<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Sebentuk Cincin Permata Berlian

November 27, 2013

Sebentuk Cincin Permata Berlian


Diamond is a girl’s best friend ….

Biasa dengar ungkapan itu? Pepatah itu sering disebut bagi menggambarkan betapa akrabnya wanita pada batu berharga ini.


Gambar: Ihsan Google

Bagi sesetengah orang pula, berlian adalah satu keabadian, sesuai dengan ungkapan “A diamond is forever” yang dipopularkan oleh  De Beers, sebuah syarikat pengeluar berlian terkemuka di dunia. Mungkin kerana itu jugalah berlian turut dikaitkan dengan perkara atau peristiwa penting, contohnya sebagai cincin lamaran, cincin pertunangan, cincin perkahwinan dan juga hadiah ulang tahun perkahwinan.

Ada juga orang mengatakan bahawa berlian adalah simbol cinta.  Pernah berlaku seawal tahun 1477, ketika Archduke Maximillian mempersembahkan sebentuk cincin berlian kepada tunangnya Mary dari Burgundy sebagai lambang cintanya. Cincin itu kemudiannya dipakai di jari manis, tangan sebelah kiri, yang dipercayai terletaknya vena amoris atau the vein of love (urat cinta) yang akan berakhir di hati. Emmmmm….saya baru tahu fakta ini J

Bagi anda  yang ingin memilih cincin berlian sebagai hadiah untuk yang tersayang, berikut adalah beberapa panduan mengenai kualiti berlian yang perlu dikenalpasti. Ia dinamakan kaedah 4C iaitu colour (warna), carat (karat), cut (potongan) dan clarity (kejernihan).

  Gambar: Ihsan Google


 Gambar: Ihsan Google

1.    Color atau warna
     Semakin jernih warna berlian, semakin tinggilah kualitinya.

2.    Carat atau karat
Berlian dinilai berdasarkan karat atau beratnya. Tetapi tidak semua berlian dangan ukuran besar adalah lebih baik dan mahal. Berlian dengan karat yang lebih kecil mungkin lebih mahal jika diambil faktor-faktor lain seperti  warna, kejernihan dan potongannya.

3.    Clarity atau kejernihan 
Semakin sedikit kerosakan pada berlian, semakin sempurna cahaya yang dipantulkan.  Jika dirujuk pada gambar di atas, semakin ke bawah, semakin kuranglah kualitinya.

4.    Cut atau potongan
Jika potongannya berkualiti, berlian akan memantulkan cahaya yang sempurna. Untuk menguji kualitinya, lihatlah berlian dari atas, dengan itu, pantulan sinarnya boleh dilihat dengan jelas.

Sumber: website Hearts on Fire

Ramai orang tahu bahawa berlian adalah antara batu yang tercantik di dunia dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Berlian mampu memancarkan keindahan, kemewahan dan gaya yang tersendiri bagi si pemakai. Maka, tidak hairanlah jika ia menjadi idaman ramai wanita.
Namun begitu, pendapat peribadi saya, tidak semestinya berlian sahaja yang boleh menjadi lambang cinta. Dan saya juga tidak pasti, adakah dengan hanya menghadiahkan sebentuk cincin berlian, ianya boleh membahagiakan seseorang wanita hingga ke akhir hayat.
(Tapi..jika orang tersayang bagi..mestilah saya ambil dan pakai...hehe :D )

Pendapat anda pula bagaimana?

Sekian. Wassalam


Label:

7 Ulasan:

Di 2/15/2014 07:43:00 PG, Blogger Blog Santai berkata...

Kita suka tengok berlian Fidah. Cantik tapi tak suka pakai...cincin kita simple aje..

 
Di 2/17/2014 08:00:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sy minat berlian ni Raudzah...tapi x ada lah koleksi sbb mahal..hehe...
Thanks

 
Di 12/02/2014 06:02:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

test

 
Di 1/18/2015 05:21:00 PG, Blogger Ridha berkata...

Berlian mahal harganya. Saya baru tahu juga kalau jari manis sebelah kiri itu uratnya langsung menuju ke hati. Kalau jari manis tangan kanan sama juga gak yah.

 
Di 1/18/2015 03:51:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pernah terbaca tentang jari manis kanan di buku..dan di confirm kan lagi oleh si penjual emas baru2 ini..
Tentang jari kanan, saya tidak pasti..
Thanks Mr Ridha :)

 
Di 5/04/2015 03:56:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

saya baru je terjumpa satu gambar cincin berlian di page org putih . terus berkenan sbb cuttingnya . saya save dan tengok hari2 dalam lappy ... heheheee ... betullah perempuan ni gila berlian tpi saya dpt tgk jer ... heee

 
Di 5/04/2015 04:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Perempuan memang gila berlian. Chantik kan. Esp yg hearts on fire collection tu. Memang menikam kalbu betul...uuhhhhh!
In shaa Allah. Kita doakan sama2. Tak lama lagi ada org bagi kat Vee. Aamiin.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama