<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ubi Kayu

November 17, 2014

Ubi Kayu

Assalamualaikum....



Percaya tak kalau saya kata, makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, sambil minum kopi panas adalah antara kombinasi makanan terbaik ....hehe. Terutamanya dimakan sewaktu hujan

Diinspirasikan oleh entri Kak Lynn Munir tentang ubi rebus (sila lihat sini), saya pun teringin nak buat satu entri mengenai ubi kayu. Nasib baik sempat juga membeli ubi tersebut di pasar tempoh hari...dapatlah merasa.

Kalau dulu-dulu orang kata ubi kayu hanyalah makanan waktu zaman Jepun atau sekadar makanan orang miskin, sekarang tidak lagi. Ubi kayu telah pun dikomersialkan dan menjadi produk-produk makanan yang digemari ramai contohnya kerepek ubi kayu, tepung ubi, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih muih.

Tapi kalau saya, dapat ubi kayu yang direbus (makan dengan sambal atau kelapa yang digaul dengan gula) atau digoreng dengan kunyit dan sedikit rempah...sudah cukup ok..

Khasiat yang terkandung dalam ubi kayu:
  • Sumber tenaga : Mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan kabohidrat dan kanji agar badan kita memperoleh sumber tenaga. Kadar kolestrol dan lemaknya juga rendah, maka, memang baik untuk kesihatan.
  • Vitamin dan mineral : Ubi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic. Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Walaupun dalam kuantiti yang rendah, ubi kayu juga mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium.
  • Serat : Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai jumlah serat yang banyak dan boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol serta mengurangkan kadar kanser kolon.
Maka tidak hairanlah mengapa datuk nenek kita boleh survive walau hanya memakan ubi kayu semasa perang dahulu kerana ubi kayu dapat memberikan pemakanan yang lengkap baik dari sumber tenaga mahupun khasiatnya.

p/s : Lepas ni, bolehlah senaraikan makanan berasaskan ubi kayu dalam menu makanan kita...


Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: artikel - jangan hina ubi kayu (yongsukakuning.blogspot.com)

Label:

10 Ulasan:

Di 11/17/2014 09:50:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Sedap makan ubi kayu time petang2 dgn secawan teh o panas.. kena time hujan lagi feel. Thanks sharing info Fidah.. :)

 
Di 11/17/2014 10:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu..makan ubi rebus time hujan baru feel..hehe
thanks Khir :)

 
Di 11/18/2014 08:15:00 PG, Blogger Blog Santai berkata...

Setuju sangat-sangat Fidah..tapi susah nak dapat ubi kayu ni kan...selain dari sambal kita suka makan ubi kayu dengan kelapa dan gula..sedaaappppp..he..he

 
Di 11/18/2014 12:03:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

buat sarapan atau minum petang..best kan..
saya suka makan ubi rebus dengan sambal..terbaek
Thanks Raudzah :)

 
Di 11/19/2014 07:41:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

sedihnya bila ingat balik cerita orang zaman dulu2 ni. :'(

 
Di 11/19/2014 11:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tak tau nak bayangkan..macam mana susahnya dia org dulu...kan

 
Di 11/23/2014 09:40:00 PG, Blogger Mas Marnes berkata...

sangat cocok bila makan ubi kayu dikala waktu malam sambil seruput segelas kopi panas, beuh sedaaaap :)

 
Di 11/23/2014 09:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Makananyang enak...apa lagi kalau ada kopi panas...

 
Di 11/24/2014 05:23:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

tetiba rindu kat kg . balik kg selalunya mesti pi cabut pokok ubi yg mmg sentiasa ada ... buat keria , donut , bingka pun boleh .

 
Di 11/25/2014 10:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

kalau buat keria pun best kan....bingka pun ok..
dah le hari hujan ni...lapar la pulak..huhu

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama