<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Oktober 2017

Oktober 29, 2017

Young Living Essential Oil

Assalamualaikum,
Nama ni dah lama dengar, cuma sekarang baru nak betul-betul guna.
Siapa tak suka pada bau-bauan yang wangi. Ye tak?

Boosters for my daily use and down days
Young living essential oils ni ada 2 jenis : Single and Blends:
  • SINGLE adalah essential oil (EO) yang di ambil minyaknya dari tumbuhan itu sendiri, contohnya seperti pappermint, lavender, orange, lime dan sebagainya.
  • BLENDS adalah EO yang terdiri daripada beberapa single EO, digabungkan bersama dan formulasi tertentu untuk tujuan tertentu.

Every day brings a choice to practice stress or to practice peace
Semua EO Young Living tidak mengandungi sebarang unsur alkohol sintetik, pelarut atau apa saja bahan sintetik di dalamnya.
Ia semata-mata minyak yang disuling (steam distillation) atau perah sejuk (cold press) dari tumbuhan. Jadi isu halal sama ada boleh di bawa solat atau tidak, tidak timbul. In shaa Allah selamat digunakan.

There are so many beautiful reasons to be happy
Ada 5 cara menggunakan YLEO ini, iaitu menggunakan diffuser, inhale (hidu), sapu ingest (masuk ke dalam air atau kapsul) dan oral (titik di bawah lidah).

Baru dapat set ni semalam dari kawan saya.
Towards healthy, positive and young living. In shaa Allah.

Itu saja tentang YLEO untuk kali ini. Lain kali cerita lagi.
Semalam dapat, memang excited nak ambik gambar. Gambar-gambar kat atas tu la hasil kerja semalam.

Moga kita semua diberikan kesihatan, dimudahkan segala urusan dan hidup lebih ceria. In shaa Allah.
Sekian. Wassalam.

#essentialoils
#younglivingessentialoils

Salah satu bentuk rezeki Allah kepada kita adalah; Dia kelilingi kita dengan orang-orang baik dan perkara-perkara yang baik. Alhamdulillah

Label:

Oktober 27, 2017

Budget 2018


Assalamualaikum.
Budget 2018 baru saja dibentangkan tadi.

Perkara terpenting dalam budget 2018:
  • Menggalakkan pembangunan seimbang di kota dan di desa
  • Membantu menjana dan menambah pendapatan rakyat
  • Memberi keutamaan pada sektor-sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, pertanian dan keselamatan.
  • Memartabatkan warga emas
  • Memperkasakan kaum wanita
  • Mengukuhkan institusi kekeluargaan
  • Seimbang duniawi dan ukkrawi.

Sekian. Wassalam.

Kalau akak rajin, nanti akak sambung...huhu




Label:

Oktober 24, 2017

Allah Maha Penolong



Sekian. Wassalam.


Label:

Oktober 22, 2017

Tiada Kata Secantik Bahasa


Rupanya ada banyak perkataan Bahasa Inggeris yang menyimpang jauh maksudnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu :)

Wassalam.

Sumber: perkongsian di wa.

Label:

Oktober 20, 2017

Lauknya Cukup Masin


Assalamualaikum.
Hari ni konon-kononnya nak celebrate birthday kawan. Maka pergilah ke tempat ini.

Tapi agak mengecewakan sebab kebanyakkan lauknya terlebih masin. Nak kata tekak akak sorang, rasanya tak juga sebab semua kawan-kawan pun kata masin.

Nasi Bariyani

Nak senang cerita, makan keropok lagi best...huhu

Lauk aje la masin, dessert dia kira ok jugak.
Akak bagi 4 bintang untuk dessert.



Gambar akak-akak tengah menjamu selera.

Pernah juga makan kat sini beberapa bulan yang lalu. Tempat yang sama, makanan yang hampir sama, tapi rasanya berbeza. Agak-agak kenapa ya?..

Sekian. Wassalam.

Credit: Sho, Juli, Masyi, Kakakmerah

#happybelatedbirthdaymasyi


Label:

Siapa Yang Paling Baik

Assalamualaikum

  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita bersedekah setiap hari, malahan nilainya lebih banyak
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap hari kita memberi nasihat dan menegur orang lain yang membuat silap.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita sudah berjubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah menambah ilmu
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat dan dakwah.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap masa kita menolong orang lain
....janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertakwa - An Najm : 32
Selalu letakkan diri kita dalam keadaan "aku banyak kekurangan dan kelemahan. Semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia hanya diketahui oleh Allah"

Lakukan kebaikan hanya untuk mengharapkan redha Allah. Selain itu, berusahalah memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang...



Sekian. Wassalam.

Rujukan & gambar: pelbagai

Label:

Oktober 18, 2017

WW#22 Hundred Years From Now


A hundred years from now, when you are alone in your grave, no one will care how much money you had, what car you drove or what kind of house you lived in. The only thing that will matter then will be your righteous deeds.


Label:

Oktober 17, 2017

Barli Atau Oat?


Assalamualaikum.
Barli atau oat?
Keduanya mempunyai GI yang rendah iaitu sekitar 25 - 27. Keduanya juga tidak menyebabkan gula dalam darah naik selepas memakannya.
Tapi, ada sesuatu tentang barli yang perlu anda tahu.
  • Barli boleh menguatkan sistem imun tetapi oat tidak.
  • Barli boleh mengurangkan masalah kekurangan sel darah merah, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma, sedangkan oat tidak

Oat
  • Barli boleh menguatkan tulang serta mengelakkan osteoporosis, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh mencuci usus serta melakukan proses detoksifikasi, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang, sedangkan oat tidak.

Air barli

Yang paling penting daripada semua di atas, barli ada disebutkan dalam hadith, sedangkan oat tidak.

Imam Tarmidzi meriwayatkan dengan sanadnya, dari Sulaim bin Amir, Abu Umamah mendengarnya berkata:
"Biji barli tidak pernah ditinggalkan dari menu makanan keluarga Rasulullah SAW".

Rasulullah berkata "Talbinah (sejenis bubur barli) memberikan kelegaan hati penderita sakit serta menghilangkan kesedihan"

Diriwayatkan dari Aisyah:
"Apabila keluarganya terkena demam, mereka memerintahkan membuat sup barli" - HR Ibnu Majah

Sekian. Wassalam.

Rujukan: pelbagai

17 October...
Semoga blog ni panjang umurnya...aamiin



Label:

Oktober 15, 2017

Mawar Merah : Nostalgia Filem Dulu

Assalamualaikum


Belek-belek youtube, terjumpa pulak filem tahun 80an, MAWAR MERAH. Gigih mak nak tengok filem ni sampai habis.
Masa kecik-kecik dulu rasanya pernah tengok filem ni, tapi tak paham.
Bila dah tua-tua ni, baru lah fefeeling siket...haha.
Best pulak tengok filem ni, walaupun dah lebih 30 tahun berlalu. (Nampak tak jiwa OTAI di situ).
Apalagi bila tengok lakonan mantap Allahyarham Mustaffa Noor (sebagai Sufyan) dan Raja Ema (Arti).

Credit : Sumber

Filem arahan Datuk Rosnani Jamil ini diterbitkan pada tahun 1987. Untuk filem ini,  Allahyarham Mustaffa Noor telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festivel Filem Malaysia ke 7 dan Raja Ema telah mendapat anugerah sebagai Bintang Harapan.

Sinopsis cerita:
Kartika atau Arti adalah seorang gadis Jakarta yang suka bersosial. Ibu bapa Kartika tidak suka dengan sikap Arti, lalu menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama nenek dan bapa saudaranya, Sufyan.

Arti dihantar ke sekolah antarabangsa Indonesia di Kuala Lumpur. Ketika tinggal bersama nenek dan bapa saudaranya (Sufyan), hubungan Arti dan Sufyan bertambah rapat dan mereka saling jatuh cinta. Pada masa yang sama, Razis (lakonan Razis Ismail), juga kawan kepada Sufyan turut jatuh cinta dengan Arti.

Sufyan cuba menyembunyikan perasaannya pada Arti kerana tahu perasaan cintanya adalah dilarang agama walaupun Arti juga menyintainya. Mereka berdua terpaksa menerima hakikat dan takdir percintaan mereka serta cuba mencari jalan penyelesaian.

Jalan cerita dia sebenarnya simple aje. Lagu-lagu dalam cerita tu pun, ada juga yang best, especially lagi 'Satu Tragedi'. Dok mencari lagu ni, tak jumpa pulak version youtube atau mp3.
Cuma cerita ni sad ending :'(

Lain rasanya bila tengok cerita dulu dengan cerita sekarang.
Susah nak cari filem-filem yang ada kualiti macam cerita Mawar Merah ni. Juga filem-filem yang lebih kurang seangkatan dengannya macam filem Ali Setan, Puteri, Hati Bukan Kristal, Abang 92 dan Fenomena. Dan, belum tentu ada lagi pelakon sehebat Allahyarham Mustaffa Noor.

Bukan tak ada, tapi mungkin tidak banyak.

Credit : Sumber
Al Fatihah untuk Allahyarham Mustaffa Noor dan Noraini Hashim. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

1st pic: Google







Label:

Oktober 13, 2017

Biarlah Rahsia?

Assalamualaikum

Ni bukan kisah lagu Datuk Siti yang boleh bikin hati jadi sendu kalau dengar.
Tapi ini cerita tentang sikap orang kita yang terlalu perahsia.
Memang tak semua perkara patut dihebohkan dan BIARLAH RAHSIA. Contohnya hal rumahtangga, hal peribadi dan termasuk juga perkara-perkara yang mengaibkan orang.


Tapi kalau lah di jalan raya, tolonglah jangan pakai konsep BIARLAH RAHSIA sangat. Bagi la signal atau isyarat nak ke kiri ke atau kanan.
Jadi, tak la menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Tak tau lah kenapa mereka menjadi seorang yang sangat berahsia kalau memandu. Tapi memang ada beberapa sebab tertentu kenapa pemandu kereta atau apa juga kenderaan mempunyai masalah nak bagi signal.

JALAN RAYA AKU YANG PUNYA
"I pun bayar cukai jakan hokey. So suka hati lah nak bagi signal ke tidak".
Ada juga yang merasa memberi signal itu satu pilihan. Sewaktu memandu di jalan raya dan nak belok ke kiri atau ke kanan, boleh pulak dia pikir untuk memilih...Nak bagi signal ke tak?..Nak bagi signal ke tak?. Sabar aje lah. Spesis macam ni pun ada. Tersangatlah mementingkan diri.

MALAS
"Leceh lah nak bagi signal. Kalau tak bagi pun, ok apa. Lagi pun jalan raya ni bukannya sesak sangat".
Ini satu lagi sikap yang sangat tidak bertanggung jawab dan menyusahkan orang. Tak kiralah jalan raya sesak atau tidak, signal harus dibagi. Mana boleh suka suki nak masuk simpang.

NI KAN KAMPUNG AKU
Jadi???
Walaupun anda tuan tanah di situ dan sudah hafal semua jalan, simpang, lubang serta lekuk yang ada di jalan raya kampung anda, signal harus juga diberikan. Walau pun orang kampung sudah tahu kedudukan rumah anda dan anda pasti akan masuk ke simpang itu, tak semua pengguna jalan raya di situ adalah orang kampung anda. Signal harus diberikan walau di mana saja anda berada untuk keselamatan bersama.

LAMPU SIGNAL ROSAK
Nak buat macam mana. Dah rosak. Kalau ini terjadi, cepat-cepatlah pergi baiki atau tukar saja. Kalau malas nak tukar lampu signal, tukar aje dengan keretanya sekali...haha package. Kan simple!

RASA BAGI SIGNAL TAK PENTING
Memberi signal adalah langkah keselamatan yang amat penting ketika memandu. Tapi ada juga pemandu yang merasakan perkara ini tidak penting. Hati juga terasa macam dah lama hidup. "Ala... kecoh lah. Kereta depan pun tak bagi signal jugak".
Ini amatlah merbahaya dan kalau terjadi kemalangan jalan raya atau lebih teruk, jika berlaku korban jiwa...nak salahkan siapa?


Sekian.
Wassalam

#biarlahrahsia
#panducermatjiwaselamat




Label:

Oktober 11, 2017

Food and Watermark








Ambik gambar makanan sambil test watermark baru untuk blog whitebarley kesayangan :)
Akak tengah busy, tak sempat nak buat review pasal tempat ni. 
Anyway, makanan dia sedap...'sesedap' harganya..huhu 

Credit: Mel, Shikin, Juli and Nadia
#naj&belle



Label:

Oktober 10, 2017

Jenis-jenis Mabuk

Assalamualaikum

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis mabuk. Kalau tak percaya, cer tengok kat sini:

Mabuk Laut
Mabuk ni khusus untuk orang yang berlayar kat laut. Kalau pergi jalan-jalan naik uber atau naik basikal jangan nak mengada ngada kata korang mabuk laut pulak. Kalau terkena mabuk laut ni memang payah. Tak ada kerja lain. Pening, muntah, tido. Pening, muntah, tido. Percutian ala-ala cruise mewah anda juga pasti tidak dapat dinikmati sepenuhnya.
Antara penawar kalau mabuk laut adalah dengan makan pisang emas. Tak caya, boleh baca kat SINI.


Mabuk kepayang
Ada yang memanggilnya mabuk cinta atau mabuk asmara.
Kalau anda sudah mabuk kepayang, dunia ini bagaikan anda dan si dia saja yang punya. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Siang malam asyik terbayang. Tengok dinding nampak muka si dia. Tengok lampu nampak muka si dia. Tengok pinggan nasi nampak si dia. Bahasa juga bertukar jadi puitis. Jantung berdegup kencang. Tulang rusuk pulak, bergetar tanpa henti. Saat itu anda merasakan semua lagu-lagu cinta yang ada dicorong radio dituju khas untuk anda berdua. Alangkah indahnya :D

Mabuk kerana hamil / mengandung
Mabuk hamil atau mengandung adalah perasaan mual atau loya yang dialami oleh ibu-ibu mengandung, biasanya pada trimester pertama. Ia juga dipanggil 'morning sickness'. Tahap morning sickness ni sebenarnya bergantung pada individu. Ada yang teruk dan ada yang tak begitu teruk. Ada juga yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan. Hanya yang pernah ada pengalaman saja yang tahu perasaan 'moring sickness' ni. Ada yang bau perfume tak boleh, bau ikan goreng tak boleh, bau nasi tak boleh, dan macam-macam lagi. Badan pastinya lemah tak bermaya. Memang bersyukur sangatlah kalau suami dan orang-orang sekeliling amat memahami situasi anda.


Mabuk ketum
Mabuk ini boleh terjadi jika mengambil daun atau air ketum secara berlebihan. Perlu diingat, daun ketum tidak ada kaitannya dengan daun kesum atau daun ketumbar. Orang kata, nak air ketum 'power', hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti panadol. Nak sedap, tambah minuman cola. Nak brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk...huhu (DON'T TRY THIS AT HOME). Kesan pengambilan air ketum berlebihan boleh membawa kemudaratan seperti pengambilan alkohol dan dadah. Peminumnya boleh khayal atau mabuk. Di Malaysia, pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan pada tahun 2013.


Mabuk arak
Arak, alkohol atau minuman keras adalah ternyata memudaratkan. Don't Drink and Drive orang kata. Ada yang meminumnya secara bersendirian dan ada yang menimumnya di party-party sosial untuk meningkatkan 'mood'. Pengambilan arak boleh membawa banyak kesan negatif  seperti mabuk, kurang selera makan, kekurangan vitamin, sakit jantung, hati dan penyakit dalam perut. Agama Islam melarang keras pengambilan arak atau alkohol ini. Minum pun sudah dilarang, apa lagi nak berpesta arak :(
Dari Ibnu Mas'ud RA berkata: Ada 10 pihak yang mendapat kutukan masalah minuman keras atau arak iaitu orang yang memerahnya, orang yang minta diperahkan, orang yang meminumnya, orang yang memberikan minuman, orang yang membawanya, orang yang minta dibawakan, orang yang menjual arak, orang yang membeli arak, orang yang makan hasil jualan arak dan orang yang minta dibelikan arak.


Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai
Gambar: google

Label:

Oktober 08, 2017

Siapalah Mesin Basuh Tanpa Sabun

Assalamualaikum
Ni cerita pasal basuh baju.
Biasalah, hujung minggu adalah masa untuk kaum ibu melakukan aktiviti men-dobi.

Hari ni Mak nak buat satu review tentang sabun Biosinar.


Setakat ni, bila guna memang ok. Harga pun berpatutan.
Antara kelebihan sabun biosinar:

  • Pakaian tidak berbau hapak kalau terlebih sudah rendam
  • Kotoran tertanggal dengan mudah. Sesuai untuk semua jenis pakaian.
  • Nama pun multi purpose. Kasut sekolah anak-anak pun boleh dibasuh / direndam guna sabun ni. (Kalau ikut iklan dia, sabun ni boleh juga digunakan untuk  mencuci tandas dan bilik mandi - ni saya tak pernah cuba lagi)
  • Boleh berjimat cermat kerana selain daripada pencuci, sabun ini dirumus dengan pelembut dan penghilang kotoran degil.

Sabun ini adalah produk bumiputera muslim.
Pernahkah kita terfikir sabun basuh yang kita gunakan seharian adakah halal dan thoyyiba??


Nota kaki: Part menjual beli ni kadang-kadang boleh jadi sensitif. Tak kiralah barang atau perkhidmatan (service). Pendapat peribadi saya, penjual berhak untuk menentukan strategi pemasaran atau market segment untuk melariskan jualannya. Pembeli juga ada kebebasan untuk memilih kedai mana untuk urusan jual beli. Kalau suka beli, kalau tak suka boleh cari kedai lain. Simple!


Sekian. Wassalam.
Credit: sani






Label:

Oktober 06, 2017

Sujud

Sujud..a love story no one will understand except those who pray


The beauty of sujud is, you whisper down on earth and its heard up in the heavens


By putting your forehead on the ground, you're actually putting an end to your worries

You can't be strong all the time. Sometimes you just need to be alone and let your tears out in your sujud.


Salam Jumaat. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita. Aamiin.

Pic: google

Label:

Oktober 05, 2017

Lontong Darat vs Buaya Darat

Assalamualaikum

Perbezaan antara lontong darat dengan buaya darat:

  • Lontong darat, menyesal tak cuba. Kalau buaya darat, menyesal kalau jumpa.
  • Lontong darat, buat sarapan pun sedap. Tapi kalau jumpa buaya darat, 'habislah' kita yang di-ngapp.
  • Lontong darat, kita duduk diam-diam makan sampai licin. Tapi buaya darat, tak boleh duduk diam kalau nampak si dahi licin.
  • Lontong darat, ada yang makan dengan sambal paru. Kalau buaya darat, yang kecik, yang besar, yang tinggi, yang rendah semua dia 'sapu'.
  • Lontong darat, lauk pauknya membuka selara. Buaya darat pulak, lentok gayanya selalu menggoda.
  • Lontong darat, tak semua tempat ada. Kalau buaya darat, tak kira tempat cari mangsa.
  • Lontong darat, tak sah kalau tak ada nasi impit. Buaya darat, tak sah kalau tak menghimpit.
Lontong darat di Seksyen 3, Bangi
  • Lontong darat, sedap dimakan dengan rendang hati dan sambal sotong. Kalau buaya darat, si mangsalah yang makan hati berulam jantung.
  • Lontong darat, makan selalu boleh gemuk. Jumpa buaya darat, kalau boleh rasa nak hempuk.
  • Kehebatan lontong darat terletak pada sambal kacangnya. Kehebatan buaya darat pulak, terletak pada ayatnya yang power.....huhu...hati-hati uolls... :D


Nota kaki: Lontong darat atau lontong kering  adalah makanan yang popular di Johor. Ia adalah campuran nasi impit dengan pelbagai lauk seperti rendang, sambal jawa, sambal kacang, sambal udang/sotong, paru, serunding kelapa dan macam-macam lagi. Biasanya dijual di waktu pagi untuk sarapan. Buaya darat?...korang google lah sendiri

KBai

pic: google
credit: buk rin & juli

Label:

Oktober 03, 2017

Antara Lelaki Lembut, Pondan, Gay Dan Metroseksual

Assalamualaikum

Bila tengok, ada banyak jenis lelaki di dunia ni.
Kalau lelaki tulen dikaitkan dengan ciri-ciri seperti jiwa kental, tetap pendirian, bersederhana, budiman, bijak dan macam-macam lagi, sebenarnya ada beberapa 'jenis' lelaki lain yang ada disekeliling kita.
Tak percaya, cer tengok.

Lelaki Lembut
"Dalam hati ada taman" katanya. Mereka ini sebenarnya 'lurus' dan menyukai kaum berlawanan jenis. Hanya gaya pemikiran, percakapan dan tindak tanduk mereka lebih menyerupai wanita. Kalau mengomel pun boleh jadi lebih 'Jemah' dari Mak Jemah sebenar. Nama pun lelaki lembut, ada diantaranya punya hati yang lebih lembut dari tisu. Tapi, dalam bab berpakaian dan penampilan, mereka tetap seperti lelaki sejati. Tulen bangggg!!!

Pondan
Golongan ini mengatakan bahawa 'jiwa perempuan terperangkap dalam tubuh mereka'. Mereka lebih suka berlagak seperti perempuan (yang lagi cantik dari perempuan sejati pun ada). Jiwa meraka juga mungkin selembut sutera, ingin dibelai dan suka bermanja-manja. Awwwwwww....Mereka menyukai lelaki dan apa yang dilakukan oleh golongan ini sebenarnya sangat bercanggah dengan fitrah kejadian mereka sebagai lelaki.


Gay
Golongan ini mempunyai perasaan dan nafsu kepada lelaki tidak kira mereka ini bersifat lelaki sejati atau sebaliknya. Kebanyakkan mereka tidak segan silu menunjukkan realiti gaya kehidupan mereka.

Lelaki Metroseksual
"Abang sado minyak rambut sekilo". Mereka bukannya gay, pondan atau lelaki lembut. Mereka adalah lelaki tulen. Tapi meraka dilahirkan sebagai kaum yang suka bergaya. Biasanya penampilan mereka sangat kemas dan bersih. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dan gaya terkini. Mereka sentiasa menjaga bentuk badan dan kulit serta suka pada kecantikan dan wangi-wangian.

Wahai lelaki sekelian. Anda golongan yang mana?
Geng Kunyit? Geng lengkuas?...geng bunga kantan?...atau geng kangkung celur??...šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan melaknat wanita yang berpakaian lelaki - H.R Abu Dawud juz 4, hal.60, no.4098)

#lelaki
#macammacamada


gambar: google
rujukan: pelbagai








Label: