<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Pokok Depan Rumah

Februari 02, 2016

Pokok Depan Rumah

Assalamualaikum

Masih lagi mood nak cerita pasal pokok. Hari ini cuti sempena Hari Wilayah. Jadi saya berkesempatan untuk luangkan masa lebih siket nak belek-belek pokok di depan rumah. Kalau hari-hari biasa, sempat siram aje lah nampaknya. Kalau ingat dan berkesempatan, mak letak baja. Sebab tu pokok-pokok mak ni slim melim nampaknya.. :D

Pokok kari, pudina (mint), cili dan sirih (betel leaf)

Nak kata pandai sangat pasal pokok dan tanam menanam, tak ada lah.
Tapi dapat tanam beberapa pokok macam ni, agak menjimatkan juga, walaupun hanya ditanam dalam pasu. Contohnya daun limau purut, kalau beli di kedai, kena beli se-ikat. Tapi nak guna untuk masak tomyam atau rendang (contohnya), cuma perlukan beberapa helai. Nanti yang lebih tu, terbuang saja atau terbiar layu. Begitu juga dengan daun pandan, daun pudina (mint), daun kari, daun salam dan sebagainya.


Pokok lidah buaya (aloe vera), pandan, limau purut (kaffir lime) dan daun salam (bay leaf)

Selain itu, dapat tengok pokok hijau dan membesar dengan sihat juga merupakan satu terapi minda dan mata, walaupun balik kerja selalunya hanya dapat tengok pokok dari cahaya lampu atau sinaran bulan...huhu

Apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.
Selain dari menjimatkan belanja dan boleh menjadi satu terapi, dapat juga menyahut seruan Pak Menteri... :)

Sekian. Wassalam.


Label: ,

14 Ulasan:

Di 2/02/2016 03:20:00 PG, Blogger mrhanafi berkata...

tanamlah sayur dan buah..ada hasil boleh makan punya

 
Di 2/02/2016 02:42:00 PTG, Anonymous Raihanah Ahmad berkata...

teringin juga saya nak menanam ni, entahnya bila agaknya

 
Di 2/02/2016 02:43:00 PTG, Anonymous anah berkata...

kalau tanam sayur atau buah boleh makan hasilnya

 
Di 2/02/2016 09:11:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lebih best tanam pokok yang boleh dimakan..baru puas hati

 
Di 2/02/2016 09:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jom tanam..bila dah lama2, rasa janggal jugak kalau tak ada pokok2 depan rumah

 
Di 2/02/2016 09:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Sekurang kurangnya daun2 yg diguna dalam masakan.

 
Di 2/03/2016 02:08:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Bagus juga tanam pokok2 yang kita boleh guna ni kan

 
Di 2/04/2016 09:04:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Zumal. Jimat dan senang kira :)

 
Di 2/06/2016 07:37:00 PG, Blogger OKje berkata...

Betul tu FS.....nak pakainya sehelai dua, tp membazirnya lebih. Teringin jugaklah nak tanam. Tp daun kari tu kekadang ulat suka makanlah FS

 
Di 2/06/2016 09:23:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sy tanam pun sebab tu..lagi pun rasa macam best aje bila tgk pokok tu berkembang maju..hihi
Daun kari mak sedap agaknya..ulat suka :D

 
Di 2/08/2016 01:22:00 PG, Blogger nohas berkata...

best ni..nak guna, petik je kt pokok..fresh lg..
wahh..pokok sireh pun ada tanam jg..susah nk dapat kt bandar ni..

 
Di 2/08/2016 11:30:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya pun suka tanam pokok... projek terbaru saya waktu kelapangan tengah nak cuba tanam tomato.. ntah jadi ke tak nie.. sabar menunggu.. :D

 
Di 2/22/2016 08:02:00 PG, Blogger ummul azkee berkata...

Teringat haritu tgk majalah 3 ..ada akk ni dia tanam macam2 dln pasu waalpun duduk perumahan.seronok ..nk juga petik je..takyh nj beli2..jimat..hehe

 
Di 12/29/2016 04:27:00 PTG, Blogger Ana Fatihah berkata...

Saya macam minat jugak menanam ni. Tapi, tak start2 lagi. Hiuhiu

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama