April 11, 2018

Ada Apa Dengan Hari Rabu

Assalamualaikum
Kalau kita perhatikan betul-betul, hari Rabu adalah hari yang istimewa. Ada banyak perkara yang berlaku pada hari Rabu dan tidak ada pada hari lain.

Kalau tak percaya..jom baca sini.

  • Untuk para Blogger, hari Rabu adalah hari yang dipilih untuk segmen "Wordless Wednesday", "Rabu Tanpa Kata" atau "Rabu Yang Bisu"
  • Hari Rabu dipilih untuk pengumuman harga minyak petrol.
  • Hari Rabu adalah hari ko-kurikulm di sekolah.
  • Hari Rabu dikatakan hari yang sihat. Ada kajian yang mengatakan pada hari Rabu, orang lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara 'sihat' seperti tidur lebih awal, pergi ke gym dan makan makanan seperti sayur dan buah-buahan. Anda bagaimana?..hihi
  • Ada juga mitos yang mengatakan bahawa wanita akan nampak lebih tua pada hari Rabu. Hari Rabu aje tau. Hari lain nampak muda.

Jadi, betul lah kan kalau orang kata hari Rabu adalah hari yang istimewa atau lain dari hari-hari biasa. Setuju tak?..:)

Maka tidak hairan juga kalau PRU ke 14 diadakan pada hari Rabu.


Bukan juga sesuatu yang ganjil kerana zaman dulu-dulu pun, pilihanraya pernah diadakan pada hari Rabu.


Apa-apa pun, Selamat Mengundi

Sekian. Wassalam.

Gambar: kredit sumber




14 ulasan:

  1. hari Rabu hari mengundi PRU14..in shaa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Dan dapat cuti juga..yeayy

      Padam
  2. Hari rabu ada makanan tersendiri - nasi ke rabu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..ada juga Pekan Rabu utk shopping :D

      Padam
  3. BANYAK YG MENARIK TENTANG RABU

    BalasPadam
  4. sy x suka kalu cuti umum jatuh pd hari rabu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpaksa korbankan cuti hari lain kalau nak cuti panjang...:(

      Padam
  5. wahahaha tak pernah post pulak Wordless Wednesday tu..
    kena start agaknya lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la buat Padin..
      Best jugak..sebab tak yah tulis. Letak gambo aje..

      Padam
  6. Balasan
    1. Thanks okje..
      Mak mengundi kat mana?

      Padam
  7. saya pun tak pasti ada kelebihan hari Rabu

    yang saya tahu malam jumaat sahaja sebab ada 'event' besar untuk mereka yang dah kahwin

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut