<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: September 2015

September 30, 2015

Sentuh dan Pergi

Sentuh dan pergi adalah direct translation untuk Touch 'n Go.



Seperti yang kita sedia maklum, bermula 9 September 2015, urusan pembayaran tol di beberapa plaza tol terpilih adalah hanya menggunakan khidmat Touch 'n Go (dan SmartTag). Bayaran tunai tidak lagi digunakan.

Saya adalah pengguna tegar Touch 'n Go dan saya tidak menafikan tentang betapa mudahnya menggunakan perkhidmatan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, pengguna tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu menunggu lama untuk membayar tol.

Saya menyokong inisiatif menggunakkan mykad sebagai alternatif supaya pengguna tidak perlu membeli kad Touch 'n Go. Saya juga setuju dengan cadangan untuk menambahkan lagi kaunter-kaunter tambah nilai supaya lebih mudah untuk kita menggunakan perkhidmatan ini.
Namun, bagi pengguna yang tidak kerap menggunakan perkhidmatan ini (contohnya golongan yang menggunakan highway hanya dua atau tiga kali setahun) tetapi telah menambah-nilai sejumlah wang ke dalam kad itu, bukankah sedikit sebanyak akan mengganggu aliran tunai si pengguna? Dan pada masa bilakah wang yang tidak digunakan (dalam kad) itu dapat dikembalikan? atau adakah 'nilai' wang yang ada di kad itu akan terus terbiar hinggalah si pengguna menggunakan highway lagi?

Kad Touch 'n Go

Saya tidak menolak tentang sebarang kemajuan teknologi termasuk konsep e-payment yang diaplikasikan dalam perkhidmatan Touch 'n Go ini. Tapi, mungkin ada beberapa perkara yang perlu juga diberi perhatian:
  • Perkhidmatan Touch 'n Go perlu diperluaskan lagi untuk pembayaran-pembayaran lain seperti parking (sesetengah tempat sudah digunakan) dan urusan jual beli di kedai. Sekurang-kurangnya dapat juga memaksimumkan perkhidmatan yang sedia ada. Bukankah cashless lebih baik. Dan bagi golongan yang tidak kerap menggunakan highway, boleh juga menggunakan 'nilai' wang yang sudah di tambah (reload) dalam kad Touch 'n Go untuk 'berbelanja' ke tempat lain. Tak adalah duit itu akan terbiar sepi.
  • Urusan untuk 'refund' juga harus lebih dipermudahkan terutama bagi golongan yang tidak begitu aktif menggunakan perkhidmatan ini. Penting tu. Bukankah dalam keadaan ekonomi sekarang, segala Ringgit dan Sen diambil kira.
  • Pastikan juga lorong Touch 'n Go tidak menjadi sesak (seperti lorong tunai sekarang), bila semua orang telah menggunakan perkhidmatan ini. Mana tahu, akibat masalah kesesakan yang tidak dapat diselesaikan, semua orang disuruh menggunakan perkhidmatan SmartTag (baca : lalu dan pergi tanpa sentuh) pula selepas ini.

p/s : Ini adalah sekadar pendapat peribadi.

Sekian. Wassalam

Gambar kad TnG : Google

Label:

September 28, 2015

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Kewangan

Assalamualaikum

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, GST, harga barang-barang (sebelum GST) yang kian meningkat serta kadar pertukaran wang asing yang semakin tinggi, pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada aliran tunai kita.
Selain daripada itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan serta cara perbelanjaan juga memberi kesan. Tanpa sedar, kita mungkin sedang menghadapi masalah kewangan.

Jom semak, tanda-tanda jika anda mempunyai masalah tersebut.
Jangan sampai di tahap kritikal baru kita mahu bertindak.


  • Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi. Perbelanjaan harian anda hampir semuanya bergantung pada kad kredit. Penggunaannya juga sudah hampr ke tahap maksimum (credit limit). Pembayaran pula, sentiasa berada di tahap minimum
  • Terpaksa meminjam wang dari kawan, keluarga, ceti, along bukit beruntung atau sesiapa sahaja untuk menampung ketidakcukupan perbelanjaan bulanan anda. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran tunai anda berada di tahap kritikal.
  • Mempunyai masalah untuk menampung perbalanjaan harian. Masalah akan menjadi lebih ketara apabila hujung bulan hampir tiba. Anda mula menghitung hari, bilakah tibanya hari gaji kerana wang di saku atau baki wang di akaun simpanan sudah kering kontang.
  • Melambatkan pembayaran segala bil. Tidak dinafikan bahawa hidup kita memang dikelilingi dengan pelbagai bil. Just name it. Bil elektrik, bil air, bil telefon dan macam macam bil lagi. Lebih parah jika anda hanya mampu membayar sebahagiannya sahaja, manakala yang selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan.
  • Tidak mampu untuk mambayar segala kos maintenance rumah dan kereta secara teratur. Walaupun tempat tinggal dan kenderaan adalah 2 perkara penting dalam kehidupan harian kita, anda terpaksa menunda segala kos perbelanjaan yang berkaitan dengannya kerana tidak cukup wang.
  • Anda masih berkira kira atau merasakan wang untuk membayar sewa rumah atau ansuran bulanan rumah (bagi yang telah membeli rumah) tidak cukup.
  • Tidak mampu untuk membeli apa jenis insuran sekalipun. Insuran nyawa (life insurance), insuran pendidikan untuk anak, insuran perubataan serta insuran-insuran yang lainnya semua dipandang sepi.
  • Wang tabungan atau simpnan kini mulai susut. Sepatutnya makin hari wang simpanan makin bertambah. Kata orang, sedikit sedikit biar lama-ama jadi bukit. Tapi ini sudah dikira kes tarah bukit pulak. Agak kritikal juga ni. Apalagi jika tiada wang langsung wang untuk di simpan sebagai kegunaan di saat-saat kecemasan.
  • Tidak mempunyai wang atau simpanan untuk pelan selepas bersara. 

Pasti susah juga jika kita sudah mempunyai simptom-simptom masalah kewangan.
Oleh itu carilah jalan penyelesaian yang terbaik sebelum masalah menjadi lebih kritikal.

Mulakan dengan menyimak perbelanjaan bulanan dan membuat belanjawan keluarga. 
  • Pastikan anda berbelanja secara disiplin 
  • Anda seharusnya sentiasa ada lebihan tunai dan mampu untuk menyimpan sejumlah wang di setiap bulan
  • Ubah gaya hidup dan jauhi pembaziran :)
Saya pasti, semua orang mahu hidup bebas dari segala bebanan hutang serta mempunyai jiwa yang merdeka. Baca juga erti kemerdekaan dari perspektif kewangan.
Ingat, bijak berbelanja, hati bahagia...:)

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Save-money magazine
Gambar: Google

Label:

September 26, 2015

Petai Belalang


Malam malam pergi ke kedai
Beli gula setengah balang
Petai bukan sebarang petai
Ini namanya petai belalang

Walaupun line internet kadangkala macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak ada, perasaan gigih untuk cuba try test update satu entri tetap ada.....huhu
Sebenarnya agak teruja (baca: jakun) apabila melihat pokok ini tumbuh di depan rumah kat kampung.

Masa kecik-kecik dulu, pokok ni ada di depan rumah bapa saudara saya. Maka, selalulah juga memetik buahnya untuk dimakan dan dijadikan bahan untuk main masak-masak..hihi (eko addo????)

Pokok ini adalah dari keluarga kekacang. Nama saintifiknya adalah laucaena leucocephale.
Rupa bentuknya lebih kurang macam petai, tapi saiznya lebih kecil dan buahnya lebih nipis. Sesetengah pendapat menyatakan khasiatnya sama malah lebih baik jika dibandingkan dengan alfalfa.

Petai belalang dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis. Ianya juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Petai belalang juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Jadi, makanlah petai ini untuk memudahkan proses pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit.

Selain daripada itu, petai belalang dipercayai dapat mengatasi masalah depresi. Kandungan trytophan yang ada dalam petai ini dikatakan dapat membuat mood seseorang menjadi lebih relax dan tidak tertekan.

Jadi tunggu apa lagi. Jom makan petai belalang :)

Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai.






Label:

September 24, 2015

Sanggupkah Berkorban?


Sejauh manakah kita sanggup berkorban?

Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya "Wahai Anak ku, sesungguhnya aku bermimpi (di dalam tidur), bahawa aku menyembelih mu, maka perhatikanlah, bagaimana pendapat mu? Ismail berkata "Wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada mu. Kelak engkau akan mendapati ku termasuk dalam orang-orang yang sabar (In Shaa Allah) -As Saffat: 102  
Kebanyakan orang hari ini merasakan bahawa mereka telah pun berkorban dan melaksanakan 'tugas' sebagai seorang Islam dengan menyembelih kambing, lembu, kerbau dan yang sewaktu dengannya. Benar, ianya adalah satu ibadah dan in shaa Allah akan memudahkan urusan kita 'di sana' kelak.

Tapi ada lagi pengajaran yang perlu kita hayati daripada kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Baginda dan anaknya bersedia melaksanakan perintah dan suruhan daripada Allah dengan patuh dan sabar serta tidak mempersoalkan kenapa perintah itu perlu dilaksanakan.

Bagaimana pula dengan kita hari ini?
Adakah kita telah melaksanakan segala perintah Nya dengan patuh atau kita masih mempersoalkan:
  • Kenapa kita perlu laksanakan Hudud?
  • Kenapa kita wajib menutup aurat?
  • Kenapa kita harus menyokong segala urusan jual beli yang berasaskan riba'?
Mungkin ada banyak lagi perkara 'bertentangan' yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Dan adakah kita sanggup 'berkorban' demi melaksanakan perintah dan suruhan-Nya.
Wallahu'alam.
Moga menjadi peringatan untuk diri saya sendiri.

Salam Aidil Adha 1436.


Sekian. Wassalam.


Label:

September 23, 2015

Hijau


Hijau merupakan warna yang menyejukkan dan menyegarkan. Warna gabungan biru dan kuning ini amat sinomim dengan warna daun dan merupakan warna dominan untuk pemandangan alam.

Warna hijau juga dikaitkan dengan Islam kerana sering disebutkan dalam Al Quran dan Hadith. Antaranya:
"Penduduk syurga itu bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah" - Ar Rahman : 76
"Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal serta dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka di beri minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih dan suci" - Al Insan : 21
Anas bin Malik juga mengatakan "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah warna hijau"

Menurut kajian, warna hijau dikatakan dapat mengurangkan stress kerana warnanya yang damai. Warna hijau dalam psikologi dan kesihatan dapat menyejukkan saraf, memberikan efek ketenangan dan kesembuhan. Oleh itu, selalulah melihat benda-benda yang berwarna hijau jika anda stress.

Selain daripada itu, warna ini juga dikakakan mempunyai sifat  membangkitkan energi, mengimbangkan emosi, meningkatkan rasa percaya diri dan memberi rasa aman.

Seperti warna pink yang pernah saya ceritakan tempoh hari (sila klik sini), warna hijau juga ada banyak jenisnya.


Oleh itu, jika anda ingin mencari sesuatu yang bewarna hijau, contohnya hadiah, sila pastikan anda memilih warna yang betul.

Bagaimana pula dengan penggemar warna hijau?
Menurut kajian, penggemar warna hijau adalah orang yang romantis, sukakan keindahan dan penggemar suasana alam. Namun begitu, penggemar warna hijau selalu memegang prinsip dan mempunyai keperibadian yang keras. Kerana wataknya yang keras, kata-katanya juga kadang-kala boleh melukakan hati. Namum, golongan ini sebenarnya adalah orang-orang yang baik dan penyayang.

Dalam bidang pekerjaan, golongan ini selalunya memilih pekerjaan yang bersifat 'teknikal'. Mereka ini dikatakan sangat inovatif dan sukakan kerja-kerja yang berkaitan dengan masyarakat.

Dalam hal percintaan, penggemar warna hijau mengimpikan pasangan yang penuh toleransi dan boleh dipercayai. Mereka juga adalah golongan yang setia dan akan memberikan perhatian kepada pasangannya. Tapi awas, golongan ini juga terkenal dengan sifat cemburu :)

Adakah anda penggemar warna hijau?

Sekian. Wassalam

Gambar warna-warna hijau: google

Label:

September 20, 2015

Berani Kerana Benar, Takut Kerana

Assalamualaikum

Selalu terjumpa pepatah ini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Tapi, betul ke takut hanya kerana salah?
Kalau dilihat pada kehidupan seharian, memang ada banyak lagi perkara yang menyebabkan seseorang itu berasa takut.


Anda pernah rasa takut?  Tidak kira lah apa keadannya.
Ada orang....
  • Kalau yang sedang belajar, takut tak boleh lulus dalam peperiksaan/ujian
  • Kalau dah habis belajar, takut tak dapat kerja
  • Kalau dah kerja, takut gaji tak cukup
  • Kalau dah berpasangan, takut pasangan curang
  • Kalau dah berkahwin, takut tak dapat anak
  • Kalau dah melahirkan anak/bersalin takut gemuk la pulak

Itu belum lagi kes....
  • Takut hantu, jembalang dan sebagainya
  • Takut pada binatang buas dan berbisa
  • Takut jatuh sakit
  • Takut pada persepsi dari orang lain. 
  • Takut pada kegagalan bila mencuba sesuatu
  • Takut untuk buat keputusan
  • Takut mati (ini sememangnya harusss takut)
Pendek kata, ada macam-macam sebab yang membuatkan orang merasa takut.

Baru-baru ni, saya ada merasa bimbang dan takut pada satu perkara yang berlaku dalam pekerjaan saya (baca: office work). Betul-betul tidak senang hati.
Tiba-tiba terjumpa satu artikel yang isinya menyatakan kenapa kita harus takut pada makhluk. Takutlah pada Yang Maha Mencipta segala makhluk.
Walaupun sebelum itu pernah juga baca artikel yang lebih kurang sama maksudnya, mungkin bacaan kali ini penghayataannya lebih dan terus meresap ke jiwa...huhu. Alhamdulillah, lepas tu memang rasa tenang.
Kadang-kadang kita terlupa yang Allah sentiasa ada. Dan setiap sesuatu yang berlaku, In Shaa Allah ada jalan penyelesaiannya.

Baca juga:
Al Insyirah..sesungguhnya setiap kesusahan, ada kemudahan

Sekian. Wassalam.

Gambar: kakaoTalk




September 19, 2015

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies





Kalau cerita pasal tudung, macam-macam jenis tudung pun ada. Yang tiga segi, yang serkup, yang selendang, yang belit dan macam-macam fesyen lagi. Daripada pemerhatian saya, fesyen tudung ni mengikut musim.

Zaman saya mula-mula kerja dulu, tak banyak jenis tudung lagi rasanya. Kebanyakannya adalah tudung jenis bawal. Masa tu, part yang glamer adalah part sulam-sulam atau manik-manik yang ada di tepi tudung. Lagi banyak sulaman atau manik, lagi glamer.

Sekitar tahun 2008, dah mula keluar tudung jenis sarung ber-awning ala2 tudung Ariani. Dan selepas tu, memang popular lah tudung jenis ini dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam inovasi di buat pada tudung. Materialnya pun macam-macam contohnya lycra, denim, shiffon dan lain-lain. Lebih kreatif, ada pula tudung yang dijahit bertingkat-tingkat...2 tingkat, 3 tingkat, 4 tingkat. Macam-macam gaya dan warna.

Lepas tu, orang memperkenalkan 'tudung syria'. Entah mana dapat nama tudung tu, saya tak tau. Pernah cuba pakai tapi rasa tak sesuwaiiiiii....
Rasa kepala leper macam pinggan jek...haha..

Saya mula 'berkenalan' dengan tudung jenis belit pada tahun 2011. Masa tu pergi jalan-jalan kat KLCC. Jumpa satu kedai tudung. Asalnya cuma nak tengok-tengok macam mana cara nak pakai. Tapi customer servis kedai tu memang tip-top. Siap buat demo macam-macam style kat kepala akak. Disebabkan rasa bersalah kat adik yang buat demo tu (merangkap salesgirl), saya belilah jugak. Dan kerana kedai tu berada di KLCC harga pun macam KLCC jugak la kan..kan....eermmmm 

Dah letih belit-belit tudung kat kepala, orang keluarkan pula tudung jenis 'instant shawl'. Senang juga sebenarnya nak pakai tudung jenis ni. Ringkas dan mudah.

Dan selepas ini, tak tau lah tudung jenis apa nak keluar. Orang sekarang, memang sangat kreatif dan inovatif. Tak lama lagi, mesti ada tudung fesyen baru.
Apa-apa pun, kita tunggu....

Tudung bawal:)
Walau ada berbagai jenis dan fesyen, tudung bawal tetap menjadi antara pilihan hingga kini.


Sekian. Wassalam.





Label:

September 17, 2015

Anak Patung

Assalamualaikum

Pergi ke pasaraya hari tu ternampak anak patung ni. Terus ambik gambar sebab nampak cantik. Saja nak tepek kat sini buat kenangan. Walaupun Akak yang jaga kat area permainan kanak-kanak tu ada jugak jeling-jeling, tapi saya buat ajelah muka tak paham...hoho

Masa saya kecik dulu (baca: sekarang dah besar...haha), anak patung adalah teman baik. Maklumlah, saya tak ada adik beradik perempuan. Jadi, dengan anak patunglah saya bermain dan bercakap (kecuali kalau saya pergi bermain dengan anak jiran tetangga).
Berkawan dengan anak patung ni senang. Anak patung tak pandai merajuk atau marah. Buatlah apa pun. Nak biar macam tu aje, nak tarik rambut, nak seret atas lantai atau sebagainya. Anak patung diam aje. Kalau anak patung tu marah atau menangis, saya cabut lari dulu. Dah kira kes mistik pulak..:D

Pernah juga teringin nak beli anak patung ala-ala mahal bila tengok iklan 'barbie doll' kat TV dulu. Tapi, manalah ada duit. Nak mintak kat abah dan mak pun tak berani. Sudahnya sampai sekarang pun tak beli. Pernah juga rasa teringin nak beli, tapi...kalau beli nanti, konfirm orang tanya, sapa pulaklah yang nak main dengan anak patung. Bukannya ada anak perempuan...huhu.

Sebenarnya, bermain dengan anak patung memang begitu sinomim dengan kaum perempuan. Yang dah jadi emak-emak dan akak-akak sekarang pun, mesti kecik-kecik dulu pernah bermain dengan anak patung juga kan?
Pernah juga tertanya-tanya, kenapa budak perempuan suka bermain dengan anak patung. Kenapa bukan anak lelaki? Kenapa budak lelaki lebih suka memilih permainan seperti lori, robot, ultraman, spiderman, batman dan yang sewaktu dengannya.
Pastinya jiwa perempuan tak sama dengan lelaki. Mungkin ciri-ciri feminin yang ada pada seorang perempuan yang menyebabkan mereka suka pada perkara yang lemah-lembut, cantik-cantik, cute-cute...tak gitu?

Sekian. Wassalam

p/s: kawan-kawan semua, masa kecik dulu ada main anak patung tak???








Label:

September 13, 2015

Bolehkah Kesilapan Di Padam?

Hidup manusia pastinya tidak terlepas dari melalukan kesilapan.
Namanya pun manusia......


Pernah juga orang bertanya. Bolehkah kita memadam kesilapan yang pernah atau telah dilakukan?


Jawapannya adalah Boleh.
Kesilapan itu pastinya boleh dipadam jika kena dengan keadaan dan caranya.
Mungkin kerana itu jugalah Texan Bette Nesmith Graham (Graham) mencipta dan memperkenalkan LIQUID PAPER.



Sejarah Liquid Paper:
Graham adalah seorang ibu yang amat berbakat dalam bidang seni. Namun kerana desakan hidup dan harus memelihara anak tunggalnya, Graham tidak meneruskan minatnya dalam bidang itu, sebaliknya bekerja di sebuah bank sebagai setiausaha.

Menaip menggunakan mesin taip (typewriter) merupakan antara tugas utama Graham. Akan tetapi, kerana tidak begitu mahir menggunakan mesin taip, beliau telah melakukan banyak kesilapan. Kerana itu juga, beliau mencari cara-cara untuk memadam kesilapan yang telah dilakukan ketika menaip dokumen.

Idea mencipta Liquid Paper bermula ketika beliau melihat orang mengecat dekorasi tingkap di tempat kerjanya. Jika berlaku kesilapan ketika mengecat, semua kesilapan itu dicat semula dengan cat bewarna putih dan diperbetulkan. Berdasarkan konsep yang sama, Graham kemudiannya mencari idea dan cara yang sesuai untuk diaplikasikan jika kesilapan itu berlaku di atas kertas. Beliau juga telah membuat banyak ujikaji demi mencari warna yang paling hampir dengan warna kertas untuk memadam kesilapannya ketika menaip. Di atas usaha beliau itulah terciptanya produk yang dinamakan sebagai 'Mistake Out'. Botol pertama 'Mistake Out' telah dijual pada tahun 1956 dan pada tahun berikutnya beliau telah berjaya menjual produk ini sebanyak 100 botol sebulan.

Pada tahun 1958, nama 'Mistake Out' telah ditukar kepada Liquid Paper dan syarikat milik Graham terus berkembang. Pada tahun 1968, jualan tahunan syarikat ini mencecah $1 juta dan pada tahun 1972 syarikat ini telah berjaya menjual 5 juta unit Liquid Paper setahun.

Graham meninggal dunia pada tahun 1980, hanya 6 bulan setelah menjual syarikat miliknya kepada Gillette pada harga $47.5 juta.

Walaupun saya tidak pasti tentang jumlah pengunaan Liquid Paper semenjak bermulanya era komputer, cerita ini tetap menjadi inspirasi.

Boleh jadi kesilapan yang kita lakukan hari ini dapat memberi ilham untuk mencipta sesuatu yang baru atau dapat membuat perubahan kepada yang lebih baik, yang bukan sahaja menguntungkan diri sendiri malah dapat memberi manafaat kepada yang lain.

Sekian. Wassalam.

Rujukan : 100 Great Business and The Minds Behind Them
Gambar : Google.









Label:

September 10, 2015

Diary Mama #UPSR Berakhir & Terakhir

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ke 3 (hari terakhir) sudah tamat.
Hari ini bukan sahaja penamat bagi UPSR tahun 2015, tapi merupakan penamat bagi UPSR keseluruhannya. Peperiksaan/ujian (peringkat kebangsaan) ini mula diperkenalkan pada tahun 1988 bagi menggantikan "Peperiksaan Penilaian Darjah 5". Dan tahun depan, sejarah baru akan bermula apabila kita memeperkenalkan sistem penilaian yang baru.


Pastinya anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian berasa lega yang amat sangat. Begitu juga dengan emak, bapa, atuk, nenek, abang, kakak dan adik sekelian. Sekarang, barulah dirasakan 'merdeka'..hihi

Tak sangka juga saya dapat meng 'up date' blog untuk tiga hari berturut-turut dalam keadaan yang agak sibuk begini.
Catatan ini sebenarnya hanyalah untuk kenangan peribadi disamping berkongsi tentang apa yang saya rasa. Moga pengalaman ini juga dapat menjadi kenangan manis buat anak saya.

Untuk anak saya, semoga mendapat kejayaan cemerlang.
Syabas... kerana telah gigih untuk melakukan yang terbaik. Kita juga sudah berusaha dan berikhtiar apa yang termampu. Yang penting sekarang, hanya perlu teruskan berdoa dan bertawakkal. Apa pun keputusannya nanti, haruslah di terima dengan hati yang terbuka.
Jika di izinkan Allah, perjalanan hidup ini masih lagi panjang. Pastinya ada banyak lagi perkara yang harus dilalui kelak..... dan ini hanyalah satu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar.

Sekian. Wassalam.

#diarymama
#upsr2015


Label:

September 09, 2015

Diary Mama #Matematik dan Kehidupan

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah pun masuk hari ke 2. 
Hanya satu subjek sahaja pagi ini, iaitu Matematik.




Seperti biasa, saya akan menanti dengan penuh debaran. Entah apalah soalan yang keluar. Semoga anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian dapat menjawabnya dengan tenang, baik dan betul. Aamiin.

Kalau di lihat pada soalan peperiksan/ujian sekarang, agak tinggi juga standardnya (sekadar pendapat peribadi). Mungkin kerana persaingan semakin tinggi, dan anak-anak sekarang semakin cerdik...


Suasana di luar dewan peperiksaan/ujian

Kalau subjek Bahasa dikatakan subjek yang utama kerana digunakan sebagai medium perhubungan dan komunikasi, Matematik juga tidak kurang pentingnya. Bukankah kita sentiasa menggunakan nombor dan angka dalam kehidupan seharian?  Orang kata, tanpa nombor dan angka, kelamlah dunia.. :)
Tak percaya? Cuba lihat contoh nombor dan angka yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian (dari perspektif seorang anak):


Bangun pagi pukul 5. Solat subuh 2 rakaat. Pergi sekolah pukul 7 pagi. Emak bagi duit belanja RM5. Sampai sekolah, ada perhimpunan pagi pukul 7.20 pagi. Waktu rehat nanti beli kuih 2 ketul dan air sirap 1 gelas. Lepas tu, sambung belajar sampai pukul 1.20 petang. Lepas sekolah balik ke rumah pengasuh dan makan nasi 1 pinggan dan ayam masak merah 3 ketul. Lepas makan, solat zuhur 4 rakaat dan berehat. Pukul 5.30 petang, selepas solat asar, boleh main bola di padang dengan 8 orang lagi kawan. Pukul 7 petang, balik rumah. Bersiap-siap untuk solat maghrib 3 rakaat di surau yang jaraknya 200m dari rumah. Seleps solat adalah waktu untuk makan malam. Emak telah pun masak 1 periuk nasi dan 2 jenis lauk kesukaan. Sesudah makan, saya menonton TV di saluran 616 kerana saya suka rancangan kartun. Saya tidak menonton saluran lain contohnya TV2, TV3 atau Astro Ria kerana waktu malam tiada rancangan kartun...haha. Pukul 10 malam, selepas solat Isya', saya tidur. Tidak lupa juga memasang jam loceng yang menunjukkan jam 5 pagi.

Kan dah kata..nombor dan angka tu penting.. :D

Berbalik pada cerita exam...... untuk anak saya, ada 2 lagi subjek yang menanti esok. Moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin






Sekian. Wassalam.
#diarymama
#upsr2015

Gambar: Google

Label:

September 08, 2015

Diary Mama #Sebak

Assalamualaikum



SEBAK.
Saya tak tipu. Betul rasa sebak bila menghantar dan menunggu anak di hari pertama UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) tadi. Saya juga pasti, bila melihat reaksi ibu-ibu lain yang sama-sama menunggu di luar dewan peperiksaan/ujian, bukan saya seorang yang ada perasaan begitu. Itu belum lagi rakan-rakan yang menghantar mesej melalui whatsapp dan lain-lain. Ramai yang menyakan perasaan yang sama. Mungkin itu adalah satu perasaan yang normal bagi seorang ibu.

Rasa nak menangis pun ada. Tapi, tak 'macho' la nak menangis kat situ (sekolah). Nanti orang kata 'gembeng' pulak...hihi


Untuk anak saya, 'perjuangan' masih belum berakhir. Masih ada peperiksaan/ujian untuk 3 subjek penting yang menunggu. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.


Sekian. Wassalam.
#diarymama
#upsr2015




Label:

September 07, 2015

Tips Akhir Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum


Bila hari peperiksaan semakin tiba, debaran juga kian terasa.
Bukan sahaja anak-anak yang mahu mengambil peperiksan, emak bapak dia orang pun sama-sama merasakan debarannya.

Semoga anak-anak kita semua dipermudahkan segala urusan untuk menjawab soalan pepriksaan dan beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.

Jom semak tips akhir menjelang peperiksaan.

Sehari Sebelum Peperiksaan:
  • Pastikan segala keperluan dan peralatan sudah disediakan. Tengok balik pencil box masing-masing, pastikan pensil 2B, getah pemadam, pengasah pensel dan sebagainya sudah ada.
  • Ibu-ibu, sila pastikan juga pakaian anak-anak sudah siap sedia. Baju, seluar, tudung sudah siap digosok...jangan sampai terlewat :(
  • Baca secara imbas segala panduan dan rumusan penting untuk mata pelajaran yang akan diambil esok.
  • Tidur awal supaya tidak bangun lewat dan anda berada dalam keadaan segar untuk mengambil peperiksaan.
  • Mohon ibu bapa mendoakan kejayaan anda.

Hari Peperiksaan:
  • Bangun awal
  • Sembahyang tahajjud, hajat dan subuh.
  • Jangan lupa bersarapan
  • Pastikan anda membawa segala peralatan dan keperluan
  • Bersalam dan cium tangan ibu bapa
  • Lakukan perkara-perkara berikut:
  1. Membaca Al Fatihah 3x
  2. Membaca Takbir 7x
  3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW 3x
  • Langkah kanan ketika keluar rumah
  • Bertolak lebih awal ke sekolah
  • Sentiasa bertenang
  • Baca doa dipermudahkan urusan dan doa penerang hati.



Semoga segala usaha kita diberkati.
Aamiin

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

September 05, 2015

Surah Al-Insyirah..."Sesungguhnya Di Setiap Kesukaran Ada Kemudahan"

Assalamualaikum

Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada) adalah surah yang ke 94 di dalam al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini mengajar umat Islam supaya bersabar ketika menghadapi ujian dan dugaan dalam hidup. Allah SWT telah menetapkan bahawa setiap kesukaran itu pasti akan diiring dengan kemudahan atau jalan keluar. Apa yang paling penting adalah kita sentiasa beristiqamah dan berusaha bersungguh-sungguh hingga datangnya pertolongan Allah. 


Terjemahan ayat:
  1. Bukankah kami telah melapangkan dada untuk mu
  2. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
  3. Yang memberati tanggungnmu
  4. Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu
  5. Kerana sesungghnya sesudah kesukaran ada kemudahan
  6. Sesungguhnya sesudah kesukaran ada kemudahan
  7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah sungguh-sungguh (urusan) yang lain
  8. Dan kepada Tuhan mu sahajalah tempat kamu memohon

Antara fadhilat dan faedahnya:
  • Memudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki - bacalah tujuh atau sepuluh kali setiap sembahyang fardu
  • Sesiapa yang membaca surah ini sesudah solat fardu in shaa Allah hilang dukacitanya dan dikurniakan rezeki yang banyak.
  • Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakanlah solat sunat tahajjud dan solat hajat di tengah malam dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. In shaa Allah, hajatnya kan tercapai.
  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan sikap rajin dalam mengerjakan ibadat. 

Sekian. Semoga bermanafaat.

Wassalam.


Gambar : Google
Sumber: Buku, Amalan Membaca Surah-surah Pilihan.

Label:

September 01, 2015

September

Assalamualaikum


Moga bulan ini membawa lebih banyak kejayaan dan rahmat dalam kehidupan kita

"Ya Allah,
Bukakanlah untukku 
Pintu-pintu kebaikan
Pintu-pintu keselamatan
Pintu-pintu kesihatan
Pintu-pintu nikmat
Pintu-pintu keberkatan
Pintu-pintu kekuatan
Pintu-pintu cinta sejati
Pintu-pintu kasih sayang
Pintu-pintu rezeki
Pintu-pintu ilmu
Pintu-pintu keampunan dan
Pintu-pintu syurga"

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Seandainya ada dikalangan saudaraku  dan sahabatku yang sedang sakit, sembuhkanlah
Seandainya ada yang berkesempitan hidup, murahkanlah rezeki mereka,
Seandainya ada yang masih belum berkahwin, temukanlah jodohnya
Seandainya ada yang belum mempunyai zuriat, kurniakanlah anak yang soleh dan solehah
Seandainya ada yang menghadapi masalah, permudahkanlah segala urusannya
Seandainya ada yang sedang bersedih, hiburkanlah hatinya
Seandainya ada yang mempunyai hajat yang baik, tunaikanlah permintaannya
Seandainya ada yang mengambil ujian atau peperiksaan, terangkanlah hati mereka untuk menjawab dengan bijaksana dan beroleh kejayaan cemerlang
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan ku Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Aamiin...Aamiin...Aamiin


Untuk anak saya yang mengambil peperiksaan UPSR pada 8,9 dan 10 September, semoga beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.


Gambar:Google