<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Kuih Kuba Guling

Mei 30, 2018

Kuih Kuba Guling

Assalamualaikum

Baru-baru ni heboh tentang kuih yang bernama 'kuba guling' atau kerbau guling. Orang kata, kuih ni berasal dari Thailand.
Tak tau la kenapa namanya kuba atau kerbau guling. Mungkin kerana warnanya  hitam dan harus diguling-guling dalam kelapa parut sebelum dihidangkan.

Macam ni la rupa kuih kuba guling atau kerbau guling tu.
Kerdit : Sumber
Sebenarnya Akak tak pernah rasa lagi kuih ni. Cari-cari kat pasar ramadhan, tak jumpa la pulok. Ada orang kata, rasanya macam kuih kaswi.

Nak buat sendiri, rasa macam susah (haha...alasan).
Bila tengok bahan-bahan, rasa senang cari, kecuali tempurung bakar. Rasanya..... tempurung bakar tu benda wajib untuk memberi efek hitam pada kuih. Kalau letak warna lain, contohnya warna hijau, tak jadilah kuih kuba atau kerbau guling. Ada kerbau warna hijau?

Ni resipi yang saya ambil dari blog : www.rasa.my
Kalau berminat boleh try.

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih
  • 1 liter air (atau lebih sedikit) - bergantung pada kepekatan
  • Secubit garam

Cara memasak:
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati. 
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  • Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


Ok. Selamat mencuba.
pastikan jadi kuih tau, .....jangan jadi macam ni pulak.

Kredit: Sumber

Sekian. wassalam.


Label:

10 Ulasan:

Di 5/30/2018 04:13:00 PTG, Blogger Warisan Petani berkata...

Tengah viral ni.
Cuma penggunaan air tempurung bakar tu, mungkin kena ada buat kajian dari segi kesihatan makanan.

 
Di 5/30/2018 05:39:00 PTG, Blogger Blogger Hanafi berkata...

baru tahu..

kuih yang sangat rare kepada saya nie

 
Di 5/30/2018 05:44:00 PTG, Blogger nohas berkata...

first time dgr nama kuih ni...tempurung tu boleh diganti dgn arang kot..sekrg ni byk roti/bun, burger, guna serbuk arang...

 
Di 5/31/2018 10:58:00 PG, Blogger paridah berkata...

cubalah fidah mesti sedap tu..wangi arang tempurung mmberi klainan rasa

 
Di 5/31/2018 05:34:00 PTG, Blogger White Barley berkata...

Tak berani nak cuba sebab tu jugak. Lagi pun, tak tau macam mana nak bakar tempurung...hihi

 
Di 5/31/2018 05:34:00 PTG, Blogger White Barley berkata...

Nama dan rupa memang rare

 
Di 5/31/2018 05:36:00 PTG, Blogger White Barley berkata...

Ok jugak kot. Jadi jugak efek warna hitam. Tapi part rasa, takut tak sama aje lah.

 
Di 5/31/2018 05:36:00 PTG, Blogger White Barley berkata...

Teringin nak cuba, tapi tak berani nak bakar tempurung.

 
Di 6/01/2018 10:28:00 PG, Blogger dear anies berkata...

smlm kwn sy ckp, ada 1 gerai ni org beratur panjang semata2 nk beli kuih ni... kuasa viral kan

 
Di 6/02/2018 02:11:00 PTG, Blogger White Barley berkata...

X de kat pasar ramadhan bangi ni...
Tengok gambar aje la nampaknya..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama