<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Hebat Sangatkah Menjadi Pembuli?

November 05, 2014

Hebat Sangatkah Menjadi Pembuli?

Assalamualaikum


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes buli melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Semakin menjadi-jadi pula akhir-akhir ini. Sakit hati betul bila tengok video pembuli bersinglet hitam dan rakan-rakannya membelasah beberapa orang pelajar.
Bayangkan sekiranya orang yang dibelasah itu adalah adik atau anak kita? Na'uzubillah

Harap-harap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini.

Tak faham saya, apalah yang hebatnya bila menjadi seorang pembuli. Rasa macam dah jadi hero?..Terasa hebat kerana sudah menjadi senior? Rasa ingin mempraktikkan aksi-aksi ganas yang telah ditonton dalam filem-filem? Atau perasaan ingin membalas dendam kerana disakiti atau mengalami peristiwa pahit di masa lampau?

Saya juga pernah bersekolah di sekolah berasrama. Sudah pun 'merasa' hidup menjadi junior dan senior. Kalau di sekolah berasrama, memang sudah menjadi adat untuk menjalani program orientasi. Menjadi satu 'kewajiban' untuk mengenali dan menghormati semua senior. Ada kalanya mungkin berbuat silap atau terjadi salah faham sesama rakan atau pun dengan senior. Tapi, tak perlulah sampai membuli, memukul atau membelasah.
Adakah dianggap sebagai satu kemenangan sekiranya dapat membuli rakan sehingga berlaku kecederaan atau kecacatan kekal? Atau lebih teruk sehingga melibatkan kes kematian?

Kepada adik-adik di luar sana, tak perlulah merasa begitu hebat dengan hanya berstatuskan 'senior' di sekolah. Perjalanan hidup masih panjang. Kita tidak tahu bagaimanakah perjalanan hidup kita nanti. Janganlah kerana 'balasan' di atas perbuatan jahat kita hari ini, ditambah lagi dengan doa-doa orang yang teraniaya akan menjadi penghalang untuk kita terus berjaya di masa hadapan. Wallahua'lam.

Sekian. Wassalam.












Label:

13 Ulasan:

Di 11/05/2014 08:26:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Budak2 ni rasa buli mcm best sedangkan ia sebenarnya membunuh masadepan mereka sendiri. Saya dari dulu mmg tak sokong langsung isu senior junior ni. Bangsa yahudi je yg mengagungkan status senior ni sbb mereka merasakan agama & bangsa mereka adalah yg tertua di dunia. Suburkanlah jiwa Islamiah.. yang tua dihormati & yg muda dikasihi...

 
Di 11/05/2014 09:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau kat asrama..adat senior junior ni lah yang dijunjung dan dijulang..eerrmmm :(
Budak2 pembuli ni saya rasa budak2 yang bijak dan berpotensi...sayangnya lah kalau masa depan sudah tergadai
Thanks for the comment Khir :)

 
Di 11/06/2014 01:55:00 PG, Blogger Gee Lion berkata...

zaman remaja, darah muda membuak2 tak mengira negatif positif.
apatah lagi mereka yg duduk di asrama ni kurang pengawasan dari ibubapa.
apa lagi, naik tocanglah mereka... hurmmm..

 
Di 11/06/2014 07:23:00 PG, Blogger Blog Santai berkata...

Betul tu fidah..sedihkan bila tengok adik-adik ni kecil-kecil lagi dah nak jadi gangster...what went wrong with them...hmm..

 
Di 11/06/2014 04:28:00 PTG, Blogger lynmunir berkata...

Senak perut tengokbudak tu dibuli. Merayu-rayu dia mintak dikasihani.
Kita perlu ada mekanisme menangani masaalah buli di sekolah2 berasrama. Kejadian sebegini bukan hanya berlaku di sekolah2 thafiz saja,malah sek teknik,
mrsm,asrama penuh pun ada . Jgn tak percaya. Elok sangat cadangan menteri nak pasang CCTV di dorm bebudak asrama. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang mereka dipantau. Jangan ada yg sengaja off kan CCTV sudah.

 
Di 11/06/2014 06:05:00 PTG, Blogger Nurulhidayah berkata...

sedih melihat gejala tak sihat macam ni Fidah.. terbayangkan kalau anak-anak kita ditempat sipembuli atau yang dibuli.. Na'uzubillah hi minzalik...

 
Di 11/06/2014 07:47:00 PTG, Blogger Sewa Mobil Murah Jakarta 24 Jam berkata...

terima kasih kerana selalu sudi bertandang ke blog saya..jasamu dikenang.. :) Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

 
Di 11/07/2014 03:15:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Itu lah..biasanya ibu bapa dengan penuh harapan hantar anak ke asrama supaya jadi lebih berdisiplin..jadi macam ni la pulak..
Thanks Gee :)

 
Di 11/07/2014 03:16:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sayang kan..sedih tengok dia org ni..
thanks Raudzah :)

 
Di 11/07/2014 03:17:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Nasib baik bukan anak saya..kalau tidak..memang siap la budak2 ni

 
Di 11/07/2014 03:17:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Kak Lin :)

 
Di 11/07/2014 03:18:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sedih kan Nurul...
Baik si pembuli atau yg di buli..harap2 mintak dijauhkan..

 
Di 11/07/2014 03:19:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Terima kasih ya sudi ke sini
salam kenal :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama