<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Kak Ton Diva???

Disember 12, 2013

Kak Ton Diva???

Assalamualaikum.

Semalam saya mengambil kesempatan bercuti untuk membawa anak berjalan-jalan. Tidak lah jauh sangat juga tempatnya, hanya di sekitar Bangi dan Putrajaya.

Kami singgah di salah sebuah pusat membeli belah di situ. Kebetulan saya memang berhajat untuk menggantikan beg  tangan yang sudah agak lama, jadi saya masuk ke sebuah kedai yang menjual barangan kulit.

Malangnya apabila masuk ke dalam kedai tersebut, jurujual di situ memandang kami dengan pandangan sebelah mata. Mungkin kerana penampilan saya dan anak-anak yang hanya ber t-shirt, memakai jeans dan berselipar. Mungkin juga kerana saya membawa beg tangan yang tidak begitu berjenama. Atau.. mungkin kerana anak-anak saya bermain kejar-kejar di situ. Emmm..tak pasti yang mana.



Sebenarnya, saya bukannya mahukan layanan seperti seorang Diva. Tapi cukuplah sekadar bertanya..
"Apa yang boleh saya bantu?" atau
"Puan mahukan beg yang macam mana?"
Malangnya sepatah pertanyaan pun tiada..hanya sebuah pandangan yang saya tidak pasti apa maksudnya.

Pada saya, jurujual tidak sepatutnya bersikap demikian. Teringat pula saya ungkapan yang selalu di sebut semasa belajar perdagangan dulu..."Pelanggan adalah raja"..Benarkah?

Sepatutnya jurujual haruslah mempunyai sikap mesra pelanggan.

Mereka sepatutnya melayan pelanggan atau bakal-bakal pembeli mereka dengan baik. Tahukah anda bahawa bersikap mesra pelanggan juga boleh mengubah fikiran pelanggan daripada tidak membeli pada mulanya kepada membeli produk mereka?

Mereka juga harus memahami situasi pelanggan. Tidak semua orang mempunyai 'privilege' untuk tidak membawa anak-anak bersama ketika masuk ke butik-butik. Saya tiada pembantu rumah, dan memang sudah menjadi amalan untuk menbawa anak-anak ke mana-mana saja saya pergi. Apa- apa pun, layanlah dengan baik kerana saya tetap pelanggan mereka.

Dan..janganlah juga memandang serong kepada pelanggan-pelanggan yang kelihatan 'comot'....hahaha...saya tak pasti apa istilahnya.
Mungkin semalam saya tidak ada niat untuk membeli, hanya sekadar meninjau barangan. Tapi, bagaimana pula dengan pelanggan yang lain?.
Janganlah ingat semua pelanggan yang tidak berpenampilan hebat...tidak ada 'kuasa membeli'.

Sekian. Wassalam.



Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama