<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mac 2016

Mac 31, 2016

Make My Day

Assalamualaikum

Hari ini 31 Mac 2016....maknanya sudah 10 tahun anak ke 2 saya meninggalkan kami sekeluarga.
31 Mac 2006 dia lahir dan pada hari yang sama juga dia menemui pencipta Nya
Bila mengenangkan semua ini, hati ibu mana yang tidak berasa sedih.

Semenjak pagi, perasaan saya tidak menentu.
Kalau boleh, ingin saja saya bercuti hari ini dan pergi jauh untuk melupakan segala masalah dan menghilangkan kesedihan di hati.
Tapi apakan daya, saya ada banyak kerja dan pastinya permohonan cuti saya susah untuk diluluskan.
Apalah pilihan yang saya ada. Saya hanya mampu untuk memujuk hati.."tolonglah, jangan menangis lagi hari ini"....dan berharap semoga hari ini cepat-cepat berlalu.
Serious..memang rasa down betul hari ni.



Pagi:
Menghadiri knowledge sharing session tentang 'capital management'. Satu subjek yang agak teknikal dengan segala macam formula. Sempat juga saya berbisik pada kawan yang duduk di sebelah.." nanti tolong ajar balik ya. Rasanya cuma 25% aje masuk dalam otak ni"

Tengah hari:
Saya ada dua pilihan. Pergi bershopping atau ke gym. Akhirnya saya memilih untuk ke gym kerana cuaca agak panas untuk keluar. Lagi pun, siapa tahu kalau berlari atau kayuh basikal laju-laju boleh membuat hati gembira :(

Petang:
Mencuba sedaya upaya menyelesaikan segala kerja yang tak habis-habis. Tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang kawan. Seorang yang ceria dan tak pernah kurang dengan segala lawak jenaka. Tadah aje lah telinga mendengar ceritanya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang menghiburkan hati. Kawan saya juga mungkin tidak menyangka yang dia telah berjaya untuk membuat saya tidak jadi menangis hari ni, malah bertukar menjadi ketawa.
Betul juga cakap orang, kadang kala perkara yang kita anggap kecil, mungkin besar maknanya pada orang lain...Anyway thanks. You've made my day :)


Moga segala kesedihan kita ditukarkan menjadi gembira.
Moga setiap kehilangan akan digantikan dengan yang lebih baik.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah kepada kita semua.
Aamiin.

Al fatihah untuk anak saya, Muhammad Adli


Sekian. Wassalam.
Pic: Google













Label:

Mac 29, 2016

Nikah : Antara Cara Islam Dengan Cara Orang Kita

Assalamualaikum


Tak habis lagi cerita pasal pasangan yang tak jadi nikah (kahwin), kerana wang hantaran tak cukup RM15 ribu.

Dah macam-macam hal boleh berlaku sekarang ni. Alangkah baiknya jika majlis dibuat mengikut apa yang telah ditetapkan oleh agama.

Jom kita semak Rukun Nikah Islam dengan "Rukun Nikah" orang kita.

Rukun Nikah Islam
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin Wanita
  • Wali
  • Saksi
  • Ijab kabul


"Rukun Nikah" orang kita
  • Pengantin lelaki
  • Pengantin wanita
  • Duit hantaran ribu riban
  • Pelamin
  • Bunga telur
  • Dulang-dulang hantaran
  • Berzanji dan Qasidah
  • Tepung tawar dan beras kunyit
  • Kek bertingkek tingkek
  • Pre wedding photos
  • Photo shoot suami isteri
  • Upacara batal air sembahyang (tak sure mazhab mana)
  • Upacara bercumbuan selepas aqad nikah (meniru agama bukan Islam)
  • Jemput tetamu ramai-ramai datang ke rumah (atau dewan, hotel dan lain-lain), dengan harapan dapat cover semula segala kos yang telah dibelanjakan (nota: 'salam kaut' penting tu)
  • Dan lain-lain lagi.

Pendapat saya, tak salah jika nak buat majlis bagi meraikan pengantin. 
Tapi, buatlah majlis mengikut kemampuan masing-masing dan janganlah pula sampai bergolok bergadai. Memang tak patut jika majlis yang baik akhirnya menjadi sesuatu yang membebankan.
Wallahu'alam.


Sekian.

Sumber dan rujukan: Pelbagai

Label: ,

Mac 28, 2016

Lunch Box


Assalamualaikum

Pastinya ada banyak faedah jika kita membawa bekal makanan ke pejabat atau ke sekolah (bagi anak-anak). Antaranya:


  • Tahap kebersihan lebih terjaga dan boleh dipercayai. Bila makanan disediakan sendiri, pasti kita akan menjaga kebersihan ketika menyediakan atau memasaknya.
  • Lebih berkhasiat. Contohnya kita dapat menyediakan makanan yang lebih seimbang. Cukup protein, vitamin, karbohidrat, zat besi dan lain-lain :)
  • Boleh berjimat cermat. Maklumlah, segala barang makanan terpilih adalah mahal (..tekak pulak, macam tekak orang kaya...hahaha :D). Itu belum GST lagi.
  • Membawa bekal makanan boleh menjimatkan masa kerana tidak perlu ke cafe (atau beratur di kantin bagi anak-anak) atau membeli makanan di luar. Terutamanya di waktu sibuk dan deadline sentiasa mengejar.
  • Bila menyediakan makanan bersama-sama pasti boleh menjalinkan hubungan yang erat dan kerjasama antara ahli keluarga. Dan yang lebih penting, jika makanan itu dimasak oleh si ibu, pasti ada auranya yang tersendiri. "Air tangan" lah katakan... :D

Sekian. Wassalam.


Label:

Mac 24, 2016

Malam di Kuala Lumpur


Cahaya.....
Di tengah kota raya
Mempersona
Mengasyikan mata

Di sini...
Setia menanti
Biar malam berganti hari
Walau musim berlalu pergi

Gambar di rakamkan pada hari ini @ 24 Mac 2016, 8.15pm.
Sebelum Mak muntah hijau sebab dari pagi tengok slides presentation, baiklah Mak cuci mata tengok lampu...huhu

Semoga segala urusan kita dipermudahkan.
Minta maaf juga kerana belum berkesempatan untuk bw.
In shaa Allah, jika ada kelapangan waktu, saya akan singgah di blog kawan-kawan :)


Sekian. Wassalam.












Label:

Mac 20, 2016

Pre-Birthday Party

Assalamualaikum

Zaman sekarang ni bukan saja ada pre-wedding photos, pre-birthday party pun dah ada...hihi :)

Afiq dan sepupunya

Birthday Afiq, sepatutnya diraikan pada bulan April. Akan tetapi, setiap hari anak saya akan bertanya..

"Mama, dah bulan April ke belum. Bila nak buat birthday party untuk Afiq?".. Dan setiap hari anak saya mahukan kek harijadinya :)

Al kisahnya semalam balik ke kampung suami di Temerloh, jadi dapatlah berjuma dengan ramai sedara mara dan sepupu-sepupu Afiq. Dah alang-alang ramai, best juga kalau buat majlis harijadi kecil-kecilan sambil makan kek.

Nasib baik sempat ke kedai kek di Temerloh petang semalam. Beli di Kedai Kek Kak Yah, yang terletak betul-betul di bandar Temerloh. Dapatlah Mak beli kek bergambar Ultraman. Sedap juga keknya....Mak suka :)

Moga anak saya Afiq dipanjangkan umur, menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Garfield pic: google




Label: ,

Mac 17, 2016

25 Things That Make Me Happy


Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.

What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

SAYA DITAG BLOGGER KAK PARIDAH ISHAK DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAK PI...
Saya akan tulis seadanya.. :)

  1. Ketika bangun pagi dan baru tersedar, hari itu adalah hari cuti…hoyey!
  2.  Dapat sembahyang di awal waktu dan membaca surah-surah pilihan
  3. Meluangkan masa bersama keluarga seperti menonton TV, pergi bercuti, pergi makan, shopping, menontong wayang dan yang sewaktu dengannya
  4. Meraikan tarikh-tarikh penting bersama keluarga seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Lebih happy kalau dapat hadiah....:)
  5. Balik kampung berjumpa Abah
  6. Dapat bercakap slang Johor asli dan makan pelbagai jenis makanan yang betul-betul sesuai dengan tekak jawa saya kalau balik kampung
  7. Menonton cerita Hindustan atau cerita-cerita romantik  (yang tangkap leleh…buahaha)
  8. Mendengar lagu-lagu kegemaran termasuk juga lagu-lagu zaman rock kapak seperti lagu-lagu dari kumpulan Search, Lefthanded dan Wings. (Nota : Otai masih berbisa)
  9. Dapat balik awal ke rumah pada hari bekerja
  10. Melihat pokok-pokok yang ditanam depan rumah membesar serta sihat menghijau
  11. Dapat masak untuk makan malam keluarga walaupun hanya nasi berlauk ikan sardin dan berulam timun . Lebih happy bila suami dan anak-anak memuji “sedapnya Mama masak”….:D
  12. Mencuba resipi baru dengan jayanya walau percubaan kali pertama atau ke dua selamat masuk tong sampah….haha
  13. Dapat bersembang sembang dengan kawan sekolah yang bersama-sama dalam pasukan pancaragam (baca : band girls) meskipun zaman belajar baca note dan bermain alat muzik sambil marching dengan memakai mini skirt sudah lama berlalu
  14. Pergi reunion sekolah atau kolej dan berjumpa kembali rakan-rakan lama. Apalagi  bila kawan yang sekian lama tidak berjumpa berkata “wah…kurusnya you”….huhu
  15. Dihargai oleh rakan-rakan terhadap apa yang saya lakukan walaupun hanya ucapan terima kasih atau membalas komen di blog #ehem :)
  16. Dapat tempat duduk dalam tren komuter yang penuh sesak
  17. Ke kelas zumba dengan perasaan sudah berjaya membakar beratus ratus kalori..hihi
  18. Dapat gaji dan bonus dan juga hari dapat dividend ASB dan Tabung Haji… huhu
  19. Giliran dapat duit kutu :D
  20. Pergi berjimba dengan kawan-kawan seperti shopping2 dan makan2 serta meng-up date gossip terkini
  21. Cuci mata melayan gambar-gambar handbag di blog-blog atau instagram. Lebih happy kalau dapat beli...uuuhhh!
  22. Pergi ke pantai sambil melihat matahari terbit dan terbenam
  23. Melihat pelangi
  24. Tidur awal
  25. Ketika mahu melelapkan mata, mendapat ciuman dari anak dengan ucapan.”Good night Mama. Afiq sayang Mama”…


Saya nak Tag:
1. Iryanty Ismail
2. Nohas
3. Qaseh Vee
4. Raihanah Ahmad
5. LZ

Terima kasih :)

Quotation: Google

Label:

Mac 14, 2016

Hujan di Tengah Kemarau


Turunnya hujan
Anugerah dan rahmat dari Tuhan
Di tengah kemarau yang berpanjangan
Bingkisan dari mendung awan
Membasahi bumi dari tiap titisan

Turunnya hujan
Anugerah dan rahmat dari Tuhan
Seakan memberi suatu harapan
Bumi tidak lagi ketandusan
Ku tadahkan tangan tanda kesyukuran


By Faqriah Azime
14 March, Kuala Lumpur


Alhamdulillah,
Di saat orang kata harus bersedia dengan musim panas dan suhu yang mencecah 35c ke 37c, hujan turun juga di sini. Barulah sejuk siket :)


Sekian. Wassalam.



Label:

Mac 12, 2016

Broccoli Muffin


Assalamualaikum

Saja nak share resipi ni. Nampak macam ok. Bahan-bahannya mudah dicari dan cara buat pun tak susah sangat.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk broccoli (di hiris halus). Boleh tambah sedikit carrot kalau nak ada warna-warni.
  • 2 atau 3 biji telur (ikut banyak mana broccoli)
  • 1/4 cawan susu rendah lemak (tak letak)
  • Sedikit cheese mozarella
  • Sedikit lada hitam (yang kasar)
  • Sedikit garam

Cara-cara
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan telur , cheese, susu, garam dan lada hitam. Gaul rata. Masukkan broccoli dan carrot yang telah dihiris halus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam dulang pembakar muffin.
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Sesuai dijadikan sajian makan malam sebagai pengganti nasi.
Elok juga dijadikan makanan untuk 'alas perut' di waktu pagi, sebelum makan lontong :D


Sekian.


Label: , ,

Mac 08, 2016

Jimba atau Zumba?

Assalamualaikum

Jumaat. Biasanya waktu rehat tengah hari agak panjang (dari 12.30pm hingga 2.30pm) di gunakan untuk keluar BERJIMBA bersama kawan-kawan.
Apa itu jimba?
Jimba adalah istilah orang-orang urban (katanya), bermaksud 'going out to have some fun' (baca: pergi keluar bersuka ria). Contohnya keluar makan, shopping dan yang sewaktu dengannya.

Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas, instead of keluar berjimba seperti biasa, ada seorang rakan mengajak saya ke kelas ZUMBA...
So, daripada pergi makan menternak lemak seperti kebiasannya, Mak pergi berdansa sambil mambakar kalori..hokkeyyy
Kelas itu dikendalikan oleh rakan saya, Liza. Kelas ni, khas untuk kawan-kawan di office dan kesemua yang menyertainya adalah perempuan. Memang kelas ni untuk perempuan sahaja. Lelaki dilarang masuk. Kalau kelas campuran lelaki dan perempuan, malulah pulak nak bergelek-gelek kat situ...huhu

Walaupun ramai orang sudah tau apa itu Zumba dan manafaatnya, Mak saja nak tepek kat sini. Esok-esok, kalau baca, bersemangat siket nak pergi kelas :)

Picture: Source


ZUMBA adalah satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto "Beto" Perez, yang berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan muzik berentak samba, hip hop, salsa, merengue dan mambo.

Apakah kebaikan dan manafaat daripada Zumba?

  • Aktiviti yang manghiburkan. Mood down?.... Silalah ke kelas Zumba. Zumba adalah adalah gerak tari yang yang diiringi oleh muzik yang rancak. Dengan suasana yang relax dan santai serta gerak tari yang menyeronokkan (tambahan lagi boleh membakar kalori), anda tentunya tidak sabar untuk ke kelas seterusnya.
  • Membakar kalori yang tinggi. Tahukah anda bahawa gerakkan atau senaman Zumba boleh membakar 500 hingga 1000 kalori setiap sesi, bergantung kepada tahap intensity sesi tersebut. Jadi, jika benar-benar serious, ianya memang boleh menurunkan berat badan.
  • Gerakan seluruh badan. Zumba membolehkan anda membuat senaman seluruh badan atau full body workout. Dengan senaman yang konsisten, anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman, otot yang pejal dan kulit yang tegang. Mantop tuh!!!!
  • Menguatkan abs dan pinggang. Bila menari ala-ala latin pasti akan memaksimumkan penggunaan pinggang anda. Dengan bergerak ke kiri dan ke kanan sambil bergelek-gelek, pastinya pinggang anda akan menjadi lebih ramping. Awwwww :)
  • Terasa seksi. Pastinya. Sebenarnya pergerakkan Zumba memang seksi...haha. 

Kebetulan hari ini 8 March, adalah Hari Wanita. Jadi saya ucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita. Jangan juga lupa untuk mengucakan Selamat Hari Wanita untuk wanita-wanita yang anda sayangi.

WOMAN = Wonderful, Outstanding, Marvelous, Adorable, Nice


Sekian. Wassalam.



Label: ,

Mac 07, 2016

Ibu Dan Anak

Assalamualaikum


Sebenarnya tak tau nak letak tajuk yang sesuai untuk entri kali ini. Yang pastinya ia bukan iklan ubat batuk.
Lagi pun Mak bukanlah pakar motivasi. Cuma seorang ibu biasa-biasa aje...

Saya hanya ingin kongsikan inti pati dari perbincangan di whatsapp group sekolah yang kebanyakan ahlinya adalah kaum ibu.

Secara jujurnya, ibu mana yang tidak mahu anaknya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Betul tak? Dan apa salahnya jika berusaha ke arah itu. In shaa Allah.

Walaupun tips-tips ini mungkin kita boleh baca di buku-buku, akan tetapi, memandangkan ianya juga adalah real life experience, saya nak tulis di sini. Moga -moga dapat menjadi peringatan untuk diri saya dan juga memberi manafaat pada yang lain. Dan semoga kita juga beristiqomah dalam melaksanakannya.

  • Sekiranya anak mengambil peperiksaan masa tingkatan 3, persediaannya harus bermula lebih awal semenjak dari tingkatan 1 lagi. Begitu juga dengan pepriksaan SPM (tingkatan 5), langkah persediaan termasuk membuat latihan menjawab soalan peperiksaan juga harus bermula sejak dari tingkatan 4 lagi.
  • Jika anak bersekolah di sekolah harian, ibu harus lebih tegas dalam memantau kegiatan anak-anak. Maklumlah, di zaman ini terlalu banyak pengaruh dari luar dan juga media sosial. 
  • Janganlah marahkan cikgu/guru pulak, sekiranya cikgu/guru menegur anak anda ke arah kebaikan.
  • Latih anak supaya mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik. Harus juga ingat, hidup bukan saja untuk mengambil peperiksaan :)
  • Jangan tinggal solat
  • Amalkan surah Al Waqiah setiap malam. Sebaiknya, surah Yassin dan Al Mulk juga dijadikan amalan.
  • Solat hajat dan mohonlah kepada Allah.
  • Solah dhuha
  • Berusaha dan tawakkal.

Sekian. Wassalam.


Label:

Mac 04, 2016

SPM 2015: Seri Puteri, Sekolah Terbaik Selangor

Assalamualaikum

Sekolah Seri Puteri berada di kedudukan tempat pertama dalam pepriksaan SPM 2015 bagi keseluruhan negeri Selangor.
Sekolah ini juga mendapat kedudukan tempat ke tiga pada peringkat sekolah berasrama penuh di seluruh Malaysia.


Seperti tahun-tahun lalu, cerita tentang keputusan peperiksaan ini telah menjadi tajuk perbincangan di group whatsapp (terutamanya group rakan-rakan sekolah menengah) sejak semalam lagi.
Itulah antara kisah dan gossip ibu-ibu.
Tidak kurang juga yang memberi pelbagai tips bagi menggalakkan anak supaya lebih rajin berusaha.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan telah berusaha gigih untuk mendapat kejayaan cemerlang.

Moga ianya juga menjadi inspirasi bagi ibu-ibu dan ayah-ayah untuk mendidik, memberi lebih perhatian dan terus menyuntik semangat kepada anak-anak supaya terus berjaya. In shaa Allah. 

Sekian. Wassalam.

Rujukan : website rasmi, Sekolah Seri Puteri







Label: ,

Mac 03, 2016

Alasan


Assalamualaikum

Sudah menjadi agenda tahunan bagi department di tempat saya bekerja untuk mengadakan 'team building'.
Dan setiap tahun jugalah Mak memerah otak untuk mencari alasan supaya dapat melepaskan diri (baca: tak perlu tak pergi)...hoho

Boss Besar pun dah bagi tau awal-awal, segala alasan tidak akan di terima kecuali mengandung (baca: pregnant) atau sakit kritikal. Jadi, Mak tengah pening kepala, apa pulak la alasan nak bagi.

"Cakap lah yang hang nak pergi Mekah buat umrah" En Ali, merangkap manager in-charge memberi cadangan

"Manalah I nak cari duit tambang. Ingat balik Seremban? Lain reason? Bagilah idea siket"

"Hari sukan sekolah anak?"

"Nanti dia mintak bukti....suruh bagi takwim tahunan sekolah susah pulak. Nampak sangat nak menipu."

"Ambik exam professional papers ke?"

"Tak ada. Dah lama tak ambik exam."

"Menyusukan baby?"

"Anak dah besar lah weeiii. Baby manalah pulak yang disusukan "

"Alah....kan team building tu mid April. Sempat lagi kalau hang nak pregnant".

"???? Pregnant? Hang ingat macam buat lempeng pisang!. 

Tidak lama kemudian, dapatlah berita yang segala alasan tidak diterima. Jadinya, tak boleh tidak, kena juga pergi ke team building tu.
Walau bagaimana pun, saya masih berharap dan sedang dalam proses untuk men-draft email kat Boss Besar atas alasan tertentu (yang tiada di atas).

Semoga urusan saya dipermudahkan. Aamiin.
Sesungguhnya #alasan tidak sama dengan #kelupaan


Sekian. Wassalam.









Label:

Mac 01, 2016

Enjoy Dulu

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Satu tugasan penting berjaya diselesaikan tadi.
Saja nak tulis kat sini...hoyey...Merdeka!
Malam ni Mak nak gantung kuali..tak masak. Nak celebrate kat luar :D
Rasa macam baru habis exam pun ada ni.


Assignment ini sebenarnya bermula Disember lalu. Memang banyak cabaran kerana dalam masa yang sama, ada banyak juga hal-hal lain yang berlaku. Ayah mertua saya meninggal dunia, saya berpindah rumah, anak sakit dan dirawat di hospital dan ada masa-masa tertentu suami pergi out-station dan saya harus menguruskan rumah dan anak-anak bersendirian..:(

Alhamdulillah. Dengan pertolongan Allah, asssignment dah selesai. Mungkin ada beberapa hal yang kena 'follow-up' atau akan bermula lagi assignment baru.
Tak pe lah. Esok aje lah Mak pikir sebab hari ni nak enjoy dulu....


Sekian.
Wassalam.




Label: ,