<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Apa Yang Perempuan Mahu

Disember 01, 2013

Apa Yang Perempuan Mahu


Assalamualaikum

Beberapa hari lalu, saya terbaca artikel mengenai “Apa Yang Perempuan Mahu” dari lelaki yang mereka sayangi.
Saya kongsikan fakta-fakta  tersebut di sini, khas untuk kaum Adam di sana:
Sumber gambar: Ihsan Google

1.    Kesetiaan adalah penting
Kecurangan adalah antara punca utama berlakunya keretakan sesuatu hubungan.  Oleh itu, pastikan anda setia dengan pasangan anda.

2.    Wanita mahukan perhatian
Tidak perlulah sampai menelefon mereka 24 jam, tapi cukuplah sekadar membuat mereka tahu yang anda sentiasa  mengingati mereka. Ucapan I love you, good night atau mendapat sms dari orang yang tersayang mungkin sudah cukup untuk membuat wanita rasa gembira.

3.    Penghargaan
Bukanlah juga bermakna wanita mengharapkan anda menghantar bunga setiap hari atau menghadiahkan mereka dengan 8 buah kereta BMW. Cukuplah dengan menghargai apa yang telah mereka lakukan untuk anda. Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dan berilah pujian ikhlas contohnya “sedap masakan hari ini” 

4.    Jadilah pendengar yang baik
Sekiranya isteri atau teman wanita anda meluahkan perasan atau bercerita tentang masalah mereka, jadilah pendengar yang setia. Luangkanlah sedikit masa berharga anda untuk menjadi pendengar yang bijak. Jika tidak dapat membantu menyelesaikan masalah itu sekali pun, sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu meringankan beban yang ditanggung. Pasti isteri atau teman wanita akan lebih menghargai anda.

5.    Kejutan
Kejutan atau surprise!!!!
Gunakanlah kerativiti anda untuk memberikan kejutan atau surprise kepada orang tersayang. Ia boleh dalam bentuk apa saja contohnya bunga, coklat atau love note.
Memasak makanan kegemaran orang tersayang juga merupakan satu kejutan terutamanya  bagi abang-abang yang tak pernah ke dapur J


Sumber gambar : Ihsan Google
6.    Wanita suka diberi kepercayaan
Wanita mahu suami atau teman lelaki mereka percaya bahawa mereka adalah kaum yang setia. Percayalah, kehadiran lelaki yang lebih kaya dan kacak, belum tentu dapat menggugat perasaan mereka terhadap anda. 

7.    Lelaki bijak adalah bonus
‘Bijak’ tidak semestinya diukur dengan pencapaian akademik semata-mata. Kelebihan ilmu atau kemahiran dalam sesuatu bidang adalah suatu bonus jika digunakan dengan betul.  Oleh itu, rajin-rajinlah berkongsi ilmu dengan orang yang tersayang. Cara pendekatan juga penting ya. Contohnya  “Saya tahu dan pernah belajar tentang hal ini, boleh saya ajar awak?” dan janganlah pula "Tak kan tak tahu, kan dah belajar dulu!!"

8.    Cita-cita dan wawasan
Lelaki yang mempunyai cita-cita dan berwasan tinggi akan bekerja keras untuk memperbaiki masa depannya. Ini akan menjadikan wanita yang mereka sayang merasa kehidupan mereka akan lebih terjamin. Tidak nafikan, kestabilan ekonomi dan wang ringgit juga penting.

9.    Rasa selamat
Semestinya wanita ingin berasa selamat dan rasa dilindungi apabila bersama orang yang mereka sayang. So, be protective, not possessive.  

10. Bimbinglah ke jalan yang diredhai
Our goal is Jannah. Maka, persiapkanlah diri anda untuk menjadi pembimbing yang terbaik

Sumber gambar : Ihsan Google

Sekian. Wassalam.

Label:

3 Ulasan:

Di 2/21/2014 05:36:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

harap lelaki memahami apa yang kita mahu..

 
Di 11/27/2014 10:48:00 PG, Blogger Cinta Teknologi berkata...

wah trnyata apa yang wanita inginkan dari seorang lelaki itu bukanlah harta dan materi tapi intinya adalah kesetiaan yah mbak :)

 
Di 5/19/2015 06:19:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

perempuan ni sebenarnya tamak . klu blh semua dia nak . tapi yg lbh ptg blh jadi imam yg bagus dlm rumahtangga ...

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama