<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Kacang Pool

September 28, 2014

Kacang Pool

Assalamualaikum....

Masa bersembang-sembang dengan rakan 'se-negeri' hari Jumaat lepas, termasuk pulak topik kacang pool ni...eemmm...apa lagi, tekak pun teringin la.



Jenuh Mak Jemah cari resipi dan bahan-bahan nak buat..huhu
Alang-alang dah terlajak rajin memasak tadi, saya kongsikan sekali resipinya di sini:

Bahan-bahan :
1. 1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur)
2. 1 tin kacang panggang
3. 200gm daging lembu kisar
4. 1 biji bawang merah besar (kisar)
5. 5 biji bawang merah kecil (kisar)
6. 5 biji bawang putih (kisar)
7. 1 inci halia (kisar)
8. 1 1/2 sudu besar rempah kari
9. 1 sudu besar serbuk ketumbar
10. Minyak untuk menumis
11. Garam & gula secukup rasa
12. Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk ketumbar
3. Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
4. Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi)
5. Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
1. Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
2. Bawang besar (potong dadu)
3. Lada hijau (hiris kecil-kecil)
4. Limau kasturi (belah 2)

Bahan lain:
1. Roti (saya guna roti gardenia aje tadi) - sapu butter dan bakar siket

Cara hidangan:
Masukkan kacang yang telah dimasak tadi ke dalam mangkuk. Masukkan telur goreng manja dan bahan-bahan sampingan tadi. Makanlah dengan roti yang telah siap dibakar..





Selamat Mencuba.

Sekian. Wassalam.







Label:

14 Ulasan:

Di 9/28/2014 10:00:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Tq sharing fida. Teringin nk mkn yg kt larkin tu. Ada jgak resepi huhu .nt leh buat huhu

 
Di 9/28/2014 10:11:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sebenarnya saya pun memang teringin nak mkn yg kat larkin tu...tapi x berkesempatan nak pergi.. :(
Thanks Tasha..

 
Di 9/28/2014 11:23:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

Waallaikumsalam.
kacang poolnya emang pol banget kan :D
salam sehat dan ceria selalu kak

 
Di 9/29/2014 01:31:00 PG, Blogger Gee Lion berkata...

as salam cik fida..
senangnyer nak buat. antara rajin dgn tak je. hehehe..

 
Di 9/29/2014 04:43:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Kalau Kacang yang satu ini enaknya ga ada dua nya Mbak Fidah
Saya suka sekali, apa lagi kalau di kasih. sukses selalu :)

 
Di 9/29/2014 12:56:00 PTG, Blogger Blog Santai berkata...

Pernah dengar pasal kacang ni tapi tak pernah makan lagi...nampak macam sedap je..

 
Di 9/29/2014 10:54:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Lama tak makan kacang pool ni.. makan tepi swiming pool pun layan ni.. :D

 
Di 10/06/2014 03:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya sebenarnya baru2 nak belajar.
T.kasih & salam ceria selalu

 
Di 10/06/2014 03:01:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bole cuba Gee...sajian ringkas..
Thanks :)

 
Di 10/06/2014 03:02:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bole dicuba resipi nya Mas Saud..
Salam suksess juga :)

 
Di 10/06/2014 03:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bole cuba try test...
Ok jugak ni Raudzah..thanks :)

 
Di 10/06/2014 03:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Makan kacang pool di tepi swimming pool...menarik ni..hehe :) :)

 
Di 1/28/2015 07:21:00 PG, Blogger Ridha berkata...

Gado-gado atau rujak yah ini. :D

 
Di 1/28/2015 07:37:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kedua dua pun bukan...
ia adalah sejenis masakan kacang yang dicampur daging dan sedikit rempah...
Thanks Mr Ridha :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama