<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ezy Go

Oktober 01, 2017

Ezy Go

Assalamualaikum

Situasi 1
Selepas menghadiri majlis harijadi teman, anda memandu bersendirian pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Isyarat dari waze menunjukkan anda harus melalui jalan yang anda tidak berapa biasa. Tanpa anda sedari, kereta anda sedang melalui ke kawasan ladang getah yang amat gelap. Kiri dan kanan hanya ada pokok-pokok yang tinggi dan suram. Anda hanya disinari oleh cahaya lampu kereta dan cahaya bulan yang sedang mengambang. Tiba di satu selekoh tajam, anda terdengar satu bunyi letupan kecil. Arrrggghhhh, tayar kereta pancit rupanya. Dengan keadaan yang amat gelap, anda tiada pilihan kecuali keluar dari kereta dan harus menukar tayar. Setelah keluar dari kereta, anda baru sedar yang kedudukan kereta anda hanya 50 meter dari kawasan perkuburan. Keadaan di situ amat sunyi dan menyeramkan. Sekali sekala terdengar suara nyalakan anjing yang amat sayu.

Situasi 2
Sudah dua bulan tak balik ke kampung, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak pun sudah bersedia dengan pakaian cantik yang dibeli di Pasaraya sogo minggu lepas. Ole-ole untuk ibu dan ayah juga sudah dimasukkan ke dalam boot kereta sejak semalam. Pendek kata, boot kereta memang penuh dengan beg pakaian, ole-ole, lampin pakai buang si kecik, susu, buaian baby dan macam-macam lagi. Tepat pukul 10 pagi anda pun bertolak dan perjalanan ke kampung di utara tanah air mengambil masa lebih kurang 5 jam. Separuh perjalanan, di tengah highway, anda rasa tayar kereta anda bermasalah. Anda  terus ke lane kecemasan dan memberhentikan kerata. Allahu...tayar pancit rupanya. Dalam keadaan panas dan matahari tegak atas kepala, anda harus mengeluarkan segala macam benda yang ada di boot kereta untuk mengambil tayar spear. Dengan keadaan yang panas, proses menukar tayar adalah amat sukar. Suara si kecik menangis juga semakin kuat kedengaran.

Situasi 3
Setelah hampir 2 minggu 'ber whatsapp-whatsappan', akhirnya si cantik manis bersetuju untuk berdating dengan anda. Tempatnya???...ahhh..biarlah rahsia. Tepat pukul 3 petang, anda menjemput si dia yang sedang tersenyum lebar menunggu anda dengan baju bunga-bunga. Ketika kereta mewah anda sedang meluncur laju di tengah jalan raya, anda terlanggar sesuatu yang menyebabkan tayar kereta anda pancit. Proses menukar tayar adalah sukar kerana anda tidak membawa peralatan yang mencukupi. Tambahan lagi, anda memang tak tahu pun macam mana nak tukar tayar kereta. Dengan keadaan anda yang  terkial-kial tapi terpaksa berlagak macho, proses menukar tayar kereta masih belum selesai walau 1 jam sudah berlalu. Si dia sudah mulai resah menunggu. Wajah yang tadi manis macam coklat dicelup madu, sudah pun bertukar menjadi asam kelubi...huhu

Anda pernah mengalami masalah seperti di atas?
KAMI ADA PENYELESAIANNYA

Memperkenalkan Ezy Go
Ezy Go. Tire sealer and inflator

Kenapa perlu ada Ezy Go : 1 botol dalam 1 kereta

Kita bukannya tahu, masa bila tayar kereta akan pancit. Kereta import versi mewah macam mana sekali pun, tetap ada risiko tayar pancit. Kalau tayar pancit kat tengah highway atau  masa nak pergi meeting penting, mungkin susah nak tukar tayar kereta. Tu pun kalau tahu macam mana nak tukar. Jadi perlu ada 1 botol dalam 1 kereta untuk digunakan waktu kecemasan.

Apa yang special tentang EZY GO?
Selain daripada menampal tayar yang bocor, ia juga terus pam tayar anda sehingga kembung. Jadi, tidak perlu ke stesen minyak atau bengkel untuk pam. Kandungan Ezy go adalah latex dan gas. Latex berfungsi menampal tayar kereta dan gas dalam kandungan Ezy Go akan mengembungkan tayar kereta anda.

Tak bahaya ke letak Ezy Go dalam kereta? Malaysia ni panas kot..
Kalau bahaya, macam mana Ezy Go nak tolong kita kalau tayar pancit. Disarankan meletak botol Ezy Go dalam kereta, simpan bawah seat atau dimana-mana tempat yang tidak direct terus pada panas.

What? Nak pegang tayar kereta. Habis la kuku I. Baru buat manicure semalam. Biasanya I panggil mekanik aje.
Ikut suka hati akak la kalau nak panggil mekanik. Memang senang kalau macam tu. TAPI!!!!!! Cuba tengok masa. Kena tunggu mekanik datang, nak tukar tayar lagi. Kan lambat. DAN......macam mana kalau terjadi di tempat sunyi tengah malam. Coverage handphone tak ada pulak tu. Jadi, gunalah Ezy Go. 2 minit dah siap dan boleh jalan macam biasa.

Anak angsa berenang-renang
Beriang ria dalam kolah
Ada Ezy Go hidup senang
Tayar pancit bukan masalah....

Video tentang Ezy Go:


Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi agen kami (whatsapp atau telegram) di no: 01137418321

Sekian. Wassalam.



Label:

8 Ulasan:

Di 10/01/2017 09:29:00 PTG, Blogger paridah berkata...

WAH PENYELESAI MASALAH BESAR TU

 
Di 10/01/2017 10:23:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lebih mudah kalau ada benda ni. Mudah dan cepat.
Thanks Kak PI

 
Di 10/02/2017 09:02:00 PG, Anonymous raihanah berkata...

penyelesaian di saat2 kecemasan

 
Di 10/02/2017 01:11:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

keperluan di saat2 kecemasan

 
Di 10/03/2017 08:19:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Setuju...penting ni
Thanks Anies

 
Di 10/03/2017 08:20:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul tu...
Thanks Raihanah

 
Di 10/05/2017 07:17:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Bagus produk ni. Boleh cuba.. standby klu apa2 mudah nanti. Thanks sharing Fidah.

 
Di 10/05/2017 08:21:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Welkom Bro KK

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama