<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Februari 2016

Februari 29, 2016

Abang Bangla dan Adik Manis

Assalamualaikum

Tak habis lagi nak cerita pasal kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke negara kita.
Nampaknya makin bertambahlah 'penduduk' di bumi tercinta Malaysia ini.


Saya percaya, bumi ini milik Allah, dan siapa-siapa saja boleh mencari rezeki, tapi ada banyak juga perkara-perkara lain yang perlu difikirkan.  Walaupun tak semua yang datang itu  jahat atau tidak baik, namun antara kesan-kesan sampingan yang boleh dijangka daripada kemasukan warga Bangladesh ini adalah:

  • Anak tempatan akan lebih sukar untuk mendapat pekerjaan. Terutamanya yang spesis 'malas'....kan. Semakin sengit nampaknya persaingan untuk merebut peluang-peluang pekerjaan terutamanya di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. 
  • Lebih ramai lagi lah 'teman-teman' yang akan bersama-sama naik komuter. Bukan sikit. 1.5 juta tu!. Lepas ni, mesti berhimpit-himpit kalau naik kenderaan awam. Makin lama semakin rapat, padat dan sendatlah nampaknya....hhuurrmmmmmm
  • Hospital juga akan penuh dan akan melambatkan lagi proses warga tempatan untuk mendapatkan rawatan. Itu belum jenis-jenis penyakit yang mungkin di bawa.
  • Harga barang-barang juga boleh jadi meningkat. Maklumlah, permintaan semakin tinggi kerana ada semakin banyak penduduk. 
  • Gangguan seksual semakin meningkat. Kenyataannya, berapa ramai lelaki boleh tahan nafsu. Pernah juga bersembang dengan seorang rakan. Katanya, ada kemungkinan jumlah pusat hiburan juga akan meningkat, bagi mengurangkan kes-kes cabul dan rogol. 
  • Itu belum lagi kes-kes bercouple. Maklumlah, abang-abang Bangla ni kan 'ayat power'. Siapa tak cair bila Abang Bangla panggil..."Addiiikkkkk Maniiisssss"...hoho. Pesanan untuk adik-adik dan ahkak-ahkak...jangan sampai #kelupaan

Sekian. Wassalam.

Gambar: google/FB

Label:

Februari 25, 2016

Happy Birthday Mak

Assalamualaikum


Ketika arwah Mak masih ada, 25 Feburuari adalah tarikh yang kami raikan sekeluarga.
Tapi kini hanyalah suatu kenangan.

Kalau dulu, pada tarikh ini saya akan berada di kampung atau menelefon Mak untuk mengucapkan selamat hari lahir, tapi hari ini hanya dapat bercakap dengan Abah.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa Mak saya, menerima segala amalannya, dilapangkan kuburnya dan dihadiahkan jannah bersama para solihin

Mak, you are never forgotten, i miss you, i love u...always

Happy Birthday, Mak.
Al Fatihah.

Baca juga:
Doa untuk ibu bapa
Surah al Kahfi
Mawar putih untuk mama
Kiranya itu yang terakhir

Pic: Google

Label: ,

Februari 24, 2016

Kening


Begitulah kisahnya...especially untuk orang perempuan. Siapa yang tidak mau kelihatan cantik.

Tapi banyak hadis sahih yang menyatakan bahawa mencukur kening itu haram, kecuali jika ianya memudaratkan.

Pendapat peribadi saya, tak perlulah kening itu dicukur. Tak sayang ke pada kening sendiri?...:D
Memadailah dengan 'mengemas' kannya saja. Peralatan dan kosmetik yang berkaitan pun ada banyak di pasaran.

Tak gitu Kak Long?


Sekian. Wassalam
Gambar: FB

Label:

Februari 22, 2016

Chap Goh Meh


Assalamualaikum


Mungkin kerana akhir-akhir ini saya bekerja dengan beberapa orang ahli pasukan (baca : team) yang berbangsa cina, jadi banyak juga perkara dan adat resam orang cina yang menjadi topik perbualan.

Chap Goh Meh dirayakan pada malam ke 15 selepas Tahun Baru Cina. Berdasarkan maklumat dari bahan bacaan, ianya adalah satu adat dan bukan upacara keagamaan.

Berasal dari Hokkien, 'chap goh' bererti 15 dan 'meh' bererti malam. Maksudnya malam ke 15. Malam ke 15 juga bermaksud sudah berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Pesta ini diraikan dengan menyalakan tanglung dan membakar bunga api. Ada juga yang merayakannya dengan tarian singa atau naga.

Nota : Perayaan Tahun Baru Cina 2016 bermula pada 7 Februari. Di mulakan dengan upacara makan besar pada sebelah petang/malam. Pada malam itu seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama. Pada 8 dan 9 Februari pula adalah hari perayaan sebenar yang dirayakan dengan suasana riang ria dan penuh kemeriahan :)

Ada juga adat kepercayaan yang menyatakan malam Chap Goh Meh adalah malam di mana si gadis dibenarkan keluar untuk melontar buah limau mandrin ke dalam laut atau sungai bertujuan untuk mencari pasangan. Si gadis akan melontar buah limau dan lelaki yang bertuah akan mendapat atau mengambil limau tersebut.

Gurauan rakan saya tadi "zaman sekarang lagi bagus kalau orang letak nama dan nombor telefon di kulit limau yang dia lontar. Lagi terbaik kalau dia letak jumlah pendapatan/ gaji bulanan. Senang saya nak pilih limau yang mana, Kak....hihi"

"Uuhhh...dasar mata duitan $$$$. Habis tu, malam ni, nak tunggu limau kat sungai mana?"

"Dekat swimming pool, Kak...hahaha"

"???????...iiisshhkk..budak ni"

Sekian. Wassalam

Baca juga : Karaktor mengikut kalender lunar cina 


Sumber: Pelbagai
Photo: Alamanda, Putrajaya @ 13 Feb 2016















Label:

Februari 20, 2016

Bila Di Tanya Tentang Isteri

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Saya terbaca beberapa artikel tentang ciri-ciri Isteri idaman.
Saja nak share kat sini. Mana tahu, kalau dapat dijadikan panduan bagi siapa-siapa yang sedang mencari calon isteri.
Dan untuk diri sendiri, moga-moga dapat dijadikan panduan serta peringatan supaya terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan yang terbaik untuk suami tercinta. In shaa Allah.

  • Berpegang pada agama. Wanita yang berpegang pada agama tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
  • Kecantikan Dalaman. Wanita sejati adalah wanita yang lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip hidup. Wanita seperti ini juga pandai menjaga diri dan tidak akan sesekali membuat perkara yang akan merosakkan maruahnya.
  • Manja. Lelaki suka pada wanita yang mempunyai sifat manja supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat kanak-kanak ribena tu, tak perlulah berlebih-lebihan. Takut rimas pula nanti.
  • Pandai Menjaga Kecantikan. Wanita mana yang tak mahu cantik. Dan lelaki juga, secara fitrahnya suka pada wanita cantik dan pandai menjaga kecantikan. Selain dari menjaga kecantikan, wanita juga harus pandai menjaga penampilan diri.
  • Berakhlak mulia. Wanita mulia adalah wanita solehah. "Wanita adalah hiasan dunia, tetapi, seindah hiasan adalah wanita solehah"
  • Tidak mempamerkan keseksian. Secara umumnya (maaf kalau tersalah fakta), lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita. Namun begitu, kaum lelaki tidak suka menjadikan wanita yang sedemikian sebagai isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk semua lelaki.
  • Tidak cerewet. Wanita cerewet memang merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu kepadanya. Wanita seperti ini suka mengkritik dan segala perkara tidak akan memuaskan hatinya :(
  • Memahami lelaki. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Dalam erti kata lain, suami tak perlu bersuara, tetapi isteri sudah pun memahami masalahnya serta bertindak menghiburkan hatinya di samping memberikan semangat & kekuatan.
  • Sejuk mata memandang. Bersopan santun, mempunyai sifat keibuan, sentiasa memaniskan wajah, memberikan senyuman ikhlas dan menutup aurat adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita idaman. "Jika memandangnya, membuat suami senang" (Abu Daud).
  • Cergas dan cerdas. Dalam menghadapi kesibukan seharian dan hidup sentiasa mengejar masa, sifat cergas memang perlu. Selain daripada itu, wanita cerdas dan pintar juga adalah antara ciri yang menjadi pilihan. Biasanya, lelaki lebih suka pada wanita yang boleh memberinya idea atau value added input dalam perbincangan, tak kiralah tentang hal keluarga, hal kewangan atau isu-isu semasa. Jadi, pesanan untuk wanita termasuk saya, rajin-rajinlah menambah ilmu.


Sekian. Wassalam.

Sumber : Pelbagai
Gambar : Instagram






Label: ,

Februari 19, 2016

Amalan Moga Dimurahkan Rezeki



Salam Jumaat

Jom amalkan. Moga menjadi salah satu ikhtiar dan pengharapan kita kepada Nya.

Moga kita semua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta diampunkan segala dosa dan kesalahan.
Aamiin


Wassalam

Gambar: FB

Label:

Februari 17, 2016

WW#6 Why You Say Hello


Mengapa kita memulakan perbualan di telefon dengan perkataan 'Hello'?

Tahukah anda bahawa 'Hello' sebenarnya nama seorang wanita.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Graham Bell adalah orang yang mencipta telefon. Perkataan pertama yang disebut oleh Graham Bell setelah mencipta telefon adalah 'Hello', mengambil sempena nama teman wanitanya Margaret Hello...hihi sweet kan :)

Sekian. Wassalam.
p/s : walaupun ini ruangan Wordless Wednesday, rasa rugi pulak kalau tak tulis apa2. Jadi, saya tulis la jugak :D

Lagi pun macam cerita sejarah lah jugak...buat kenang kenangan...jangan sampai
#kelupaan

Gambar: Sumber


Label:

Februari 14, 2016

Chemistry Cafe Lab Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum


Semalam, saya sekeluarga telah mencuba jaya makanan di restoran yang tak berapa baru (katanya sudah hampir setengah tahun di buka).

Restoran yang berkonsepkan makmal (lab) ini letaknya di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Hiasan dalamannya memang cantik dan unik. Kesemua pekerjanya juga memakai lab coat. Kira macam makan dalam lab lah :)

Komen saya:

MAKANAN: Menu yang disediakan adalah berkonsepkan ala2 western. Goreng pisang atau nasi campur tak ada ya :). Pilihan makanan dan minuman juga agak terhad. Mungkin kerana restoran ini masih baru. Makanannya sedap, tapi portionnya agak kecil. Kalau 'tangki' besar, memang tak cukup...hoho

HARGA : Agak mahal kalau dibandingkan dengan kedai makan biasa-biasa. Tapi consider average untuk restoran-restoran yang berkonsep begitu.

KONSEP RESTORAN : Konsep yang unik dan boleh jugalah kalau sesekali nak try restoran baru. Presentation makanan dan minumannya juga unik. Tengok saja bekas air tu...:)



SERVICE :
  • Boleh juga dikatakan separa self-service. Makanan harus di order dan dibayar dulu di kaunter. Pekerja restoran atau pelayan akan menghantar makanan ke meja setelah siap. Sebenarnya, saya tidak begitu suka konsep begini kerana seseorang pelanggan akan mengambil masa yang agak lama untuk berfikir dan membuat keputusan tentang makanan yang perlu di order - terutama pada pelanggan yang pertama kali ke restoran ini. Nasib baiklah pelanggannya tidak ramai semalam. Kalau tidak, pasti jenuh juga nak menunggu.
  • Kesemua pekerja dan pelayan restoran adalah ramah mesra dan murah senyuman.
  • Penghantaran makanan agak cepat (waktu dari order hingga makanan tiba di meja). Tapi ada masalah juga semalam apabila salah satu makanan yang saya order tidak kunjung tiba. Rupanya mereka terlupa untuk menyediakannya. Saya rasa ini tidak patut terjadi kerana salinan senarai makanan yang saya order ada pada mereka dan tidaklah begitu ramai orang di restoran. Cuba bandingkan dengan kedai mamak - order jarang di tulis dan restoran penuh sesak, tapi mereka selalunya akan menghantar makanan dengan cepat dan tepat.


Ok. Itu saja review saya untuk restoran ini.
Mungkin kerana ianya agak baru, jadi beberapa penambah baikan sememangnya perlu.

 Sekian. Wassalam.


Februari 10, 2016

Misi Mencari Kucing

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh di cari
Mana nak sama cik adik seorang

Tapi...bukan kucing itu atau cik adik yang saya cari.

Juga bukan kucing-kucing ini :D
Credit Source

Sebenarnya saya tengah sibuk mengumpul stem dari farmasi Guardian untuk menukarkannya dengan beg garfield. "Garfield On The Go" katanya.

Credit Source

Masa kecik-kecik dulu, korang tak minat garfield ke?..Kucing kaler oren yang cute dan bermata kuyu tu...huhu

Okey, lepas ni Mak busy nak pergi shopping. Nak kumpul stem sebab aim nak overnighter yang warna biru purple tu. Doakan bila saya dah berjaya kumpul stem tu nanti, stok beg masih ada.

Bye :)
Sekian. Wassalam






Label:

Ikan Talapia Cili Hijau

Assalamualaikum
Hari ini saya mencuba resipi talapia sambal/cili hijau.
Kebetulan ada ikan talapia fresh dari Sungai Pahang.
Saja nak tepek resipi kat sini. Senang sikit nak refer :)


Resipi ini saya ambil dari blog periuk tanah (www.periuktanah.blogspot.my)

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili hijau
  • 1/2 sudu teh belacan (saya tak guna belacan sebab allergic...huhu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 asam jawa xtra Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar cili hijau bersama belacan - Mak tumbuk guna batu lesung aje tadi :). Tapi, bawang dan cili tumbuk asing-asing.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan berbau wangi. Masukkan cili yang telah dikisar/ ditumbuk bersama sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan asam jawa, garam dan gula. Kacau sampai berkilat. Matikan api dan tuang sambal ke atas ikan. Sedia dihidangkan
Nota : Mak tuang sedikit aje sambal kat ikan tu. Banyak-banyak nanti takut si kecik tu tak boleh nak makan pulak, takut pedas..




Mana-mana yang bukan budak kecik, boleh tambah sambal sendiri yang Mak dah hidang dalam mangkuk lain. Tak pedas nanti tak 'uummpphh' pulak.

Sekian. Wassalam


Label:

Februari 09, 2016

Apa Ada Pada Nama


Assalamualaikum

Sesekali bila anak belajar ABC, mamanya pun nak ikut belajar sekali kan. Tu yang jadi susunan nama macam kat gambar tu...hihi

Apa-apa pun, kita patut bersyukur kerana ibu dan bapa kita telah memberikan kita nama (yang baik). 
Memberi nama yang baik pada anak-anak juga adalah satu kewajipan kerana nama adalah panggilan untuk kita dari semenjak lahir hinggalah ke akhirat kelak.

Nama adalah satu identiti. Oleh itu, berikanlah nama yang mempunyai makna (baik) untuk anak-anak kita. Jangan sampai nama yang diberikan memberi makna buruk serta menjadi ejekan rakan-rakannya kelak.

Pernah juga terjumpa kisah benar tentang memberi nama atau gelaran pada anak. Contohnya jika anak itu dipanggil dengan nama sebenar, ia akan sering jatuh sakit. Kononnya nama sebenar itu tidak sesuai dengan anak. Maka, nama lain atau gelaran harus diberikan supaya anak itu terhindar dari penyakit dan bahaya. - Saya tidak pasti jika ini menjadi satu adat dan kepercayaan ###

Nama juga merupakan satu doa. Moga setiap kali nama dipanggil, ianya juga menjadi satu doa yang baik untuk kita. In shaa Allah.

Sekian. Wassalam.


Label: ,

Februari 08, 2016

Tahun Kelahiran Mengikut Kalender Lunar Cina


Tahniah kepada sahabat dan sesiapa yang menyambut menyambut tahun baru cina.


Menurut kalender cina, tahun ini adalah tahun monyet. Sebagaimana yang kita tahu, setiap tahun dalam kalender cina di wakili oleh binatang. Dan sesiapa yang dilahirkan mengikut tahun (di wakili oleh binatang tersebut) dipercayai ada sikap, watak atau karaktornya yang tersendiri.

Berikut adalah sikap berdasarkan tahun kelahiran (ada 12 kesemuanya):

  • Tikus / Rat (tahun 1925, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008). Mereka adalah seorang yang bersemangat tinggi dan benar-benar murah hati kepada orang yang dicintai. Mereka juga adalah seorang yang bijak dan juga opportunis. 
  • Lembu / Ox (1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2010).  Dilahirkan sebagai pemimpin dan sering menjadi inspirasi kepada orang disekelilingnya. Namun, mereka ini dikatakan sangat materialistik.
  • Harimau / Tiger (1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010). Golongan ini sangat sensitif, emosional dan mampu menciptakan cinta yang luar biasa. Tapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sesiapa yang lahir pada tahun ini adalah orang yang keras kepala. 
  • Arnab / Rabbit (1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011). Seorang yang baik, patuh dan sangat menyenangkan. Sesiapa yang lahir pada tahun arnab juga adalah seorang yang sentimemtal.
  • Naga / Dragon ( 1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000). Mereka adalah seorang yang pandai dan juga berbakat. Dalam percintaan, mereka ini selalu membayangkan kesempurnaan hinggakan adakalanya pasangan berasa rimas dan kurang selesa.
  • Ular / Snake (1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001). Mereka ini adalah seorang yang ramah tamah dan juga romantis. Namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sesiapa yang lahir dalam tahun ular sangat rakus pada wang $$$$
  • Kuda / Horse ( 1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014). Orang yang lahir pada tahun ini adalah golongan yang sangat rajin dan suka berkerja keras. Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa mereka ini sangat mementingkan diri sendiri. Dalam percintaan....jika sudah jatuh hati pada seseorang, harus ada keberanian untuk menyatakannya.
  • Kambing / Goat (1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015). Sahabat yang menyenangkan. Mereka juga dikategorikan sebagai golongan elegan dan artistik. Namun, bila berada dalam keadaan tertekan, mereka selalu mengambil keputusan yang kurang bijak. Tentang percintaan?...eerrmm..bila bercinta, harus ada batasnya.
  • Monyet / Monkey ( 1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016).  Seorang yang pintar dan mempunyai personaliti yang menarik.  Bagi teman yang bermasalah, golongan ini ibarat pendengar setia. Tapi awas, golongan ini sangat bijak bermain kata-kata bila bercinta.
  • Ayam / Rooster ( 1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017). Mereka ini sangat tegas bila membuat keputusan. Mereka juga sangat lantang memberikan pendapat. Namun, golongan ini adalah pengkritik tegar. 
  • Anjing / Dog (1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018). Sesiapa yang dilahirkan pada tahun ini adalah golongan yang jujur dan setia pada orang yang dicintai. Tapi mereka ini juga cenderung mencari kesalahan orang lain.
  • Babi / Pig (1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019). Mereka adalah teman yang baik, pintar dan akan berusaha keras demi mencapai tujuannya. Mereka juga sangat suka membantu orang lain.

Perhatian. Ini adalah kepercayaan orang-orang cina dalam mengenali watak seseorang mengikut tahun kelahiran. Ini bukanlah ajaran syirik, tapi sekadar untuk suka-suka saja.

Sekian. Wassalam.
Sumber: Pelbagai.


Label:

Februari 07, 2016

Tabung Haji Finally Declared Its Dividend


Don't listen to rumours. Never trust gossip!
Perhaps, that's the message Tabung Haji (TH) wanted to tell us.

Alhamdulillah. TH finally has announced its dividend few days ago.
Despite a more challanging economic environment and greater uncertainties, TH managed to report a positive results for its 2015 financial performance.

Frankly, my deposit contribution is very low or can be considered as negligible amount (compared to the total deposits that they have), but it does not mean i cannot put high expectation on TH...right? :)

As a 'rakyat marhaen' there's nothing much to comment actually. Seriously, what more can we say?
Just hoping that TH will continue to retain the public's trust, declare more and more dividend and improve its performance moving forward.
In shaa Allah. Aamiin.


Wassalam.
Pic: source









Label:

Februari 06, 2016

Ungu


Assalamualaikum


Warna ungu ( baca: purple) adalah campuran antara warna merah dan biru. Warna ini melambangkan misteri, keunikan, kekayaan, kegembiraan dan semangat. Warna ini juga dikatakan dapat meningkatkan kepercayaan diri, mampu menarik perhatian dan memberi kesan feminin, anggun serta kehangatan.

Menurut sesetengah pendapat, penggemar warna ungu adalah orang yang suka memerhati dan kadang kala emosinya boleh bertukar tukar. Mereka juga boleh menjadi sangat sensitif...orang kala lah.. :D

Namun begitu, orang yang suka warna ungu juga adalah golongan yang sangat memahami dan supportive. Mereka juga sangat menghormati orang lain.




"You are a free spirit and appreciate your independence. It is important to you that you can be creative without feeling restricted. You always manage to surprise the people around you and to convince the of your point of view"


Anda pula, suka warna apa?

Baca juga:
Kenapa perempuan suka warna pink
Hijau
Benarkah putih lambang kesucian


Sekian. Wassalam

Sumber: Pelbagai.
Gambar: google/FB








Label:

Februari 02, 2016

Philips Pressure Cooker

Assalamualaikum
Hari Sabtu lepas, sewaktu bersantai bersama keluarga di Alamanda, Putrajaya, saya terlihat ada promosi untuk pressure cooker jenama Philips.

Sebenarnya dah lama menyimpan hajat nak membeli periuk ni. Maklumlah, orang kata boleh menyenangkan kerja dan menjimatkan masa memasak.

Masa 1st time tengok dulu, harganya dalam RM500++. Rasa mahal sangat pulak. Tapi masa promosi hari tu, harga yang ditawarkan adalah RM369. Tu yang mak tak sabar-sabar nak beli...:D

Percubaan pertama adalah memasak rendang daging. Masa yang diambil adalah 30 minit++. (Yang ++ pun saja mak tambah supaya rendang tu kering sedikit).

Percubaan pertama adalah memasak rendang daging
Untuk resipi rendang, sila lihat sini



Goreng mi hoon pun boleh :)
Percubaan ke 2 adalah memasak mi hoon goreng. Teruja nak masak mi hoon sebab orang kata, kalau guna pressure cooker, mi hoon tu tak perlu direndam dulu. Masuk saja dalam periuk setelah dibasuh dan toskan.  Tu yang gatai tangan nak cuba... :D

Tapi lepas tu, jenuh juga nak mengacau bagi rata.
Segala sayur yang lembut-lembut boleh masukkan selepas proses 'pressure' supaya tak terlalu layu. Buat style ala-ala stir fry gitew. Kacau rata sampai semuanya masak. Alhamdulillah, dapat juga dijadikan sajian untuk sarapan pagi tadi.



Percubaan ke 3 adalah membuat kek coklat
Percubaan seterusnya adalah membuat kek coklat. Kebetulan Afiq, anak bungsu saya nak bawa bekal kek ke sekolah tadikanya esok. Gigih la si emak nak buat kan... :D
Boleh guna function 'bake'. Masa yang diambil untuk masak kek ini adalah 45 minit. Alhamdulillah, berjaya juga masak kek guna periuk ni.

Secara keseluruhannya, memang puas hati guna periuk ni. Walaupun tempoh memasak mungkin tidak sepantas periuk noxxa, tapi pada saya, ianya menyenangkan kerja kerana tak perlu menjenguk masakan banyak kali. In shaa Allah, kalau guna 'function' dan 'timer' secara betul, masakan menjadi sempurna dan tidak hangus. Cara membersihkannya juga amat mudah. Jadi, bolehlah di 'consider' pada siapa-siapa yang sedang mencari pressure cooker, baik untuk kegunaan sendiri mahu pun sebagai hadiah.

Sekian. Wassalam.







Label:

Pokok Depan Rumah

Assalamualaikum

Masih lagi mood nak cerita pasal pokok. Hari ini cuti sempena Hari Wilayah. Jadi saya berkesempatan untuk luangkan masa lebih siket nak belek-belek pokok di depan rumah. Kalau hari-hari biasa, sempat siram aje lah nampaknya. Kalau ingat dan berkesempatan, mak letak baja. Sebab tu pokok-pokok mak ni slim melim nampaknya.. :D

Pokok kari, pudina (mint), cili dan sirih (betel leaf)

Nak kata pandai sangat pasal pokok dan tanam menanam, tak ada lah.
Tapi dapat tanam beberapa pokok macam ni, agak menjimatkan juga, walaupun hanya ditanam dalam pasu. Contohnya daun limau purut, kalau beli di kedai, kena beli se-ikat. Tapi nak guna untuk masak tomyam atau rendang (contohnya), cuma perlukan beberapa helai. Nanti yang lebih tu, terbuang saja atau terbiar layu. Begitu juga dengan daun pandan, daun pudina (mint), daun kari, daun salam dan sebagainya.


Pokok lidah buaya (aloe vera), pandan, limau purut (kaffir lime) dan daun salam (bay leaf)

Selain itu, dapat tengok pokok hijau dan membesar dengan sihat juga merupakan satu terapi minda dan mata, walaupun balik kerja selalunya hanya dapat tengok pokok dari cahaya lampu atau sinaran bulan...huhu

Apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.
Selain dari menjimatkan belanja dan boleh menjadi satu terapi, dapat juga menyahut seruan Pak Menteri... :)

Sekian. Wassalam.


Label: ,

Februari 01, 2016

Pokok Mangga Dalam Pasu

 Assalamualaikum


Ini kisah beberapa tahun lalu. Hati teringin nak tanam pokok mangga, tak ada kawasan pulak. Jadi saya cuba menanam pokok mangga di dalam pasu.

Caranya sama macam tanam pokok mangga kat tanah. Cuma cara ini memerlukan pasu yang besar dan tanah yang banyak (untuk di masukkan ke dalam pasu). Jenuh juga nak penuhkan pasu tu dengan tanah. Berkampit kampit juga (satu kampit tu harganya ber hengget2 jugak hokeyy).
Lainlah kalau kat kampung, boleh cangkul aje tanah kat belakang rumah :D

Bertahun juga nak tunggu besar dan berbuah. Mungkin juga kerana saya selalu terlupa nak letak baja..huhu
Bila dah besar, merasa jugalah buahya beberapa kali. Mangga mas hitam namanya.

Namun di suatu hari, pokok ini telah tumbang sewaktu dilanda ribut (haha..ribut lah sangat :D). Tapi hari tu hujan lebat dan tiupan angin agak kuat. Sebenarnya saya tidak pasti kenapa pokok mangga tu boleh tumbang.

Tapi, teori mak yang tak pernah belajar sains pertanian ni rasa, mungkin pokok tersebut sudah terlalu besar dan pasu menjadi tidak stabil. Kalau pokok yang kita tanam atas tanah, akarnya pasti kuat mencengkam bumi. Berbanding dengan pokok yang ditaman di dalam pasu, akarnya tak sampai ke bumi (semuanya duduk diam2 dalam pasu)
 Jadi bila pokok sudah menjadi besar dan berat, kemungkinan juga pasu tersebut tidak boleh menampung bebannya lagi...haha gitew :D
Tak tau lah pulak kalau ada sebab lain.

Dah..lepas ni, kalau nak tanam pokok dalam pasu, cari pokok yang cute2 dan kecik molek aje. Kecualilah kalau mak rajin nak buat experimen lagi.

Sekian aje cerita mak. Saja nak tepek sini buat kenangan antara mak dengan pokok mangga.

Wassalam.








Label: ,