Mei 05, 2018

Biaq Pi Lah


Assalamualaikum
Hari ni Akak cerita tentang buku 'Travelog: Biaq Pi Lah".
Buku ini mengisahkan Kisah hidup seorang budak kampung bernama Jamilah.
Cerita buku ini berlatar belakangkan tahun 70an dan 80an. Jadi, kepada sesiapa yang sempat melalui tahun 80an masa kecil dulu, memang terkenang-kenang lah pengalaman masa lalu.

Zaman main pondok-pondok siap ada yang jadi emak, bapak dan anak. Zaman main batu seremban dan galah panjang. Zaman pergi belajar mengaji dekat kampung. Zaman dengar lagu Alleycats dan Sudirman. Zaman masuk sekolah berasrama dan macam-macam lagi.
Memang banyak betul kenangan yang dilalui oleh kanak-kanak zaman tahun 80an diceritakan dalam buku ni.

Ada juga cerita tentang mandi air perigi, tengok tv warna hitam putih yang cuma ada tv1 dan tv2, gosok baju guna seterika arang, cerita benggali sorok budak-budak, hantu kum-kum dan banyak lagi. Haha...kenangan.

Penyampaiannya juga sangat sempoi. Baca pun relax aje..
Akak bagai kembali ke zaman silam...
Memang nostalgia sungguh

Kak Jem ni sangatlah ramah tamah orangnya. Mesra alam sungguh.

Apa pun, Akak rasa beruntung sebab sempat melalui zaman itu.
Ada banyak kenangan manis, ada pelbagai pengalaman yang memberi pengajaran dan yang paling penting, dapat hidup bersilaturrahim dengan aman damai lagi penuh dengan kasih sayang...

Sekian. Wassalam.




12 ulasan:

  1. alahai.lama tak baca buku mcm ni.
    mcm best je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat. Penulisannya santai tapi ada banyak pengajaran disebalik ceritanya.

      Padam
  2. yup, saya juga sempat merasa pengalaman kanak - kanak di lewat 80an..
    ehemm.. mai pos lah 1 ke Johor :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan zaman kanak2 thn 80an..
      Alamat tak de ni..camne nak pos..haha

      Padam
  3. WAH MESTI MNARIK SGT BUKU NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa kembali ke zaman kecik2 dulu..
      Best bila ingat semula

      Padam
  4. menarik ulasan tentang buku ini, seperti saya berada di dalam kenangan tahun 1992 dahulu. salam blogwalking admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka ceritanya. Sangat santai
      Thanks en hafiz...sudi ke blog saya.

      Padam
  5. rasanya mcm ternampak kt pwtc hari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hari tu. Cuma Akak dapat jumpa dengan penulisnya sendiri dlm satu majlis di Bangi.

      Padam
  6. Bagus ni.
    Dapat mengimbau kenangan lama

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut