Oktober 20, 2017

Siapa Yang Paling Baik

Assalamualaikum

  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita bersedekah setiap hari, malahan nilainya lebih banyak
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap hari kita memberi nasihat dan menegur orang lain yang membuat silap.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun kita sudah berjubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah menambah ilmu
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat dan dakwah.
  • Jangan merasa diri kita BAIK walaupun setiap masa kita menolong orang lain
....janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertakwa - An Najm : 32
Selalu letakkan diri kita dalam keadaan "aku banyak kekurangan dan kelemahan. Semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia hanya diketahui oleh Allah"

Lakukan kebaikan hanya untuk mengharapkan redha Allah. Selain itu, berusahalah memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang...



Sekian. Wassalam.

Rujukan & gambar: pelbagai

17 ulasan:

  1. itu la kita kan..selalu merasa dia kita baik walau tak sebaik mana pun..perkongsian yg baik dear

    BalasPadam
  2. anggaplah orang lain lebih baik dari kita. kita ni tak de pape pun. kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang. Selalulah bersangka baik

      Padam
  3. bila rasa ddiri kita kurang, kita akan usaha perbaiki diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita sentiasa menjadi lebih baik

      Padam
  4. Salam jumaat kak Fidah. Entry yang bagus. kena sentiasa muhasabah diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sal...
      Kena selalu muhasabah diri. Kita insan biasa..

      Padam
  5. saya masih belum cukup baik
    mencari dan terus mencari kebaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kita menjadi yang lebih baik.
      Hari ini harus lebih baik dari semalam...

      Padam
  6. sy tingat ada 1 dialog ni (x igt dlm drama o movie): "buat apa ko msk islam? kalau setakat msk islam sbb nk jd baik, aku pun baik jg. hati aku mungkin lg baik dr kau."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Islam patut jadi orang Islam dan bagi contoh yang baik. Jangan sampai ada persepsi negatif dari org bukan Islam...tu yg susah nak buat :(

      Padam
  7. Takutnya.... moga dijauhkan sifat sifat mazmumah dalam diri kita.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut