahu "Saudaraku adalah orang yang tidak hidup se-zaman denganku, tetapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka. Aku mencintai mereka."

Demikian betapa besar kasih Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya, merentasi ruang masa dan zaman. Namun begitu,
Cintakah kita pada Rasulullah?
Rindukah kita pada Rasulullah?
Sudahkah kita mengikuti sunnahnya?


Salam MaulidurRasul...

Sekian. Wassalam.



Sumber : berita.cari.com.my (Kasih Nabi Kepada Umat Hingga Hujung Nyawa)
Gambar : Google



31 comments:

  1. good sharing kak fidah..salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam maulidur rasul Tasha..
      Thanks :)

      Delete
  3. seiring dengan akan datangnya maulud nabi mari kita sama2 mendekatkan diri dengan rosullulloh yakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      semoga kita terus mengikuti sunnahnya..
      Terima kasih Mas Yan :)

      Delete
  4. Semoga bagi umatnya yang selalu bershalawat kepada beliau dan menajlankan sunah-sunah beliau, insyaAllah akan mendapat Syafaat beliau , Amiiin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga istiqamah dalam mengikuti segala sunah Baginda..
      Aamiin...semoga medapat syafaat beliau..
      Teriman kasih ya :)

      Delete
  5. Tanda cintakan Rasul adalah mengikut semua sunnah2nya....
    Selawat dan salam utk rasul junjungan, semoga kita sentiasa mendapat syafaat darinya di sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selawat dan salam atas junjungan....
      Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda nanti...in shaa Allah..Aamiin
      terima kasih sudi ke sini. Salam kenal :)

      Delete
  6. Replies
    1. Salam maulidur Rasul..
      Terima kasih Etuza Etuza
      Salam kenal :)

      Delete
  7. terus terang untuk rasa rindu dan dan cinta mungkin belum, namun dalam hidup kita harus juga berusaha untuk mengikuti Alqur'an dan Sunnatullah. semoga kita termasuk orang-orang yang bisa mengamalkannya, amin yaa Rabbal alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..harus istiqamah dalam mengikuti sunah Baginda
      Moga termasuk dalam golongan yg mendapat syafat...aamiin

      Delete
  8. Salam Maulidur Rasul Fidah...Selawat & salam Ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW

      Salam maulidur Rasul Raudzah :)

      Delete
  9. Selawat dan salam kepada nabi rasul junjungan. Assalamualaikum Fidah.
    Perkongsian yang menyentuh hati dan terima kasih atas sokongannya selama ini.
    * mood utk up date post xde lagi kut tapi mood utk blogwalking dah mula muncul sikit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak kak Lynn...Rindeww!!!

      Salam Maulidur Rasul Kak Lynn and Happy New Year :)

      Delete
  10. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw. Mudah2an kita semua beroleh syafaatnya di akhirat kelak... aamiin. Salam Maulidur Rasul.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...semoga kita semua beroleh shafaatnya..

      Thanks Khir :)

      Delete
  11. selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.. salam maulidur rasul..

    ReplyDelete
  12. Allah humma solli ala saidina Muhammad , waala ali saidina Muhammad...
    Terasa malu pulak bila ada kalanya terlupa berselawat ke atas baginda kecuali dlm solat....

    ReplyDelete
  13. Sebaik-baiknya idola adalah baginda rosul S.A.W

    ReplyDelete