<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Anak Angkat, Ibu Susuan

November 24, 2013

Anak Angkat, Ibu Susuan


“Appointment Puan dengan Doktor Fatimah esok, jadi ke?” panggilan dari sebuah klinik pakar sakit puan meingatkan aku pada temujanji yang dibuat pada minggu lalu. Memang hampir terlupa sebenarnya. “Confirm. Esok saya datang pukul 9 pagi”.
Memang sudah aku rancangkan dari awal bersama doktor sakit puan ini. Sekiranya aku berjaya mangambil anak angkat, aku mesti mengambil hormon dalam bentuk suntikan dan beberapa ubat yang lain bagi merangsang pengeluaran susu.

Gambar: Ihsan google

Minggu lalu….mungkin juga sudah ditulis sebagai takdir dan rezeki, aku berjaya mendapatkan seorang anak angkat. Rasanya bagai tak percaya. Tapi itulah kenyataan. Aku telah mengambil seorang anak angkat.
Sebenarnya bukan senang untuk membawa orang asing sebagai ahli keluarga. Namun itulah hakikat yang harus aku terima. Risiko untuk aku mengandung lagi terlalu tinggi disebabkan kerosakan teruk pada rahim ketika melahirkan anak dulu. Kini anak sulungku semakin membesar dan mahukan teman. Aku dan suami juga telah lama membincangkan hal ini. Dan kami semua setuju untuk mengambil anak angkat sebagai ahli keluarga baru.

Bayi comel yang terpilih itu, aku namakan dia Ahmad Amsyar. Ahmad bermaksud yang terpuji. Amsyar pula bermakna yang cerdas. Semoga dia menjadi anak yang terpuji akhlaknya, cerdas  dan juga anak yang soleh.
 Aku sememangnya bertekat untuk  menyusukan Amsyar. Aku bukan sekadar mahu menjadi ibu angkatnya tapi aku mahukan hubungan yang lebih rapat. Aku mahu menjadi ibu susuannya. Kelak, jika dia menjadi anak susuan, tidak akan timbul masalah aurat atau mahram. Oleh itu, pengambilan hormon sangat perlu kerana aku tidak mengandung dan melahirkan Amsyar.

Temujanji aku dengan Doktor Fatimah, pakar sakit puan itu berjalan seperti yang dijanjikan. Aku diberikan suntikan hormon. Tapi aku lupa pula hendak bertanya, apakah nama hormon yang disuntik. Disamping itu aku juga diberikan pil Maxolon (bekalan untuk 2 minggu) bagi menggalakkan lagi pengeluaran susu.
Tindakbalas daripada suntikan hormon dan penggambilan Maxolon memang sangat teruk aku rasakan. Ku anggap itu adalah cabaran pertama. Aku tidak lalu makan, badan terasa lemah yang amat sangat dan aku juga tidak dapat mengelakkan rasa mengantuk yang berpanjangan. Ini adalah masalah  besar buat aku ketika itu, kerana  aku harus pergi bekerja seperti biasa. Tanggungjawab aku juga sudah bertambah dengan kehadiran Amsyar. Mujur ada suami yang sangat memahami keadaan ku. Bersyukur juga kerana pada ketika itu aku mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat cekap dan turut sama menjaga Amsyar. Maklumlah pada masa itu usia Amsyar baru 2 minggu.

Selain daripada bantuan suntikan dan pil, aku juga disuruh mengepam payudara bagi menggalakkan pengeluaran susu. Aku harus melalukannya setiap 4 jam. Tak kira di mana, pada bila masa, aku harus melalukannya walau pada ketika itu bayang air susu pun masih belum nampak lagi.  Kaedah ini hanyalah untuk merangsang (stimulate) pengeluaran susu. Ini adalah cabaran kedua. Aku harus bangun pada waktu malam, mengikut masa yang ditetapkan dan aku juga harus meluangkan masa di waktu pejabat untuk melakukan aktiviti ini. Agak susah juga, terutamanya bila ada mesyuarat penting atau waktu di mana aku harus bertugas di luar pejabat. Dan apa pula alasan untuk diberikan kepada boss dan pada teman-teman sepejabat ketika keluar mengepam susu, kerana setahu mereka  aku sudah lama tidak mengandung dan melahirkan anak.
Pam susu yang paling banyak berjasa. Aku masih lagi menyimpannya sebagai tanda kenangan antara aku dan Amsyar.
“Sepatutnya, selepas 2 minggu, air susu dah ada” aku masih teringat lagi kata-kata Doktor Fatimah ketika temujanji tempoh hari. Namun selepas dua minggu aku berusaha, air susu masih belum juga keluar. Aku sedikit kecewa sebenarnya. Namun tetap bersyukur kerana pada ketika itu, aku masih diberi kegigihan dan kecekalan untuk  meneruskan usaha. Aku sendiri tidak pasti dari mana aku boleh dapat kekuatan itu.
Aku meneruskan penggambilan pil hormon. Cuma aku tukarkan pengambilan pil daripada Maxolon kepada Motilium setelah mendapat kebenaran dari Doktor Fatimah. Aku rasa, Motilium lebih sesuai  kerana tidak rasa begitu mengantuk. Kalau tidak, Allah saja yang tahu bagaimana aku terpaksa berjuang setiap hari demi mengelakkan rasa mengantuk terutamanya di waktu pejabat. Kaedah mengepam juga aku tukarkan. Daripada menggunakan pam manual, aku selang-selikan dengan pam bateri dan seterusnya kepada pam elektrik. Masanya masih sama, iaitu setiap 4 jam.


Pam bateri - Juga masih dalam simpanan

Setelah 3 minggu, barulah air susu keluar. Setiap titis, aku rasakan sangat berharga. Namun, jumlahnya terlalu sedikit untuk membuat Amsyar kenyang. Agak gusar juga aku ketika itu. Untuk mendapatkan 1oz pun aku rasakan terlalu sukar dan Amsyar memerlukan 2oz atau 3oz untuk sekali kenyang. Pelbagai cara yang difikirkan untuk menambah susu dan sekurang-kurangnya Amsyar mesti kenyang 5 kali, bagi memenuhi syarat menjadi anak susuanku.

Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada Aishah R.A.  yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (No 1452) katanya “Pada peringkat awal penurunan Al Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia  dinasahkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehingga Rasulullah S.A.W diwafatkan”. Di dalam kitab Subul Al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila kenyang.
Bermacam-macam petua yang aku lakukan, asalkan hasrat aku untuk menyusukan Amsyar berjaya. Daripada memakan pil Asi, fenugreek pills, ubat periuk, jamu, ditambah lagi dengan pil-pil modern yang sedia ada, semuanya ditelan.  Namun haslinya masih sedikit. Aduhai....
Pam Elektrik : Sumber dari Google.

Berbekalkan  doa dan juga sokongan  daripada keluarga serta rakan-rakan rapat, aku cekalkan hati. Tetap juga gigih mengumpul setiap titis susu yang dipam. Sedikit demi sedikit. Dari 1oz ke 2oz dan seterusnya, akhirnya aku berjaya menyusukan Amsyar dengan cara ini (susu dikumpul hingga cukup 2oz ke 3oz dan diberikan kepada Amsyar melalui botol susu) dan membuatnya kenyang lebih 10 kali. Setelah itu barulah aku yakin untuk menyusukan Amsyar secara direct breastfeeding.
Menyusukan Amsyar secara direct breastfeeding juga merupakan satu cabaran kerana dia tidak biasa. Semenjak lahir dia hanya minum menggunakan botol susu. Agak sukar juga untuk memujuk dan ia memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Untuk melatih Amsyar menyusu secara  direct breastfeeding, aku menggunakan alat yang dinamakan “supplemental nursing system”. Alat ini mempunyai tiub yang dilekatkan diputing payudara. Ada botol susu yang disediakan untuk disambungkan pada tiub tadi. Secara teori, susu formula yang dimasukkan ke dalam botol tadi akan keluar dari tiub. Ini hanyalah sebagai rangsangan pada hormon si ibu dan bagi membiasakan si anak menyusu terus dari badan. Setelah berhari-hari berusaha, Alhamdulillah, aku berjaya.




Peralatan ini juga masih ku simpan rapi. Agak mahal juga. Tapi, telah berjasa pada aku dan Amsyar.

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika betul-betul berjaya menyusukan Amsyar. Rasa sangat gembira, rasa sangat sayang, semuanya ada. Seolah-olah dia anak kandungku sendiri. Seperti tiada jurang antara kami. Aku berjaya menyusukan Amsyar sehingga usianya 6 bulan. Walaupun tidak dapat melakukannya sehingga  Amsyar 2 tahun, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia sah menjadi anak susuanku.
Pengalaman ini sebenarnya sangat berharga buat aku. Amsyar telah mengajar aku banyak perkara. Aku mula faham erti gigih dan terus berusaha.  Aku belajar maksud sabar, tawakkal dan yakin. Sesuatu yang hampir mustahil akhirnya berjaya dilakukan sekiranya kita yakin dan terus berusaha.

Semoga catatan pengalaman ini memberi manafaat kepada semua terutamanya kepada wanita-wanita yang ingin menyusukan anak angkat. Berdasarkan pengalaman sebenar, ia boleh dilakukan. Yang paling penting ialah komitmen, keyakinan dan usaha. In Shaa Allah. Anda boleh melakukannya.
Sekian. Wassalam.

*Cerita di atas adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang rakan.
Untuk herba2 yang berkaitan untuk menambah susu, boleh rujuk kepada  artikel "List of Galactagogues - Herbs that increase breastmilk production" (https://herblore.com)

Label:

20 Ulasan:

Di 4/10/2014 07:26:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

For info..

 
Di 4/16/2014 03:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

boleh x bg no phone.... saya baru jer amk ank angkat..... susu bdn dah kuar tp skt..... mana tau boleh dptkan tips..... ni email saya dhiafiruz@yahoo.com

 
Di 6/16/2014 03:52:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

boleh share x apa suplmnt yg sis ambil utk tambhkan susu?dan brapakah dos motilium yg sis ambil tu...

 
Di 9/28/2014 07:48:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Makan peria, lobak putik, pil halba, pil ASI..
Dos motilium..kena refer balik kat doktor pakar..
Sorry for the late reply...baru baca..anyway..thanks

 
Di 5/16/2015 06:08:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Boleh ke campur dengan susu formula utk kenyangkan anak angkat.susu terlalu sedikit

 
Di 5/18/2015 11:28:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sorry lambat reply. Kerana jumlah susu yg sedikit, kawan saya campurkan juga denga susu formula...takut baby tak kenyang.
Tapi cara tersebut tidak boleh dikira sebagai anak susuan.
Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/24/2015 04:22:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Salam sis... Sy pun baru 2 minggu amik injection dan min maxalon. Susu keluar tp x sampai setitis pun.. Mohon bantuan sis.. Sy bakal menerima anak angkat pertengahan jun depan..

 
Di 5/24/2015 04:23:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Salam sis... Sy pun baru 2 minggu amik injection dan min maxalon. Susu keluar tp x sampai setitis pun.. Mohon bantuan sis.. Sy bakal menerima anak angkat pertengahan jun depan..

 
Di 5/25/2015 02:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Salam. Sorry for the late reply.
Kena teruskan pam..4 to 6 hrs per day utk stimulate. Tak kira malam atau siang. And most importantly, kena positif and berdoa & tawakkal. In shaa Allah.

 
Di 6/10/2015 05:28:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

bkn mudah rupanya nak dapat susu melalui suntikan hormon ...

 
Di 6/10/2015 11:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau tgk pengalaman org yg melaluinya..memang tidak mudah tapi bukan juga sesuatu yg mustahil.
In shaa Allah dengan berkat doa kan usaha, pasti berjaya.

 
Di 6/19/2015 05:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Salam dear... boleh sy tau sis amek injection kt mane ? Tlg whatsapp sy ASAP.. sbb sydh terima ank angkat, susu bdn still xkeluar... help ;) +601126576541

 
Di 7/23/2015 09:17:00 PG, Blogger Su Hamid berkata...

cerita ini sangat memberi inspirasi kpd ibu2 yg mengambil anak angkat.
perlu tabah, sabar dan kuat semangat.

 
Di 7/24/2015 02:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

salam sis, boleh sis berkongsi hospital mana sis pegi? saya dalam perancangan untuk jumpa doctor sakit puan bagi situasi yang sama

 
Di 7/25/2015 03:22:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu..perlu sabar dan positif

 
Di 7/25/2015 03:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sorry for the late reply. My fren suggest refer kat pakar sakit puan di hosp an nur, bangi

 
Di 12/23/2015 10:10:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Hi sis boleh sa tau mana sis beli nursing aid

 
Di 12/24/2015 04:04:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Biasanya di kedai2 menjual peralatan baby ada dijual.

 
Di 2/19/2018 04:01:00 PTG, Blogger DILLA berkata...

di mana klinik untuk dapatkan suntikan hormon susu ...

 
Di 2/20/2018 05:58:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Boleh berjumpa dengan pakar sakit puan, hospital an nur, bangi.
Tempat lain mungkin ada juga. Tapi tak pasti di mana.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama