<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Oktober 2014

Oktober 30, 2014

Kasut Pilihan

Apakah jenis kasut pilihan anda?



Kasut pilihan saya, pastinya tidak terlalu tinggi atau rendah...kira yang sedang-sedang saja (lebih kurang 3 inci)

Panduan memilih kasut. Apakah yang paling penting ?
  • Keselesaan
  • Saiz kasut yang betul. Pastikan anda betul-betul tahu tentang bentuk kaki anda. Ada orang berkaki lebar, ada yang berjari runcing dan bermacam-macam lagi. Saya rasa faktor ini sangat penting kerana bentuk kaki dan kesesuaian 'design' kasut yang dipilih, akan menampakkan anda lebih cantik dan bergaya.
  • Ketika mencuba kasut, jangan hanya berdiri dihadapan cermin. Pakai kedua-dua belah kasut dan cubalah berjalan. Selesa? Barulah boleh consider untuk beli.
  • Elakkan memilih kasut yang ketat dengan anggapan bahawa kasut akan longgar apabila kerap pakai.
  • Sesuaikan jenis kasut dengan aktiviti anda. 
  • Elakkan memakai kasut yang bertapak licin..ingat..kasut yang bertapak licin cukup membahayakan terutamanya pada waktu hujan.
Ok..itu saja tips untuk hari ini.. :)

Sekian. Wasaalam.

Label:

Oktober 28, 2014

Bahayanya Media Sosial



Saya terbaca satu artikel tentang bahayanya media sosial dalam kerjaya kita.
Biasalah, dalam kehidupan sekarang, kita memang tidak terlepas dari pengaruh facebook, whatsapp, instagram dan berbagai-bagai jenis saluran media sosial yang lain.
Tidak dinafikan, saluran media tersebut banyak kebaikannya; terutamanya dalam merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan juga rakan serta penyampaian maklumat terkini.
Tapi, hati-hati ya...jangan sampai pengaruh media sosial ini mengganggu kerjaya kita

Work vs Play
Katakanlah boss anda juga merupakan rakan FB anda. Tiba-tiba pulak, dia update statusnya di FB  pada pukul 10.30 pagi (waktu bekerja). Perlukah anda 'like' atau komen status beliau pada masa itu juga?

Privacy Setting
Fahami bagaimana 'privacy setting' ini berfungsi. Kepada sesiapa yang sudah ter 'add' boss masing-masing (khas untuk golongan yang dapat boss suka 'skodeng' tentang bila dan apa yang anda 'share' atau komen di laman sosial) masih belum terlambat untuk mengawal keadaan. Sila gunakan 'privacy setting' ini dengan sebaiknya.

Hindarkan Perkara Negatif
Seelok-eloknya, hindarkan daripada membuat komplen atau mengomen secara berlebihan tentang kerjaya, majikan atau boss anda dilaman sosial. Ini akan menyebabkan anda dilihat sebagai seorang yang sangat negatif dan suka menimbulkan masalah, bukan saja dari kaca mata majikan..tetapi juga dikalangan rakan-rakan sekerja. Secara umumnya, orang tidak suka bekerja dengan peng 'komplen' tegar. Betul tak?

Oleh itu, sila berhati-hati ya, sebelum 'share', 'like' atau komen apa-apa dilaman sosial..terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya anda.

Sekian. Wassalam


Label:

Oktober 26, 2014

Happiness Definition


Apa-apa pun...saya tetap percaya...tidur dan rehat yang mencukupi itu perlu untuk semua orang.

Good nite everyone :)


Pic: instagram

Label:

Oktober 25, 2014

Salam Maal Hijrah 1436


Abu Hurairah berkata:
"Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku
semakin dekat ajal ku
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadap ku
dan semakin dekat hari perhitungan ku..."

Selamat Menyambut Tahun Baru..
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. In Shaa Allah..Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Label:

Oktober 24, 2014

Penghulu Istigfar..



Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita...aamiin Ya Allah.



Label:

Oktober 23, 2014

Perut Buncit??


Perut buncit?..memang satu masalah besar. Terutamanya bagi kaum ibu yang sudah berkali kali melahirkan anak...apatah lagi kalau tak berpantang betul2.. :(

Faktor pemakanan sebenarnya adalah penyumbang utama kepada masalah ini. Ditambah pula bila berada dalam keadaan stress..mesti ada yang mengambil kuantiti makanan berlipat ganda...dan mengunyah tanpa henti..huhu

Antara faktor lain adalah tidur selepas makan. Ini akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna. Selain itu, glukosa yang terhasil dari penghadaman tersebut akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Oleh itu, sila elakkan makan makanan berat sebelum tidur, sekurang-kurangnya 2 jam.

Kurang bersenam juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tanpa senaman, otot menjadi 'tidak aktif' dan 'lemah'. Otot yang lemah tidak akan dapat membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutamanya di bahagian abdomen.

Berikut adalah tips-tips untuk mengurangkan atau mengelakkan masalah perut buncit:


Apa kata kita cuba tip-tips tersebut.
Selamat mencuba dan semoga berjaya..

Sekian. Wassalam.

Sumber gambar : FB, google
Rujukan : Dr Norman's Blog


Label:

Oktober 22, 2014

Salah ke pegang anjing?

Assalamualaikum

Terasa nak mengomen tentang satu kempen 'hot' yang diadakan baru-baru ini.."I want to touch a dog".

Pendapat peribadi saya..kalau nak belajar tentang anjing..contohnya cara-cara bersertu, situasi bila dibenarkan pelihara anjing dan kasih sayang sesama mahluk...tak salah. Tapi, perlu sesuai dengan caranya dan tidak menimbulkan sebarang fitnah, disamping menjaga sensitiviti umat Islam.

Menurut seorang rakan saya, bapanya pernah memelihara anjing untuk menjaga kebun. Memang anjing tersebut sangat berjasa dan ketika anjing tersebut mati, seluruh ahli keluarganya turut bersedih. Maklumlah..walaupun hanya seekor anjing, perasaan ihsan sesama mahluk Allah tetap ada. Tapi, tak perlulah sampai nak belai, peluk dan cium anjing tu.

Adakah dengan kempen-kempen sebegitu akan mengurangkan rasa takut pada anjing?..Pendapat peribadi saya, kebanyakan orang (muslim) bukanlah takut pada anjing (tapi, bergantung pada jenis anjing jugak)..cuma tak kuasa nak pergi ber sertu....kot2 lah 'ter-bersentuhan' dengan mahluk tersebut. Lagipun, perlu ke saja-saja nak pegang anjing tu?..
Walaupun anjing tersebut dalam keadaan kering, perasaan was-was tetap timbul. Sebab itu, seboleh-bolehnya cuba elak.....dan bukannya kerana takut.
Tapi, kalau terjumpa anjing liar di jalanan..memang Kak Ton lari...huhu

Tentang cara-cara untuk bersertu (cara pembersihan dengan 1x air yang bercampur tanah dan 6x air mutlak), saya akui, kita memang wajib belajar tentang hal ini. Kalau nak buat majlis ilmu secara besar-besaran termasuk latihan praktikal, memang sangat digalakkan sebab ianya akan memberi lebih pendedahan terutamanya kepada anak-anak kita. Soalnya sekarang...perlu ke kita pegang anjing sebenar..baru dapat 'feel' macam mana cara-cara menyucikan diri dari najis mughalazah ini?...eemmmm

Walaubagaimana pun itu hanyalah pendapat peribadi saya..
Tapi saya pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga 'kes' ini akan membuka mata semua pihak dan dapat memberi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

*Sebagai rujukan : beza diantara samak dan sertu:
Kredit: Koleksi printscreen soal jawab Ust Azhar Idrus


Sekian. Wassalam.

Gambar: google

Label:

Oktober 20, 2014

Jom detox #1

Assalamualaikum..

Salam Isnin semua.
Jom Detox...



Sekian. Wassalam

Gambar: FB




Label:

Oktober 18, 2014

Zikir Pembuka Rezeki



1. Membaca:
Barang siapa yang lambat datang rezekinya..., hendaklah banyak membaca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (HR. At - Tabrani)


2. Membaca :

Barang siapa yang setiap hari membaca bacaan ini...In Shaa Allah akan menjadi keamanan dari kefakiran serta menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami)




3. Membaca:

Dari setiap kalimat ini, Malaikat akan bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari Kiamat yang mana pahala tasbihnya itu diberikan untukmu (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat)


4. Membaca Surah Al Ikhlas:
Barang siapa membaca Surah Al Ikhlas ketika masuk rumah, maka barkah bacaan tersebut akan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. At-Tabrani)

5. Membaca surah Al Waqiah:
Barang siapa yang membaca surah Al Waqiah setiap malam..maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup (HR. Al-Baifaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6. Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W: Dari Umar bin Khattab, Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Barang siapa  berselawat kepada Ku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat"

7. Malazimkan Beristighafar:
Barangsiapa melazimkan beristighafar, nescaya Allah akan  mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak di duga-duga.



Ya Allah..
Berilah kami rezeki yang luas...yang halal lagi baik
Tanpa memberatkan kami

Ya Allah...
Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri
Dengan Rahmat dan kasih sayang Mu
Aku memohon pertolongan
Dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian
Walaupun hanya sekelip mata
Dan perbaikilah setiap urusanku

Aamiin..


Sekian. Wassalam

Sumber: FB



Label:

Oktober 17, 2014

Happy Birthday WhiteBarley...

Assalamualaikum...



Hari ni..genap setahun blog saya...rasanya macam baru aje create blog ni...
Tapi..memang seronok jugak ber blogging. Ianya adalah pengalaman baru untuk saya. Cuma kadang-kadang tu..tak berkesempatan nak update blog selalu..dan nak buat aktiviti bw....
Kepada kawan-kawan yang saya belum berkesempatan lagi untuk berkunjung ke blog..minta maaf ya

Sebenarnya..saya berblogging hanya untuk suka-suka dan sekadar mengisi masa lapang. Belum lagi ada target nak mengejar rating..dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Namun saya akui..berblogging adalah satu aktiviti yang menyeronokkan disamping dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru.

Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong blog saya, jutaan terima kasih saya ucapkan...
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada kawan lama saya yang memperkenalkan saya kepada dunia blogging ini. Saya tidak pernah melupakan jasa beliau. Semoga beliau juga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ok. Nampaknya itu saja coretan saya untuk kali ini. Salam hujung minggu dan semoga ceria selalu.

Sekian. Wassalam.


Label:

Oktober 14, 2014

Be Happy...


Semoga kebahagiaan menjadi milik kita...

Pic: Google

Label:

Oktober 04, 2014

Salam AidilAdha

Assalamualaikum..

Salam AidilAdha untuk semua kawan-kawan..
Semoga segala ibadah kita diterima olehNya...Aamiin



Sekian. Wassalam..

Background pic : google

Label: