<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Salah ke pegang anjing?

Oktober 22, 2014

Salah ke pegang anjing?

Assalamualaikum

Terasa nak mengomen tentang satu kempen 'hot' yang diadakan baru-baru ini.."I want to touch a dog".

Pendapat peribadi saya..kalau nak belajar tentang anjing..contohnya cara-cara bersertu, situasi bila dibenarkan pelihara anjing dan kasih sayang sesama mahluk...tak salah. Tapi, perlu sesuai dengan caranya dan tidak menimbulkan sebarang fitnah, disamping menjaga sensitiviti umat Islam.

Menurut seorang rakan saya, bapanya pernah memelihara anjing untuk menjaga kebun. Memang anjing tersebut sangat berjasa dan ketika anjing tersebut mati, seluruh ahli keluarganya turut bersedih. Maklumlah..walaupun hanya seekor anjing, perasaan ihsan sesama mahluk Allah tetap ada. Tapi, tak perlulah sampai nak belai, peluk dan cium anjing tu.

Adakah dengan kempen-kempen sebegitu akan mengurangkan rasa takut pada anjing?..Pendapat peribadi saya, kebanyakan orang (muslim) bukanlah takut pada anjing (tapi, bergantung pada jenis anjing jugak)..cuma tak kuasa nak pergi ber sertu....kot2 lah 'ter-bersentuhan' dengan mahluk tersebut. Lagipun, perlu ke saja-saja nak pegang anjing tu?..
Walaupun anjing tersebut dalam keadaan kering, perasaan was-was tetap timbul. Sebab itu, seboleh-bolehnya cuba elak.....dan bukannya kerana takut.
Tapi, kalau terjumpa anjing liar di jalanan..memang Kak Ton lari...huhu

Tentang cara-cara untuk bersertu (cara pembersihan dengan 1x air yang bercampur tanah dan 6x air mutlak), saya akui, kita memang wajib belajar tentang hal ini. Kalau nak buat majlis ilmu secara besar-besaran termasuk latihan praktikal, memang sangat digalakkan sebab ianya akan memberi lebih pendedahan terutamanya kepada anak-anak kita. Soalnya sekarang...perlu ke kita pegang anjing sebenar..baru dapat 'feel' macam mana cara-cara menyucikan diri dari najis mughalazah ini?...eemmmm

Walaubagaimana pun itu hanyalah pendapat peribadi saya..
Tapi saya pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga 'kes' ini akan membuka mata semua pihak dan dapat memberi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

*Sebagai rujukan : beza diantara samak dan sertu:
Kredit: Koleksi printscreen soal jawab Ust Azhar Idrus


Sekian. Wassalam.

Gambar: google

Label:

12 Ulasan:

Di 10/22/2014 08:47:00 PG, Blogger Mang Lembu berkata...

segala hal yang terjadi pada kita sesungguhnya hikmah yang terkandung di dalam kejadian tersebut sangat dalam dan sungguh bermakna.
semoga melapangkan dada kita

 
Di 10/22/2014 12:25:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Salam siang Kak, Fidah dapat pengetahuan tentang cara
Menghilangkan Majis atau najis anjing itu ya Kak? makasih
Atas ilmu yang telah dibagikan ini. salam ceria :)

 
Di 10/22/2014 12:28:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Dak mu kemane Kak Lembu ke raja Ampat ape ndak
Ke Kuala lumpur nie..?

 
Di 10/22/2014 12:32:00 PTG, Anonymous Saud Karrysta berkata...

Oh ya ampe lupe saye nie Kak Fidah,
Tarima kasih nie nak mengomen panjang
Takutnya rakan tak kebagian sampe ni aja ya Kak

 
Di 10/22/2014 10:20:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

T.kasih Mr Cilembu Thea :)
T.kasih juga sudi mengomen di sini..

 
Di 10/22/2014 10:23:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

T.kasih Mr Saud...kerana selalu singgah di sini..
Semoga ceria selalu :)

 
Di 10/22/2014 10:23:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sama2 :)

 
Di 10/23/2014 12:05:00 PG, Blogger Gee Lion berkata...

leceh sebenarnya nak samak2 or sertu2 ni..
tapi kempen ni kalau dapat kurangkan pandangan negatif terhadap anjing apa salahnya..
tapi itulah, konsep kempen ni sangat berbaur liberal..
itu yg jadi tak berapa nak sedap tu..

 
Di 10/23/2014 09:25:00 PG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Salam Fidah.. pe kabar? Nurul setuju dengan Fidah.
Untuk mengetahui atau belajar lebih mendalam tentang satu2 perkara, tak perlulah untuk bersentuhan dengannya pun, contohnya, kursus mandi jenazah, takdepun Jenazah yang sebenar, sama juga bila kita belajar CPR, takde pun mangsa pernafasan mulut ke mulut.. huhuu.. pendedahan tu memang bagus tapi kenalah dengan cara dan tidak melampaui sensitiviti semua.

 
Di 10/23/2014 01:06:00 PTG, Blogger Blog Santai berkata...

Kita setuju dengan Nurul...Apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat..tengok tajuk kempen pun rasa sesuatu..hmmm..

 
Di 10/24/2014 12:26:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya tak takut anjing.. tapi takut hukum. Hukum jngn dipandang ringan. Bila fikir balik, buat kempen dah mcm karnival spt tu mcm ada yg tak betullah. Tak semua org Islam takut dgn anjing sebenarnya.. Saya tak takut anjing, but i dont want to touch a dog huhu.

 
Di 11/01/2014 05:04:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

I dont want to touch dog too

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama