December 31, 2013

December 30, 2013

If Better is Possible


“If better is possible, good is not enough” Kalau kita berpeluang untuk menjadi lebih baik, menjadi setakat baik sahaja mungkin tidak cukup. Atau, jika kita diberi peluang untuk memilih antara yang lebih baik atau yang baik, mestilah kita akan memilih yang lebih baik. Betul tak?
Cerita pasal azam 2014, macam-macam pun terfikir. Walau apa pun,  saya berharap semuanya akan menjadi lebih baik. Tidak dinafikan, ada juga perkara-perkara yang mengecewakan berlaku pada tahun 2013 ini. Dan sebagai manusia biasa, bukannya senang untuk memujuk hati supaya sentiasa positif. Tapi saya percaya, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Gambar : Google
Sebagai umat Islam, saya juga berharap agar dapat terus membaiki diri dan menggunakan sepenuhnya masa yang dipinjamkan ke arah kebaikan. Semoga matlamat hidup juga lebih jelas untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Semoga lebih ‘fokus’ serta memberikan priority kepada apa yang dirasakan penting dalam kehidupan.  In Shaa Allah.
Gambar : Google
Semoga tahun 2014 akan membawa sinar baru dalam hidup kita. Semoga lebih murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, tercapai segala hajat dan dipermudahkan segala urusan.

Dan untuk sahabat-sahabat blogger sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kalau ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang masa berblogging ini. Maklumlah, saya masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari.  Terima kasih di atas tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekelian. Saya berharap agar dapat terus aktif berblogging, namun jika masa tidak mengizinkan untuk update entri selalu, sekadar memberi komen/blogwalking atau menjadi silent reader di blog rakan-rakan juga boleh, kan?
Semoga persahabatan and ukhwah terus berkekalan. In Shaa Allah.

Selamat Tahun Baru 2014
Gambar: Google

 Sekian. Wassalam.

December 29, 2013

Jalan Jalan Temerloh

Assalamualaikum. Hujung minggu ni saya berkesempatan untuk balik ke kampung mertua di Temerloh, Pahang...Sambil-sambil tu sempat juga ambil beberapa keping gambar...



Gambar-gambar ni diambil di sekitar Sungai Pahang...kawasan ini juga terlibat dengan banjir di Pahang baru-baru ni...
Rasa macam YB melawat kawasan pulak..huhu

Ni pulak pemandangan di kawasan 'Pekan Sehari' yang ada pada setiap pagi Ahad....kalau balik kampung memang selalu pergi sini....macam-macam ada...

Masjid ini terletak betul-betul di Bandar Temerloh...

Apa-apa pun...zakat dilupa jangan..


Nama-mana jalan juga diambil sempena nama-nama tokoh dari Pahang.

Petang semalam hujan di sini. Sempat juga ambik gambar di sekitar kawasan kampung.....
"I like walking in the rain, so.. no one can see my tears" - bukan saya yang cakap tapi Charlie Chaplin..hehe...But i love the quotation.

Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Tak sah balik kampung kalau tak pekena ikan ni. Tapi minta maaf, gambar ikan yang telah dimasak tak sempat nak ambik sebab dah selamat masuk perut...kwang..kwang..

Mr Hubby sempat juga membeli beberapa helai T.Shirt...eeemmm..Temerloh dihati gitew..
Harap-harap nanti ada juga orang jual t.shirt berkaitan dengan kampung saya pulak..contohnya..."Pontian, Penghujung Benua Asia" atau "Jom Balik Pontian" atau "Pontian di Hati Kita"...hehe

Okeh..sekian untuk catatan hari ini.
Wassalam.

December 27, 2013

Zakat Pendapatan


Zakat adalah sebahagian daripada rukun Islam. Ia juga dianggap sebagai ‘Islamic redistributive system’ dimana melalui system ini kedudukan ekonomi, sosial dan taraf pendidikan masyarakat secara keseluruhannya dapat dipertingkatkan.  Zakat dapat memupuk sifat tanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya ia akan menggalakkan semangat tolong menolong di kalangan umat Islam.
Siapakah Golongan Yang Diwajibkan Untuk Membayar Zakat
·         Orang Islam
·         Merdeka 
·         Milik sempurna (harta adalah milik mutlak pembayar zakat)
·         Cukup nisab (nisab adalah paras nilai minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan)
·         Cukup haul (bermaksud genap setahun harta di simpan)
·         Niat untuk berniaga (syarat ini hanya untuk zakat perniagaan sahaja)




8 Golongan penerima zakat (Asnaf)
·         Fakir (orang yang tidak memiliki harta)
·         Miskin (orang yang penghasilannya tidak mencukupi)
·         Riqab (Hamba sahaya atau budak)
·         Gharimin (penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang)
·         Mualaf (orang yang baru masuk Islam)
·         Fisabilillah (pejuang di jalan Allah)
·         Ibnu Sabil (musafir dan para pelajar perantauan)
·         Amil zakat (pengelola dana zakat)

Tapi, bila bayar zakat, kadang-kadang tu, saya terfikir….betul ke duit zakat ini disalurkan kepada mereka yang berhak?? Emmm… Biarlah pihak yang bertangungjawab untuk menguruskan hasil pungutan zakat saja yang menjalankan amanah yang diberikan. Yang penting kita melunaskan tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

Sebenarnya banyak kemudahan untuk membayar zakat telah disediakan oleh pihak pungutan zakat. Contohnya melalui potongan gaji bulanan. Pada saya, ini sangat memudahkan. Untuk mengira jumlah zakat yang perlu dibayar, kalkulator zakat juga ada disediakan (boleh didapati website pungutan zakat). Ini juga adalah salah satu cara mudah untuk kita mengira jumlah zakat yang perlu dibayar setiap tahun.

Berdasarkan pemerhatian, faktor yang menambahkan lagi motivasi untuk membayar zakat, adalah kerana rebate cukai. Tidak dinafikan, ini memang akan mengalakkan lagi orang membayar zakat. Tapi, janganlah pula berniat untuk bayar zakat kerana mengelak bayar cukai….eemmmmm

Ok. Harap-harap perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat atau menjadi ‘refresher’ tentang zakat. Semoga segala urusan untuk menjalankan kewajipan ini dipermudahkan. In Shaa Allah.
Sekian. Wassalam.

December 26, 2013

Rahsia Wanita : Tips 'Menjaga' Pasangan Anda

Assalamualaikum

Saya terbaca satu artikel tentang bagaimanakah caranya untuk menjaga pasangan anda supaya kekal bahagia. Saya kongsikan di sini:
Gambar: Google
  • Sentiasa hargai pasangan anda. Biarlah pasangan anda merasa merekalah orang yang paling istimewa dalam hidup anda. Raja di hati gitew
  • Pastikan anda tahu apa yang mereka lakukan setiap hari. Tapi ini bukan bermaksud anda perlu ‘mengawal selia’ mereka setiap masa. Juga tidak perlu ‘mengaudit’ apa juga yang pasangan anda lakukan. Cukup sekadar mengambil tahu. Tetapi, seandainya berlaku sesuatu yang mencurigakan……eeeeemmmmmm................
  • Sekiranya anda dan pasangan sedang bercuti, pastikan tiada unsur-unsur yang tak berapa best mengganggu. Tak kiralah gangguan dalam bentuk apa pun, pastikan ianya tidak mengacau mood percutian anda.
  • Selalu-selalu lah mencipta saat-saat bahagia dan romantik bersama pasangan anda. 
  • Hormati pasangan anda sebagaimana anda mahu dihormati.
  • Live, love and laugh. Kerapkan komunikasi bersama pasangan anda. Berkongsi lah cerita-cerita yang mencerikan tidak kiralah dari pengalaman sendiri, komik, surat khabar atau pun e-mail.
  •  Listen first, and then talk. Biarlah dia menghabiskan kata-katanya sebelum anda mencelah. Mintalah penerangan yang lebih jelas jika tidak pasti tentang sesuatu perkara bagi mengelakkan dari sebarang salah faham.
  • Jadilah penyokongnya yang paling setia. Selalunya lelaki tidak mahu mengaku yang dia memerlukan sokongan. Ego…betul? Tak kiralah apa pun tanggapan lelaki. Yang penting, teruskan memberi sokongan padanya dalam apa jua keadaan. 
  • Jangan saling menyalahkan. Ini memang biasa terjadi. Walau apa pun, tingkatkan tahap kesabaran anda kerana kadang kala, sesuatu perkara yang berlaku adalah di luar kawalannya.
  • Masak untuk mereka. Orang tua-tua kata, isteri kena jaga perut suami. Jadi, apa lagi…..masaklah. Nampaknya Kak Ton pun dah tak boleh nak gantung kuali selalu..huhu
  •  Hold and Cuddle your man, his day can be just a bad as your day. Kadang-kadang, perlu melayan mereka seperti ‘bayi dewasa’. Mungkin ibu mereka dulu sentiasa ada serta melayan mereka sebaiknya jika mereka ditimpa masalah.
  •  Jika meninggalkan mereka sendirian, pastikan segala keperluan sudah dipenuhi. Ini akan membuatkan mereka merasa yang anda sentiasa prihatin terhadap mereka.
  • Jangan biarkan dia keluar atau selalu sangat berurusan dengan perempuan-perempuan yang sedang kesunyian. Biarlah lelaki lain saja yang memainkan peranan sebagai  ‘kaunter aduan’ di situ. Jika perlu, boleh juga tanya kepada pasangan anda, adakah dia suka jika anda keluar dengan lelaki-lelaki yang lebih muda, kacak, kaya dan sedang patah hati serta memerlukan anda menjadi pendengar masalahnya yang setia….eeemmmmm
  •  Jangan memperkecilkan kerdibiliti mereka. Ajak mereka berbincang jika mahu membuat keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan hal-hal rumahtangga.
Gambar : Google

Ok. Harap-harap tips ini dapat membantu.

Sekian. Wassalam.
Rujukan Utama: m.wiki.com

December 25, 2013

Sanggupkah Terima Kekalahan?

Assalamualaikum..
Salam Rabu dan Selamat Bercuti

Sanggupkan anda menjadi orang yang kalah?

Sumber : Facebook


Tapi, saya pernah juga dengar orang kata
"To be a good loser is to learn how to win"
Saya bukanlah pakar motivasi, juga bukan seorang ustazah
hanya sekadar untuk ingat mengingati sesama kawan dan juga diri sendiri...

Sumber: Google


Sekian. Wassalam


December 24, 2013

Ar Rahnu - Pajak Gadai Islam

Ar Rahnu, juga dikenali sebagai Ar Rahn, merupakan pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar jangka pendek. Ia merupakan perkhidmatan pajak gadai alternatif bagi peminjam yang selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.
Di Malaysia, Ar Rahnu adalah berdasarkan konsep-konsep Islam berikut:
        Qardhul Hasan - peminjam dikehendaki membayar hanya jumlah yang dipinjamnya.
        Ar Rahnu dan Al-Wadi'ah - peminjam dikehendaki untuk meletakkan aset yang berharga sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman dan untuk memastikan pembayaran balik (seperti pinjaman perumahan gadai janji)
        Al-Ujrah - Pemberi pinjaman dibenarkan untuk mengenakan upah untuk penyimpanan barang-barang gadaian
Gambar: Google

Bagaimana Ar-Rahnu Dijalankan
        Pelanggan membuat permohonan untuk transaksi Ar-Rahnu di mana-mana institusi yang menjalankan perniagaan ini.
        Pemeriksaan ke atas barang kemas di buat
Ø Pemeriksaan fizikal dengan melihat bentuk dan pemeriksaan dengan megnet bagi memastikan tiada unsur-unsur logam lain pada barang kemas tersebut. Nota : Kebanyakan institusi juga tidak mengambil emas putih dan berlian sebagai barang gadaian.
Ø Barang kemas ditimbang untuk memastikan ketumpatan/ jenis emas (999, 916,750 dll) serta berat barang kemas tersebut.
Ø Ujian asid. Barang kemas digesek pada batu khas dan sedikit asid (asid nitrik dan hidrolik) diletakkan pada batu tersebut untuk memastikan ketulenan dan jenis emas (999, 916, 750 dll)
        Setelah pemeriksa berpuas hati, Surat Akuan Gadaian dikeluarkan. Maklumat mengenai jumlah pinjaman (biasanya 65% atau 70% daripada nilai emas), tempoh bayaran balik (biasanya max 6 bulan) dan upah simpan (upah dikira berdasarkan nilai barang kemas, berapa lama emas disimpan dan kadar simpan atau safe keeping rate yang ditentukan) akan tertera di surat ini.
        Setelah itu, pengeluaran wang (financing disbursement) dibuat.
        Notis untuk menebus barang kemas akan dihantar kepada pelanggan, 1 bulan atau 14 hari (bergantung pada institusi) sebelum tamat tempoh gadaian.
        Setelah tamat tempoh gadaian, pelanggan boleh menebus kembali barang kemas atau melanjutkan lagi tempoh pajak gadai (dengan syarat membayar upah simpan dahulu).
        Sekiranya pelanggan gagal untuk membayar harga tebusan emas yang dipajak pada tempoh yang ditetapkan , barang kemas tersebut akan dilelong. Jika hasil daripada lelongan melebihi jumlah pinjaman, baki wang akan dipulangkan kepada pelanggan.

Mengapa Ar Rahnu?
        Kaedah ini dapat menyediakan keperluan kewangan yang mudah dan cepat kepada peniaga-peniaga kecil untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan juga kepada individu yang memerlukan wang tunai
        Menyediakan sumber kewangan alternatif kepada skim pajak gadai konvensional

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat tentang skim pajak gadai Islam yang ada di negara kita. Pada pendapat saya cara ini lebih efektif (kepada yang memerlukan) kerana ia membolehkan individu memperolehi wang tunai tanpa perlu meminjam daripada saluran yang mahal seperti “ah long”, “ceti” atau syarikat peminjam wang.

Sekian. Wassalam.

December 23, 2013

Elak Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita topik yang agak serius siket. Pasal kad kredit. Mesti ramai kawan-kawan di luar sana yang sedang berusaha men'settle'kan hutang 'kad sakti' ini bila dapat bonus kan...hehe

Teringat saya masa mula-mula nak berblogging dulu...
Salah satunya matlamatnya adalah untuk berkongsi ilmu. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi saham akhirat kelak.
So, i hope the information will be beneficial to all of you...


Ok. Back to the topic..
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan:
  • Tandatangani kad kredit sebaik sahaja diterima
  • Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit. Jika ia hilang atau dicuri, anda akan mudah menyedarinya.
  • Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian menggunakan telefon, pos atau internet.
  • Berurus niaga secara online dengan laman web yang dipercayai sahaja
  • Ikuti perkembangan terkini - berwaspada dengan aktiviti penipuan siber dan lain-lain yang berkaitan dengan kad kredit
  • Sila simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda (i.e nombor bank) supaya dapat menghubungi mereka dengan segera jika berlaku kecemasan contohnya kehilangan, kecurian, kes ragut dan sebagainya (nauzubillah)
  • Periksa transaksi kad kredit anda untuk mengelakkan sebarang urusniaga tanpa kebenaran
  • Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan anda sebaik sahaja diterima.
  • Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran
  • Musnahkan semua slip-slip urus niaga sebelum anda membuangnya.
Harap tips-tips ini dapat membantu..

Sekian. Wasalam

Rujukan utama : bankinginfo.com

December 22, 2013

Betul ke Cemburu Tanda Sayang?


Ada sesetengah orang berpendapat, cemburu bukan bermaksud sayang. Tetapi, cemburu adalah satu perasaan yang timbul apabila seseorang itu merasa kedudukannya tidak selamat (insecurity). Ia juga boleh dikatakan sebagai perasaan takut kerana kedudukannya boleh saja diambil oleh orang lain dan lebih kritikal, perasaan fear of loss.
Sumber gambar: Google
Contohnya, apabila kita berasa cemburu, kita sebenarnya takut kedudukan kita, sama ada di dalam hati, fikiran atau pun kehidupan pasangan kita akan dirampas oleh orang yang kita cemburui itu.

Bila perasaan cemburu timbul, kita sebenarnya tidak percaya pada kebolehan dan keupayaan diri sendiri. Contohnya kita kurang yakin dengan attraction power dan sense of self-worth yang  ada untuk memastikan ‘kedudukan’ kita tidak tergugat.
Semakin tinggi  perasaan cemburu, bermakna, semakin besar perasaan takut  pasangan kita akan dirampas.  Namun, ada juga yang berpendapat, perasaan cemburu timbul kerana takut kehilangan ego, pride, kedudukan dan kebergantungan pada seseorang. Jadi, tiada kena mengena dengan perasaan sayang atau cinta sejati.  Benarkah?


Sumber gambar: Facebook

Setiap orang mungkin ada definisi atau perspektif berbeza tentang 'cemburu'. Walau apa pun perasaan cemburu ini tidak boleh dipandang ringan. Cemburu boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif contonya salah faham, pergauhan, memukul pasangan dan yang lebih teruk, membunuh. Jadi, berhati-hati lah ya.


Sekian. Wassalam.

Sumber: whatislovedrcookerly.com

December 21, 2013

Cermin Mata Saya


Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga mencari cermin mata kesayangan yang telah hilang berminggu-minggu. Terima kasih kepada Mr.Hubby yang menolong bersama-sama mencari.  Jenuh juga kalau cermin mata hilang…Walau tahap rabun tak begitu kritikal, payah juga kalau nak tengok TV. Tak kan lah sepanjang masa nak pakai contact lens



Terfikir juga nak buat cermin mata baru esok...nasib baik dah berjumpa. Kalau tidak, entah berapa pulak lah Ringgit Malaysia yang akan ‘terbang’…huhu. Maka timbullah keinsafan untuk menjaga cermin mata ni baik-baik. Harap-harap tak hilang lagi.

Cara Penjagan Kaca Mata

·          Pastikan cermin mata di simpan di tempat yang selamat dan senang di ingat (ini kes saya lah..sebab tak ingat simpan kat mana..hehe)
·          Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata – bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai.
·          Lakukan pemeriksan pakar optik sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan baik.
·         Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
·         Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin boleh menyebabkan kaca mata longgar atau patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakkan pada bingkai dan lensa.
·         Jangan meletakkan kaca mata di atas permukaan kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia calar..

Harap-harap tips ini berguna
Sekian. Wassalam.

Rujukan: Artikel – Cara Penjagaan Kaca Mata (karangkraf.com)


December 20, 2013

Nikmat Usia

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kita masih hidup lagi hari ini dan masih dapat merasai nikmat usia. Tahukah anda bahawa usia adalah diantara nikmat kurniaan Allah S.W.T yang tidak tertanding nilainya. Ia juga adalah rahsia Allah S.W.T yang tidak kita ketahui sampai bilakah akan dipinjamkan kepada kita.

Mari kita renungkan kembali, apakah yang telah kita lakukan dalam mensyukuri nikmat usia. Adakah kita telah memanafaatkan umur yang ada dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita dengan berbuat baik sesama makhluk Allah S.W.T.

Gambar: Google

Sesetengah orang pula berpendapat, usia bukanlah angka. Ia adalah satu penanda aras kematangan. Semakin meningkat usia, semakin banyak pegalaman hidup dan kita akan menjadi semakin matang. Betul. Saya setuju tentang itu. Tapi, janganlah pula menunggu sehingga 'matang' baru nak terfikir tentang taubat dan ibadat. Soalnya...sempatkah?

Teringat saya pada salah satu rangkap lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Raihan
"Ingat lima perkara, sebelum lima perkara,
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati"

Semoga kita dipanjangkan usia untuk membuat kebajikan.
Semoga kita menggunakan usia yang ada ke arah kebaikan dan beroleh keberkatan dalam hidup.
Dan..semoga segala amalan baik kita diterima dan dapat menjadi bekalan di sana nanti.
In Shaa Allah. Aamiin.

Sumber: Google

Sekian. Wassalam.

December 19, 2013

Wanita & Bola Sepak

Assalamualaikum

Suatu ketika dulu, sukan bola sepak sangat sinonim dengan kaum adam. Namun, di zaman serba modern ini, kaum hawa juga sudah menunjukkan minat yang sama.

Berikut adalah beberapa faktor yang menarik minat kaum wanita terhadap sukan ini:

1. Ketampanan pemain-pemain bola sepak contohnya David Beckham

2. Adik beradik yang lain kesemuanya lelaki. Jadi, minat telah dipupuk sejak kecil lagi.

3. Teman lelaki atau suami adalah kaki bola. Oleh itu sesetangah wanita mahu berkogsi minat yang sama.

4. Pengaruh kawan-kawan di tempat kerja, kolej atau sekolah.

5. Memang dah suka...nak buat macam mana..


Mungkin ada faktor-faktor lain yang saya tak tahu dan para pembaca boleh kongsikan di sini :)

Bagi saya sendiri, saya sebenarnya tidak lah begitu fanatik terhadap sukan ini. Hanya sekadar menyokong pasukan-pasukan tertentu sahaja contohnya pasukan Malaysia dan pasukan Johor (JDT)...

Sekian. Wassalam.


December 17, 2013

Sunset and Sunrise

"When I admire the wonders of a sunset or the beauty of the moon, my soul expands in the worship of the creator" - Mahatma Gandhi

"At sunrise, everything is luminous but not clear. It is those we live with and love and should know who elude us. You can love completely without complete understanding" - Norman Maclean

....HE MAKES THE NIGHT OVERLAP THE DAY, AND THE DAY OVERLAP THE NIGHT
HE HAS SUBJECTED THE SUN AND THE MOON (TO HIS LAW):
EACH ONE FOLLOWS A COURSE FOR A TIME APPOINTED....
VERILY, HE IS THE ALL-MIGHTY, THE ALL FORGIVING - (Az Zumar, 5)
p/s: the sunset & sunrise view @ Pantai Morib

December 15, 2013

Cantik Macam Artis Korea


Assalamualaikum

Biasanya kalau memonton drama-drama Korea, pasti saya akan kagum dengan kecantikan dah kemulusan kulit artis wanita mereka. Antara artis wanita Korea yang saya minati ialah Song Hye Kyo dan drama beliau yang begitu popular ialah Autumn in My Heart (2000) dan Full House (2004). Beliau dikatakan mempunyai kulit yang sangat mulus dan cantik. Song juga adalah duta kepada produk kecantikan, Laneige.

Sumber: Google

Saya ada terbaca tentang rahsia kecantikan dan penjagaan kulit beliau. Saya kongsikan di sini:
Pemakanan
·      Tidak mengambil coklat, minuman berkarbonat, teh hitam (black tea) dan juga makanan ringan. Beliau menggantikannnya dangan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
·      Meminum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Beliau memulakan hari dengan meminum 2 gelas air masak sebaik saja bangun tidur. (Kaedah Islam juga ada menyatakan tentang penjagaan kesihatan dengan meminum air masak sebaik bangun tidur)

Penjagaan Kulit Muka
·      Masker putih telur + madu untuk memutihkan kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan sebiji telur (putih sahaja) dengan sesudu  madu yang belum diproses. Boleh disapukan di muka dan tunggu sehingga kering sebelum dicuci. Kekerapan : 2 minggu sekali.
·      Mengurut muka. Beliau mengurut muka dengan campuran 1 bahagian madu + 2 bahagian air. Kekerapan: 2 minggu sekali.
·      Menggunakan kiub ais untuk kulit yang lebih tegang. Caranya ialah dengan mengurut muka dengan menggunakan ais. Tapi kaedah ini saya tak pernah cuba lagi J

Senaman:
·      Melakukan senaman sekurang-kurangnya 4x seminggu. Antara aktiviti kegemaran beliau adalah pilates, yoga dan kick-boxing.
·      Melakukan 'stretching' 20 minit sebelum dan selepas bersenam.

Saya pernah juga terbaca tentang kaedah pembedahan plastik yang kerap dilakukan oleh artis-artis Korea untuk kelihatan lebih cantik, namun,  saya tidak pasti tentang Song Hye Kyo.
Walau apa pun, tips-tips di atas saya rasa boleh diamalkan sekiranya ia benar-benar berkesan. Jika dikira, kosnya agak murah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati.
Untuk umat Islam, sebenarnya banyak lagi petua-petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kecantikan contohnya dengan berwuduk, bersolat, berselawat dan menjaga hati supaya sentiasa bersih. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.


Sumber:
K-popped.com
asianfanatics.net

December 14, 2013

Samsung Story: How to Become No 1

Assalamualaikum.

Everywhere people are talking about Samsung and its latest smartphone model. Although I’m not really a ‘gadget person’, Samsung has become my favourite brand for both smartphone and tabs since the last 2 years.
Just few years ago Samsung was struggling to catch up in the smartphone market.  But today, Samsung has successfully repositioned itself as a prestige brand with variety of desirable products backed by clever and focused marketing campaigns.
Source : Google

Samsung’s Key Strategies:
·      Ensure best quality and ‘cool-looking’ product
·      Focus on 3 qualities: ‘WOW’, simplicity and exclusivity. Each department in Samsung has a quota on how many ‘WOW’ product can be produced each year.
·      Brand awareness – Allocated huge budget for advertisement to create brand awareness and to introduce their products. Last year, the company had increased its advertising budget by 5x to $401 million (from $78m). That amount were significantly higher compared to other competitors in Android market.
·      'Learn' from competitors and understand market response. By leveraging the information from these 2 factors, Samsung has created its own products, based on their version and innovation. However, this strategy has driven the company into trouble in the past, when Samsung lost a high profile case to Apple.
·      Variety of devices. Samsung has differentiated their products from its nearest competitor with larger screens and different features i.e Galaxy Notes
·      The first step is to start small: make a key component for that industry. Samsung is the world’s largest chip maker. “Why just sell chip to others when it could use them to power its own products?”.   As microchip is one of the components in smartphones, Samsung has enjoying cost  advantage and be more flexible in terms of what to produce and when. This has really supported Samsung’s transformation into a premier consumer brand.
In July 2003, the global consulting firm, Interbrand declared Samsung the world’s fasters growing brand. And today, Samsung has become one of the market leaders for electronic products and among the world’s largest electronics company by revenue.

 “To be truly number one, you have not simply to be known. You have to be loved” Eric Kim, Head of Global Marketing Operation, Samsung.
Thank You. Wassalam.


References:
1.    100 Great Business and the Minds Behind Them (a book)
2.    Bloomberg Businessweek
3.    Business Insider Strategy

December 13, 2013

Cerita Pasal Perasaan

Assalamualaikum

Apa perasaan dan reaksi anda jika sedang berjalan kaki dan lalu di hadapan  kedai-kedai berikut:
1.       Restoran milik bukan Islam yang menjual daging khinzir dan arak
2.       Kedai menjual nombor ekor seperti magnum dan sports  toto
3.       Bank - yang operasinya berasaskan riba


Sama seperti larangan terhadap memakan daging khinzir, meminum arak dan berjudi, larangan mengenai riba juga sudah jelas dinyakan dalam kitab suci Al-Quran:

“………Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja sepert riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya, lalu dia berhenti (daripada menggambil riba), maka apa yang diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulanginya lagi (perbuatan menggambil riba itu), maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalammya” (Al-Baqarah:275)

Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk renungan kita bersama.

Sekian. Wassalam.

Sumber: catatan FB seorang rakan