<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Februari 2015

Februari 24, 2015

Hadiah

Assalamualaikum

Hadiah.
Masa bila dapat hadiah?
Waktu hari jadi? Ulang tahun perkahwinan? Majlis perpisahan?



Bila dapat hadiah mesti rasa happy kan? Apa lagi kalau hadiah yang kita dapat itu memang sesuatu yang kita suka.

Teringat pada satu kisah ketika hari jadi saya yang ke 11, beberapa tahun dulu. Arwah ibu menghadiahkan seutas rantai. Suka? Mestilah....
Tapi pada suatu hari, rantai tersebut telah pun hilang. Bayangkan, betapa sedihnya saya pada ketika itu kerana kehilangan hadiah yang sangat berharga. Saya cari dan terus cari. Malangnya tidak berjumpa. Rasa sangat sedih bukan sahaja kerana nilai material rantai itu, tetapi juga kerana mengenangkan siapa yang menghadiahkan rantai tersebut dan peristiwa dimana saya dihadiahkan rantai itu. Pasti ada nilainya yang tersendiri. Jadi, secara umumnya (saya rasalah), kebanyakan orang akan sangat menghargai hadiah yang dia suka, lebih-lebih lagi kalau ianya pemberian dari orang yang disayang.

Ada juga orang mengatakan bahawa Ujian juga satu Hadiah. Hadiah dari Tuhan. Di datangkan dalam bentuk masalah dan dicampur dengan segala kepayahan. Namun jika kita memandangnya dari sudut positif dan diambil pengajaran daripadanya, ia adalah sesuatu yang penuh hikmah dan barakah. Sesuatu yang datang untuk kita belajar. Untuk di ambil teladan. Juga untuk dijadikan pedoman. Kira pengakhirannya adalah sesuatu yang baik juga.

Kalau Ujian dianggap sebagai satu Hadiah, bagaimana pula dengan caci cerca dan yang sewaktu dengannya? Sejenis Hadiah juga ke?
Mungkin bergantung pada definasi Si Pemberi juga cara penerimaan Si Penerima. Cuma, kadang-kadang, saya tidak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang. Best sangat ke dapat bagi 'hadiah' yang macam tu?

Sekian. Wassalam.


Pic : Google














Label:

Februari 18, 2015

Say Yes

Assalamualaikum.
Salam Rabu...



Hahaha..cute kan gambar tu. So, nak share di sini.
Patutlah banyak kawan-kawan saya suka jawab 'Ya'. Semua pun 'Ya'. Entah mana satu yang 'Ya' atau mana satu yang 'Tidak' nya, tak tau lah.

Mak Jemah Ingat nak buat ala-ala 'Wordless Wednesday', tapi banyak pulak word-nya.

By the way, minta maaf kerana tak sempat nak ber blogging dan ber blog walking akhir-akhir ini. Memang sibuk siket, especially bila tiba bulan Februari dan selalunya akan berlarutan sehingga beberapa bulan seterusnya. Kira macam yearly routine. Harapnya tak ada yang salah faham. Nanti, dah elok-elok banyak teman untuk berblogging, ada pulak teman tapi mesra eh...musuh.

Juga minta maaf atas segala kesulitan jika template blog ini tak 'responsive'. Entah kenapa, hari tu rasa nak bernostalgia dengan template asal blog ini...kasi chance la kat Mak Jemah.
Sebenarnya, mencari-cari juga template baru, tapi belum ada masa untuk betul-betul 'study' dan 'godek'. So, biarlah dulu.

Sekian. Wassalam.

#gongxifachai
#malaysiaboleh

Gambar : whatsapp.




Label:

Februari 10, 2015

Kawan (part 2)

Assalamualaikum


Bukan mahu menunjuk atau mengungkit, tapi saya rasa kad ucapan ini sangat cantik dan saya mahu simpan gambarnya di sini sebagai kenangan.

Kembali ke office, setelah seharian membuat tugasan di luar pejabat, ada sekeping kad dari Rani rupanya di atas meja.
Terharu juga saya.

Thanks Rani
I like :) :)

Syukur Alhamdulillah. Hidup saya dikelilingi oleh kawan yang baik-baik.
Semoga Allah merahmati semua kawan-kawan saya. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Label:

Februari 08, 2015

Antara Manusia Dengan Manusia

Assalamualaikum



Dalam menempuh kehidupan sehari-hari, kita tidak dapat lari dari berinteraksi sesama manusia. Agama Islam juga telah menggariskan panduan kepada kita dalam berinteraksi sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.  Baru-baru ini, saya terjumpa satu mutiara kata Arab tentang hubungan antara manusia. Saya kongsikan di sini:

Jika kamu tidak mampu untuk memberi manafaat kepada manusia,
Maka jangan kamu memudaratkannya
Dan jika kamu tidak menggembirakannya,
Maka jangan kamu menyedihkannya,
Jika kamu tidak bersama dengannya (ketika ditimpa musibah),
Jangan kamu gembira dengan penderitaannya,
Jika kamu tidak gembira dengan nikmat yang diperolehinya,
Maka jangan kamu dengki dengannya,
Dan jika kamu tidak memujinya,
Jangan kamu mencelanya.

Ketahuilah bahawa setiap insan ada hak-hak persaudaraan ke atas kamu,
Maka jadilah kamu orang yang lemah lembut kepada sesama manusia,
Dan jadikanlah kasih sayang kamu melimpah ke atas mereka,
Janganlah kamu menjadi orang yang tiada perasaan belas kasihan,
Yang bakhil tangannya dan keras hatinya.

Orang yang mengasihani orang lain,
Maka ia akan dikasihani Allah.

Agama Islam juga amat menitik beratkan hubungan yang baik antara manusia. Saya sebenarnya bukanlah orang yang arif tentang agama. Tapi saya pasti, Islam telah mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Begitu juga dalam hal tegur menegur dan nasihat menasihati. Ini sangat penting kerana Islam amat mementingkan agar kita menjaga hati orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan hanya kerana perkara nasihat. Oleh itu, jika ada sahabat atau rakan yang membuat kesilapan, tegurlah dengan cara yang lebih baik dan berhemah. Dan apabila kita ingin menegur seseorang, tegurlah sebagaimana kita ingin diri kita ditegur. Pasti mesej yang hendak disampaikan akan menjadi lebih berkesan. Walahu'alam.

Sekadar renungan untuk diri sendiri. Semoga pembaca sekelian juga beroleh manafaatnya.

Sekian. Wassalam.

"Orang baik pun, ada kalanya tersilap memilih jalan. Bukan kerana dia telah menjadi jahat, tapi kerana dia adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan" 

Rujukan :
Adab sesama manusia (abu-fath.blogspot.com)
Nasihat untuk rakan (myblogsantai.blogspot.com)

Gambar : Google


Label:

Februari 05, 2015

2x

Assalamualaikum



Tak tau lah apa masalahnya dengan handphone saya kali ni. Setiap kali blogwalking (BW) dan mengomen guna HP, mesti akan ter published 2x walaupun sudah pastikan butang publish tu ditekan sekali saja.

Mungkin disuruh duduk diam-diam kot....dan kalau nak BW hanya boleh guna notebook sahaja....

Atau pun..HP saya ni dah mula buat hal..(sambil menjeling kepada iklan handphone...huhu)

Apa-apa pun, kalau komen saya kelihatan muncul 2x di mana-mana blog, minta tolong owner/admin blog delete salah satunya ya...kalau nak delete kedua-duanya pun tak pe jugak...huk..huk..:'(

Sekian. Wassalam.

Pic: Google

Label:

Februari 03, 2015

Kopi dan Peribadi

Assalamualaikum

Anda penggemar kopi?
Kalau anda pengemar kopi, samalah seperti saya.

Kalau minum kopi di rumah, cara penyediaannya mudah saja, sama ada kopi dicampur gula atau kopi dicampur susu dan dituang air panas atau air sejuk. Sangat mudah untuk disediakan mengikut selera masing-masing. Tapi kalau pergi ke kedai-kedai kopi (jenama mahal), ada banyak pulak jenis dan nama. Contohnya espresso, latte, mocha, cappuccino dan sebagainya.



Percayakah anda, jenis kopi yang anda minum juga melambangkan peribadi anda. Mari kita lihat..BETUL atau SALAH?...

  • Espresso. Merupakan kopi yang sangat pekat dan mengekalkan keaslian kopi. Ia menggunakan kopi yang banyak dan air yang sedikit sahaja. Lebih kurang macam pati kopi juga. Tiada gula, tiada susu. Sekali pekena secawan, kepala boleh berputar-putar dan boleh tahan mengantuk kaw-kaw punya.  Jika anda penggemar kopi ini, ada digolongkan sebagai seorang yang suka berkawan dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Latte. Kopi ini dibuat dengan campuran espresso dan susu (hot milk). Biasanya disediakan dengan 50% kopi dan 50% susu (bergantung pada pembuat). Kira lebih kurang macam kopi susu. Ada juga yang meletakkan foamed milk dengan jumlah yang sangat sedikit sebagai bahan presentation sahaja...(supaya nampak macam ada buih-buih sedikit di permukaan). Jika anda penggemar kopi jenis ini, anda memang seorang yang gemar berfikir secara mendalam. Anda biasanya akan mengambil keputusan yang lebih selamat tanpa mengambil risiko besar.
  • Cappuccino. Kopi jenis ini disediakan dengan campuran espresso, hot milk dan foamed milk. Nisbahnya lebih kurang 1:1:1. Ada yang mengatakan bahawa cappuccino adalah kopi yang istimewa kerana ada effect buih-buih dipermukaan cawan. (Berbanding dengan latte, penggunaan foamed milk untuk cappuccino lebih banyak, jadi buih dpermukaannya lebih banyak). Penggemar kopi ini disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mudah bersimpati dengan orang lain
  • Mocha. Berbanding dengan espresso, latte dan cappuccino, mocha disediakan dengan mencampurkan espresso, susu dan sedikit coklat. Sikit-sikit macam Neslo (Nescafe + Milo). Jika anda penggemar kopi ini, anda adalah seorang yang kreatif. Anda bukanlah penggemar kopi tegar, tapi dengan sedikit penambahbaikan, anda boleh menikmati kopi. 
  • Americano. Hanya perlu campurkan kopi dan air. Tapi kuantitinya air lebih banyak daripada penyediaan espresso. Lebih kurang macam kopi O. Boleh juga tambah gula kalau terlalu pahit. Penggemar kopi jenis ini digolongkan sebagai seorang yang tenang dan sukakan benda-benda simple.
Kalau di rumah, saya memilih kopi O (americano / kopi hitam). Kalau minum di luar juga saya akan memilih kopi yang sama. Cuma kadang-kadang kalau ke  restoran yang 'up' siket, saya akan memilih honey mocha

Anda pula bagaimana?

Sekian. Wassalam.


Label:

Februari 01, 2015

Kawan

"En Haikal...Boleh tolong hantar saya ke klinik? Saya sakit perut. Sakit sangat" Rani, seorang staff berbangsa India di office kami tiba-tiba muncul di hadapan En Haikal (di panggil Encik kerana umurnya lebih tua dari kami semua...huhu) untuk meminta tolong. Dari raut wajah Rani, (kebetulan saya berada di hadapan En Haikal ketika itu) memang nampak dia sedang kesakitan.

"OK. Kita ke Hospital Tawakkal (Kuala Lumpur) sekarang. I rasa itu yang paling dekat dan tak jam" En Haikal memberikan persetujuan. Saya juga merasa lega, sebab ada orang nak tolong Rani. Kesian juga. Nak offer pertolongan, saya juga amat sibuk ketika itu (ayat selfish - jangan ikut ya..hehe)

Tapi, selang beberapa minit kemudian HP saya berbunyi. Panggilan dari En Haikal rupanya "Hey! I need a lady..Kalau kena papah, kena pegang-pegang kat hospital tu nanti, tak kan lah i. You ikut sekali". Saya tiada pilihan ketika itu dan terus mengikut arahan En Haikal.

Perjalanan ke Hospital Tawakkal mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya di sana, Rani terus dimasukkan ke wad kecemasan. Saya pula harus menguruskan pendaftaran Rani di hospital tersebut sementara En Haikal sibuk mencari tempat untuk memakir keretanya.

Sebenarnya saya tidaklah begitu baik dengan Rani. Apatah lagi untuk tahu tentang butiran lengkap peribadi beliau. "Alamak..macam mana nak isi borang pendaftaran ni..??.".
Nasib baik juga Rani meminta saya memegang handbagnya. Apa lagi..'selongkar' apa yang patut. Saya cuba mencari dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, staff id card, medical card dan apa saja maklumat untuk membantu saya mengisi borang pendaftaran. Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya.

En Haikal muncul beberapa minit kemudian. "Registration dah settle kan? I tau you boleh handle semua". Ceh! Sabar ajelah. Macam lah dia tak tahu betapa susahnya nak 'selongkar' beg si Rani dan mencari dokumen!

Agak lama juga kami menunggu Rani di wad kecemasan. Selang beberapa jam kemudian, barulah kami dibenarkan berjumpa Rani. Sakitnya agak teruk dan dia perlu di tahan di hospital untuk rawatan selanjutnya.

**(Terjemahan, tapi bukan dari bahasa tamil)
Saya : Nampaknya kena duduk hospital ni. Nak saya bagi tahu abang, kakak atau adik awak? (Saya tidak menyebut tentang suami kerana saya tahu Rani belum berkahwin)

Rani : Saya anak tunggal


Saya : Kalau macam tu, biar saya bagi tahu ibu awak.

Rani : Mak saya tak ada kat Malaysia. Sekarang di India.

Saya : Habis tu, siapa nak jaga awak kat sini?

Rani : Nanti saya call telefon nenek saya (dalam hati saya cuma terkejut. Nenek? Boleh ke nenek dia datang. Mesti nenek dia dah tua. Umur Rani pun sudah 40 an). 

Saya : Atau ada kawan-kawan awak yang saya boleh call? Mungkin boleh teman awak di sini.


Rani : Tak perlu (hisss..tak ada kawan ke dia ni?...kesian la pulak). Nanti saya call Pak Cik dan Mak Cik saya. Kalau you nak balik sekarang, i ok.

Saya : Betul ni? Perlukan apa-apa pertolongan lagi?

Rani : Tak perlu untuk setakat ini. Jangan bimbang. Terima kasih kerana tolong saya.

Setelah memastikan keadaan Rani selamat di sana dan kerana sudah hampir pukul 5 petang, saya dan En Haikal meminta diri untuk pulang semula ke pejabat.

Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan tentang Rani. Kesian. Tiada adik beradik. Tiada suami. Tiada bapa. Emak jauh. Nenek dah tua dan mungkin tak dapat menjaganya. Tiada kawan rapat. Masa sihat, mungkin tak ada masalah untuk menguruskan diri sendiri. Kalau dalam keadaan sakit macam tu, susah juga kan.

Teringat masa saya sakit suatu ketika dulu. Walaupun tiada ahli keluarga yang menemani (kerana ada hal penting yang tidak dapat dielakkan), sekurang-kurangnya saya ada kawan-kawan yang datang untuk menjaga saya di hospital. Ada kawan-kawan yang  datang melawat supaya saya tidak keseorangan. Masih ada kawan-kawan yang prihatin.
Syukur Alhamdulillah...Dan semoga hidup saya terus ditemani oleh kawan-kawan yang baik..

Terima kasih kawan...
(very special thanks to Miss Yung W.H)

Sekian.
Kisah benar @ Rabu, 28 Januari 2015

Gambar : Google
                                                     


"A best friend is someone who you can talk to, who won't judge you, loves you for you, and, most of all, makes you feel like you are worth something"











Label: