<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jun 2015

Jun 30, 2015

Membetulkan Pandangan Mata

Assalamualaikum

Nabi Musa a.s melihat seekor bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung, malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah dan isi perut yang terburai.

Akan tetapi, nabi Musa a.s berkata:
"Alangkah putihnya gigi anjing itu!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu nabi Musa menjawab
"Aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan dalam keburukan"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang, walaupun musuh kita sekalipun. In shaa Allah, hati kita akan menjadi senang dan tenang.
Sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesalahan.




Antara kata-kata mutiara tentang kebaikan:

  • Mata yang terindah adalah mata yang mampu untuk melihat kebaikan orang lain
  • Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, ia adalah cerminan untuk diri kita kerana orang yang hatinya bersih, akan selalu melihat kebaikan pada orang lain. 
  • Janganlah pandang kejahatan orang lain seolah dia pasti akan ke neraka dan jangan juga memandang kebaikan diri sendiri seperti kita pasti ke syurga.
  • Jika kita tidak dapat menemukan kebaikan dalam diri orang lain, itu adalah antara tanda yang kita telah kehilangan kebaikan dalam diri kita sendiri.

Sekian. Peringatan untuk diri saya sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.
Wassalam



Gambar: google






Label:

Jun 26, 2015

Belajar Dari Pengalaman


Untuk pertama kalinya saya mencuba resipi agar-agar cendol.
Sila kasi chance saya tepek gambar kat sini sebagai kenangan.
Sebab saya juga refer pada blog lain utuk mendapatkan resipinya, sila ke link ini untuk mendapatkan resipi asal.

Selama ni, berkali-kali nak buat, cuma tak ada kesempatan. Malas pun ada...haha :)
Nasib baik dapat juga beroperasi. Walaupun suami dan anak-anak kata rasanya sudah menepati piawai (dalam erti kata lain, agar-agar habis dimakan dan tiada orang sakit perut...huhu) tapi saya rasa ada bahagian-bahagian lain yang masih boleh diperbaiki.

Selain daripada dapat makan agar-agar cendol, apa yang penting bagi saya juga adalah mendapat pengalaman baru. Kalau tidak cuba membuatnya, pastinya saya masih tidak tahu cara-cara membuat agar-agar cendol (secara praktikal) dan tidak dapat mengkaji apakah kekurangan yang ada serta bagaimana caranya untuk memperbaiki kelemahan tersebut di masa hadapan.

Mungkin kerana itu juga sesetengah orang menyuruh kita belajar sendiri dari pengalaman. Walaupun ini hanya satu pengalaman kecil, tidak mustahil jika ianya boleh menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Moral of the story:
  • Jangan takut untuk mencuba. Remember..every accomplishment starts with the decision to try.
  • Jangan takut atau kecewa jika tersilap melakukannya. Belajar dari pengalaman dan kesilapan, mungkin itu lebih baik. Remember...mistakes are the stepping stones to learning.
  • Bersedia untuk menerima kritikan yang membina dan cuba untuk memperbaikinya. Manalah ada manusia yang sempurna dan tidak semua orang boleh berjaya pada percubaan kali pertama.
  • Sentiasa positif...walau kadangkala susah nak buat.
Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Sekian. Wassalam.

Label:

Jun 25, 2015

Mata

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin bercerita tentang mata. Apakah yang dimaksudkan dengan MATA?




  • Mata....adalah organ penglihatan yang dikurniakan kepada kita. Oleh itu, gunakanlah anugerah ini sebaiknya.
  • Mata-mata....ada juga yang memanggilnya sebagai mata-mata gelap atau detektif. Kerjanya lebih kurang macam polis.
  • Mata mata-mata...tak lain dan tak bukan adalah mata kepunyaan mata-mata
  • Mata hati....cuba pejamkan mata anda yang bayangkan wajah anak-anak dan suami/isteri. Pasti boleh kan. Itulah hebatnya mata hati. Mata hati adalah mata bagi hati atau boleh juga dikatakan kebolehan mengenal yang dimiliki oleh hati yang dipanggil batin atau kalbu.
  • Mata air.....ada yang memanggilnya sebagai punca air. Tapi, kalau mengikut simpulan bahasa, mata air adalah kekasih.
  • Mata duitan......ini adalah gelaran khas untuk orang yang hidupnya bermatlamatkan wang sahaja.
  • Mata kerbau....pastinya mata kerbau adalah mata milik sang kerbau. Selain daripada itu, mata kerbau adalah istilah yang digunakan untuk telur yang digoreng bulat. Contoh ayat yang biasa kita dengar kalau di kedai makan "Kak, Nasi goreng ikan masin dengan telur mata satu".
  • Mata kucing....adalah mata kepunyaan kucing. Mata kucing juga adalah nama sejenis buah. Dan tahukah anda, 'mata kucing' juga adalah sejenis solekan mata yang lebih dikenali sebagai 'Cat Eye' makeup. 
  • Matahari.....ia adalah sejenis bintang, sama dengan bintang-bintang lain di langit malam. Matahari adalah bintang bersaiz sederhana dan jaraknya lebih kurang 150 juta kilometer dari bumi. Selain dari itu, matahari adalah nama sejenis bunga (bunga matahari) dan jika kita menambah perkataan 'ku' di belakangnya, jadilah seperti tajuk lagu Agnes Monica.
  • Sakit mata....maknanya dalam simpulan bahasa adalah tidak suka melihat sesuatu. Contoh ayat.."eeeiiii!!!! Sakitnya mata aku tengok cara dia berpakaian". Tapi, dalam istilah perubatan, sakit mata adalah sejenis penyakit yang menyebabkan mata menjadi merah. Selain daripada itu, ia juga menjadikan mata kita merasa sakit, berair, lebih sensitif pada cahaya dan kabur. Kerana sakit mata, saya diberi cuti sakit selama beberapa hari serta dikuarantinkan kerana bimbang penyakit ini akan berjangkit. Dan kerana sakit mata jugalah, aktiviti blogging dan BW saya sedikit tergendala. Jadi, saya minta maaf jika terlambat untuk membuat kunjungan balas :) 

Semoga cepat diberikan kesembuhan..
Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia dan yang menghilangkan kesusahan....sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha menyembuhkan. Tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhan dari Mu...Sembuh yang tidak diiringi sakit atau penderitaan...Aamiin

Sekian. Wassalam.

Label:

Jun 23, 2015

Sedetik Lebih

Assalamualaikum
Entri kali ini tiada kaitan dengan lagu Anuar Zain!

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peristiwa sejarah dunia yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir.....iaitu 'mencuri' masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan dengan waktu Sabah dan Sarawak pada 11.30 malam, 31 Disember 1981. 

 Peristiwa itu telah disaksikan oleh jutaan manusia di televisyen apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad 'dipusingkan' setengah jam!



Alasan Tun Mahathir ketika membuat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang (daylight saving). Selain daripada itu, perubahan waktu juga dilaksanakan untuk memudahkan urusan rasmi bagi kedua tempat yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Waktu tersebut juga adalah sama dengan bandar-bandar besar lain seperti Hong Kong, Manila dan Beijing.

Kerana tindakan Tun itu juga Singapura telah mengkaji dan menyelaraskan waktu mereka sama dengan Malaysia.
Sebelum itu, waktu di Indonesia hanya 30 minit lewat dari Malaysia, tapi sekarang perbezaan waktunya telah menjadi 1 jam.

Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa waktu berbuka rakan-rakan saya di Sabah dan Sarawak lebih cepat berbanding di sini. Mana tak nya..mereka berbuka puasa pada sekitar jam 6.30 pm sedangkan saya menunggu sehinga jam 7.30 pm baru boleh berbuka puasa!

Selain dari faktor kedudukan, rupa-rupanya ini adalah antara sebab utama...huhu

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : radiuse.blogspot.com
Gambar: Swiss Watch Gallery (edited by Idah)


Label:

Jun 22, 2015

Sesak di Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Kuala Lumpur = Kesesakan jalan raya
Sinonim kan...kecuali di pagi raya atau hari-hari tertentu di mana semua orang KL balik ke kampung masing-masing.


Menurut kajian, warga KL 'terperangkap' hampir 250 juta jam setahun disebabkan oleh kesesakan jalan raya. Dan pastinya keadaan itu sangat merugikan masa, tenaga dan produktiviti.
Berikut adalah antaa penyebab kesesakan lalulintas di KL:

  • Terlalu banyak kenderaan. Menurut statistik jumlah pendaftaran kereta meningkat pada kadar yang tinggi setiap tahun.
  • Kebergantungan warga KL terhadap pengangkutan awam adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar seperti Tokyo, Seoul, Singapura dan Hong Kong....eeemm kenapa ya? Pendapat peribadi saya, mungkin kerana perkhidmatan pengangkutan di bandar-bandar tesebut lebih cekap dan juga jaringan perjalanan ke destinasi-destinasi pilihan juga lebih banyak. Jadi, hanya dengan menaiki pengangkutan awam sahaja, mereka boleh ke mana-mana destinasi pilihan dengan mudah.
  • Harga dan sewa kebanyakan rumah yang berhampiran dengan khidmat pengangkutan awam adalah lebih mahal. Jadi, pada warga yang tidak mampu untuk membeli atau menyewa di kawasan tersebut, terpaksa juga memiliki dan menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja walaupun hanya kenderaan jenis murah atau terpakai.
  • Kegagalan perlaksanaan flexi working hour di kebanyakan syarikat yang menawarkan kerja. Ini ditambah lagi dengan kemasukan kenderaan-kenderaan besar yang pastinya akan menyempitkan lagi jalan raya terutamanya di waktu-waktu puncak/ utama.
  • Terlalu banyak persimpangan dan lampu isyarat.
  • Kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya. Lebih malang jika kerja-kerja tersebut dibuat pada waktu-waktu puncak di mana sebahagian jalan raya terpaksa di tutup bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan.
  • Kemalangan jalan raya
  • Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
Tidak dinafikan bahawa pelbagai usaha telah pun di buat untuk menyelesaikan masalah ini contohnya dengan menaik taraf mutu pengangkutan awam serta menempatkan polis trafik di waktu-waktu utama bagi mengawal lalu lintas.
Disamping itu, mutu dan sistem jaringan jalan raya juga terus diperbaiki antaranya dengan mewujudkan lebih banyak lebuh raya (highway) yang pastinya akan menambahkan lagi perbelanjaan tol..huhu

Masalahnya sekarang, jalan raya masih terus sesak dan adakah inisiatif yang dibuat masih tidak mencukupi?

Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Semoga perjalanan kita juga selamat ke destinasi masing-masing.

Sekian. Wassalam.

Baca juga : Ingin Ubah Tapi....


gambar : google
sumber : Artikel, Rethinking urban transport and cost of high car ownership (The Edge (Malaysia)), Seksanya Memandu di Kuala Lumpur (www. utusan.com)







Label:

Jun 20, 2015

Syukur Alhamdulillah



Allah S.W.T berfirman; Maksudnya " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah' (Surah Al-Baqarah 2:172)

Alhamdulillah, kita telah menunaikan kewajiban berpuasa di hari ke-2 Ramadhan. Bersyukur juga kerana di kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk contohnya  makanan, tempat tinggal yang selesa dan juga kesihatan untuk kita meneruskan kehidupan. Kalau difikirkan, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang tidak terhitung oleh kita.

Kenapa perlu bersyukur:

  • Bersyukur dapat memberikan ketenangan. Dengan bersyukur kita dapat menjauhkan banyak perkara negatif seperti marah, kecewa, gelisah dan sebagainya.
  • Bersyukur dapat memberikan rasa kecukupan. Dapat bernafas juga merupakan satu nikmat. Dengan bersyukur kita akan sentiasa melatih diri kita supaya sentiasa berterima kasih dengan kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya.
  • Bersyukur dapat membersihkan jiwa. Manusia yang jiwanya bersih akan merasa semakin dekat dengan Penciptanya dan sedar bahawa segala nikmat itu adalah kurniaan Allah yang harus dipergunakan ke arah kebaikan.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Sekian. Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Wassalam.


Label:

Jun 18, 2015

Tips Berbelanja Di Pasar Ramadhan

Assalamualaikum

Ada orang panggil Pasar Ramadhan...ada juga orang dah ringkaskan namanya menjadi Param
Namun apa yang penting, apakah tujuan orang ke sana. Mestilah untuk mencari juadah berbuka puasa. Pasti banyak makanan, kuih muih dan segala jenis air di jual di sana. Tapi jangan terlebih berbelanja pulak ya...sebab sebelum berbuka puasa, memang semuanya nampak best. Cuba kita pergi pasar Ramadhan selepas berbuka puasa..

Berikut adalah tips berjimat belanja jika ke Pasar Ramadhan:
  • Tetapkan budget. Bawa sejumlah wang yang diperlukan sahaja. Secara tidak langsung akan mendisiplinkan diri untuk membeli makanan yang betul-betul perlu dan mahu sahaja.
  • Fokus pada makanan yang hendak dibeli. Contohnya nasi ayam atau nasi bariyani. Jadi tidaklah kita melencong ke gerai soto, mee bandung, mee rebus, nasi lemak atau kambing golek...
  • Buat survey dulu..kalau larat, buat satu pusingan di Pasar Ramadhan pilihan anda. Mungkin nasi ayam kedai paling hujung lebih sedap dari kedai paling depan. Kan dan menyesal tak tengok dulu..
  • Mana yang sedang berdiet tu..lagilah kena beringat. Selalu-selalulah tengok baju kebaya idaman yang hendak dipakai di waktu hari raya nanti sebelum ke Pasar Ramadhan. Pasti akan menambah motivasi supaya tidak membeli makanan berlebihan...huhu
Kalau nak mudah bawa barang-barang, boleh ikut tips brother ni :D

Sebenarnya, saya jarang ke pasar Ramadhan. Bukanlah sebab rajin sangat nak memasak, tapi sebab tak sempat. Selalunya sampai rumah dah agak lewat...mana nak berebut ambik anak di rumah pengasuh (selalunya di bulan Ramadhan pengasuh pesan supaya ambil anak awal) dan kalau pergi pun, pilihan dah tak berapa menarik.
Jadi, untuk judah berbuka puasa, kalau sempat masak, saya masaklah apa yang termampu. Kalau rasa-rasa tak sempat, beli ajelah makanan di cafe tempat saya bekerja...hihi..senang juga kan :)

Sekian. Wassalam.
Selamat Berpuasa.

Gambar : whatsapp.

Label: ,

Jun 17, 2015

Salam Ramadhan 1436H / 2015M



Assalamualaikum
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas segala salah dan silap...
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya dan moga segala amal ibadah kita di terima oleh-Nya..Aamiin

Sedikit perkongsian tentang beberapa kesilapan dalam bulan Ramadhan (oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman)
  • Makan dengan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
  • Tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan berbuka
  • Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana solat Terawih
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi harta haram
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah yang lain
  • Menunaikan solat Terawih di masjid dengan niat ingin meriah
  • Hadir berjemaah solat Terawih tapi tidak berjemaah solat 5 waktu
  • Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak solat subuh berjemaah
  • Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan
Moga kita dapat manafaatkan Ramadhan kali ini sebaiknya.


Sekian. Wassalam.

Foto : Ihsan dari Sahabat



Label:

Jun 16, 2015

Andai Kita Terjatuh

Assalamualaikum

Entri atau postingan kali ini bukanlah untuk menceritakan tentang ringgit Malaysia (RM) yang kian jatuh kerana ceritanya akan menjadi panjang.
Walaupun kejatuhan ringgit akan menyebabkan harga barangan import semakin mahal dan kuasa 'melancong' kita ke luar negara semakin kurang, namun ada juga pihak yang mengatakan kejatuhan ringgit akan meningkatkan lagi industri pelancongan di Malaysia. Para pelancong akan suka kerana kos di Malaysia akan menjadi murah (bagi mereka) disebabkan nilai mata wang mereka yang kukuh. Selain dari itu, para pengeksport akan mendapat manafaat yang besar kerana barangan eksport negara kita akan menjadi 'murah' dan secara tidak langsung, permintaan terhadap barangan tersebut akan meningkat...katanya-lah..


Sebenarnya entri kali ini adalah untuk berkongsi tips tentang apa yang perlu anda buat jika terjatuh, terutamanya di tempat awam. Pasti malu kan. Berikut adalah beberapa tips untuk cover malu :)

  • Kalau terjatuh kerana tersepak batu atau benda-benda lain - Jangan terus bangun, sebaliknya anda cuba baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Selepas itu, barulah bangun bila tiada orang nampak.
  • Kalau terjatuh dari basikal - Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi berkali kali supaya orang ingat yang anda sedang buat lawak jenaka.
  • Kalau terjatuh tangga -Terus bersilat, seolah-olah anda sedang cuba dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  • Kalau terjatuh di dalam longkang - Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat. Pasti orang akan menyangka yang anda adalah seorang yang amat perihatin dengan kebersihan.
  • Kalau terjatuh ketika naik bas - Jeritlah kuat-kuat. "Oiii!! Apa tolak-tolak ni?"...walaupun tiada orang di belakang anda.
  • Kalau terjatuh di depan bus stop - Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang datang menolong. Jika tiada orang yang datang membantu, baring terus sampai malam dan bila tiada lagi orang di bus stop itu..haa..inilah masa yang sesuai untuk bangun.
  • Kalau jatuh tergelincir di lantai dansa licin - Tariklah kawan (atau sesiapa sahaja di sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama. Jadi, anda tidaklah berasa malu sorang-sorang...kan?...

Sekian untuk tips kali ini :D:D
Wassalam.

Sumber : FB
Gambar : Google

Label:

Jun 14, 2015

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum

Nasi carrot, cara memasaknya lebih kurang seperti nasi minyak. Hanya ditambah carrot atau lobak merah di dalam nasi. Ini adalah menu pilihan saya kalau di bulan Ramadhan. Sebab utama adalah untuk memastikan anak-anak saya memakan sayur (carrot) walaupun rupa sayur tersebut dah nampak sipi-sipi aje..huhu


Bahan-bahan (Nasi Carrot)
*Resipi Nasi Minyak Kak Tita yang telah di modify menjadi nasi carrot.

  • 1 biji bawang besar, 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih (dihiris)
  • Rempah penumis (2 biji bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang & 1 batang kayu manis)
  • 1 cm halia (dihiris kasar)
  • 1/2 ke 1 biji carrot (ikut besar carrot - diparut halus)
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun ketumbar (dihiris kasar)
  • 4 sudu minyak sapi untuk menumis
  • 2 gelas beras (Kalau dapat beras basmathi lagi bagus) - Basuh bersih dan toskan
  • Air (ikut sukatan jenis beras masing-masing. Biasanya nisbah 1:1)
  • 1 helai daun pandan - simpulkan cantik-cantik :)
  • 1/2 gelas susu cair - campurkan dengan perahan 1/2 biji lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Masukkan minyak sapi ke dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan rempah penumis 
  • Masukkan serbuk ketumbar dan halia.
  • Setelah bawang layu-layu manja, masukkan carrot yang telah diparut
  • Setelah carrot layu-layu, masukkan beras yang telah ditoskan. 
  • Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata (di dalam kuali)
  • Masukkan daun ketumbar dan daun pandan
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi/ rice cooker
  • Tambahkan air. Masaklah bahan-bahan tersebut.
  • Setelah nasi hampir kering, tuangkan susu cair yang telah dicampur dengan perahan lemon. Nota : slow and steady, jangan sampai beras/nasi pecah :)
  • Kukus nasi tersebut (kalau nak sambung masak nasi guna rice cooker pun boleh). 
  • Tunggulah sehingga nasi masak dengan sempurna.

Ayam Masak Merah:
  • 1 ekor ayam (gaul dengan garam dan kunyit. Goreng - tapi jangan sampai garing)
  • 2 biji bawang besar, 3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 tangkai daun ketumbar (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 10 biji cili merah (di kisar - nak pedas boleh tambah)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/4 gelas susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  • Tumis bahan kisar sehingga garing atau pecah minyak. Masukkan serai
  • Masukkan tomato puri. Masak hingga garing
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. 
  • Masukkan susu cair. Boleh tambah sedikit air jika bahan terlalu pekat.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sebati dan warna pun dah ok (agak merah pekat) bolehlah diangkat.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi carrot tadi. 


Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam

When you learn, teach. When you get, give - Maya Angelou



Label:

Jun 13, 2015

Jangan Terpedaya



WANITA:
20an   : Mengancam
30an   : Macam-macam
40an   : Terancam
50an   : Semacam
60an   : Susah dah nak cam

LELAKI
20an   : Bergaya
30an   : Bercahaya
40an   : 'Di Pertengahan Usia'
50an   : Tak boleh percaya
60an   : Dah tak bermaya

Sahabat-sahabat ku....
JANGAN TERPEDAYA dengan usia MUDA
Kerana syarat MATI tidak harus TUA

JANGAN TERPEDAYA dengan tubuh SIHAT
Kerana MATI tidak harus SAKIT

JANGAN TERPEDAYA dengan HARTA kekayaan
Kerana Si Kaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan untuk dirinya meskipun hanya selembar

Mari terus berbuat BAIK
Berniat untuk menjadi lebih BAIK
Berkata yang BAIK-BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
Meski pun tidak ramai orang yang mengenali mu atau tidak suka dengan nasihat mu
Cukuplah ALLAH mengetahui niat mu

Jadilah bagai JANTUNG
Yang tidak TERLIHAT tapi terus BERDENYUT setiap saat
Hingga kita dapat terus HIDUP
Berkarya, berkongsi pengetahuan dan memberi manafaat di sekeliling kita....sehingga diberhentikan oleh Nya

Sekian. Peringatan untuk diri sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaat.
Wassalam.

Sumber: Whatsapp

P/S : Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk. Cuma merakamkan peristiwa semalam di mana kunci kabinet saya telah patah dan saya tidak dapat untuk membuka pintu kabinet tersebut. 
Nasib baiklah ada beberapa orang rakan sekerja yang agak berbakat dalam bidang pertukangan.....eeeeeeemmmmmm
Akhirnya, pada pukul 4.45 pm semalam, pintu kabinet tersebut berjaya di kopakkan....huhu




Label:

Jun 12, 2015

Never Too Late

Assalamualaikum...

Hari tu beria membeli roti. Yang bersaiz jambo lagi. Abih2 roti terbiar jek..sebab keluarga saya lebih suka makan nasi :)....Bila tengok tarikh, expiry date sudah hampir...eermm apalah nak dibuat dengan roti tu....Nak buang macam tu aje, sayang pulak.

Semalam, sampai rumah dah agak lewat. Nak keluar makan, macam malas pulak. Lagipun, rasa bersalah tengok roti tu...huhu. Google punya google, dapatlah beberapa resipi...saya modify mengikut apa bahan-bahan yang ada di rumah...
Saja nak tulis resipi kat sini, esok-esok senang nak refer :)


Resipi Roti Bakar Daging:

A. Bahan Inti
  • 250gm daging
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1/2 biji carrot (hiris halus)
  • Serbuk lada hitam
  • 2 tangkai daun sadri
  • Setengah biji lada merah (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih
  • Masukkan daging (masak hingga empuk)
  • Masukkan carrot.
  • Masukkan serbuk lada  hitam
  • Masukkan garam dan lada merah yang telah dihiris
  • Masukkan daun sadri
  • Tunggu hingga masak dan kering
  • Sejukkan

B. Bahan Lapisan Roti
  • 8 keping roti
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu
  • 4 keping cheese (cheddar)
  • Sedikit cheese mozzarella

Cara-cara:
  • Campurkan telur dan susu - pukul rata..
  • Sapukan loyang (bekas pembakar) dengan sedikit butter
  • Celupkan roti ke dalam campuran susu dan telur - satu persatu
  • Susunkan roti ke dalam loyang
  • Setelah siap lapisan pertama, taburkan daging dan susun cheese (cheddar)
  • Ulang langkah untuk lapisan ke 2
  • Setelah siap, taburkan daging dan cheese (cheddar dan mozzarella) dipermukaan. Kalau ada lebihan campuran telur dan susu, tuang sekali.
  • Bakar dalam 15 min pada suhu 160c
  • Setelah masak, sejukkan sebentar dan makanlah di waktu roti masih lagi suam-suam kuku.


Sekian. Wasaalam.


Label: ,

Jun 11, 2015

SME : Cabaran dan Masa Depan

Assalamualaikum

Small Medium Enterprise (SME) atau Industri Kecil Sederhana (IKS) memang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Walaupun saya bukan lah seorang usahawan atau usahawati,  secara langsung atau tidak, kehidupan kita berkait rapat dengan SME. Dari membeli ikan di pasar, barang keperluan di kedai runcit, baju atau buku di kedai sederhana besar, semuanya adalah termasuk dalam kategori SME.

Dengan keadaan ekonomi dan pasaran yang semakin mencabar, pasti akan membawa impak kepada keseluruhan prestasi kewangan SME. Contohnya jika berlaku kenaikan kos seperti kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, bahan mentah dan kos pinjaman wang di bank, maka akan naik jugalah kos operasi SME. Itu belum lagi termasuk syarat gaji minimum pekerja, GST serta segala cukai atau kos-kos lain yang harus ditanggung.
Akan tetapi, ianya akan menjadi lebih menyedihkan sekiranya kos-kos tersebut disalurkan kepada KITA, sebagai pengguna akhir...huhu


Berbalik pada topik asal. Apakah cabaran yang dihadapi oleh SME selain daripada kenaikan kos-kos yang dinyatakan di atas. Berdasarkan artikel yang pernah saya baca, berikut adalah cabaran yang di hadapi oleh perniagaan SME hari ini:
  • Halangan untuk mendapat pinjaman kewangan di sebabkan kurangnya rekod kewangan atau aset untuk dijadikan cagaran
  • Pasaran terhad 
  • Kurang pengalaman dalam bidang pengurusan
  • Kurang pekerja yang berkemahiran
  • Kurang mendapat informasi tentang pasaran, teknologi terkini dan sumber bahan mentah.
  • Tiada 'link' atau 'connection' untuk import dan eksport barangan.
  • Saluran komunikasi yang terhad dan kurang 'hubungan' dengan syarikat-syarikat besar atau multinasional
Tidak dinafikan, berbagai langkah telah pun di ambil untuk terus menyokong perkembangan SME. Ini termasuk bantuan dari segi kewangan, khidmat nasihat, latihan kemahiran, kursus keusahawanan, sokongan infrastruktur (seperti pembangunan perisian, permis kilang) dan sebagainya. Barbagai agensi juga telah ditubuhkan untuk memastikan perniagaan SME terus berkembang maju (Sasaran: 41% sumbangan kepada GDP pada tahun 2020).

Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, ditambah lagi dengan sikap pengguna yang lebih berhati-hati, kenaikan kos operasi serta saingan yang sengit dari syarikat-syarikat besar, adakah bantuan yang diberikan itu cukup untuk terus memastikan perniagaan SME terus stabil dan berdaya saing untuk masa hadapan?

Sekian. Wassalam.

Sumber: Pelbagai
Gambar: Google

Label:

Jun 09, 2015

Strategi 'Win Win'



Ketika memarut kulit oren untuk dijadikan salah satu bahan untuk cup cake tempoh hari, saya teringat pada satu kisah yang pernah diceritakan di  krusus yang pernah saya hadiri. Kisah tentang buah oren. Katakanlah ketika saya mahu membeli oren tersebut, hanya tinggal SEBIJI sahaja oren di pasar. Saya memerlukan kulit oren tersebut untuk di buat kek atas permintaan anak saya. Tapi, di waktu yang sama, ada seorang pemuda ingin membeli oren itu juga untuk isterinya yang ingin memakan buah oren. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Kalau diambil jalan penyelesaian paling mudah dan adil, belah saja oren itu menjadi dua, Tapi, adakah itu solusi yang terbaik? Pada saya TIDAK kerana saya cuma inginkan kulit oren dan pemuda itu mahukan buah oren. Jadi, alangkah baiknya jika dapat berbincang dan mengetahui masalah sebenar supaya kaedah penyelesaian masalahnya nanti dapat memberi faedah yang maksimum kepada kedua pihak. Itulah yang sebenarnya dipanggil 'Win Win Solution'


Dalam hidup ini, kita memang tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, terserah pada diri kita untuk berfikir dan menyelesaikannya. Apa yang akhirnya kita akan dapat, bergantung ada apa yang kita lakukan.

Tidak dinafikan bahawa strategi 'win win' juga sangat berkait rapat dengan kaedah 'problem solving'.
Berikut adalah beberapa kaedah tentangnya:
  1. Mengetahui masalah sebenar (root cause) yang dihadapi
  2. Bertukar maklumat dan informasi yang relevant dengan masalah yang dihadapi. Perlu juga teknik tentang 'bertanya soalan' yang betul.
  3. Membina kepercayan (terhadap orang serta maklumat yang diperolehi)
  4. Jadilah pendengar yang baik. Skill mendengar juga penting supaya kita tidak mendapat maklumat yang salah atau tidak jelas. Bukankan ini akan mengelirukan?
  5. Perlu juga perasaan simpati dan timbang rasa.
  6. Berbincang secara effektif tentang beberapa jalan penyelesaian (possible solutions)
  7. Berfikirlah secara kreatif dan pilihlah jalan penyelesaian yang terbaik serta dapat memberi faedah maksimum kepada kedua pihak.
Semoga tips ini bermanafaat. Tidak kiralah masalah di pejabat, di rumah, di kawasan kejiranan atau sebagainya, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik jika kita menanganinya dengan bijak dan sabar.

Sekian. Wassalam.

If you define the problem correctly, you almost have the solution - Steve Jobs

Sumber: Nota semasa kursus
Gambar: Google.

Label:

Jun 07, 2015

Cup Cake


"Mama..Afiq nak cup cake. Bila mama nak buat untuk Afiq?" anak bungsu saya menuntut janji. Memang pernah berjanji padanya, tapi belum berkesempatan kerana minggu lepas saya memang sibuk dengan urusan kerja.

Selain sibuk, saya sebenarnya tidak begitu minat dengan bab-bab 'baking' ni...
Teringat zaman muda remaja dulu (baca: sekarang masih muda juga, cuma tak remaja..huhu), kalau arwah mak minta saya menolongnya buat kek, pasti mulut muncung se-depa...

Demi menunaikan janji, petang tadi saya beroperasi. Resipi kek, saya ambil dari resipi Kak Ikin Kasut Tinggi, akak di office yang terkenal dengan kek orennya. Tapi saya modify resipi beliau untuk jadikan cup cake.

Resipi :

Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 160gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250gm self raising flour (tepung naik sendiri)
  • Parutan kulit oren (dari sebiji oren). Saya gunakan jenama sunkist. Sila pastikan labelnya dicabut dulu. Jangan parut dengan label sekali arrr :)
  • Sedikit jus oren (saya guna 2 sudu sunquick)

Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 150c sementara kita beroperasi dengan bahan-bahan kek.
  • Pukul butter dan gula kastor hingga kembang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Setelah adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Setelah adunan sebati, masukkan parutan kulit oren dan jus oren.
  • Susun kertas kek cawan (cup cake) di atas dulang pembakar. Masukkan adunan hingga 3/4 cawan penuh.
  • Bakar selama 25 ke 30 minit pada suhu 150c
Setelah kek masak, sedia untuk dimakan.
Kalau nak tambah icing warna warni kat atas kek tu, boleh cuba resipi icing/buttercream dari coursemate saya masa di kolej dulu, Kak Zana, yang baru saja memenangi pertandingan membuat kek di kawasan jajahannya.. :)


Bahan- bahan:
  • 150mg krimwell (boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek)
  • 50mg shortening (saya guna butter)
  • 200mg gula icing
  • Pewarna - ikut suka nak warna apa (semestinya saya gunakan warna kegemaran: purple, hijau dan putih..hehe)

Cara-cara:
  • Putar krimwell dan shortening/butter hingga kembang
  • Masukkan gula icing yang telah diayak
  • Putar hingga gebu.
  • Setelah gebu, asingkan mengikut bahagian warna yang diperlukan.
  • Tambahkan warna-warna kegemaran dan hias kek mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba :)
Wassalam.

We make a living by what we get. But we make a life by what we give

Label:

Jun 05, 2015

Adi Putra : Kisah Si Genius Matematik

Assalamualaikum.

Suatu ketika dahulu, negara kita heboh dengan kemunculan adik Adi Putra bin Abdul Ghani, seorang anak kecil yang sangat pintar di dalam ilmu matematik,  Di lahirkan di Perak pada 27 Januari 1999, beliau adalah seorang hamba Allah yang diberi kelebihan luar biasa dibidang matematik, terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 ke 6 digit semanjak usianya 6 tahun.

Pada tahun 2011, Adik Adi Putra juga pernah melancarkan buku, 'Seni Matematik Islam' yang memuatkan 12 daripada 235 formula matematik ciptaannya.



Soalnya, di mana adik Adi Putra sekarang?

Saya terbaca tentangnya di satu artikel di mStar Online. 
Menurut artikel tersebut, beliau kini banyak menghabiskan masa untuk memenuhi undangan sekolah dan universiti serta kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matamatik luar biasa miliknya. Selain daripada itu, Adik Adi Putra juga menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

Namun, sehingga sekarang adik Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan  akademik secara bertulis. Beliau juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu kerana faktor usia.

Menurut adik Adi Putra, cita-citanya untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya. Beliau juga pernah melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, namun behadapan dengan masalah dana kewangan.

Kalau saya menjadi Adik Adi Putra, apa yang saya akan buat ya?...eeehhhh

Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa tentang sistem pendidikan Malaysia yang sememangnya sudah diatur dan dirancang dengan teliti. Namun, pada saya, harus juga ada rancangan atau dana khas untuk golongan istimewa seperti Adik Adi Putra.

Mungkin dengan cara itu, ada banyak lagi genius-genius baru yang akan muncul dan boleh dibimbing, diasah serta diberi peluang mengikut kebolehan masing-masing. Bukankah dengan cara itu akan dapat melahirkan lebih banyak para ilmuan yang luar biasa kepintarannya, dapat memberi manafaat kepada masyarakat sekeliling, mengharumkan nama negara serta memartabatkan lagi umat Islam.

Siapa tahu kita bakal melahirkan para cendikiawan seperti Al-Khawarizmi dan Al-Buzjani yang terori-teorinya masih terkenal sehingga kini. Siapa tahu....

Sekian. Wassalam.

Gambar dan rujukan utama : mstar Online



Label: ,

Jun 03, 2015

Diam Tanda Setuju?

Assalamualaikum.



Selalu dengar orang kata. Diam tanda setuju. Tapi, betul ke?
Tapi, saya rasa tak macam tu.
Setelah dikaji-kaji, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang itu diam.

Antaranya:
  • Penat 
  • Keletihan yang amat atau orang panggil 'lunyai' kerana terlalu banyak berfikir
  • Sibuk sampai tiada masa untuk bercakap
  • Tak ada apa yang perlu dicakap
  • Terasa jauh hati / merajuk
  • Kesemua perkara di atas

Sebenarnya..itu saja nak share hari ni. Nak release tension siket sebab baru habis satu 'presentation' yang agak mencabar juga. Serious penat, kerana preparationnya macam nak 'rak'....eerrmmmm

Sekian. Wassalam.

p/s : gambar kucing di atas tiada kaitan dengan tajuk. Saja nak abadikan gambar kucing yang selalu duduk di depan rumah sebagai kenangan.


Label:

Jun 01, 2015

Rendang Daging, Hati & Paru


Assalamualaikum

Rendang...with xtra daun kunyit bertaburan.. :)

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kawan saya, Kak Nina, office mate yang memang pakar dalam hal masak memasak. Kalau kat office ada buat pot luck, rendang Kak Nina ni memang menjadi sasaran.

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu
250 gram hati
250 gram paru
1/4 cawan kerisik
Santan kelapa (1 kilogram - dah beli siap2 kat kedai, tak sure dari berapa biji...huhu)
1/2 cawan air asam jawa (boleh diganti dengan asam keping)
Gula melaka (ikut suka nak banyak mana. Saya guna 1/4 dari saiz)
Garam secukup rasa
2 sudu makan serbuk ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
* Saya tambah...

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
10 biji cili kering (boleh tambah jika mahu pedas)

Bahan mayang:
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit


Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Tambahkan serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Tumis lagi.
  • Masukkan daging, hati dan paru. Gaul rata semuanya.
  • Tunggu dalam 3 ke 4 minit
  • Masukkan santan. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Rasa manis dan masinnya
  • Bila daging sudah betul-betul empuk, masukkan kerisik dan gaul rata
  • Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang sudah dimayang.
  • Tunggu sehingga kuah pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
**Kalau keluarga saya, suka makan rendang ni dengan pulut kuning...

Sekian. Selamat mencuba.

"Knowledge increases by SHARING, not by SAVING


Label: