<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mei 2018

Mei 30, 2018

Kuih Kuba Guling

Assalamualaikum

Baru-baru ni heboh tentang kuih yang bernama 'kuba guling' atau kerbau guling. Orang kata, kuih ni berasal dari Thailand.
Tak tau la kenapa namanya kuba atau kerbau guling. Mungkin kerana warnanya  hitam dan harus diguling-guling dalam kelapa parut sebelum dihidangkan.

Macam ni la rupa kuih kuba guling atau kerbau guling tu.
Kerdit : Sumber
Sebenarnya Akak tak pernah rasa lagi kuih ni. Cari-cari kat pasar ramadhan, tak jumpa la pulok. Ada orang kata, rasanya macam kuih kaswi.

Nak buat sendiri, rasa macam susah (haha...alasan).
Bila tengok bahan-bahan, rasa senang cari, kecuali tempurung bakar. Rasanya..... tempurung bakar tu benda wajib untuk memberi efek hitam pada kuih. Kalau letak warna lain, contohnya warna hijau, tak jadilah kuih kuba atau kerbau guling. Ada kerbau warna hijau?

Ni resipi yang saya ambil dari blog : www.rasa.my
Kalau berminat boleh try.

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih
  • 1 liter air (atau lebih sedikit) - bergantung pada kepekatan
  • Secubit garam

Cara memasak:
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati. 
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  • Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


Ok. Selamat mencuba.
pastikan jadi kuih tau, .....jangan jadi macam ni pulak.

Kredit: Sumber

Sekian. wassalam.


Label:

Mei 29, 2018

Ke Mana Di Mana


All about memories....


Masa yang lepas 
Tak akan kembali
Kisah yang berlalu 
Tak kunjung lagi

Ke mana di mana
Hati ku merayu
Serupa dengan mu
Tak akan bertemu

Walaupun bertahun ku cari
Tiada gantinya
Hanya kenangan sahaja
Turut menjelma

Menangis kalbu ku bertanya
Hilang ke mana
Mungkin kah sunyi akhirnya
Untuk selamanya

Hendak ku ikut rasa takut binasa
Ingin ku bermanja dikau tiada

Hanyalah yang tinggal
Kenangan bersama
Hilang mu ku tanya
Ke mana di mana

Penyanyi asal : Ahmad Jais


Bila member share video ni kat wa group, rasa nostalgia sangat.
Lagu Ahmad Jais lagi ....gigih akak nak google lirik dia :)

Bila dah dekat nak raya ni, makin rindu lah kat kampung. Mesti terkenang-kenang zaman dulu. Zaman bermain dengan kawan-kawan masa kecik, naik motor dengan abah pusing-pusing kampung, pergi sekolah (bersama geng bas sekolah),  tolong mak masak, lepas tu bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran dan macam-macam lagi. Tu belum lagi yang terkenang-kenang Endut lama...haha
Nota: Endut adalah panggilan untuk pak we atau mak we (baca: boyfriend or girlfriend).

Apa kenangan masa kecik korang yang paling best?

Sekian. Wassalam.

Al fatihah untuk arwah Emak dan mereka yang telah pergi mendahului kita.

Kredit: fb hati kampung, fb pesan bonda, Poji
Baca lagi »

Label:

Mei 27, 2018

Surah Al-A'la



Terjemahan:

1. Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi
2. Yang menciptakan, lalu menyempurnakan (ciptaan Nya)
3. Yang mengatur keadaan makhluk-makhluk-Nya dan memberi petunjuk
4. Dan yang menumbuhkan rumput-rumput.
5. Lalu dijadikan (rumput-rumput) itu kering kehitam-hitaman
6. Kami akan membacakan (al-Quran) kepada mu (Muhammad) hingga engkau tidak akan lupa
7. Kecuali jika Allah yang mahukannya. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.
8. Dan kami akan memudahkan bagi mu ke jalan kemudahan (dunia dan akhirat)
9. Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanafaat.
10. Orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.
11. Dan orang yang celaka (tidak beriman) akan menjauhinya.
12. Dialah orang yang akan menderita dibakar api neraka yang amat besar (azab siksanya)
13. Selain itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak juga hidup senang.
14. Sesungguhnya, beruntunglah orang yang menyucikan diri dengan beriman.
15. Dan menyebut dengan lidah dan hatinya (nama Tuhan Nya) lalu mengerjakan solat.
16. (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.
17. Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya ini ada (dinyatakan) dalam kitab-kitab yang terdahulu.
19. Iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


Al A'la bermaksud yang paling tinggi.
Surah ini adalah surah yang ke 87 dalam kitab suci Al-Quran. Surah ini termasuk dalam surah Makiyyah dan mempunyai 19 ayat.

Surah ini  memerintahkan  umat manusia untuk banyak bertasbih menyebut nama Allah, kerana itulah pangkal keuntungan di dunia dan akhirat.

Surah Al A'la juga menegaskan tentang azab hari akhirat serta ganjaran syurga. Kesemua ini pernah dinyatakan dalam kitab-kitab yang terdahulu, yang pernah diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.



Sekian. Wassalam.

Rujukan:
Tafsir Al Quran Al Karim (Mu'jam) - Karya Bestari
Al Quran Pertamaku (Juzuk Amma) - Ustaz Hj. Asril Ibrahim

Gambar : madrasatulhudateratai.blogspot.com


Label:

Mei 26, 2018

Ang Pow Peket Ana Muslim


Assalamualaikum
First of all, Akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Bolgger Anies atas kiriman yang Akak baru ambik kat Pos Laju pagi tadi.
Kiriman tu sebenarnya sampai pada 23 Mei. Cuma baru ada kesempatan nak pergi ambik tadi.

Jangan jeles ya...Akak dapat ang pow peket dan fridge magnet.
Ang pow peketnya comel. Gambar adik pakai tudung pink. Warna feveret Akak tu. I like...

Bukan setakat ang pow peket. Ada fridge magnet cap Taiwan lagi. Bertambah lagi koleksi magnet Akak. Yeayyy..

Thanks again Anies.
Moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan.
Aamiin...........
Moga selalu dapat gi travel jugak.
Bolehlah Akak dapat fridge magnet lagi...hihi

Sekian. Wassalam.
p/s: kawan2 jangan lupa singgah di blog anies. Macam-macam cerita ada...especially kalau nak dapatkan tips pergi travel. Jom ramai-ramai singgah.
















Label:

Mei 16, 2018

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang terdahulu.

Minta maaf atas segala salah dan silap.

Sekian. Wassalam.

#whitebarleyphoto
#masjidnabawi
#salamramadhan


Label:

Mei 08, 2018

Tips Pergi Mengundi

Assalamualaikum.
Akak nak share beberapa tips untuk pergi mengundi.

Mulakan dengan Bismillah dan langkah kanan.
Jangan lupa calitkan sedikit Young Living Peppermint Essential Oil untuk lebih segar. Kalau tak nak calit, hidu saja aromanya yang menyegarkan.
Orang kata biar fresh gitu. Nak pandu kereta ke tempat mengundi pun, in shaa Allah tak rasa mengantuk.


Boleh ceriakan hari dengan Young Living Joy Essential Oil. Aroma dari 7 bunga pasti membuat anda lebih bersemangat. Boleh juga dijadikan perfume supaya adik kakak semua lebih wangi dan berkeyakinan diri.
Kalau ada orang yang beratur dekat-dekat tu tanya "Apa yang wangi ni?"
Jawab aja "Kalau nak tau rahsianya, jom beli Young Living Essential Oil"...


Yang ini paling penting. Orang kata, apa pun yang kita buat, kita kena jelas apa yang sebenarnya kita mahukan.
It's time for clarity.
Make it very clear...
Pilih betul-betul ya adik kakak...abang, pak cik dan mak cik.


Ini tips untuk orang yang stress. Maklumlah, orang kan ramai. Jadi, jangan lupa bawa bekal minyak 'stress away' ni. Aromanya cukup segar dan in shaa Allah, stress pun berkurangan. Barulah kita boleh berfikir dengan tenang dan pilih/undi betul-betul.


Ok. Itu saja tips dari Akak.
Semoga semuanya dipermudahkan.
Selamat mengundi.
Ingat young living essential oil, ingat Akak :):)

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#photobyfidah
#pru14malaysia
#selamatmengundi




Label:

Mei 05, 2018

Biaq Pi Lah


Assalamualaikum
Hari ni Akak cerita tentang buku 'Travelog: Biaq Pi Lah".
Buku ini mengisahkan Kisah hidup seorang budak kampung bernama Jamilah.
Cerita buku ini berlatar belakangkan tahun 70an dan 80an. Jadi, kepada sesiapa yang sempat melalui tahun 80an masa kecil dulu, memang terkenang-kenang lah pengalaman masa lalu.

Zaman main pondok-pondok siap ada yang jadi emak, bapak dan anak. Zaman main batu seremban dan galah panjang. Zaman pergi belajar mengaji dekat kampung. Zaman dengar lagu Alleycats dan Sudirman. Zaman masuk sekolah berasrama dan macam-macam lagi.
Memang banyak betul kenangan yang dilalui oleh kanak-kanak zaman tahun 80an diceritakan dalam buku ni.

Ada juga cerita tentang mandi air perigi, tengok tv warna hitam putih yang cuma ada tv1 dan tv2, gosok baju guna seterika arang, cerita benggali sorok budak-budak, hantu kum-kum dan banyak lagi. Haha...kenangan.

Penyampaiannya juga sangat sempoi. Baca pun relax aje..
Akak bagai kembali ke zaman silam...
Memang nostalgia sungguh

Kak Jem ni sangatlah ramah tamah orangnya. Mesra alam sungguh.

Apa pun, Akak rasa beruntung sebab sempat melalui zaman itu.
Ada banyak kenangan manis, ada pelbagai pengalaman yang memberi pengajaran dan yang paling penting, dapat hidup bersilaturrahim dengan aman damai lagi penuh dengan kasih sayang...

Sekian. Wassalam.




Label:

Mei 02, 2018

Nona Manis


A  : Eh...nona manis
B  : You cakap pasal I ke?...
A  : Tak lah. I cakap pasal kuih..huhu

Kenapa nama dia Nona Manis?
Tak tau la pulak.
Mungkin jugak kerana rasanya sedap dan manis. Makan satu konfem tak cukup. Paling koman pun 3 ketul. Itu pun bergantung pada tekak dan 'tangki' masing-masing.

Sekian. Wassalam.







Label: