<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Lontong Darat vs Buaya Darat

Oktober 05, 2017

Lontong Darat vs Buaya Darat

Assalamualaikum

Perbezaan antara lontong darat dengan buaya darat:

  • Lontong darat, menyesal tak cuba. Kalau buaya darat, menyesal kalau jumpa.
  • Lontong darat, buat sarapan pun sedap. Tapi kalau jumpa buaya darat, 'habislah' kita yang di-ngapp.
  • Lontong darat, kita duduk diam-diam makan sampai licin. Tapi buaya darat, tak boleh duduk diam kalau nampak si dahi licin.
  • Lontong darat, ada yang makan dengan sambal paru. Kalau buaya darat, yang kecik, yang besar, yang tinggi, yang rendah semua dia 'sapu'.
  • Lontong darat, lauk pauknya membuka selara. Buaya darat pulak, lentok gayanya selalu menggoda.
  • Lontong darat, tak semua tempat ada. Kalau buaya darat, tak kira tempat cari mangsa.
  • Lontong darat, tak sah kalau tak ada nasi impit. Buaya darat, tak sah kalau tak menghimpit.
Lontong darat di Seksyen 3, Bangi
  • Lontong darat, sedap dimakan dengan rendang hati dan sambal sotong. Kalau buaya darat, si mangsalah yang makan hati berulam jantung.
  • Lontong darat, makan selalu boleh gemuk. Jumpa buaya darat, kalau boleh rasa nak hempuk.
  • Kehebatan lontong darat terletak pada sambal kacangnya. Kehebatan buaya darat pulak, terletak pada ayatnya yang power.....huhu...hati-hati uolls... :D


Nota kaki: Lontong darat atau lontong kering  adalah makanan yang popular di Johor. Ia adalah campuran nasi impit dengan pelbagai lauk seperti rendang, sambal jawa, sambal kacang, sambal udang/sotong, paru, serunding kelapa dan macam-macam lagi. Biasanya dijual di waktu pagi untuk sarapan. Buaya darat?...korang google lah sendiri

KBai

pic: google
credit: buk rin & juli

Label:

12 Ulasan:

Di 10/05/2017 09:15:00 PG, Blogger mrhanafi berkata...

buaya darat pun suka makan lontong darat..

 
Di 10/05/2017 09:27:00 PG, Blogger dear anies berkata...

buaya darat x boleh dimakan hahaha

 
Di 10/05/2017 10:00:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

Haha...kelakar lah kak Fidah. Lontong darat kena cari, buaya darat x cari pun datang. Tp mmg sedap. Lama x makan.

 
Di 10/05/2017 10:11:00 PG, Blogger saniahibrahim berkata...

Lontong darat ,ada yg panggil lontong kering.
Betul tu buaya darat pun makan lontong darat:-)

 
Di 10/05/2017 10:26:00 PG, Blogger paridah berkata...

BERBEZA SGT KEDUA-DUANYA TU POSITI N NEGATIF

 
Di 10/05/2017 10:28:00 PG, Blogger I am LZ berkata...

Harap tak terserempak dengan buaya darat..
Mengharap makan lontong darat..
Tapi di mana yaaa...

 
Di 10/05/2017 07:12:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Lama tak pekena lontong darat ni. Buaya darat pun lama dah tak jumpa, eh :D

 
Di 10/05/2017 08:34:00 PTG, Blogger nohas berkata...

pernah makan di medan MARA..mmg sedap..ada sambal paru lg best!!

 
Di 10/06/2017 04:05:00 PTG, Blogger Ainniah Zulkefli berkata...

hahaha letih gelak. hilang stress keje jap. you made my day. haha 😂

 
Di 10/06/2017 05:19:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

sedapnya lontong

 
Di 10/10/2017 08:41:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Sedapnya lontong....teringin pulak nak makan. Tak kisahlah lontobg laut ke lontong darat.

Buaya darat tak mau!takooottt...

 
Di 10/10/2017 09:14:00 PTG, Blogger Madam N berkata...

lontong darat? lontong laut tu yang camne plak? yang mambang kuning2 tu yang lemak2 tu eh? huhu

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama