<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: April 2018

April 27, 2018

Burger Nasi Lemak


Assalamualaikum
Semalam petang anak bujang Akak menghantar gambar burger nasi lemak mcd.
Mama, nampak sedap katanya.

Maka sebelum balik ke rumah semalam, Akak sempat singgah ke mcd untuk beli. Alhamdulillah, merasalah jugak.

Kalau ikut tekak anak muda remaja, rasanya memang sedap dan lazat. Mr Hubby pun kata, rasanya ok juga.

Selain dari beli burger nasi lemak, dapat juga beli pai pulut hitam. Yang ni, memang kena dengan tekak Akak. Sedap :)


Bijak sungguh dia orang ni 'me-melayukan'  makanan barat.
Kita pulak, bila lagi nak 'mem-baratkan' makanan melayu...

Mungkin jugak tak lama lagi ada pie nasi kerabu, atau juga kuih tepung gomak chese leleh, kuih koci with apple sauce atau mungkin juga kuih ketayap dengan sos salsa....huhu
Ada berani nak telan??....

Sekian. Wassalam


Label:

April 24, 2018

24 April


Assalamualaikum
Hari ini 24 April, tarikh kelahiran puteri jelita katanya...haha


Kepada keluarga dan sahabat-sahabat, terima kasih banyak-banyak di atas ucapan yang diberikan.

To my friend, Uma, thanks for the lunch. Juga untuk Kakak Merah dan Juli...sebab temankan Akak tadi.

Untuk 'Orang Misteri' yang belanja saya nasi ayam goreng kunyit, terima kasih banyak-banyak. Sampai sekarang, saya tak tau siapa.

Untuk Mr Hubby dan anak-anak, thanks for the cake, dinner and everything.

Wahhh...ucapan macam retis pulak..hihi
Semoga semuanya dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan....aamiin
Ya Allah, panjangkanlah umur kami, Sihatkanlah jasad kami, Tetapkanlah iman kami, Baikkanlah amalan kami, Luaskanlah rezeki kami, Dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, Kabulkanlah segala hajat kami pada agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu...aamiin
Tarikh 24 April ni, memang penting :)

Sekian. Wassalam.


Label:

April 20, 2018

Melaka River Cruise

Assalamualaikum







Hari ini Akak berada di Melaka kerana ada program team building.
Jadi malam ni sempat pergi jalan-jalan naik river cruise..

Tu aje nak cerita.
Wassalam.


Label:

April 16, 2018

Jalan-jalan Ho Chi Minh

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Hujung minggu yang lalu Akak berkesempatan pergi jalan dengan kawan-kawan.
Girls Trip kata orang...
Anyway, thanks to cik Abang, sebab bagi Akak pergi.
Destinasi kali ini adalah ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Mula-mula nak berjalan ke tempat lain, tapi memandangkan Akak-akak sekelian nak ber-shopping raya, maka inilah tempat yang menjadi pilihan.
Kalau tidak ke sini, mungkin ke Bandung (Indonesia), tapi mungkin belum ada rezeki lagi ke sana :)

Tonight...heavy hearts deserve to feel light
Sebab fokusnya cuma nak membeli-belah, jadi pergi pun tak lama. Pergi hari Sabtu pagi, petang Ahad dah balik.
Bahaya jugak kalau pergi situ lama-lama...nanti banyaklah Ringgit Malaysia, US Dollar atau Vietnam Dong yang 'terbang'.

Ada apa dengan kopi?

Memang ada banyak tempat-tempat menarik untuk membeli-belah.
Di sekitar hotel pun ada macam-macam kedai. Tu belum lagi masuk ke pasar Ben Thanh.
Pendek kata, kalau Sabtu siang dan malam tak habis shopping, celik mata pagi Ahad dah boleh sambung 'operasi'. Maklumlah kedai-kedai yang menjadi tumpuan hanya berada di kiri, kanan dan depan hotel sahaja...huhu..ngeri tak

Penat ber-shopping, boleh beli air kopi di tepi jalan. Sedap dan memang betul-betul kopi kaw. Tak kiralah kopi susu atau kopi hitam, semuanya best. Harganya RM3 segelas.

Jangan tanya kenapa gambar-gambar kat atas tu cuma waktu malam aje. Sebabnya waktu siang Akak-akak semua sibuk berada dalam kedai baju, kedai telekung, kedai tudung dan segalanya. Kalau jenis kedai yang lain siket pun, mungkin kedai makan. Itu pun sebab dah penat dan perlu untuk 'isi minyak'.









Senang nak cari makanan halal di sana. Makanan pun ada banyak pilihan.
Nasi lemak pun ada. Rasanya pun boleh tahan jugak. (Confirm perut melayu...huhu)


Untuk bershopping, boleh guna Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD) atau Vietnam Dong (VND). Tapi untuk makan dan tambang teksi (dari airport ke hotel), lebih baik sediakan bayaran dalam VND.

Harga makanan di sana sekitar VND50,000 ke VND120,000 (dalam RM9 ke RM20) - untuk seorang / sekali makan. Ikutlah jenis makanan yang dipilih.

Tambang teksi ke hotel pulak dalam VND140,000 (dalam MYR25)

Ini adalah hasil tangkapan untuk 5 orang. Nasib baik budget cuma 20kg seorang.
Kalau tak ada limit, silap-silap pasar Ben Thanh pun ada hati nak dibawak balik...haha :)

Sekian. Wassalam.






Label:

April 12, 2018

Kalau Nafsu Masih Ada


Cara memastikan nafsu masih bagus atau tidak.
(Menurut keterangan doktor)

Mohon Maaf. Hanya berkongsi informasi sahaja. Mana tahu kalau bermanafaat.
  • Mulakan dari paha bahagian belakang. Angkat salah satu kakinya, lalu tahan selama 5 minit. Seterusnya, cuba pegang di bahagian belakang peha. Jika terasa tegang dan keras, itu tandanya nafsu masih tinggi.
  • Bahagian telinga. Yang nafsunya tinggi, ia mempunyai bentuk telinga yang masih tegak ke atas. Itu bermakna nafsunya masih bagus. Jika telinganya ditekan ke bawah lalu dilepas, tapi tidak kembali ke atas, itu tandanya ia sudah tidak kuat lagi.
  • Dilihat dari tingkah lakunya. Bila ia sangat agressif, lincah dan tidak duduk diam, itu bererti nafsunya masih bagus. Berbeza halnya dengan yang kurang bagus. Kebanyakkannya cuma duduk diam dan malas.
  • Dilihat dari bulu yang tumbuh. Apabila bulunya lebat, maka nafsunya sangat bagus. Apabila bulunya mudah gugur atau luruh, itu menandakan nafsunya sudah berkurangan.
  • Di lihat dari belakang leher. Ini adalah salah satu kaedah yang paling mudah untuk memastikan nafsunya masih bagus atau tidak. Jika belakang lehernya ditarik atau diramas dan terasa masih tegang, itu tanda nafsunya masih bagus. Berbeza halnya dengan belakang leher yang terasa agak kendur dan juga berkerut.

Demikian penjelasan dari Dr Hilman SpD
Doktor haiwan yang pakar dalam memilih baka Kambing Jantan terbaik.


untuk kambing aje tau.

sekian. wassalam.

Gambar : google
Sumber: perkongsian sahabat

Label:

April 11, 2018

Ada Apa Dengan Hari Rabu

Assalamualaikum
Kalau kita perhatikan betul-betul, hari Rabu adalah hari yang istimewa. Ada banyak perkara yang berlaku pada hari Rabu dan tidak ada pada hari lain.

Kalau tak percaya..jom baca sini.

  • Untuk para Blogger, hari Rabu adalah hari yang dipilih untuk segmen "Wordless Wednesday", "Rabu Tanpa Kata" atau "Rabu Yang Bisu"
  • Hari Rabu dipilih untuk pengumuman harga minyak petrol.
  • Hari Rabu adalah hari ko-kurikulm di sekolah.
  • Hari Rabu dikatakan hari yang sihat. Ada kajian yang mengatakan pada hari Rabu, orang lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara 'sihat' seperti tidur lebih awal, pergi ke gym dan makan makanan seperti sayur dan buah-buahan. Anda bagaimana?..hihi
  • Ada juga mitos yang mengatakan bahawa wanita akan nampak lebih tua pada hari Rabu. Hari Rabu aje tau. Hari lain nampak muda.

Jadi, betul lah kan kalau orang kata hari Rabu adalah hari yang istimewa atau lain dari hari-hari biasa. Setuju tak?..:)

Maka tidak hairan juga kalau PRU ke 14 diadakan pada hari Rabu.


Bukan juga sesuatu yang ganjil kerana zaman dulu-dulu pun, pilihanraya pernah diadakan pada hari Rabu.


Apa-apa pun, Selamat Mengundi

Sekian. Wassalam.

Gambar: kredit sumber




Label:

April 09, 2018

Young Living Savvy Minerals Lipstick


Assalamualaikum
Hari Sabtu lepas Akak dapat Savvy Mineral Lipstick keluaran Young Living.
Lepas berwangi-wangi dan segarkan diri dengan essential oil, kita comel-comelkan diri dengan lipstick baru pulak.
Sebenarnya Akak redeem point dekat Young Living untuk dapatkan lipstick ni.
Maka hati pun terlajak kembang sebab dapat lipstick free :)

Yang kat atas tu gambar masa baru bukak kotak.
Packaging nya memang cantik.


Apa yang menarik tentang savvy Mineral Lipstick?

Pilihan warna yang ada juga memang sangat natural.
Tapi.....untuk sesiapa yang sukakan warna bibir merah merona dan efek lebih dramatik, boleh lah dipadankan dengan lip gloss yang berwarna terang. Pakai together gether gitu..


Sesuai untuk semua. Nak pakai pergi office boleh, pergi shopping boleh....pergi kenduri pun ok. Nampak natural aje make up nya.

Tak ada lah geng Mak Cik Bawang nak tegur.."Make up kau ni...dah macam opera cina"...huhu

Jom..apa lagi. Go natural...



Sekian. Wassalam.







Label:

April 05, 2018

Sunshine

Keep your face always towards the sunshine...and shadow will fall behind you - Walt Whitman


Label: