<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: April 2015

April 29, 2015

WW#4 Sabar dan Ikhlas




"BUKANLAH KESABARAN JIKA MASIH MEMPUNYAI BATAS DAN BUKANLAH KEIKHLASAN JIKA MASIH MERASA SAKIT"

Sabar dan ikhlas, 2 perkara yang senang disebut tapi amat susah untuk dilakukan. Cuba bayangkan bila kita disuruh bersabar dan ikhlaskan hati ketika kita benar-bebar tidak mampu untuk bersabar dan ikhlas. Kalau saya lah....pasti susah untuk melalukannya.
Mungkin kerana itu juga kedua-duanya mendapat kedudukan dan ganjaran yang tinggi dalam Islam.

Keutamaan Sabar & Ikhlas
  • Membuat hidup tenang dan teteram
  • Teguh dan istiqamah dalam memperjuangkan kebenaran
  • Dapat memiliki sifat zuhud (menerima dengan adanya apa yang diberikan oleh Allah SWT)

Semoga kita dikurniakan hati yang sentiasa sabar dan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Aamiin

Sekian. Wassalam.

p/s : Gambar pantai ini diambil ketika 'Team Building' program di Port Dickson @ Nov 14.  Bila tengok gambar ni, rasa teringin pulak nak pergi bercuti dan melihat kembali pantai yang tenang...macam dulu-dulu...hehe :)










Label: ,

April 28, 2015

Sambal Ikan Bilis dan Petai




Assalamualaikum

Demi menyahut cabaran kawan di office yang mengatakan ruangan resipi di blog ini terlalu 'sepi', maka hari ini saya akan kongsikan resipi Sambal Ikan Bilis dan Petai. Kebetulan jiran sebelah rumah ada memberikan beberapa papan petai, dapat juga dibuat sambal. Rezeki tu, orang kata...

Resipi:
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (dibersihkan dan di goreng)
  • 15- 20 tangkai cili kering (dikisar)
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia - dalam 1 cm (optional - dikisar)
  • Petai (ikut suka - saya guna dalam 3 papan petai)
  • Setengah mangkuk kecil air asam jawa
  • 1/4 mangkuk kecil santan (optional - tapi santannya jangan pekat sangat)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar (kalau ikut petua arwah emak saya, tumis sampai garing dan terbit minyak)
  • Masukkan sedikit air asam jawa (boleh ditambah air jika sambal terlalu kering)
  • Masukan petai
  • Masukkan ikan bilis yang telah digoreng 
  • Masukan garam dan gula
  • Tunggu hingga masak
  • Masukkan santan (optional)
  • Tunggu hingga masak dan mengikut kepekatan yang disukai.
  • Sedia dihidangkan
Nota : Untuk sambal ini, saya letak gula dan santan supaya ada rasa sedikit manis dan lemak.

Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam

Label:

April 27, 2015

Taksiran Bersama Atau Berasingan


TIPS UNTUK PASANGAN YANG SUDAH BERKAHWIN
Saya percaya, ramai orang tidak begitu suka dengan perkara ini. Walau bagaimana pun, kita harus menunaikan tanggungjawab dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan serta seluruh ahli keluarga.

Mengikut Seksyen 45, Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia berhak untuk memilih taksiran cukai BERSAMA atau BERASINGAN.

Sebenarnya tiada formula khusus untuk menentukan jenis taksiran mana yang paling sesuai dengan anda dan suami/isteri. Semuanya bergantung pada jumlah pendapatan yang dikenakan dan jumlah pelepasan cukai yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Contohnya, sekiranya anda dan suami/isteri mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi, adalah lebih baik jika memilih taksiran BERASINGAN kerana lebih tinggi jumlah pendapatan yang diisytiharkan, maka lebih tinggi cukai yang akan dikenakan (Remember! It will be depending on tax rate bracket).

Perbandingan diantara taksiran cukai BERSAMA dan BERASINGAN
Taksiran Bersama Taksiran Berasingan
Jumlah pendapatan suami dan isteri akan diisytihrkan sebagai satu jumlah pendapatan Suami dan isteri mengisytiharkan pendapatan masing-masing secara bersingan
Layak menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang Suami ATAU isteri boleh memilih siapa yang lebih layak untuk menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang
Layak menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 DAN untuk pasangan berjumlah RM3,000 Suami dan isteri masing-masing layak untuk menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 seorang


Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.
  • Bilangan anak (lagi ramai, lagi bagus. Kalau buat taksiran berasingan, boleh bahagi-bahagi..huhu)
  • Bagi suami dan isteri yang masing-masing membeli insuran, lebih baik memilih taksiran berasingan kerana maksimum pelepasan individual hanya RM6,000 (insuran nyawa) dan RM3,000 (insuran pendidikan & perubatan)
  • Kalau beli buku dan majalah melebihi RM1,000 setahun, memang patut buat taksiran berasingan. So, masing-masing boleh claim.
  • Perkara-perkara lain yang layak diberi pelepasan (boleh rujuk pada borang - contohnya Borang BE atau Borang Nyata Individu @ LHDN)
Rujuk juga e-filing

Okey. Sekian saja tips untuk hari ini.
Wassalam

Label: ,

April 24, 2015

Perjalanan Hidup



Kembara meniti usia
Ibarat sebuah perjalanan
Ada duka ada bahagia
Lumrah alam kehidupan

Semasa kecil ditimang ibu
Kini ditimang badai gelombang
Hakikat hidup yang penuh liku
Jangan tewas di ranjau kehidupan

Antara realiti dan mainan ilusi

Usah khilaf memilih jalan
Tetapkan arah langkah yang pasti
Diiring doa sebagai bekalan

Selagi bernafas di bumi Tuhan
Membawa amanah tergalas di bahu
Tingkatkan takwa tunaikan kewajiban
Demi cinta mu pada Yang Satu



Fidah Shah
@24 April 2015
#maywishcometrue

Pic: google

          

Label:

April 22, 2015

WW#3 Masalah

Assalamualaikum...


"MY THERAPIST SET HALF A GLASS OF WATER IN FRONT OF ME. HE ASKED IF I WAS AN OPTIMIST OR A PESSIMIST. SO I DRANK THE WATER AND TOLD HIM I WAS A PROBLEM SOLVER"

Walaupun ini adalah ruangan Rabu Tanpa Kata...tapi saya masih juga mahu berkata-kata.

Bila terbaca quotation di atas, pasti akan terfikir, kita berada dikalangan yang mana.
Jom semak.

Golongan optimis akan melihat sesuatu dari sudut positif. Misalnya bila melihat air yang separuh penuh dalam gelas, dia akan berkata "Walaupun hanya separuh, gelas tersebut tetap mengandungi air"

Golongan pessimist pula biasanya melihat sesuatu dari sudut negatif. Contohnya "Hanya separuh air sahaja dalam gelas itu? Kenapa tidak penuh? Apakah niat orang itu memberi kita hanya separuh gelas air? Kedekut kah dia? Atau mahu berjimat cermat semenjak ada GST?"

Bagi golongan 'penyelesai masalah' atau (problem solver) mereka akan melihat dan menganalisa keadaan bagi mencari solusi terbaik. Lebih bagus, jika mendapat cara yang paling simple untuk menyelesaikan masalah, serta dapat menguntungkan semua pihak (win win situation).
Contohnya "Apa yang kompleks sangat nak fikir bila tengok air dalam gelas itu hanya diisi separuh sahaja. Sudah di beri air, minum sahajalah. Dahaga hilang, tuan rumah (jika air itu dihidangkan di rumah jiran tetangga) pun tidak berkecil hati.

Memang dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, apa yang paling penting adalah cara kita melihat dan menyelesaikan masalah tersebut.

Alamak..banyak pula kata-kata di ruang tanpa kata...huhu.


p/s : Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semoga bermanafaat.

Wassalam

Pic : google

Label: ,

April 19, 2015

Asam Pedas Johor

Assalamualaikum

Bila tengok orang lain masak asam pedas, teringin juga nak makan. Maklumlah, tekak orang Johor. Nasib baik jumpa ikan di pasar pagi tadi. Lagi pun, sejak ada GST ni, kenalah rajin-rajin masak sendiri..kan..kan..



Resipi Asam Pedas Johor (Ikan Tenggiri)

Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 10 ke 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh serbuk kunyit)
  • 1 cm belacan (tapi saya tak guna belacan kerana kesan-kesan allergic..huhu)
  • 1 tangkai daun kesum 
  • 4 biji kacang bendi
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam (dan sedikit gula) secukup rasa - bergantung pada tekak masing-masing
  • 1 senduk besar (atau sesuai bahan) minyak untuk menumis 
  • 2 cawan air (atau bergantung pada kepekatan kuah - mengikut selera). Kalau saya, suka kuah asam pedas yang sedikit pekat.

Cara-cara:
  • Kisar cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing dan terbit minyak
  • Masukkan air, air asam jawa dan daun kesum.
  • Masukkan ikan - tunggu hingga masak.
  • Masukkan garam (dan sedikit gula - sebagai perasa sahaja, kalau tak letak gula pun ok. Kalau letak gula, jangan sampai macam nak buat air kopi pulak...huhuhu). 
  • Tunggu hingga kuah pekat sedikit.
  • Masukkan kacang bendi.
  • Sedia dihidangkan.
Sekian. Selamat Mencuba :)

*Sorry, presentation gambar kureng....Mak Jemah tak reti ambik gambar :(


Label:

April 17, 2015

Solusi

Assalamualaikum


Seorang ayah mewasiatkan 17 esok kambing untuk dibahagikan kepada anak-anaknya. Setelah bapa tersebut meninggal dunia, anak-anak beliau membaca wasiat tersebut.

Berdasarkan wasiat:

  • Anak yang pertama mandapat separuh (1/2) daripada 17 ekor kambing tersebut. 
  • Anak yang ke dua pula mendapat satu per tiga (1/3) daripada 17 ekor kambing 
  • Anak yang ke tiga mendapat satu per sembilan (1/9) daripada 17 ekor kambing. 
Pergaduhan terjadi apabila anak yang pertama cuba mengambil bahagiannya. Bagaimana 17 ekor kambing mahu dibahagi kepada dua bahagian. Pasti ada seekor kambing malang yang menjadi korban kerana dipotong dua... Itu belum lagi kambing yang harus dibahagi 3 atau sembilan...:(:(

Lalu mereka memutuskan untuk berjumpa seorang ahli bijak pandai. 
Setelah mendengar cerita tentang pembahagian harta oleh tiga beradik itu, ahli bijak pandai tersebut memberikan seekor kambingnya kepada mereka. Maka jumlah kambing sekarang menjadi 18 ekor (17 ekor + 1 ekor)

Setelah itu barulah mereka dapat membahagikan kambing-kambing tersebut mengikut wasiat yang telah ditetapkan.
  • Anak yang pertama mendapat 1/2 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/2 = 9 ekor kambing
  • Anak yang ke dua mendapat 1/3 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/3 = 6 ekor kambing.
  • Anak yang ke tiga mendapat 1/9 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/9 = 2 ekor kambing.
Cuba kita kira kembali berapa ekor kambing yang terlibat:
9 + 6 + 2 = 17 ekor. Maka, yang seekor yang terlebih itu dipulangkan kembali kepada ahli bijak pandai yang mereka jumpa tadi. 
Masalah pun dikira selesai.

Pengajaran daripada cerita ini:
  • Tiap-tiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma harus bertenang dan mencari kaedah yang terbaik.
  • Kadang kala, kita perlu mengaplikasi pemikiran luar kotak (think out of the box) untuk mencari solusi terbaik terhadap masalah yang kita hadapi.
  • Merujuk pada orang yang lebih pandai atau mempunyai mentor mungkin juga satu alternatif untuk memberi idea ke atas jalan penyelesaian kepada masalah kita.
  • Bermuafakatlah sekiranya masalah tersebut melibatkan ramai orang. Sepakat membawa berkat.


Sekian. Wassalam.

Sumber: Whatsapp
Pic: Google



Label:

April 15, 2015

WW #2 Woman



Hahaha.....cute!
Jangan marah aaarrr...:D :D




Label:

April 13, 2015

You Jump, I Jump...Remember?

Assalamualaikum

Sebahagian daripada entri/posting ini saya tulis ketika sedang menunggu mangsa-mangsa lain 'diselamatkan'.

Kisah bermula apabila tren komuter laluan Seremban yang saya naiki tiba-tiba rosak diantara perjalanan dari stesyen Seputeh ke Salak Selatan. Setelah hampir satu jam menunggu di dalam tren yang panas dan tiada lampu (bekalan elektrik terputus sepenuhnya)....kami di suruh turun dari komuter berkenaan. Agak bahaya juga kerana ketinggiannya melebihi 1 meter.

Bayangkan...Mak Jemah yang hari ini begitu ayu berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi terpaksa 'terjun' dari tren komuter....sangat tak patut!!...aarrrggghhh.

Untuk turun dari komuter yang rosak dan naik ke tren komuter lain yang disediakan, kami telah dibantu oleh pasukan bomba dan penyelamat kerana tren itu agak tinggi. Mesti sakit tangan dan kaki pasukan penyelamat tersebut kerana terpaksa mengangkat para penumpang yang berkilo kilogram beratnya. Bukannya seorang dua..tapi lebih seratus penumpang.
Aduhai.. :( :(

Pasukan Bomba & Penyelamat membantu mangsa turun dari tren komuter

Perkara ini, bukanlah pertama kali berlaku. Dah banyak kali tren komuter rosak. Tapi saya tidak pasti apakah tindakan pihak Keratapi Tanah Melayu untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak ada banyak pilihan, jadi mereka biarkan saja kot...After all, esok lusa penumpang tetap ada dan mereka boleh mengaut keuntungan dari tambang tren komuter ini seperti biasa.

Mangsa beratur menunggu giliran untuk di bawa naik ke tren komuter lain.

Bila dah jadi hal sebegini, terfikir jugak untuk drive aje ke tempat kerja. Tapi bila mengenangkan kesesakan jalan raya yang harus ditempuhi...eeerrmmm...esok lah fikir :(

Apa-apa pun, sabar ajelah. Tapi Mak Jemah kesian juga tengok keadaan mangsa dan juga kesian kat diri sendiri.

Harapan Mak Jemah, semoga dengan bertambahnya perbendaharaan negara melalui GST dan pelbagai cukai yang lain..mutu perkhidmatan pengangkutan awam akan terus dipertingkatkan.

MALAYSIA BOLEH!!!!

Sekian. Wassalam.




Label:

April 12, 2015

Cara Atasi Tumit Pecah

Assalamualaikum

Pernah tak pergi kenduri kendara dan kena duduk bersimpuh? Dari baju, tudung, aksesories semua dah cantik ayu, tapi kalau di lihat pada tumit kaki..alamak!!!!..pecah-pecah lah pulak...huhu


Masalah tumit pecah sering berlaku pada wanita tanpa mengira usia. Baik yang anak gadis, mak-mak orang, acik-acik dan juga nenek-nenek, semuanya berpotensi untuk mengalami masalah ini. Biasanya rekahan ini berlaku pada kawasan tumit kaki. Namun, jika tidak di rawat dengan kadar segera, boleh juga melarat hingga ke sekeliling tapak kaki.

Sebenarnya bergantung pada penglihatan dan pandangan masing-masing. Tapi, ramai yang berpendapat rekahan di bahagian ini mencerminkan diri empunya kaki tidak peka pada kebersihan dan kecantikan. Penampilan juga boleh terjejas terutamanya pada golongan yang suka bersandal atau berkaki ayam...

Antara sebab mengapa rekahan pada tapak kaki boleh terjadi?

  • Kekurangan air. Kulit akan menjadi kering jika kita kekurangan air. Jadi silalah minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. 
  • Pertambahan berat badan. Kaki yang comel dan mungil ini kadang kala tidak dapat lagi untuk menampung beban berat badan yang semakin meningkat. Cara paling efektif untuk mengatasinya adalah dengan mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Oleh itu, silalah cari kasut atau sandal yang sesuai dan selesa dipakai.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan juga boleh menyebabkan kecederaan pada kulit. Jadi, jangan lupa pakai stoking ketika bersukan.

Ada juga beberapa cara lain untuk mengatasi rekahan pada tumit kaki:
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai. Cara ini dapat menanggalkan sel mati dan melicinkan kulit.
  • Sapu tumit atau bahagian kaki yang bermasalah dengan losyen atau minyak vitamin E terutamanya sebelum tidur.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah. Ada juga yang menggunakan buah mengkudu (di belah 2 dan digosok pada tempat yang bermasalah)
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit kaki, kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Gosok tumit kaki setiap kali mandi.
  • Digalakkan memakai selipar / sandal di dalam rumah.

Selamat Mencuba.
Semoga tumit serta tapak kaki anda sehalus kulit bayi :)

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google
Sumber : Pelbagai





Label:

April 11, 2015

Kalau Dah Merajuk

Assalamualaikum.



Pernah merajuk? Atau pernah melihat ahli keluarga, orang tersayang atau teman merajuk?
Penyakit merajuk ni boleh terjadi pada siapa-siapa saja. Baik yang tua atau yang muda. Yang besar atau kecil. Yang lelaki atau perempuan.

Kenapa orang merajuk?
Biasanya orang merajuk kerana hatinya marah. Antara sebab utama, tidak diberikan perhatian atau mungkin juga kerana berkecil hati terhadap sesuatu.....Dengan harapan, bila dah merajuk, 'orang yang berkenaan' akan faham bahawa dia sedang marah dan segeralah datang memujuk.
Tapi, itu hanya akan terjadi kalau 'orang yang berkenaan' tu faham. Kalau 'orang yang berkenaan' tidak faham, atau buat buat-buat tak faham.....eeeerrrmmmm sendiri mau ingat lah. Silalah pujuk diri sendiri, ok...huhu

Apa nak buat kalau ada teman/kawan/member yang merajuk?

  • Biarkan seketika. Tunggulah hatinya sejuk dulu. Kalau orang sedang marah, memang selalunya hilang pertimbangan. Takut lebih buruk pula keadaannya nanti. Tapi, janganlah lama sangat. Silap-silap anda pula terus diabaikan.
  • Bersangka baik. Fikirlah secara positif. Mungkin rajuk kawan anda itu bersebab. Jangan terus ingat dia mengada-ngada pulak. Mungkin dia kurang perhatian, mahukan pendapatnya di terima atau sekali sekala mahu anda memujuknya....Silalah jalankan peranan anda sebagai kawan/teman ya...
  • Jaga bahasa dan tatasulisa. Gunakanlah bahasa yang baik dan 'sejuk' didengar ketika memujuk. Kalau dia memang kawan/teman baik anda, mungkin juga ada panggilan atau gelaran manja sesama anda...Pujuklah dia dengan nama manja tersebut...huhu....Gunakan jika perlu
  • Ketepikan ego anda. Mungkin memang kawan anda yang berbuat silap. Tapi, tidak salah juga anda yang datang memujuk demi membaiki keadaan dan menjaga persahabatan. Ego? Semua orang ada. Namun, tidak salah juga kalau sekali sekala anda membuang ego tersebut. Malah, mungkin anda lebih dihormati dan disayangi oleh kawan/teman kerana berjaya membuang ego tersebut serta menjadi pemujuk yang baik.
  • Curah perasaan. Berterus terang dan melepaskan apa yang terpendam. Itu juga perlu untuk sebuah persahabatan yang jujur. Berkongsi apa-apa perasaan yang tidak puas hati mungkin boleh menjadi ubat penawar untuk kita terus memperbaiki diri. Bukankah kita dan kawan/teman saling memerlukan dan melengkapi untuk kehidupan seharian? Baik di dunia pekerjaan atau di mana-mana sahaja, kita memang memerlukan kawan/teman yang baik berada disekeliling kita. Kalau tidak, tak kanlah dia boleh jadi kawan atau teman kita kan...
Ok. Itu sahaja tip-tips untuk memujuk orang yang sedang merajuk. Selamat mencuba

Sekian. Wassalam.




Image : Google

Label:

April 08, 2015

WW #1 Emosi



Waiting and waiting....

Benarkah????


Label:

April 05, 2015

Pak Cik dan Kambing Biri-Biri

Pasa satu hari, seorang pemuda pergi ke sebuah kampung untuk membuat kajian tentang ternakan kambing biri-biri. Dia berjumpa dengan seorang Pak Cik, yang juga merupakan seorang penternak kambing biri-biri yang berjaya di kampung itu.



Pemuda     : Bagusnya ternakan kambing biri-biri Pak Cik. Boleh saya tanya beberapa soalan?

Pak Cik     : Boleh saja

Pemuda    : Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?

Pak Cik     : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda     : Yang Putih

Pak Cik      : Kalau yang Putih berjalan lebih kurang 6 kilometer sehari.

Pemuda     : Yang Hitam?

Pak Cik      : Yang Hitam pun sama.

Pemuda     : Berapa banyak pulak rumput yang biri-biri ni makan setiap hari?

Pak Cik     : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda    : Yang Putih

Pak Cik    : Yang Putih makan dalam 4 kilogram rumput sehari

Pemuda   : Yang Hitam?

Pak Cik    : Yang Hitam pun sama

Pemuda   : Berapa banyakkah bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pak Cik   : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda   : Yang Putih

Pak Cik    : Oooo...Yang Putih menghasilkan lebih kurang 6 kilogram bulu setahun

Pemuda   : Yang Hitam?

Pak Cik    : Yang Hitam pun sama

Pemuda   : Kenapa Pak Cik membezakan biri-biri Pak Cik yang Putih dan yang Hitam? Padahal semua jawapan sama saja....

Pak Cik   : Mestilah..sebab biri-biri yang putih Pak Cik yang punya

Pemuda  : Ooooo...Begitu rupanya...Habis, biri-biri Hitam tu, siapa yang punya?

Pak Cik   : Yang Hitam pun sama......

Hahaha....Sama juga rupanya

Mungkin ada yang pernah baca cerita di atas. Tapi saya saja nak share..buat relax minda siket.

****Gonna be another busy week starting this Monday...huk..huk :(
Semoga segala urusan saya dan anda semua dipermudahkan. Aamiin..aamiin..Ya Rabb

Sumber : FB
Gambar : Google




Label:

April 04, 2015

Mencari Kekuatan Diri


Apakah bakat dan di manakah ‘kekuatan’ sebenar kita?
Di dalam buku “Strength Finder” penulis mengajak kita untuk  mengenal pasti bakat terpendam yang kita ada.

Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak masa untuk mengenal pasti kelemahan diri, cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan akhirnya menjadi mahir di dalam bidang yang pada awalnya mereka lemah. Tetapi, mereka sebenarnya terlupa untuk mencari apakah bakat sebenar yang dikurniakan kepada mereka, memberikan fokus untuk mengasah bakat tersebut dan menjadikannya satu kelebihan atau 'kekuatan' dalam hidup mereka.
“If you spend time trying to rectify your existing weaknesses, you may be able to be better. If you spend the same effort to work on your strength, you can become a much greater performer

"Jika kita meluangkan masa untuk mencari kelemahan kita (dan memperbaikinya), kita akan manjadi lebih baik. Tetapi jika kita meluangkan sejumlah masa yang sama untuk mengukuhkan lagi 'kekuatan' yang ada, kita akan menjadi hebat"

Menurut teori, bakat biasanya akan disertai dengan minat. Dengan itu, kita akan melakukan perkara yang kita minati berulang ulang kali hinggalah mendapat kemahiran. Dengan kemahiran yang ada,  ditambah pula dengan ilmu yang mendalam mengenai sesuatu bidang, membolehkan kita menguasai bidang tersebut dengan mudah.

Sebenarnya, setiap orang dilahirkan unik dan dikurniakan bakat  serta 'kekuatan' yang tersendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah mengenali diri kita sendiri, mencari apakah bakat dan di manakah kekuatan (strength) sebenar kita. 
Moga dengan itu kita akan dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih bermakna, produktif, sempurna dan mencapai tahap kepuasan yang kita harapkan. 

Lebih penting lagi, dengan bakat dan ‘kekuatan’ yang ada, kita boleh menyumbang kepada sesuatu yang lebih bermanafaat untuk bangsa dan agama.




Wallahu'alam.
Sekian.

**** sebuah artikel lama yang diberi nafas baru

Label:

April 03, 2015

Anggerik Desa



Seuntai anggerik desa
Warisan dari hutan belantara
Harum kembang mekar di tangkai
Ada misteri yang belum terungkai

Indah dilihat dari jendela
Semakin dipandang semakin terleka
Cantik rupanya tetap asli
Walau tak semegah mawar berduri

Unggul warna hati tertawan
Mengukir ilham terlakar lukisan
Jadi teman sanggul si dara
Menambah seri anggun jelita

Anggerik desa setia menanti
Menunggu masanya dipetik jemari
Hingga kuntumnya layu berguguran
Tersimpan rindu dalam kenangan


Fidah Shah
@3 April 2015

Label:

April 02, 2015

Priority



Instead of saying "I don't have time", try to say "it's not a priority", and see how that feels.
Or in the other words, it is not important, that's why, it is NOT in the priority list.
Why do you think it is not important? Because you will always fine time for things you feel important...

Have you ever came across the above scenario?
Me?..Yes..hehe
But I think it's normal... because sometimes, we don't have capacity to do all things at one time. Therefore, prioritizing things or works is very critical....and don't forget about effective time management as well :)

In life, there are a lot of things that you need to prioritize. And the most important part is who or what should be at the top of your list. Family? Friends? Career? Work?
Anyway, the choice is yours. And always remember, action expresses priorities.
....But, for me, having a 'work life balance' is the most ideal.

What do you think?

Thank You and Wassalam.
p/s : Dear Friends, blogging is my priority too :)

Pic : Google.


Label: