<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ssyyyy!!! Jangan Tanya Pada Suri Rumah.

Disember 07, 2013

Ssyyyy!!! Jangan Tanya Pada Suri Rumah.

Menjadi surirumah tangga sepenuh masa? Ingat senang ke nak buat keputusan tu…..
Pada saya ianya suatu dilema…..Sama ada mahu memilih wang ringgit atau tumpuan pada keluarga. Bagi wanita bekerjaya yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, saya kira itu satu pengorbanan.
Sumber gambar: Google
Minggu lepas saya ada membaca satu aktikel tentang hal-hal berkitan dengan suri rumahtangga. Saya rasa aktikel itu agak menarik dan ingin saya kongsikan di sini:

Soalan-soalan Yang Tidak Perlu Ditanya Pada Ibu-ibu yang Memilih Untuk Menjadi Suri Rumah:
Banyaknya masa. Apa yang awak buat dengan masa yang banyak tu?
Tugas seorang suri rumah sebenarnya bermula daripada celik mata sampailah tutup mata. Ada saja perkara yang perlu dibuat. Mengemas rumah, memasak, mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, manjaga anak dan pelbagai lagi kerja yang tidak akan habis. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil di mana sepenuh tumpuan perlu diberikan padanya. Kadang-kadang tu, nak masuk bilik air pun susah. Kalau tak percaya, cer tanya…

Kalau penat, kenapa tak tidur bila baby tidur?
Masa anak tidurlah si ibu dapat menyambung kerja-kerja yang tertangguh. 

Mesti boleh relax kan….sebab tak payah pergi kerja. Betul tak?
Tugas ibu zaman sekarang sangat mencabar. Pagi - menghantar anak ke sekolah,kemudian menjemput mereka pulang dari sekolah. Petang pula menghantar anak ke sekolah agama, kelas mengaji , tution,  kelas karate, kelas  muzik, atau akitiviti-aktiviti sekolah. Selepas itu, mengajar dan membantu anak membuat kerja rumah. Pada masa yang sama, tugas-tugas harian di rumah perlu berjalan seperti biasa. Bukankah masa dan tenaga yang dicurahkan sama dengan mereka yang pergi bekerja?

Husband Dah Kaya ke?  
Sesetengah orang memang memilih untuk hidup dengan cara yang sederhana. Mereka sanggup tinggal di rumah yang sederhana besarnya dan memiliki kereta yang bukan dari jenama mewah, asalkan dapat membesarkan anak-anak dengan nilai-nilai murni yang tersendiri. Tapi, di zaman serba canggih sekarang, duduk di rumah pun boleh dapat income jika kreatif dan rajin. Betul tak?

Bila nak kerja semula?
Ada juga ibu-ibu yang berhenti kerja untuk sementara waktu sahaja sehingga anak-anak besar sedikit atau bila mereka sudah bersekolah. Golongan ini sebenarnya merasa bimbang, adakah peluang pekerjaan masih ada untuk mereka. Jadi, tak perlulah anda menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.

Tak rugi ke belajar tinggi-tinggi, lepas tu terperap di rumah?
Matlamat kebanyakan orang yang pencapaian akademiknya cemerlang adalah untuk mendapatkan kerja yang bagus dan gaji yang tinggi. Tapi, inilah yang saya nyatakan tadi, ia adalah nilai sebuah pengorbanan. Selain itu, golongan ibu-ibu ini dapat menggunakan ilmu yang mereka ada untuk mendidik anak-anak.

Saya tak akan berhenti kerja. Saya tak boleh hidup kalau tak berkomuniksi dengan orang dewasa.
Kata-kata ini mungkin datangnya dari mereka yang merasa cemburu pada ibu-ibu yang sanggup berhenti kerja demi anak-anak kerana mereka sendiri tidak sanggup untuk melakukan sedemikian.

Berapa ringgit suami bagi duit belanja tiap-tiap bulan?
Surirumah dibayar gaji? Selalunya ‘tidak’.  Tapi, bergantung pada kemampuan masing-masing.
Ada juga suami yang menyerahkan semua urusan kewangan keluarga pada isteri. Suami hanya memberi wang, terserah pada kebijaksanaan si isteri untuk membuat perbelanjaan harian, membayar bil, memberi wang saku anak-anak, wang simpanan hari tua dan sebagainya.
Kalau di tanya pendapat peribadi, sekiranya saya berhenti kerja, saya akan cuba membuat sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan, supaya saya tidak perlu terlalu bergantung pada suami dari segi kewangan. Harap-harap boleh la… J

Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kapada kita terutamanya bila berkomunikasi dan bagi menjaga sensitiviti ibu-ibu yang sanggup mengorbankan kerjaya mereka demi keluarga.
Jika wanita bekerjaya adalah penjana ekonomi negara, golongan suri rumah ini sebenarnya adalah penyumbang penting kepada pembentukan insan.

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: Artikel dari Women’s Day

Label:

2 Ulasan:

Di 5/01/2015 04:46:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

kebanyakan wanita bekerja supaya ada wang sendiri utk berbelanja . klu nak harapkan elaun dr suami , confirm x dpt beli beg yg kita nak kan ...

 
Di 5/05/2015 11:42:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul..kalau saya suka pegang duit sendiri dan tidak terlalu bergantung pd org lain..tq Vee :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama