<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Disember 2017

Disember 31, 2017

Di Penghujung 2017

Assalamualikum
Hari ini hari terakhir tahun 2017.
In shaa Allah tak lama lagi tahun baru akan menjelma.

Tidak dinafikan, ada banyak peristiwa yang berlaku di tahun 2017. Sama ada hal yang menggembirakan, membimbangkan, menyedihkan atau apa saja, kita telah pun melaluinya.
Credit: source

Tapi saya pasti, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah dan pengajaran. Boleh jadi Allah mahu kita lebih bersyukur dengan apa saja yang diberikan dan boleh jadi Allah mahu memberikan petunjuk dan pengajaran atas setiap yang terjadi.
Semuanya adalah satu anugerah.

Semoga tahun 2018 akan membawa lebih banyak rezeki dan kejayaan. In shaa Allah.


Selamat Tahun Baru 2018.

Sekian. Wassalam.

#teratai
#photobyfidah

Label:

Disember 30, 2017

Thieves Young Living Essential Oil

Assalamualaikum
Thieves Young Living Essential Oil buat Mummy happy...:)


Ni nak cerita pengalaman sendiri.
Masa selsema hari tu Akak sapu minyak ni kat kaki sambil menikmati juga aroma peppermint dan RC essential oil (dari young living). Alhamdulillah. Memang melegakan.
Lagi best bila Akak diffuse kan minyak ni. Satu bilik rasa aromanya.


Minyak ni juga boleh dijadikan sebagai ala2 'healthy tea'. Boleh campurkan 1 titik minyak thieves ni dengan 1 titik lemon essential oil, 1 titik coppaiba essential oil dan 1 sudu madu. Campurkan dengan air suam. Eerrm..memang best.

Selain dari itu, Akak gunakan minyak ni untuk dijadikan spray bagi menyegarkan lagi bau peti ais. Campurkan 10 titik minyak thieves ni bersama 10 titik minyak lemon essential oil ke dalam air. Lepas tu masukkan ke dalam botol spray. Spray kan campuran ini ke dalam peti ais. Memang terasa kesegarannya.
Sebenarnya boleh juga di spraykan ke tempat-tempat lain (selain dari peti ais) untuk mendapatkan aromanya yang segar.


Itulah pengalaman Akak menggunakan Thieves Essential Oil dari Young Living.
Satu pengalaman baru yang menarik dan menyegarkan. Tak caya, boleh cuba.

Apa yang ada dalam Thieves Essential Oil?
Credit : Google


Sekian. Wassalam.

#photobyfidah
#younglivingessentialoil


Label:

Gemuk Air



Assalamualaikum
Sesungguhnya perempuan dan azam nak kurus jarang dapat dipisahkan.
Azam nak kurus Kak Long Tijah, Mak Usu Nab dan Mummy Gojes untuk tahun 2017 dah tercapai ke?...
Kalau belum mari kita sama-sama sambung lagi azam yang sama tahun depan..😅😅😅

Apa azam korang untuk tahun 2018?

Sekian. Wassalam.
Credit: ig lawakhangit


Label:

Disember 28, 2017

Selepas Setahun Berlalu

Assalamualaikum


Bila tiba hujung tahun ni, maka genaplah setahun tangan anak saya di operate. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Masih ingat lagi pengalaman 10 hari di hospital.

Awal Januari lalu, anak saya memulakan sesi persekolahan (Darjah 1) dengan tangan berbalut dan harus ke sesi fisioterapi. Anak saya juga harus belajar menulis dengan tangan kiri. Tapi sekarang, Alhamdulillah, tangan kanan anak saya telah pulih sepenuhnya. Dah boleh menulis dengan baik, bawak basikal dan sebagainya.

Terima kasih saya ucapkan pada Dr. Zairizam Zakaria dan team di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di atas rawatan yang baik ke atas anak saya juga di atas surat sokongan yang membolehkan saya bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak.

Terima kasih juga untuk kawan saya, Ikhti dan ex boss Madam Chong yang terpaksa berurusan dengan pihak HR untuk membenarkan saya bercuti tanpa gaji. Akak masih di hospital masa tu, jadi tak boleh menguruskannya sendiri.

Terima kasih semua.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Google






Label:

Disember 25, 2017

Kain Denim

Assalamualaikum

Semenjak Cik Abang betulkan mesin jahit yang dah lama terbiar sepi, Akak punya sawan menjahit dah datang balik.

Kebetulan terjumpa meterial kain denim masa jalan-jalan kat The Mines minggu lepas, apa lagi...
Ada kain yang di beli meter. Tapi harga kain denim ni boleh tahan jugak. RM75 semeter dan sebab tu jugak beli semeter aje...huhu
Ada juga terjumpa kain remnant (kain perca) jenis denim ni. Murah la siket. Tapi nasib-nasib la kalau jumpa. Jenuh jugak nak 'menggali' dalam bekas kain remnant dia orang.

Sebenarnya Akak memang minat dengan kain denim ni...Nampak macam ala2 rock gitu...haha

So hujung tahun ni, selain dari nak menjahit lencana sekolah dan name tag anak-anak, ada banyak pulak benda yang nak dijahit.

Ni la hasil dari kaedah cuba jaya:


Barang anak tak banyak, barang Mak dia yang lebih.. :D
Pendapat peribadi, Akak lebih suka kalau beg atau pencil case tu ada lining, nampak lebih warna warni.
Pasal zip pulak, kalau pergi ke kedai menjual alat-alat jahitan, macam-macam jenis ada. Tu pun part yang menarik jugak. Boleh pilih jenis dan warna zip mengikut citarasa.
Tapi setakat ni tak mampu lagi nak bagi tutorial sebab Akak pun masih terkial kial belajar dari youtube.
Sebenarnya belajar dari youtube tu ok jugak sebab dia tunjuk step by step. Tak caya, cer korang gi tengok.


Type aje diy pencil case, pouch atau yang sewaktu dengannya. Macam-macam cara dan gaya nak buat ada. In shaa Allah boleh faham dan ikut.

Jom cuba.

#whitebarley
#denim
#backtoschool











Label:

Disember 21, 2017

Cerita Untuk Kita

Assalamualaikum


Suatu hari 2 orang Yahudi sedang berdiskusi

A : Saya ingin menulis buku tentang rahsia Yahudi menguasai dunia

B : Saya tidak setuju. Jangan kau tuliskan rahsia keberhasilan kita menjadi sebuah buku. Kalau umat Islam membacanya, mereka boleh mengancam posisi kita.

A : Jangan khuatir. Tidak mengapa jika menulis buku tentang rahsia kejayaan Yahudi. Jika dicetak pun, umat Islam tidak akan membacanya kerana mereka tidak suka membaca.

B: Kalau mereka membacanya?

A: Jangan khuatir. Kalau mereka membacanya pun, mereka tidak akan berfikir.

B : Bagaimana jika ada yang membacanya dan berfikir?

A: Tenang saja. Tidak perlu khuatir. Jika mereka membaca dan memikirkannya, tidak akan menjadi apa jua kerana mereka tidak mahu mengerjakannya.

B : Betulkah? Kenapa kamu begitu yakin?

Dengan tenang A menjawab
A: Lihat saja apa yang mereka lakukan pada kitab suci mereka. Mereka hanya menjadikan ia hadiah, pertandingan dan mas kawin. Kalau saja mereka membaca, memikirkan dan mengerjakannya, sudah tentu mereka (umat Islam) sudah menguasai dunia terlebih dahulu.

Cerita ini adalah untuk saya dan anda semua. Amat sedih jika di fikir-fikirkan.
Sudahkah kita membaca Al Quran hari ini?

Semua barang-barang yang ditinggalkan akan menjadi rosak, kecuali Al Quran. Kalau kita meninggalkannya, kitalah yang menjadi rosak :(

Sekian. Wassalam.

Sumber : perkongsian sahabat di wa group.

#whitebarley
#photobyfidah


Label:

Disember 18, 2017

Under The Sea

Assalamualaikum
Hari tu sempat juga Akak dan keluarga pergi snorkeling. Siapa yang nak menyelam boleh juga.

Memang aktiviti yang menarik untuk keluarga. Walaupun pada mulanya Akak nak duduk-duduk kat gigi air aje (sambil sun bathing...aawww) tapi rugi pulak kalau tak ikut sama.












Subhanallah. Memang cantik.
The cure for anything is salt water...sweat, tears or the sea - Isak Dinesen
Melihat keidahan yang ada di dalam laut memang begitu mengasyikkan. Betullah orang kata, setelah kita penat tengok masalah yang ada di darat, kita harus rehatkan minda dengan melihat apa yang ada kat dalam laut pulak.

Ni video yang anak saya rakamkan.


Nak harap Mak dia buat video memang tak ada lah. Masuk dalam air pun tak boleh lama-lama. Takut air masuk telinga katanya..

Akak sebenarnya lebih suka duduk tepi pantai main pasir...hehe

B.E.A.C.H .....best escape anyone can have

Pulau dan pantai

Memang best dapat sekali sekali pergi bercuti bersama keluarga dan merehatkan minda. Udara segar, pemandangan pun cantik.

Dan yang pasti, bot kat tengah laut tu, bukan Akak yang punya...haha

Sekian. Wassalam

#whitebarley
#photobyadham
#photobyfidah


Label:

Disember 15, 2017

In Love With This View & You

Assalamualaikum




Kasi chance ler Ahkak nak fefeeling romantik siket walaupun belum tahap rindu rinduan kalau salah sorang masuk jamban....haha

Macam biasa, tepek gambar sini untuk kenangan.

Sekian. Wassalam.

#sunset
#whitebarley





Label:

Disember 13, 2017

Kurnia

Assalamualaikum



Bila bersembang-sembang dengan bff Akak pasal cerita zaman remaja dulu, teringat pulak kat lagu Kumpulan Slam ni...
haha nampak tak ke'otai'an nyer di situ
Korang layan tak lagu-lagu tahun 90an ni?

Kumpulan Slam ni memang glamer betul zaman-zaman tu. Ni kira lagu yang Akak suka la.
Dengan kombinasi lagu yang best, lirik yang berunsurkan ketuhanan dan suara Zamani yang merdu mendayu-dayu (Mr Hubby mesti menyampah giler kalau Akak memuji suara Zamani..haha)....memang menarik untuk dilayan. Jom....

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi

Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga



Sekian. Wassalam.
Selamat bercuti pada siapa-siapa yang sedang bercuti.
Dan bila dah bercuti...bolehlah nak sambung balik apa-apa kerja sampingan yang rasa tergendala :)
Untuk kawan-kawan dan pengunjung-pengunjung blog saya, sama ada yang memberi komen atau silent reader, terima kasih saya ucapan...I really appreciate it. 







Label:

Disember 11, 2017

Essential Oil Zipper Pouch

Assalamualaikum

Orang kata kalau dah suka, sanggup buat apa saja kan.
Samalah dengan Akak ni. Bila dah suka dengan essential oils, tak sanggup pulak tengok dia tergolek-golek dalam beg.
Kenalah buat satu tempat khas untuk dia supaya dia boleh duduk diam-diam bersopan santun.

Dan inilah hasil kerja malam semalam.


Walaupun jahitannya masih tak berapa kemas, Akak nak tepek jugak kat sini. Sebab ini adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku...huhu
Bukan senang Akak nak bermain-main dengan gunting dan jarum ni tau. Biasanya, kalau dapat jahit baju koyak atau butang tercabut pun dah kira huntungggg :D


Lepas ni bolehlah essential oils tu duduk diam-diam. Nak bawak pergi travel atau pergi kerja pun senang.

Sekian. Wassalam.



Label:

Disember 10, 2017

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum


Alangkah bagusnya kalau tiap-tiap hari dapat makan tengah hari dengan keluarga....
Best kan?

Asalkan dapat makan bersama-sama, dapat makan nasi panas dengan lauk faveret Akak, sambal udang petai ni pun, jadik le...haha

Dapat pergi pasar pagi-pagi cari lauk segar, lepas tu dapat masak dan makan bersama family memang menjadi impian kebanyakan kaum wanita atau kaum ibu. Tapi apakan daya, nak buat tiap-tiap hari memang tidak berkesempatan.
Alhamdulillah dapat jugak la buat time weekend.

Dan esok...sudah kembali berkerja.
Back to reality...back to normal...arrgghhhhh
Maka Akak pun akan terus gigih pangkah kalendar menghitung hari nak bercuti... :)

Sekian.
Entri kali ini bukan untuk share resipi sambal udang petai. Kalau korang nak cari resipinya, sila google sendiri :D

Kbai
Wassalam.




Label:

Disember 07, 2017

Enjoy The Joy


Jom kita cerita pasal Joy essential oil dari Young Living.
Yang kat gambar tu adalah untuk botol minyak 15ml.

Bau minyak ni memang wangi. Mana tak nya, ada berjenis-jenis campuran bunga kat dalam minyak tu. Kira lepas ni tak beli perfume la..

Credit: google

Dan sebenarnya ada banyak lagi kegunaan Joy Essential Oil ni..
Tak caya, boleh baca sini

Credit: google

Sekian. Wassalam.

#joyessentialoil
#youngliving
#photobyfidah






Label:

Disember 06, 2017

Deep Relief Essential Oil

Assalamualaikum


Anje: Ayang, bahu you sakit lagi ke?
Ayang: Dah ok.
Anje: Sapu minyak angin ke? Tak bau minyak angin pun.
Ayang: Tak..Ayang sapu deep relief essential oil.
Anje: Patutlah bau wangi aromaterapi..


Kalau dulu orang kata...
Masa muda bau minyak wangi, kalau dah tua bau minyak angin...sekarang tidak lagi. Kita boleh mengubahnya dengan minyak angin yang berbau wangi aromaterapi...


Siapa kata anda tidak boleh mengubahnya?...
Belum cuba, belum tahu




Sekian. Wassalam.

#youngliving
#essentialoil
#deefrelief

Pic4: google




Label:

Disember 05, 2017

Pangkah Kelendar



Pangkah kelendar biasanya orang buat kalau sedang menghitung hari. Nasib baik tak kira jam.

Tak kiralah menghitung hari untuk apa pun. Terutamanya di bulan Disember ni. Mesti dah ada macam-macam plan. Ada yang nak pergi holiday, ada yang balik bercuti, ada yang nak bernikah atau bertunang, ada yang anak nak bersunat dan macam-macam lagi.

...dan Akak pun tengah sibuk menghitung hari. Tak sabar rasanya nak bercuti. Walaupun tak pergi jalan jauh-jauh, tapi nak bercuti jugak...hihi
Inilah masanya nak spend masa dengan family..


Korang tak bercuti ke hujung-hujung tahun macam ni?

Sekian. Wassalam.
2nd pic : google




Label:

Disember 02, 2017

Nostalgia Handphone Nokia 3310

Kisah mencari handphone yang tak guna touch screen. Jenuh jugak nak mencari dan akhirnya jumpa dengan model ini. 
Nasib baik ada di sebuah kedai di Bandar Temerloh.

Jangan ingat model lama tak berguna.
Walaupun fesyen lama, tak bergaya, tidak cun melecun dan tak canggih macam handphone model terkini, ianya tetap berguna.


Jangan lupa yang handphone model ni pernah menjadi antara handphone yang popular sekitar tahun 2000.


Sekali pandang, memang nostalgia sungguh...
Rupa sama macam model nokia 3310 yang lama, cuma versi baru ni agak nipis siket.


Kenangan dulu (sekitar tahun 2001), saya gi kerja (outstation) di Pulau Pinang. Tiba-tiba handphone saya rosak dan langsung tidak boleh digunakan. Satu masalah besar untuk saya ketika itu kerana tidak boleh menghubungi keluarga di rumah. Nasib baik ada kawan yang nak tolong temankan cari dan beli handphone baru. Siap pinjam duit dia kejap sebab Akak tak bawak cukup duit...huhu
Dan model inilah yang menjadi pilihan.

Untuk sahabat saya tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga sentiasa murah rezeki..aamiin

Tu aje nak cerita...

Sekian. Wassalam.









Label:

Salam Yang Tidak Ingin Didengar Jawapannya

Assalamualaikum..


Ada 3 jenis ucapan salam.
  1. Salam yang wajib dijawab.
  2. Salam yang tidak boleh dijawab.
  3. Salam yang kita tidak ingin mendengar jawapannya.
Penerangan lanjut, sila tengok sini:


Moga bermanafaat.
Sekian. Wassalam

Credit: Ceramah Ustaz Abdul Somad

Label:

Disember 01, 2017

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum
Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Laksanakanlah solat serta, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat - An Nur: 56

Jom perbanyakkan selawat
Barangsiapa yang beselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali - HR Muslim


Sekian. Wassalam


Label: