<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: November 2014

November 29, 2014

Anak Kucing Depan Rumah

Assalamualaikum..


Pagi tadi..ada pulak seekor anak kucing duduk kat depan rumah...entah kucing siapalah...

Tengok muka...memang comel and super cute...Kalau ikut hati, rasa nak bela aje..Kebetulan kucing kesayangan keluarga kami, Che Putih baru aje mati...Tapi takut kucing orang pulak...nak bawak masuk dalam rumah, takut ibu dia pulak tercari-cari..manalah tau..

Tengoklah keadaan...kalau tak ada tuannya yang menuntut...memang nak bela...

Sekian diary hari ini. Entri ni ditulis khas untuk mengabadikan gambar anak kucing comel tu dalam blog.... Layan aje lah ya.. :) :)



 Wassalam.

Label:

November 28, 2014

Al Baqarah 285 & 286



Bismillah...

285: Rasulullah SAW telah berfirman kepada apa yang telah diturunkan 
kepdanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman kepada
 Allah, dan malaikat-malaikatnya, dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasulnya
Mereka berkata "Kami dengar dan kami taat. 
Kami pohonkan keampunanMu wahai tuhan kami, 
dan kepadaMu jualah kami kembali



286 : Allah tidak memberati seseorang malainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala dari apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa dari
kejahatan yang dilakukannya. Mereka berdoa dan berkata " Wahai Tuhan kami...
Jangan Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak 
terdaya untuk memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah 
dosa kami. Dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami;
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Barang siapa yang  membaca 2 ayat terakhir surah Al_Baqarah pada malam hari nescaya
Allah Ta'ala akan menjaganya dari segala musuh dan gangguan syaitan.

Dari Ibnu Abbas r.a, katanya " Pada suatu hari, ketika Jibril sedang duduk di sisi Nabi Muhammad SAW, lalu mendengar suara pintu terbuka di atasnya. Kemudian turunlah dari pintu tadi seorang malaikat, lalu Jibril berkata "ini adalah malaikat yang turun ke bumi dan tidak pernah turun sama sekali melainkan hari ini. Kemudian malaikat yang baru turun itu berkata "Bergembiralah wahai Muhammad dengan dua cahaya yang dikurniakan kepada Tuan dan tidak pernah dikurniakan kepada Nabi-nabi sebelum Tuan, iaitu Surah Al-Fatihah dan beberapa ayat penghabisan dari surah Al-Baqarah. Tidaklah Tuan membaca sehuruf dari keduanya itu, melainkan Tuan akan diberi pahala yang besar" (riwayat Muslim)

Sekadar perkongsian dan semoga menjadi amalan.

SALAM JUMAAT. SEKIAN. WASSALAM

Label:

November 26, 2014

Nilai Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum..

Dalam satu hari, berapa kali anda ucapkan terima kasih?



Terima kasih adalah satu ungkapan yang sering kita dengar dan sebut. Namun, mungkin kerana sudah menjadi terlalu biasa, sesetengah orang menganggap ianya tidak memberi apa-apa makna......

Sebenarnya ucapan terima kasih dapat memberi kesan positif pada si pemberi dan penerima. Si pemberi akan dapat membentuk moral yang lebih baik dalam perhubungan sosial manakala  si penerima akan merasa dirinya lebih dihargai.

Ucapan terima kasih selalu dikaitkan dengan aspek adab dan kesopanan. Sebab itu, sejak dari kecil lagi kita telah diajar untuk memberikan ucapan terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menolong atau memberikan sesuatu kepada kita. 

Namun begitu, kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesuatu yang dianggap kecil, tetapi besar maknanya dalam kehidupan seharian. Contohnya kepda orang-orang yang secara tidak langsung telah melancarkan urusan harian kita seperti baby sitter anak, kakak cleaner di office, security guard dan penjaga parking. Walaupun mereka menerima bayaran di atas pekerjaan yang mereka lakukan, dengan ucapan terima kasih, sekurang-kurangnya akan membuat mereka rasa lebih dihargai.

Mungkin juga kerana sudah terlalu biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain, kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada orang-orang yang paling hampir dengan kita seperti ayah, ibu, suami, isteri, anak dan sebagainya. Usahlah menganggap apa yang mereka lakukan itu hanya sekadar memenuhi tanggungjawab atau melaksanakan rutin harian. Pandanglah ia sebagai satu penghargaan dan seharusnya diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Dan akhir sekali, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan kita dan membolehkan kita masih terus bernafas hingga ke hari ini.
Syukur Alhamdulillah

Sekian. Wassalam.

p/s : saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan kawan-kawan yang sudi singgah di sini..... :)

Sumber: pelbagai










Label:

November 23, 2014

Kenali Personaliti Melalui Warna

Assalamualaikum


Tahukah anda bahawa warna juga menggambarkan personaliti.  Warna merah, hijau, kuning, ungu, merah jambu, putih dan biru, semuanya ada makna yang tersendiri.

Merah : Red Hot Ruby
Merah tanda berani. Gadis yang sukakan warna ini memiliki personality menarik dan sukar dijangka. Mereka pantang dicabar. Mereka juga mempunyai sifat anggun dan seksi semulajadi. Tetapi ada yang mengatakan bahawa golongan ini adalah emotional.

Hijau : Cool Green Emerald
Golongan ini sukakan keamanan dan alam semulajadi. Selalunya mereka bersifat tenang dan tidak mudah panik. Warna hijau melambangkan kesegaran. Biasanya golongan ini bersifat low profile. Tapi awas....warna hijau selalu dikaitkan dengan sifat cemburu.

Kuning : Be My Sunshine
Mereka adalah golongan yang sangat ceria, easy going dan happy go lucky. Peminat warna kuning ini biasanya memang sangat sinonim dengan senyuman dan gelak ketawa. Mereka adalah golongan yang berwawasan tinggi dan bijak untuk membuat keputusan.

Ungu : Still A Mystery
Warna ini menggambarkan kemewahan dan romantik. Sesetengah orang mengatakan bahawa golongan yang sukakan warna ungu sangat misteri. Golongan ini pandai menawan hati orang lain. Namun, tidak ramai yang dapat mendekati golongan ini kecuali mereka yang dipercayai sahaja

Merah Jambu : Pretty In Pink
Adik manis!!!!. Mereka sukakan fesyen dan ingin tampil cantik.  Ibarat dalam hati ada bunga, mereka suka menunjukkan sifat feminin. Golongan ini suka menolong orang dan mengambil berat tentang orang-orang disekelilingnya.

Putih : My Snow White
Mereka ini mahukan gaya hidup yang sederhana. Antara ciri penting untuk peminat warna putih adalah amanah, anggun dan tidak sombong. Mereka juga bersikap matang dan optimistik. Peminat warna putih juga dikatakan sangat suka menolong orang lain.

Biru : Heart of the Ocean
Biru digambarkan sebagai ketenangan dan inspirasi. Mereka adalah golongan yang kreatif dan berpesonaliti menarik hingga boleh membuatkan ramai orang tertawan. Ada orang mengatakan bahawa peminat warna biru adalah golongan yang sukakan kesenian. Mereka juga adalah orang-orang yang sangat penyanyang.

Apa pula warna kegemaran anda?

Sekian. Wassalam.

Sumber info & gambar : google

Label:

November 20, 2014

Siapakah Yang Kita Ingat Pada Jam 2 Petang?

Assalamualaikum..

Siapakah yang kawan-kawan semua ingat pada jam 2 petang?


Kalau saya..
Jam 2 petang adalah waktu baru habis lunch..
Jadi harus bersiap sedia untuk sambung kerja..eeemmmm
Kadang-kadang tu...itulah waktu kritikal mengantuk especially kalau lepas makan nasi bariyani..
Biasanya, jam 2 petang..saya akan teringat pada anak saya. Pada jam 2 petang, sepatutnya dia sudah habis sesi persekolahan sekolah pagi dan akan bersiap sedia ke sekolah agama (KAFA) sesi petang.
Biasanya hati ibu ini akan tertanya-tanya..sudah sampai ke rumah pengasuh ke? Sudah makan ke? Penat tak?..dan macam-macam lagi.

Kalau Jam 2 Pagi?..
Biasanya sudah pun selamat tidur zzzzzz..
Kecuali kalau ada kerja-kerja khas...
contohnya esok pagi ada meeting atau presentation..mungkin kena stay up juga.
Blogging? Jarang saya berblogging time ni, takut mengantuk waktu kerja..huhu

Kawan-kawan pulak..macam mana?

Sekian. Wasaalam

gambar: google

Label:

November 18, 2014

Don't Quit

Assalamualaikum,


During my secondary school, there was one poem that i like most.
I always read the poem again and again....especially when i felt down or very sad. 
At that time, i think i can remember almost every single word in the poem.

As time goes by... and of course, i am very busy with my daily life,  i totally forgot about the poem.
However, yesterday..... when i was looking for some of my old stuff, i came across a card with this poem written on it
So, i want to share it here...and read it again

Don't Quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low, and the debts are high,
And when you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit

Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow-
You may succeed with another blow

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out-
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit-
It's when things seem worst that you must not quit.



Thank You & Wassalam

p/s : photo taken at PD Beach, during my team building program @ 7 & 8 Nov 2014




Label:

November 17, 2014

Ubi Kayu

Assalamualaikum....



Percaya tak kalau saya kata, makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, sambil minum kopi panas adalah antara kombinasi makanan terbaik ....hehe. Terutamanya dimakan sewaktu hujan

Diinspirasikan oleh entri Kak Lynn Munir tentang ubi rebus (sila lihat sini), saya pun teringin nak buat satu entri mengenai ubi kayu. Nasib baik sempat juga membeli ubi tersebut di pasar tempoh hari...dapatlah merasa.

Kalau dulu-dulu orang kata ubi kayu hanyalah makanan waktu zaman Jepun atau sekadar makanan orang miskin, sekarang tidak lagi. Ubi kayu telah pun dikomersialkan dan menjadi produk-produk makanan yang digemari ramai contohnya kerepek ubi kayu, tepung ubi, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih muih.

Tapi kalau saya, dapat ubi kayu yang direbus (makan dengan sambal atau kelapa yang digaul dengan gula) atau digoreng dengan kunyit dan sedikit rempah...sudah cukup ok..

Khasiat yang terkandung dalam ubi kayu:
  • Sumber tenaga : Mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan kabohidrat dan kanji agar badan kita memperoleh sumber tenaga. Kadar kolestrol dan lemaknya juga rendah, maka, memang baik untuk kesihatan.
  • Vitamin dan mineral : Ubi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic. Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Walaupun dalam kuantiti yang rendah, ubi kayu juga mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium.
  • Serat : Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai jumlah serat yang banyak dan boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol serta mengurangkan kadar kanser kolon.
Maka tidak hairanlah mengapa datuk nenek kita boleh survive walau hanya memakan ubi kayu semasa perang dahulu kerana ubi kayu dapat memberikan pemakanan yang lengkap baik dari sumber tenaga mahupun khasiatnya.

p/s : Lepas ni, bolehlah senaraikan makanan berasaskan ubi kayu dalam menu makanan kita...


Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: artikel - jangan hina ubi kayu (yongsukakuning.blogspot.com)

Label:

November 16, 2014

Penghargaan Untuk Rakan Blogger

Assalamualaikum


Diam tak diam...dah setahun dah blog saya. Saya bukanlah blogger yang aktif. Cuma kebelakangan ini, ada diberi sedikit kelapangan untuk berblogging.

Semenjak setahun yang lalu, entri saya tidaklah begitu banyak. Kadang-kadang tu..ikut masa, mood dan juga idea. Dalam sebulan, ada 2 atau 3 entri sahaja. Rakan follower pun masih belum ramai lagi.
Walaubagaimana pun, saya bersyukur sebab blog ini masih terus wujud. Berblogging dan belajar berblogging perlahan-lahan tak apa kan??..hehe...

Semenjak setahun lalu, ada beberapa orang rakan blogger yang masih setia berkunjung ke blog saya. Sama ada saya aktif meng'update' entri atau tidak, mereka tetap rajin berkunjung, hinggalah ke hari ini. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan seting-tinggi penghargaan saya buat mereka.

Kepada pembaca-pembaca yang dihormati sekelian, jika ada kesempatan, silalah berkunjung ke blog mereka. Pasti banyak ilmu, berita terkini dan kisah-kisah kehidupan yang dapat dikongsi bersama.

Untuk rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi singgah dan meluangkan masa untuk memberi komen di blog saya yang tak seberapa ni..
Terima kasih ya... :)

Akhir-akhir ini, saya diberi kesempatan untuk aktif sedikt berblogging. Secara tidak langsung saya dapat berkunjung ke blog rakan-rakan yang lain. Dan blog-blog yang saya kunjungi semua hebat-hebat belaka, baik dari segi pengisian, presentation style dan juga template. 
Terus terang, 3 faktor ini adalah sebab utama kenapa saya berkunjung dan berkunjung lagi ke blog-blog anda semua. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang berblogging, pengisian tentang agama, tips masak memasak, panduan tentang pelaburan dan keusahawanan, 'refresh' tentang sejarah nusantara disamping dapat meng'update' berita terkini secara pantas.

Dan pastinya saya mendapat rakan-rakan baru. Semoga silaturrahim yang sedia ada berkekalan dan semoga kita semua terus suksess dalam apa jua bidang yang diceburi.
In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.



Label:

November 15, 2014

Novel : Musim Sejuta Warna

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin mempromosikan novel karya rakan baik saya.

Tajuk novel ini adalah 'Musim Sejuta Warna'.

Sinopsis:

Mengisahkan Nalia Airani yang meminati Muzairi, senior kolejnya dalam diam. Shamrin pula merupakan teman sekuliah yang sering menjadi tempat Nalia Airani meluahkan cerita dan perasaan terpendamnya terhadap Muzairi. Shamrin teman yang baik, pendengar yang setia dan amat mengambil berat terhadap Nalia Airani.

Pertemuan semula Nalia dengan Muzairi memutikkan semula perasaan Nalia terhadap lelaki itu. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia dan Muzairi. Pada masa yang sama, Shamrin pula meluahkan perasaannya terhadap Nalia.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimanakah akhirnya hubungan  Nalia dan Muzairi dan apakah pula yang terjadi kepada Shamrin? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nalia? Insan yang disayanginya sekian lama atau sahabat baik yang memahami segala-galanya?

Novel ini belum lagi dicetak....
Tetapi sudah pun di 'publish' semenjak 17 Oktober yang lalu...bab demi bab...dan sekarang sudah sampai ke bab 14.
Untuk peminat-peminat kisah cinta, bolehlah membaca kisah ini secara online di ilhamkarangkraf. Klik sini

Untuk menulis novel sendiri...saya belum pasti....tapi saya berharap dapat terus menyokong hasil karya rakan baik saya. Dan kalau boleh...saya ingin menjadi 'designer' untuk cover novel itu nanti...hehe...manalah tahu...kalau-kalau datang ilham..

Ok. Sekian dulu entri untuk kali ini. Wassalam.

Gambar asal: Google - edited by fidah shah



Label:

November 14, 2014

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum


Salam Jumaat.

Saya ingin berkongsi sedikit pengisian yang di 'forward' oleh rakan saya melalui whatsapp nya...
Apa yang diceritakan, semuanya berbalik kepada ajaran al-Quran dan sunah

  • Mengamalkan solat sunat Dhuha
  • Membaca surah al-Waqiah. Dengan membaca surah ini, in shaa Allah, tidak akan membuat kita menjadi miskin
  • Bertahajud. Bangunlah untuk bersolat malam. Muhasabah diri...mintalah kepada Allah
  • Membaca al-Quran. Setelah bangun pagi jangan buka hp atau rancangan yang hendak dilakukan dahulu. Mandi, ambil wuduk dan bacalah al-Quran. In shaa Allah, kita akan diberikan kecukupan masa oleh Allah. 
  • 4 amalan surah setiap hari (Surah Yassin, Surah Waqiah, Surah Ar Rahman, Surah Al Mulk)
  • Berzikir. Bacalah Ya Wahhab sebanyak banyaknya.
  • Hormati ibu bapa
  • Solat berjemaah. terutamanya bagi lelaki.
  • Bersilaturrahim
  • Solat di awal waktu
  • Besedekah. 1x memberi, in shaa Allah akan digantikan dengan 10x ganda.
  • Berserahlah sepenuhnya kepada Allah
  • Berusaha dan bertawakal

Catatan ini  sebenarnya untuk mengingatkan diri saya sendiri.
Semoga rakan-rakan pembaca juga beroleh manafaatnya bersama.

Sekian. Wassalam.

Sumber: catatan rakan - ringkasan dari seminar "Mudahnya Menjemput Rezeki anjuran Sek Rendah i-Musleh, Melaka


Label:

November 13, 2014

Pelangi Petang


Subhanallah...cantiknya pelangi

Gambar ini saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke stesyen komuter tadi..
Dah lama tak tengok pelangi..rasa jakun pulak... :D

Teringat kat lagu Pelangi Petang, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad...

"Engkau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang belalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua......"


Sekian. Wassalam.

Label:

Strength


In the end...some of your greatest pain become your greatest strength

Label:

November 11, 2014

Secawan Kopi


Assalamualaikum

Untuk sesetengah orang, memang sudah menjadi kemestian untuk memulakan hari dengan secawan kopi. Begitu juga dengan saya. Saya memang peminat kopi tegar.

Khasiat Kopi:

  • Kopi dapat menyegarkan orang yang mengantuk. Kandungan utama kopi adalah kafein. Kafein sebenarnya berfungsi untuk merangsang saraf otak, sistem pernafasan dan juga jantung. 
  • Kopi dapat mengawal stress. Dengan meminum secawan kopi, ianya dapat merembes endorfin ke dalam badan. Hasilnya? In shaa Allah, akan dapat memberikan mood yang lebih ceria.
  • Kopi dapat mengurangkan sakit kepala jika diambil dalam kuantiti yang tertentu.
  • Kopi boleh menurunkan berat badan. Kopi hitam (sila lihat gambar ya...huhu) boleh meningkatkan metabolisme. Jangan lupa, semakin tinggi proses metabolisme dalam tubuh, maka makanan akan lebih mudah dicerna dan pembakaran kalori akan berlaku dengan lebih cepat.
Jadi apa lagi kawan-kawan. Mulakan hari anda dengan secawan kopi. Tapi ingat, kopi  tidak digalakkan diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah. Oleh itu, silalah minum kopi dengan kadar yang sederhana (1 - 3 cawan sehari)

Sekian. Wassalam.


Label:

November 09, 2014

Surah at-Taubah 128 & 129


Assalamualaikum

5 kelebihan mengamalkan ayat 128 & 129 surah at-Taubah. Bacalah 7 kali setiap kali selepas solat. Dengan izin Allah :

  • Kelemahan akan bertukar menjadi kekuatan
  • Kehinaan akan menjadi kemuliaan
  • Dapat membayar hutang
  • Menghalang dukacita
  • Dikurniakan rezeki yang banyak
Apa-apa pun, segalanya adalah di atas kehendak Allah jua. Kita hanya mampu berikhtiar, berusaha dan bertawakal.
Wallahu'alam..

Sekian. Wassalam.

Sumber: FB

Label:

November 07, 2014

Salam Jumaat



Semoga beroleh keberkatan di hari yang mulia ini..Aamiin

Pic : google

Label:

Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidup ku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada Mu





Assalamualaikum
Salam Jumaat untuk semua.
Saja nak share lagu favorite saya yang telah selamat dijadikan ring tone handphone :)
Sekian. Wassalam







Label:

November 05, 2014

Hebat Sangatkah Menjadi Pembuli?

Assalamualaikum


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes buli melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Semakin menjadi-jadi pula akhir-akhir ini. Sakit hati betul bila tengok video pembuli bersinglet hitam dan rakan-rakannya membelasah beberapa orang pelajar.
Bayangkan sekiranya orang yang dibelasah itu adalah adik atau anak kita? Na'uzubillah

Harap-harap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini.

Tak faham saya, apalah yang hebatnya bila menjadi seorang pembuli. Rasa macam dah jadi hero?..Terasa hebat kerana sudah menjadi senior? Rasa ingin mempraktikkan aksi-aksi ganas yang telah ditonton dalam filem-filem? Atau perasaan ingin membalas dendam kerana disakiti atau mengalami peristiwa pahit di masa lampau?

Saya juga pernah bersekolah di sekolah berasrama. Sudah pun 'merasa' hidup menjadi junior dan senior. Kalau di sekolah berasrama, memang sudah menjadi adat untuk menjalani program orientasi. Menjadi satu 'kewajiban' untuk mengenali dan menghormati semua senior. Ada kalanya mungkin berbuat silap atau terjadi salah faham sesama rakan atau pun dengan senior. Tapi, tak perlulah sampai membuli, memukul atau membelasah.
Adakah dianggap sebagai satu kemenangan sekiranya dapat membuli rakan sehingga berlaku kecederaan atau kecacatan kekal? Atau lebih teruk sehingga melibatkan kes kematian?

Kepada adik-adik di luar sana, tak perlulah merasa begitu hebat dengan hanya berstatuskan 'senior' di sekolah. Perjalanan hidup masih panjang. Kita tidak tahu bagaimanakah perjalanan hidup kita nanti. Janganlah kerana 'balasan' di atas perbuatan jahat kita hari ini, ditambah lagi dengan doa-doa orang yang teraniaya akan menjadi penghalang untuk kita terus berjaya di masa hadapan. Wallahua'lam.

Sekian. Wassalam.












Label:

November 04, 2014

Jenis-jenis Emas

Assalamualaikum

Semenjak dari dahulu lagi, emas dilihat sebagai salah satu pegukur kekayaan. Lagi banyak emas yang dimiliki, lagi kayalah seseorang itu.


Barang kemas adalah sangat sinonim dengan wanita. Barang kemas selalunya dijadikan hadiah untuk hari-hari istimewa. Ada juga yang menjadikannya sebagai barang hantaran perkahwinan.

Tahukah anda emas sebenarnya ada banyak jenis. Kita selalu dengar orang cakap pasal emas 999, emas 916, emas 750 dan sebagainya. Sebenarnya, setiap satu jenis emas tersebut adalah berbeza dari segi standard dan kandungan emasnya.


  • Emas 999 (24 karat) : Mengandungi 99.9% kandungan emas. Ia juga dipanggil emas tulin. 
  • Emas 916 (22 karat) : Mengandungi 91.6% kandungan emas. Yang selebihnya adalah campuran bahan-bahan lain. Kebanyakan barang kemas (perhiasan) dibuat daripada emas 916 kerana sifatnya yang lebih keras berbanding dengan emas tulin.
  • Emas 750 (18 karat) : Mengandungi 75% kandungan emas. Sifatnya lebih keras daripada emas 999 dan 916. Biasanya digunakan untuk cincin yang mempunyai batu permata - jenis bahan yang lebih keras diperlukan supaya ikatan batu permata itu lebih kuat. 
  • Emas 585 (14 karat) : Mengandungi 58.5% ke 58.3% kandungan emas. 
  • Emas 375 (9 karat) : Mengandungi 37.5% kandungan emas. Dipanggil juga suasa.
*Please take note ya...semakin banyak kandungan emas, maka semakin mahal harganya.

Namun kalau ikut trend sekarang, orang lebih suka memakai bahan perhiasan dari emas putih (biasanya emas jenis 750, 585 dan 375 yang disadur). Tapi hati-hati ya...sebab nilai jualan balik emas ini adalah rendah jika dibandingkan dengan emas 999 dan 916.

Mengapa emas perlu dicampurkan dengan bahan-bahan lain?
Seperti yang saya nyatakan tadi, emas tulin adalah lembut. Jadi, tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sebagai bahan perhiasan seharian.

Emas jenis yang manakah layak untuk Ar-rahnu (sistem pajak gadai)?
Sesetengah pihak hanya menerima emas 750, 916 dan ke atas untuk dipajak gadai. Berdasarkan my limited survey, ada juga pihak yang tidak menerima emas putih atau emas yang mempunyai batu permata untuk dipajak gadai.
Penjelasan tentang ar-rahnu boleh dibaca disini

Jika mahu membeli emas perhiasan, sila berhati-hati juga dengan harga yang ditawarkan di kedai-kedai emas. Contohnya ada potongan harga sehingga RM8 segram. Harga emas mungkin murah sedikit jika dibandingkan dengan harga pasaran, tetapi sila lihat pula harga upahnya. Kadang-kadang tu, total harga yang perlu dibayar lebih mahal kerana harga upahnya yang melampau-lampau. Tapi, bergantung juga pada citarasa masing-masing. Biasanya, emas perhiasan yang upahnya mahal (tidak kira sama ada rantai, gelang atau cincin) memanglah tersangat cantik...huhu

Sekian . Wassalam



Label:

November 02, 2014

Extraordinary Successful People


Untuk terus berjaya..adakalanya kita perlu belajar dari orang-orang yang telah berjaya

Salam hujung minggu semua :)

Sekian. Wassalam.

Pic Google

Label:

November 01, 2014

Cinta Pertama atau Cinta Terakhir?

Selalu dengar orang kata...
"First love never die..."

Teringat saya pada kisah seorang rakan saya (perempuan), walaupun sekarang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tapi masih gagal melupakan cinta pertamanya...dan lebih teruk lagi..masih mengharap, walhal si lelaki itu sedang amat berbahagia bersama anak dan isteri..

Pernah juga saya terbaca kisah seorang suami yang kembali bercinta dengan kekasih pertamanya setelah bertemu kembali di majlis re-union kolej...

Hebat sangatkah penangan cinta pertama?..

Saya bukanlah orang yang pakar dalam hal ini. Tapi pada pendapat saya, adalah sangat tidak adil untuk seseorang yang sudah mempunyai komitmen (pada keluarga) tak kiralah sama ada si suami atau isteri meninggalkan keluarga mereka demi mengejar cinta pertama.

Mungkin tak semua orang sependapat dengan saya. Tapi pada saya, kenalah selalu beringat, memang cinta pertama hebat, tapi saya rasa hebat lagi orang yang sudi berkahwin dengan kita serta sanggup bersusah senang bersama.
Jadi berusahalah.... untuk sentiasa memperbaiki diri serta keadaan.

Mungkin sebab itu ada juga pepatah yang mengatakan..
"Being someone's first love is great...but to be their last is beyond perfect..."


Apa-apa pun, jodoh pertemuan di tangan Allah...dan kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik.

Sekian. Wassalam..


Label: