<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Januari 2018

Januari 25, 2018

OPR Naik Kepada 3.25%

Assalamualaikum



Bank Negara Malaysia hari ini membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. 
Kali terakhir perubahan dibuat ke atas OPR adalah pada Julai 2016, iaitu pada kadar 3%.


Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR naik, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga naik. Umumnya, jika kadar interest naik, ianya tidak menggalakkan orang untuk meminjam wang (di bank). 

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, kenaikan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teori, bila interest rate atau faedah tinggi, ianya akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank. 

Apa lagi. Jom kita menyimpan.
Banyak wang, hati senang :)

Sekian. Wassalam.

Sumber: utusan online
Gambar: google

Label:

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Assalamualaikum
Hari ni saya nak join GA yang dianjurkan oleh Blogger Anies.


Syaratnya mudah
  • Follow blog Anies
  • Buat satu entry bertajuk 'Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies
  • Tulis sebuah cerita yang ada kaitan dengan limited edition atau special edition atau edisi terhad atau edisi istimewa.
  • GA ini berlangsung dari 29 Disember hingga 31 Januari 2018
  • Ada hadiah menarik menanti

Tudung Aidijuma dan Saya.
Aidijuma ni boleh juga nak kata limited edition sebab kalau dah keluar sesuatu corak atau design, jarang corak tu nak keluar lagi. Kalau dah habis stok, selalunya memang tak ada lagi lah jawabnya. Sebab tu koleksi yang 'old season' masih ada harga.

Pernah dulu Aidijuma membuat sale (baca: jualan yang ada banyak diskaun). Sanggup pagi-pagi Akak pergi ke booth Aidijuma di Maju Junction (rasanya sekarang dah tak ada di situ). Punyalah ramai orang. Setelah bersesak-sesak, koleksi yang Akak suka ada yang sudah habis. Alangkah keciwanya hati. Tak apalah. Tak ada rezeki kot. Jadi, Akak teruskan saja proses nak bayar.

Cabaran ke dua adalah nak beratur bersama deretan manusia untuk membuat pembayaran. Masa beratur, nampak pulak satu Brader tu pegang tudung Aidijuma yang Akak suka (yang dah habis tadi tu lah). Dia ada bukan sehelai tapi ada banyak helai okey! Akak pun dengan muka tak malu bertanya kepada Brader tu " Encik, tudung yang warna pink corak butang tu, boleh bagi saya satu?". Akak membuat satu percubaan berani.
Brader tu pun terkejut agaknya. "Ambik la satu ni kalau awak nak". Ini Rezeki namanya.  Alhamdulillah. Maka berjayalah Akak membeli tudung tu...


Koleksi tudung Aidijuma. Tudung yang dimaksudkan ada di baris bawah, kiri sekali.

Sekian. Wassalam.


Label:

Januari 24, 2018

Kuih Siput Dan Popia Pintal


Assalamualaikum
Ini bukan cerita pasal promosi kuih raya.

Tengah hari tadi sempat pergi ke Medan Mara. Lama dah tak jalan-jalan kat sana sambil cari makanan kudapan untuk anak-anak....(sebenarnya untuk mak dan ayah dia orang sekali...haha)
Best apa..krup krap depan tv. Kadang-kadang tak sedar separuh balang dah habis :D

Popia pintal harganya RM18 sebalang. Kuih siput pulak harganya RM12. Boleh tahan juga harganya. Nak buat macam mana. Akak dah malas nak gentel tepung buat kuih siput. Apa lagi nak gulung kulit popia tu..huhu

Sambil-sambil tu, singgah di satu kafe. Namanya 'Kafe Berisi'. Best juga sesekali dapat layan soto.

Soto dengan sambal kicap extra

Korang makan apa tengah hari ni?
Sekian. Wassalam.


Label:

Januari 23, 2018

Bila Lelaki Curang Terkantoi

Assalamualaikum

Semalam sibuk tentang viral seorang isteri menampar suami di sebuah pusat membeli belah. Mungkin si isteri sudah hilang sabar apabila melihat anaknya dibiarkan tanpa jagaan sedangkan si suami seronok berdating dengan perempuan lain dan si isteri pula terpaksa pergi bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Kalau terjadi macam tu, perempuan manalah yang tak marah...


Sebenarnya kat dalam dunia ni ada banyak lelaki yang setia, tapi tidak kurang juga yang curang atau cuba-cuba membuat skandal di luar. Bila dah tertangkap (baca: kantoi) barulah nak mengelabah dan tak keruan.

Ni adalah contoh-contoh ayat bila lelaki terkantoi:
  • Dia cuma adik angkat.  Tahun 80an dulu biasa dengan istilah adik angkat ni. Rupanya zaman sekarang pun masih ada. Alasan biasa. "Dah lama jadi adik angkat dan dah terbiasa berkongsi masalah bersama. Adik angkat tu, dah jadi sebahagian dari hidup I". ...eerrmmmm. Entah ya atau tidak adik angkat. Esok-esok siapalah yang terangkat. 
  • Kami cuma berbincang hal kerja. "I dengan dia cuma officemate". Tidak ada discuss hal lain. Semua pasal kerja. Dari celik mata di awal subuh sampai lah pejam mata di waktu malam. "Kami discuss pasal kerja aje. Tak lebih dari itu"....Tak cukup discuss dari pagi sampai malam, kena pergi outstation la pulak. Kesian ya. Banyak betul kerja....eerrmmm..betul ke kerja?
  • Dia yang contact I dulu. Ini alasan selamat buat sang suami. "I tak buat apa pun. Dia yang contact i dulu". Tidak dinafikan banyak juga perempuan di luar sana yang nak try suami orang, tapi kalau tidak dilayan, tak menjadi juga. Betul tak?
  • "Atau You Sebenarnya Yang Curang?". Ini teknik reverse psikologi. Di tuduhya si isteri pulak yang cuba berlaku curang demi menutup kasalahan sendiri. Si isteri mungkin akan rasa bersalah kerana menuduh suami yang bukan-bukan dan pastinya akan mendiamkan diri kerana tidak mahu memulakan pergaduhan. Kesian ya. Lelaki yang berseronok-seronok di luar, perempuan juga yang dipersalahkan :(
  • Awaklah pilihan saya dunia dan akhirat. Ni pukul mati punya jawapan. Apa lagi nak dikata kalau sudah terkantoi secara terang terangan. Terpaksalah mengaku dan sanggup bersumpah setia dengan si isteri sampai mati. Isteri dipujuk rayu dan dijanjikan bulan dan bintang. Dan ketika ini jugalah gambar-gambar bersama isteri yang ala2 till jannah keluar di semua media sosial :D



Semoga keluarga kita beroleh kebahagiaan...aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google
Rujukan: blog oh bulan.








Label:

Januari 19, 2018

Kawan Nelayan


Assalamualaikum

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, tambah lagi dengan makan makanan yang bukan-bukan, kebarangkalian untuk batuk atau sakit tekak amatlah tinggi.

Pagi tadi dah terasa tekak perit dan sakit. Nasib baik lah ada kedai di station LRT yang menjual fisherman friend ni. Lega siket. Suara yang tadinya parau dah bertukar menjadi suara Datuk Siti semula..haha.

Sebenarnya tak pernah cuba lagi perisa ni. Tapi sedap jugak. Yang penting tekak dah ok. Alhamdulillah.

Tu aje cerita pagi tadi.
Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.


Label:

Januari 15, 2018

Ikan Merah Masak Kicap


Assalamualaikum.
Semenjak terpandang lauk ikan merah masak kicap di ig kawan saya, tekak ni teringin pulak nak makan.
Semalam nasib baik sempat beli ikan merah di pasar. Jadi, adalah rezeki kami sekeluarga nak makan ikan merah masak kicap hari ni.

Resipi Akak simple aje:
  • 4 kelar ikan merah (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili merah (potong ikut suka)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau ikut suka) 
  • Kicap masin dan kicap masin secukup rasa
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  • Goreng ikan sampai garing (letak garam dan kunyit). Asingkan
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili. Masukkan kicap. Masukkan sedikit air (agak2 lah banyak mana). Masukkan serbuk ketumbar.
  • Masukkan tomato. Bila air dah menggelegak, masukkan ikan. Agak2 kuah dan pekat siket boleh masukkan dalam mangkuk kesayangan dan hidangkan.
  • Siap.

Dapat makan dengan nasi panas time musim hujan ni memang ok sangat dah. Lauk ni aje pun dah cukup.
Apa lagi kalau dapat makan satu family. 

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#ikanmerah
#bahagiaitusederhana




Label:

Januari 10, 2018

WW#25 Betul ke Bohong


Tanya aje...

Pic: source

Label:

Januari 09, 2018

Buah Jambu Dua Sejoli

Assalamualaikum


Semalam, bila balik dari onsite (baca: kerja kat luar), ada 2 biji jambu di atas meja opis. Rupanya ada kawan bagi. Thanks Ida..
Nampak segar dan ranum. Boleh dimakan macam buah epal.

Sebenarnya ada banyak khasiat yang terkandung dalam buah tempatan ini.
Jom kita baca siket apa khasiat yang ada pada buah jambu batu:
  • Mebaiki penglihatan. Buah jambu yang kaya dengan vitamin A dapat membantu membaiki penglihatan. Vitamin A yang terkandung dalam jambu dapat memperlahankan pembentukan katarak dan menghalang penglihatan menjadi kabur.
  • Kulit yang cantik. Buah jambu kaya dengan vitamin C dan antioksida, amat penting  untuk memperbaiki tekstur kulit. Bahan antioksida yang terkandung di dalamnya dapat membantu untuk melambatkan proses penuaan. 
  • Meningkatkan sistem imunisasi. Memakan buah jambu yang bersaiz sederhana dapat membekalkan keperluan harian vitamin C anda. Apa lagi, jom makan buah jambu batu.
Sekian. Wassalam.


Rujukan: 
Artikel- Kebaikan jambu batu yang belum diketahui (www..diarikurus.com)






Label:

Januari 06, 2018

Back To School

Assalamualaikum
Macam biasa, awal Januari memang masa yang sangat sibuk.
Ini lah masa untuk adjust kembali masa dari 'waktu bercuti' kepada waktu normal.

Mak-mak pun sibuk nak pastikan kelengkapan sekolah anak sudah tersedia, anak-anak cukup makan dan bekalan sebelum pergi ke sekolah, bas sekolah tiba tepat pada waktu dan macam-macam lagi.

Itu belum lagi ibu bapa yang ada anak bersekolah darjah 1. Mesti lagi sibuk untuk memastikan anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan baru.


Bagi anak-anak pulak, walaupun dah kembali kepada rutin asal yang memenatkan, mesti suka bila dah dapat jumpa kawan-kawan.

Kadang-kadang tu kesian jugak. Kena bangun awal pagi, petang baru sampai rumah (sekolah kebangsaan dan KAFA), malam buat homework. Beg sekolah pun berat nak kena pikul... :(

Tapi nak buat macam mana. Inilah namanya pengalaman hidup. Orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah. Betul tak?..

Sekian. Wassalam.

#bekasbotolair
#handmade
#efekcorakbulu
#photobyfidah



Label: ,