April 27, 2018

Burger Nasi Lemak


Assalamualaikum
Semalam petang anak bujang Akak menghantar gambar burger nasi lemak mcd.
Mama, nampak sedap katanya.

Maka sebelum balik ke rumah semalam, Akak sempat singgah ke mcd untuk beli. Alhamdulillah, merasalah jugak.

Kalau ikut tekak anak muda remaja, rasanya memang sedap dan lazat. Mr Hubby pun kata, rasanya ok juga.

Selain dari beli burger nasi lemak, dapat juga beli pai pulut hitam. Yang ni, memang kena dengan tekak Akak. Sedap :)


Bijak sungguh dia orang ni 'me-melayukan'  makanan barat.
Kita pulak, bila lagi nak 'mem-baratkan' makanan melayu...

Mungkin jugak tak lama lagi ada pie nasi kerabu, atau juga kuih tepung gomak chese leleh, kuih koci with apple sauce atau mungkin juga kuih ketayap dengan sos salsa....huhu
Ada berani nak telan??....

Sekian. Wassalam


12 ulasan:

  1. WAH SEDAP TU FIDAH...KREATIFMEMBEGA-BEGA MAKANAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga rasanya. Boleh cuba nanti Kak PI.

      Padam
  2. Balasan
    1. Hans dah try belum?..
      Ok jugak rasanya

      Padam
  3. inginlah awak makan tuh burger tapi lemak kurang bagus buat yang sudah tua seperti saya,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole juga makan sedikit untuk rasa..

      Padam
  4. Mcm sedap je tengok tu. Nak jugak try nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba..jangan tak cuba. Ok juga rasanya. Lagi sedap kalau makan time lapar :)

      Padam
  5. kita tggu diorg meng'crispy'kan rendang...boleh ke x hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu jugak ni..mesti sedap..dengan ayam empuk rasa rempah pedas2 crispy..hihi

      Padam
  6. wah tertunggu2 jugak koci with apple sauce tu
    hahahaa

    BalasPadam
  7. tak try lagi..baca time puasa ni memang lapar

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut