<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Berhenti Kerja...dan Berniaga. Ada Berani?

Disember 10, 2013

Berhenti Kerja...dan Berniaga. Ada Berani?


Assalamualaikum

Ramai orang kata, kalau dah bosan dengan kerja sekarang, buat ajelah bisnes. Masalahnya, mampukah saya.??
Saya ada juga membuat sedikit kajian tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum berhenti kerja dan melibatkan diri secara serius dalam perniagaan. Antara faktor penting:
Gambar: Google
1.    Tabungan & modal yang mencukupi.
Jumlah simpanan mesti cukup untuk menampung perbelanjaan peribadi dari  6 ke 12 bulan. Contohnya, jika perbelanjaan peribadi RM3,000, jumlah simpanan mesti  RM18,000 ke RM36,000. Ini untuk perbelanjaan peribadi sahaja ya…
Selain daripada itu anda juga harus menyediakan wang  yang cukup untuk dijadikan modal perniagaan. Pastikan anda tidak terlalu bergantung dengan pihak bank untuk membiayai aktiviti perniagaan anda.

2.    Pendapatan bisnes sama atau melebihi gaji.
Anda dinasihatkan supaya memulakan perniagaan secara “part time” dalam masa 2 ke 5 tahun sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan. Setelah yakin perniagan anda boleh memberikan pulangan yang stabil, barulah anda boleh memikirkan untuk berhenti kerja.

3.    Mempunyai perancangan perniagaan yang rapi.
“If you fail to plan, you are planning to fail”.
Perancangan dan strategi  perniagaan perlu dibuat untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Dan setiap perancangan perlu disertakan dengan pelan tindakan. Sebagai usahawan, anda mesti mematuhi perancangan tersebut.

4.    Sanggup bekerja lebih masa
     Bersedia untuk bekerja lebih 12 jam sehari? Mempunyai pekerjaan tetap dan melibatkan diri secara "part time" dalam perniagaan mungkin memerlukan komitment yang sangat tinggi. Secara tidak langsung, ianya memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Disiplin juga sangat penting kerana tiada siapa yang mengawal anda sekarang.

5.    Anda betul-betul minat dengan perniagaan itu?
Contohnya anda melihat sepupu anda sangat minat dengan haiwan dan beliau  membuka perniagaan menjual haiwan (pet shop) dan akhirnya berjaya. Tidak semestinya anda mesti melibatkan diri dalam perniagaan yang sama. Sepupu anda mungkin sudah membuat kajian terperinci mengenai jenis perniagaan itu. Atau, minatnya yang mendalam terhadap haiwan menyebabkan beliau bersemangat, keratif dan bersungguh-sungguh dengan perniagaannya.

6.    Pasaran dan pelanggan
‘Networking” adalah penting bagi memastikan perniagaan  anda sentiasa mempunya pasaran dan pelanggan.
Salah satu cara, anda harus  terus menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekerja anda sekarang, kerana mereka juga adalah bakal pelanggan anda.

Itu saja yang dapat saya kongsikan. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan membantu kita dalam membuat keputusan....
Bilakah masa yang paling sesuai untuk berhenti kerja dan memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaan.

     Sekian. Wassalam




Label:

3 Ulasan:

Di 1/23/2014 12:43:00 PG, Blogger Mizz Aiza berkata...

banyak yang perlu dirancang dan difikirkan sebelum berhenti kerja dan memulakan perniagaan..

 
Di 1/26/2014 01:15:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul...mesti ada perancangan rapi sebelum membuat keputusan penting..t.kasih:)

 
Di 6/12/2014 12:49:00 PG, Anonymous Pemborong Tshirt Ensaz berkata...

ya betul tu, saya pun setuju dengan pendapat tuan. Sebelum berniat berhenti kerja dan jadi usahawan sepenuh masa, pastikan kita sudah mempunyai simpanan untuk sara kos hidup peribadi selama 6-12 bulan. Lebih lagi bagus. Keuntungan dalam perniagaan tak selalu, takut2 nanti tak dapat menampung kos sara hidup kalau tiada simpanan langsung.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama