<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ar Rahnu - Pajak Gadai Islam

Disember 24, 2013

Ar Rahnu - Pajak Gadai Islam

Ar Rahnu, juga dikenali sebagai Ar Rahn, merupakan pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar jangka pendek. Ia merupakan perkhidmatan pajak gadai alternatif bagi peminjam yang selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.
Di Malaysia, Ar Rahnu adalah berdasarkan konsep-konsep Islam berikut:
        Qardhul Hasan - peminjam dikehendaki membayar hanya jumlah yang dipinjamnya.
        Ar Rahnu dan Al-Wadi'ah - peminjam dikehendaki untuk meletakkan aset yang berharga sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman dan untuk memastikan pembayaran balik (seperti pinjaman perumahan gadai janji)
        Al-Ujrah - Pemberi pinjaman dibenarkan untuk mengenakan upah untuk penyimpanan barang-barang gadaian
Gambar: Google

Bagaimana Ar-Rahnu Dijalankan
        Pelanggan membuat permohonan untuk transaksi Ar-Rahnu di mana-mana institusi yang menjalankan perniagaan ini.
        Pemeriksaan ke atas barang kemas di buat
Ø Pemeriksaan fizikal dengan melihat bentuk dan pemeriksaan dengan megnet bagi memastikan tiada unsur-unsur logam lain pada barang kemas tersebut. Nota : Kebanyakan institusi juga tidak mengambil emas putih dan berlian sebagai barang gadaian.
Ø Barang kemas ditimbang untuk memastikan ketumpatan/ jenis emas (999, 916,750 dll) serta berat barang kemas tersebut.
Ø Ujian asid. Barang kemas digesek pada batu khas dan sedikit asid (asid nitrik dan hidrolik) diletakkan pada batu tersebut untuk memastikan ketulenan dan jenis emas (999, 916, 750 dll)
        Setelah pemeriksa berpuas hati, Surat Akuan Gadaian dikeluarkan. Maklumat mengenai jumlah pinjaman (biasanya 65% atau 70% daripada nilai emas), tempoh bayaran balik (biasanya max 6 bulan) dan upah simpan (upah dikira berdasarkan nilai barang kemas, berapa lama emas disimpan dan kadar simpan atau safe keeping rate yang ditentukan) akan tertera di surat ini.
        Setelah itu, pengeluaran wang (financing disbursement) dibuat.
        Notis untuk menebus barang kemas akan dihantar kepada pelanggan, 1 bulan atau 14 hari (bergantung pada institusi) sebelum tamat tempoh gadaian.
        Setelah tamat tempoh gadaian, pelanggan boleh menebus kembali barang kemas atau melanjutkan lagi tempoh pajak gadai (dengan syarat membayar upah simpan dahulu).
        Sekiranya pelanggan gagal untuk membayar harga tebusan emas yang dipajak pada tempoh yang ditetapkan , barang kemas tersebut akan dilelong. Jika hasil daripada lelongan melebihi jumlah pinjaman, baki wang akan dipulangkan kepada pelanggan.

Mengapa Ar Rahnu?
        Kaedah ini dapat menyediakan keperluan kewangan yang mudah dan cepat kepada peniaga-peniaga kecil untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan juga kepada individu yang memerlukan wang tunai
        Menyediakan sumber kewangan alternatif kepada skim pajak gadai konvensional

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat tentang skim pajak gadai Islam yang ada di negara kita. Pada pendapat saya cara ini lebih efektif (kepada yang memerlukan) kerana ia membolehkan individu memperolehi wang tunai tanpa perlu meminjam daripada saluran yang mahal seperti “ah long”, “ceti” atau syarikat peminjam wang.

Sekian. Wassalam.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama