<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jenis-jenis Emas

November 04, 2014

Jenis-jenis Emas

Assalamualaikum

Semenjak dari dahulu lagi, emas dilihat sebagai salah satu pegukur kekayaan. Lagi banyak emas yang dimiliki, lagi kayalah seseorang itu.


Barang kemas adalah sangat sinonim dengan wanita. Barang kemas selalunya dijadikan hadiah untuk hari-hari istimewa. Ada juga yang menjadikannya sebagai barang hantaran perkahwinan.

Tahukah anda emas sebenarnya ada banyak jenis. Kita selalu dengar orang cakap pasal emas 999, emas 916, emas 750 dan sebagainya. Sebenarnya, setiap satu jenis emas tersebut adalah berbeza dari segi standard dan kandungan emasnya.


  • Emas 999 (24 karat) : Mengandungi 99.9% kandungan emas. Ia juga dipanggil emas tulin. 
  • Emas 916 (22 karat) : Mengandungi 91.6% kandungan emas. Yang selebihnya adalah campuran bahan-bahan lain. Kebanyakan barang kemas (perhiasan) dibuat daripada emas 916 kerana sifatnya yang lebih keras berbanding dengan emas tulin.
  • Emas 750 (18 karat) : Mengandungi 75% kandungan emas. Sifatnya lebih keras daripada emas 999 dan 916. Biasanya digunakan untuk cincin yang mempunyai batu permata - jenis bahan yang lebih keras diperlukan supaya ikatan batu permata itu lebih kuat. 
  • Emas 585 (14 karat) : Mengandungi 58.5% ke 58.3% kandungan emas. 
  • Emas 375 (9 karat) : Mengandungi 37.5% kandungan emas. Dipanggil juga suasa.
*Please take note ya...semakin banyak kandungan emas, maka semakin mahal harganya.

Namun kalau ikut trend sekarang, orang lebih suka memakai bahan perhiasan dari emas putih (biasanya emas jenis 750, 585 dan 375 yang disadur). Tapi hati-hati ya...sebab nilai jualan balik emas ini adalah rendah jika dibandingkan dengan emas 999 dan 916.

Mengapa emas perlu dicampurkan dengan bahan-bahan lain?
Seperti yang saya nyatakan tadi, emas tulin adalah lembut. Jadi, tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sebagai bahan perhiasan seharian.

Emas jenis yang manakah layak untuk Ar-rahnu (sistem pajak gadai)?
Sesetengah pihak hanya menerima emas 750, 916 dan ke atas untuk dipajak gadai. Berdasarkan my limited survey, ada juga pihak yang tidak menerima emas putih atau emas yang mempunyai batu permata untuk dipajak gadai.
Penjelasan tentang ar-rahnu boleh dibaca disini

Jika mahu membeli emas perhiasan, sila berhati-hati juga dengan harga yang ditawarkan di kedai-kedai emas. Contohnya ada potongan harga sehingga RM8 segram. Harga emas mungkin murah sedikit jika dibandingkan dengan harga pasaran, tetapi sila lihat pula harga upahnya. Kadang-kadang tu, total harga yang perlu dibayar lebih mahal kerana harga upahnya yang melampau-lampau. Tapi, bergantung juga pada citarasa masing-masing. Biasanya, emas perhiasan yang upahnya mahal (tidak kira sama ada rantai, gelang atau cincin) memanglah tersangat cantik...huhu

Sekian . Wassalam



Label:

8 Ulasan:

Di 11/05/2014 07:40:00 PG, Blogger Blog Santai berkata...

Thanks Fidah...menarik subject ni..kita suka white gold...

 
Di 11/05/2014 01:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

saya minat jugak white gold ni...sbb nampak exclusive
Thanks Raudzah :)

 
Di 11/05/2014 08:27:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Perkongsian yg bermanfaat.. Emas merupakan pelaburan yg mempunyai prospek yg baik klu tahu mengendalikannya. Thanks sharing Fidah.. :)

 
Di 11/05/2014 09:50:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Emas merupakan antara komoditi yang agak stabil..Boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan juga kalau kena dengan caranya
Thanks Khir :)

 
Di 11/05/2014 10:58:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

buy back emas menarik minat saya ...

 
Di 11/06/2014 04:23:00 PTG, Blogger lynmunir berkata...

Betul tu Fidah. Aruah mak dulu sering mengajar bila nak beli emas yang boleh kita
tawar @ yang depa tawarkan potongan adalah dr harga upah. Bukan dari harga emas.
Tengok, orang dolu-dolu lebih faham cara mengiraan emas dilakukan. Dan untung menyimpan emas memang antara 25 - 30%. Compounded every year.Pelaburan yg berbaloi.

 
Di 8/27/2016 05:21:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

assalam..sye nk jual jenis pen..pen ni jenis dia penna..sye tgok situ ade tulis 14k dan 585..adakah ianya emas juga?..kalau sye jual dekat pajak gadai cina..agak-agak saya dapat berapa

 
Di 9/29/2016 11:59:00 PG, Blogger Unknown berkata...

White gold ni mmg sesuai utk kaum wanita buat hiasan tetapi tidak sesuai utk pelaburan

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama