Februari 01, 2015

Kawan

"En Haikal...Boleh tolong hantar saya ke klinik? Saya sakit perut. Sakit sangat" Rani, seorang staff berbangsa India di office kami tiba-tiba muncul di hadapan En Haikal (di panggil Encik kerana umurnya lebih tua dari kami semua...huhu) untuk meminta tolong. Dari raut wajah Rani, (kebetulan saya berada di hadapan En Haikal ketika itu) memang nampak dia sedang kesakitan.

"OK. Kita ke Hospital Tawakkal (Kuala Lumpur) sekarang. I rasa itu yang paling dekat dan tak jam" En Haikal memberikan persetujuan. Saya juga merasa lega, sebab ada orang nak tolong Rani. Kesian juga. Nak offer pertolongan, saya juga amat sibuk ketika itu (ayat selfish - jangan ikut ya..hehe)

Tapi, selang beberapa minit kemudian HP saya berbunyi. Panggilan dari En Haikal rupanya "Hey! I need a lady..Kalau kena papah, kena pegang-pegang kat hospital tu nanti, tak kan lah i. You ikut sekali". Saya tiada pilihan ketika itu dan terus mengikut arahan En Haikal.

Perjalanan ke Hospital Tawakkal mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya di sana, Rani terus dimasukkan ke wad kecemasan. Saya pula harus menguruskan pendaftaran Rani di hospital tersebut sementara En Haikal sibuk mencari tempat untuk memakir keretanya.

Sebenarnya saya tidaklah begitu baik dengan Rani. Apatah lagi untuk tahu tentang butiran lengkap peribadi beliau. "Alamak..macam mana nak isi borang pendaftaran ni..??.".
Nasib baik juga Rani meminta saya memegang handbagnya. Apa lagi..'selongkar' apa yang patut. Saya cuba mencari dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, staff id card, medical card dan apa saja maklumat untuk membantu saya mengisi borang pendaftaran. Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya.

En Haikal muncul beberapa minit kemudian. "Registration dah settle kan? I tau you boleh handle semua". Ceh! Sabar ajelah. Macam lah dia tak tahu betapa susahnya nak 'selongkar' beg si Rani dan mencari dokumen!

Agak lama juga kami menunggu Rani di wad kecemasan. Selang beberapa jam kemudian, barulah kami dibenarkan berjumpa Rani. Sakitnya agak teruk dan dia perlu di tahan di hospital untuk rawatan selanjutnya.

**(Terjemahan, tapi bukan dari bahasa tamil)
Saya : Nampaknya kena duduk hospital ni. Nak saya bagi tahu abang, kakak atau adik awak? (Saya tidak menyebut tentang suami kerana saya tahu Rani belum berkahwin)

Rani : Saya anak tunggal


Saya : Kalau macam tu, biar saya bagi tahu ibu awak.

Rani : Mak saya tak ada kat Malaysia. Sekarang di India.

Saya : Habis tu, siapa nak jaga awak kat sini?

Rani : Nanti saya call telefon nenek saya (dalam hati saya cuma terkejut. Nenek? Boleh ke nenek dia datang. Mesti nenek dia dah tua. Umur Rani pun sudah 40 an). 

Saya : Atau ada kawan-kawan awak yang saya boleh call? Mungkin boleh teman awak di sini.


Rani : Tak perlu (hisss..tak ada kawan ke dia ni?...kesian la pulak). Nanti saya call Pak Cik dan Mak Cik saya. Kalau you nak balik sekarang, i ok.

Saya : Betul ni? Perlukan apa-apa pertolongan lagi?

Rani : Tak perlu untuk setakat ini. Jangan bimbang. Terima kasih kerana tolong saya.

Setelah memastikan keadaan Rani selamat di sana dan kerana sudah hampir pukul 5 petang, saya dan En Haikal meminta diri untuk pulang semula ke pejabat.

Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan tentang Rani. Kesian. Tiada adik beradik. Tiada suami. Tiada bapa. Emak jauh. Nenek dah tua dan mungkin tak dapat menjaganya. Tiada kawan rapat. Masa sihat, mungkin tak ada masalah untuk menguruskan diri sendiri. Kalau dalam keadaan sakit macam tu, susah juga kan.

Teringat masa saya sakit suatu ketika dulu. Walaupun tiada ahli keluarga yang menemani (kerana ada hal penting yang tidak dapat dielakkan), sekurang-kurangnya saya ada kawan-kawan yang datang untuk menjaga saya di hospital. Ada kawan-kawan yang  datang melawat supaya saya tidak keseorangan. Masih ada kawan-kawan yang prihatin.
Syukur Alhamdulillah...Dan semoga hidup saya terus ditemani oleh kawan-kawan yang baik..

Terima kasih kawan...
(very special thanks to Miss Yung W.H)

Sekian.
Kisah benar @ Rabu, 28 Januari 2015

Gambar : Google
                                                     


"A best friend is someone who you can talk to, who won't judge you, loves you for you, and, most of all, makes you feel like you are worth something"











50 ulasan:

  1. Kasihna juga sendirian di rumah sakit. Terus sekarang masih di rumah sakit rani nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pulang Mr Ridha...
      cuma perlukan rawatan susulan..

      Padam
    2. Kak Fidah..!
      Mas Ridha orangnya memang begitu.. suka membantu sesama, ..
      Kan? ..Penasaran deh..!

      Padam
    3. kita sama-sama doakan ya miss, semoga lekas sembuh.
      amin..

      Padam
    4. aaamiiiin.
      semoga segera digantikan sakitnya dengan kesehatan

      Padam
  2. begitulah gunanya kita banyak kawan kak
    bisa tolong menolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...itu lah pentingnya kawan..harus tolong menolong dan perihatin sesama

      Padam
    2. betul..
      tp kawan2 i dah banyak mati Kak..huhuhuhu,

      Padam
    3. sama seperti kawan kita mas Aldino, mas Yanto, mas Ridha, semua baik-baik sangat gemar dan hobby menolong sesama.

      betul kan kawan-kawan.?

      Padam
  3. gambarnya macam lukisan je kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...memang lukisan..
      Gambar yang benar...tak ada deh.

      Padam
    2. gambar Baby Afiq ituh Mas Yan..! hehehe

      Padam
    3. Anak saya, Afiq baru belajar melukis. Lagi menangis kalau cikgu tak bagi 5 bintang...hehe :D

      Padam
  4. andai dekat sini, saya mahu menemani Rani di Rumah Sakit deh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uuuhhhh!!!..dasar

      Hehe...pissss :)>-

      Padam
    2. ingat Kak Lembu..!
      apa mau ada piring terbang di rumah?!!..! hihiihihi

      Padam
    3. piring terbang sama dengan UFO, lumayan bisa dijual ki..

      Padam
    4. Hasil jualannya nanti, di kongsi ya :)

      Padam
  5. Mmg kesian membacanya.. syukurlah apa yg kita ada kan. Semoga beliau selamat & cepat sembuh spt sediakala... aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang kita ada....
      Semoga beliau cepat sembuh..
      Thanks Khir...& selamat kembali bersiaran :)

      Padam
  6. semoga Encik Rani cepat sembuh ya Kak..!?

    yaa.. itulah yang namanya kawan. dia ada saat kita membutuhkan..
    jangan disaat senang saja dia ada..

    Kak Fidah pande berteman.. kawan-kawan Kak Fidah ada di Indo juga..addoii..! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya Kak..!, foto profilnya tidak sopan.. harap maklum..! hehehe

      Padam
    2. Thanks Mr Aldino :)

      Fotonya tak apa2...

      Padam
  7. mempunyai banayk kawan sangat menyenangkan yah mbak fidah bisa saling tolong menolong :) dan semoga lekas sembung jeng rani nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...dengan kawan-kawan, harus tolong menolong..
      Semoga sihat2 semuanya :)

      Padam
  8. kasian tak ada bapak tak pula keluarga.. semoga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...semoga cepat sembuh dan dimudahkan urusannya

      Padam
  9. erm, harap-harap kalau jadi benda macam ni kat saya, kawan-kawan saya akan datang tolong..so, cmane Rani, dah sembuh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hopefully ada kawan yang sentiasa ada masa susah dan senang..Barulah nama kawan..
      Rani dah keluar hospital..but still ada rawatan susulan
      Thanks Sal :)

      Padam
  10. mungkin juga dia hanya beralasan sbb x mahu susahkan org lain ... ada sesetengah org kehidupannya sgt misteri ... semoga rani cepat sembuh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..mungkin jugak.
      Nak tanya lebih2 hari tu, takut dia kecik hati pulak..Dah la tengah sakit.

      Padam
  11. sakit adalah ujian kepada tahap kesabaran kita..ya memang terbit rasa kasihan saya membaca entri ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga hidup sentiasa tolong menolong...
      Kadang2 dalam keadaan terdesak..kita tak tau siapa yang akan tampil tolong kita..jadi buat baik aje lah dengan semua orang
      Thanks HB :)

      Padam
  12. Tetiba terharu dengan nasib Rani ye FS hihi.....
    Nasib awak temankan hari tu kalau tidak, kesian Rani tau.....
    Bersyukur kitakan FS, dahlah duduk di negara sendiri, punya keluarga punya ramai kengkawan lagi, sekurang kurangnya taklah sunyi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur dengan apa yang kita...Ada keluarga, ada kawan..Alhamdulillah
      Thanks okje :)

      Padam
  13. semoga mbak rani cepat sembuh ya,amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..Terima kasih Miss Defa
      Salam kenal :)

      Padam
  14. Kawan yang baik juga seperti jiran yang baik. Bila ditimpa musibah,mereka yang sampai lebih dahulu sebelum keluarga kita yang lain sampai. Moga Rani cepat sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...Terima Kasih Kak Lynn
      salam Jumaat :)

      Padam
  15. betapa pentingnya seorang kawan kepada seseorang.. tak kira ketika susah atau senang pasti ada yang sudi bersama.. sebab itu pentingnya menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kawan yang baik tak akan tinggalkan kita walau dalam keadaan apa sekali pun

      Padam
  16. Wah, kasian juga si Rani.
    Semoga persahabatan menjadi terjalin antara mbak fidah dan rani setelah kejadian itu. ketika sanak saudara jauh dari kita, maka tetangga atau rekan itu sangat penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...semoga persahabatannya berkekalan..thanks Mba Nove..
      Sorry ya..belum dpt membalas kunjungannya lagi..

      Padam
  17. AMIN mudah-mudahan selalu diberikan teman yang baik dan mau berbagi kesenangan ataupun kesedihan, mencari teman baik itu susah-susah gampang :)

    BalasPadam
  18. yang namanya sahabat tetaplah sahabat. :-)
    Semoga kita semua menjadi sahabat yang baik, entah didunia nyata atau dunia maya...

    BalasPadam
  19. membantu memudahkan orang lain , insha Allah , Allah akan bantu memudahkan urusan kita kelak ...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut