<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ogos 2017

Ogos 31, 2017

A Bedtime Story

Assalamualaikum

Antara tugasan ibu-ibu adalah membacakan buku cerita untuk anak-anak sebelum tido.

Tak semestinya cerita cinderella, arnab & kura-kura atau si kancil yang cerdik. Cerita apa-apa pun boleh asalkan ada pengajaran yang berguna.

"Nilai-nilai murni" kata cikgu saya dulu.

Read me story, say a sweet prayer and good night

Jangan lupa baca doa sebelum tidur.


Selamat malam semua.
Sekian. Wassalam


#whitebarley
#selamatmenyabutharikemerdekaan
#hariarafah
#jomdoa





Label:

Ogos 29, 2017

Aku, Dia dan Mi Bandung

Assalamualaikum


Hari ni berlari-larian balik rumah sebab nak masak untuk anak-anak (katanya....).
Hasil dari masakan tadi....Mi bandung Muar.. :)

Wikipedia kata, mi ni dinamakan mi bandung kerana konsepnya yang bercampur campur. Macam air sirap bandung. Air tu adalah campuran sirap dan susu. Maka, jadilah dia sirap bandung.

Sama jugak macam mi bandung.
Konsepnya adalah campuran mi, pelbagai perencah dan telur. Jadilah mi bandung....tu wikipedia yang bagi tau ya.
Cik Wiki juga ada menyatakan bahawa mi bandung tidak ada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia.

Tapi nak masak mi bandung memang senang kalau ada perencah ni. Boleh cuba kalau tak percaya.


Cuma perlu masukkan air dalam kuali, masukkan perencah, lepas tu letak la apa nak letak....ayam, daging, seafood, sawi, carrot atau apa saja mengikut selera.
Bila dah mendidih, letak la telur. Bila dah masak dan masuk time nak makan, hidang kan kat pinggan bersama mi (yang telah dicelur). Siap.

Untuk yang dah start berpuasa sunat sempena bulan Zulhijjah, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Bila cerita tentang bulan Zulhijjah, kemuncaknya adalah wukuf di Arafah dan menunaikan fardu haji.

Seperti yang kita selalu dengar, waktu wukuf adalah antara waktu yang terbaik untuk berdoa.

Berdasarkan perkongsian sahabat-sahabat di whatsapp, ada 2 pendapat tentang waktu berdoa.


Kenyataan dari Ustazah Fatimah (Rayhar Travel)...beliau ada menyatakan tentang waktu mustajab doa, tapi waktu yang dinyatakan dalam ceramahnya adalah waktu di Arafah. 

Untuk kita yang berada di Malaysia, teruskan berdoa. Tak rugi kalau kita mengambil peluang keemasan ini.

Kenangan tahun lalu di bumi Arafah, kami di suruh berdoa dari bermula waktu wukuf hinggalah nak masuk waktu Maghrib.
Dan masa selepas waktu Asar, kami semua disarankan keluar dari khemah masing-masing. Duduklah tepi khemah, bawah pokok atau dimana saja.....janji dapat menadah tangan ke langit dan terus berdoa.
Subhanallah..itulah masa paling best.

Semoga segala hajat dan cita-cita kita tercapai. Moga segala urusan kita juga dipermudahkan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#kenangandiarafah
#senjatamukmin
#malaysiaboleh





Label:

Ogos 28, 2017

How Does It Feel


Assalamualaikum
Apa perasaan nya kalau kita mintak tolong kat orang baik-baik....
Tapi lepas tu dia tak layan..
Dah berminggu-minggu pun buat tak reti aje :(

Which expression is the most accurate?








Dah........jom balik.
Life without expression is boring...huhu....

Sekian. Wassalam.



Label:

Ogos 26, 2017

The Dentist


Assalamualaikum
Sakit dah berhari-hari.
Nak makan pun bersopan santun aje..huhu.
Dan semalam, tak kiralah apa nak jadi, saya dengan jayanya telah bercuti dan berjumpa dengan doktor gigi.


Dah ada rekod pergigian dengan doktor ni lebih 10 tahun dan antara doktor gigi yang boleh direkomen.

Moga diberikan kesembuhan dan dimudahkan segala urusan....aamiin.

Set bubur #hanyadijohor


Sekian. Wassalam.









Label:

Ogos 25, 2017

Tergelincir Dari Landasan

Assalamualaikum

Andai tergelincir dari landasan, jalan manakah yang harus kita pilih?......


Tak semua hari berlalu indah.
Kadang-kadang terjadi perkara yang tidak diduga.

Itulah yang berlaku pada sebuah tren/keretapi kargo yang telah tergelincir di KM386.9 (laluan antara Stesen Kuala Lumpur - Kepong) pada pagi Isnin yang lalu. Kejadian itu telah menyebabkan tren komuter beroperasi menggunakan hanya SATU LANDASAN dari KL Sentral hingga ke Kepong. Ini juga telah menyebabkan jadual laluan komuter ke semua arah terganggu selama beberapa hari.

Dan...apabila terganggunya jadual perjalanan komuter, apakah pilihan yang rakyat marhaen ini ada?

Di sini saya cadangkan beberapa alternatif khas untuk pengguna KOMUTER tegar dari Bangi yang menuju ke bandaraya Kuala Lumpur (sekiranya kejadian yang sama berlaku lagi...harapnya tak ler).
Antara alternatif yang ada:

  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan. Tukar tren LRT STAR di Stesen Bandar Tasik Selatan dan berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya.


  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kajang. Tukar ke MRT di Kajang dan berhenti di Stesen Merdeka (MRT). Selepas tu tukar ke tren LRT STAR di Stesen Plaza Rakyat dan boleh lah berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya (atau mengikut destinasi masing-masing)


  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kuala Lumpur atau Stesen Bank Negara. Selepas tu anda boleh meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan.


  • Bawaklah kereta masing-masing untuk sampai ke destinasi.


  • Cuti aje lah (untuk sesiapa yang kerja). Boleh la duduk rumah sambil layan drama Korea, sineteron, telenovela atau baca buku cerita.

Sekian. Wassalam.
Pic: google

#komuter
#whitebarley






Label:

Ogos 23, 2017

Amalan di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum


Sedikit perkongsian tentang amalan-amalan di 10 hari pertama di bulan Zulhijjah:
  • Zikir
  • Puasa 9 hari di bulan Zulhijjah
  • Khatam Al-Quran 
  • Baca:

  • Baca:
  • Qiyammullail (setiap kali sujud Allah angkat 1 darjat dalam syurga, tapi dalam bulan Zulhijjah Allah angkat 700 darjat).
  • Dapat pahala haji dan umrah yang sempurna (Jika solat subuh di masjid takbir sama-sama imam / duduk di masjid hingga matahari keluar. Tunggu dan sambil zikir. Kemudian, solat 2 rakaat dan zikir) 
  • Iktikaf pada 9 Zulhijjah. In shaa Allah di maqbulkan doa-doa. Puasa 1 hari pada 9 Zulhijjah Allah beri pahala 2 tahun puasa.
  • Iftar. Bagi orang makan berbuka puasa dapat sama pahala orang yang berpuasa.
  • Ehsan pada ibu bapa. Jika sudah meninggal dunia, doa, sedekah, istighfar untuk mereka.
  • Silaturrahim sangat penting disambungkan supaya amalan diterima.
  • Baca surah Al Ikhlas 10x (dibina 1 rumah di dalam syurga)
  • Jaga solat-solat sunat
  • Istighfar 100x sehari
  • Beri salam kepada semua umat Islam yang dijumpai
  • Jaga lidah
  • Ehsan kepada jiran-jiran. Jangan berbuat jahat sesama manusia.
  • Muliakan tetamu.
  • Infaq fisabilillah.
  • Ziarah orang sakit.
  • Bantu orang lain. Allah akan tolong kita dunia dan akhirat.
  • Jangan tingalkan selawat. 
  • Doa untuk kawan-kawan. Pasti Allah akan terima doa untuk orang lain dan malaikat akan berdoa untuk kita.
  • Baca surah Al Kahfi di malam jumaat
  • Solat 5 waktu di masjid
  • Hapuskan hasad dengki. Bersihkan hati kita.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda "Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari yang lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah)' - Hadith Riwayah Al Bukhari
Semoga segala amalan kita diterima.

Sumber: Perkongsian sahabat - rujuk nota kuliah Sheikh Said, Masjid Hidayah, Penchala
...Verily, with the hardship, there is relief. Verily, with the hardship, there is relief - Al Insyirah 5-6

Sekian. Wassalam.
2nd & 3rd pic : Google


Label:

Ogos 22, 2017

A Gift

Assalamualaikum


Hari ni hati riang gumbira sebab ada orang bagi hadiah.
Untuk kawan saya, Uma, thank you very much for the lovely gift. Sweet sangat. I like :)
Since esok dia punya last day kat opis ni, wish you good luck in whatever you do and all the very best. Jangan lupa kat kawan-kawan.

Dan sebelum tu, thanks for the lunch.
Memang makan sampai kenyang kebuntang.


Diet ke laut la jawabnya..
Montel kan comel...huhu



Ok. Itu aje cerita hari ni.

Friendship is a gift....

Hasil tangkapan. Nak bagi eye shadow confirm dia tak pakai..huhu


Sekian. Wassalam.

#friends
#gengkomuterdulu
#whitebarley



Label:

Ogos 20, 2017

Kenapa Buah Cempedak Di Luar Pagar?

Assalamualaikum


Kita biasa dengar atau baca pantun ni.


Kenapa buah cempedak di luar pagar?
Biasanya sesuatu yang di luar pagar adalah bukan milik mutlak kita.
Boleh jadi milik jiran sebelah, milik pihak berkuasa tempatan, ada di tanah wakaf, milik umum atau di mana saja.

Lepas tu, boleh ke suka suki suruh orang ambil galah tolong jolokkan?

Sebenarnya dua baris pertama pantun dia atas hanyalah pembayang untuk
"Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan"

Begitu beradabnya cara orang dulu-dulu menuntut ilmu. Perakuan orang yang baru belajar, andai ada salah dan silap harap diperbetulkan. Ini juga telah dinyakan dengan cara yang bersopan dan merendah diri.

Berbalik pada cerita 'cempedak di luar pagar' tadi. Ianya diibaratkan seperti ilmu. Definisi ilmu itu luas dan ilmu ada dimana-mana sahaja. Ilmu bukan juga milik perseorangan (tidak berada di dalam pagar) tapi boleh 'dijolok' atau dituntut oleh semua kerana ianya berada di luar pagar, jadi ia adalah milik umum.
Ilmu juga boleh dipelajari dengan pelbagai cara, contohnya dengan meminta bantuan orang lain mengajarkannya kepada kita.
Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan
"Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan"

Wallahu a'lam.

Buah cempedak di luar pagar yang telah menjadi cempedak goreng :)


Sekian. Wassalam.

Rujukan: abdnaddin.blogspot.my dan lain-lain.








Label:

Ogos 18, 2017

Laut Di Darat

Assalamualaikum


Tengah hari tadi sempat pergi Sogo untuk cuci-cuci mata. Terjebak pulak dengan tempat ni.


Suka tengok deco-deco berasaskan laut. Keratif....cantik.
Rasa macam dalam akuarium :D


Nasib baik jugaklah jiwa hari ni kental dan tak ada rasa nak 'menjala'. Nawaitu pun cuma nak jalan-jalan aje. Bukan nak soping...huhu


Macam-macam benda jugak ada. Dari perhiasan rumah, pinggan mangkuk, jam dinding, peralatan bilik mandi dan macam-macam lagi. 

I like..... :)

Tu aje laporan untuk hari ini.
Sekian. Wassalam.



Label:

Ogos 17, 2017

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Assalamualaikum


Pernah rasa mengantuk tak kalau kat office?
Terutamanya selepas waktu makan tengah hari. Kadang-kadang, time ni lah yang paling kritikal sekali. Kena pulak hari tu makan nasi bariyani kambing atau kari kepala ikan...eeerrmmm

Kalau rasa mengantuk kat office, boleh cuba tips-tips ini. Manalah tau kalau berkesan.
  • Tarik nafas. Orang kata kalau mengantuk mungkin badan kurang oksigen. Jadi, tarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Moga-moga bertambahlah kadar oksigen dalam badan dan hilang lah rasa mengantuk. 
  • Pandang sesuatu yang berwarna hijau. Cara ini juga dapat menyegarkan mata. Contohnya pandang pokok atau daun-daun hijau. Diulang, daun-daun hijau, bukan gadis bertudung hijau.

  • Basuh muka. Mesti boleh segar lepas muka terkena air sejuk. Untuk akak-akak, lepas basuh muka, boleh ler touch up (make up) semula. Barulah nampak lebih segar dan berseri-seri. Atau kalau malas nak basuh muka, boleh spray seawater mist macam kat gambar tu. Bukan saja muka jadi segar, ada bahan anti-aging lagi...

  • Minum kopi. Kopi panas atau sejuk pasti menyegarkan.
  • Makan kudapan. Cara ini boleh dikatakan berkesan sebab ....pernah ke tengok orang makan sambil tidur? Kalau ada pun mungkin jarang berlaku atau hanya kes-kes terpencil sahaja. Jadi apa lagi, silalah bawa buah-buahan, biskut atau jajan untuk dijadikan kudapan bagi hilangkan rasa mengantuk.

  • Bersembang dan bergossip. Cara ini bukan saja dapat menghilangkan rasa mengantuk, malah dapat juga meng-up date gossip-gossip terkini tentang rakan sepejabat, jiran tetangga atau artis-artis kesayangan.
  • Senaman ringan. Tak semestinya kena berlari laju-laju sejauh 100 meter. Cukup setakat senaman ringan dengan menggerakkan kepala, tangan dan kaki. Kalau masih mengantuk, boleh juga kalau nak cuba buat senaman poco-poco... :)
  • Ajak bos duduk kat sebelah. Ada berani ke nak tido kalau bos ada kat sebelah? Kecualilah anda yang boss...hehe
  • Tidur aje lah. Ini adalah jalan terakhir kalau semua tips di atas gagal..


Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Rujukan: pelbagai sumber
Gambar: google




Label:

Ogos 14, 2017

Tema Hari Kebangsaan 2017

Assalamualaikum

Tema Hari Kebangsaan 2017 adalah Negaraku Sehati Sejiwa.



Tema ini menunjukkan bahawa pentingnya raykat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu demi kesejahteraan dan masa depan negara.

Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad

Tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 - 2016


  • 1970 (Hari Kemerdekaan 13) : Muhibah dan Perpaduan
  • 1971 (Hari Kemerdekaan 14) : Masyarakat Progresif
  • 1972 (Hari Kemerdekaan 15) : Masyarakat Adil
  • 1973 (Hari Kemerdekaan 16) : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
  • 1974 (Hari Kemerdekaan 17) : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1975 (Hari Kemerdekaan 18) : Masyarakat Berdikari
  • 1976 (Hari Kemerdekaan 19) : Ketahanan Rakyat
  • 1977 (Hari Kemerdekaan 20) : Bersatu Maju
  • 1978 (Hari Kemerdekaan 21) : Kebudayaan Sendi Perpaduan
  • 1979 (Hari Kemerdekaan 22) : Bersatu Berdisplin
  • 1980 (Hari Kemerdekaan 23) : Berdisplin Berbakti
  • 1981 (Hari Kemerdekaan 24) : Berdisplin Berharmoni
  • 1982 (Hari Kemerdekaan 25) : Berdisplin Giat Maju
  • 1983 (Hari Kemerdekaan 26) : Bersama Ke Arah Kemajuan
  • 1984 (Hari Kemerdekaan 27) : Amanah Asas Kejayaan
  • 1985 (Hari Kemerdekaan 28) : Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1986 (Hari Kemerdekaan 29) : Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1987 (Hari Kemerdekaan 30) : Setia Bersatu, Berusaha Maju
  • 1988 (Hari Kemerdekaan 31) : Bersatu
  • 1989 (Hari Kemerdekaan 32) : Bersatu
  • 1990 (Hari Kemerdekaan 33) : Berjaya
  • 1991 (Hari Kemerdekaan 34) : Wawasan 2020
  • 1992 (Hari Kemerdekaan 35) : Wawasan Asas Kemajuan
  • 1993 (Hari Kemerdekaan 36) : Bersatu Menuju Wawasan
  • 1994 (Hari Kemerdekaan 37) : Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1995 (Hari Kemerdekaan 38) : Jatidiri Peggerak Wawasan
  • 1996 (Hari Kemerdekaan 39) : Budaya Penentu Pencapaian
  • 1997 (Hari Kemerdekaan 40) : Akhlak Mulia, Masyarakat Jaya
  • 1998 (Hari Kemerdekaan 41) : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
  • 1999 (Hari Kemerdekaan 42) : Bersatu Ke Alaf Baru
  • 2000 (Hari Kemerdekaan 43) : Kerana Mu Malaysia
  • 2001 (Hari Kemerdekaan 44) : Kerana Mu Malaysia
  • 2002 (Hari Kemerdekaan 45) : Kerana Mu Malaysia
  • 2003 (Hari Kemerdekaan 46) : Kerana Mu Malaysia
  • 2004 (Hari Kemerdekaan 47) : Kerana Mu Malaysia
  • 2005 (Hari Kemerdekaan 48) : Kerana Mu Malaysia
  • 2006 (Hari Kemerdekaan 49) : Kerana Mu Malaysia
  • 2007 (Hari Kemerdekaan 50) : Malaysiaku Gemilang
  • 2008 (Hari Kemerdekaan 51) : Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2009 (Hari Kemerdekaan 52) : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan
  • 2010 (Hari Kemerdekaan 53) : 1 Malaysia, Menjana Transormasi
  • 2011 (Hari Kemerdekaan 54) : 1 Malaysia, Transormasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
  • 2012 (Hari Kemerdekaan 55) : Janji Di Tepati
  • 2013 (Hari Kemerdekaan 56) : Malaysiaku Derdaulat, Tanah Tumpah Darahku
  • 2014 (Hari Kemerdekaan 57) : Malaysia...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2015 (Hari Kemerdekaan 58) : Sehati, Sejiwa
  • 2016 (Hari Kemerdekaan 59) : Sehati, Sejiwa

  • Entri asal, sila rujuk sini

    Bangunan Sultan Abdul Samad
    Gambar dari kejauhan

    Nota: Masa zaman sekolah dulu, bulan Ogos adalah bulan yang sibuk dengan persiapan perbarisan hari kebangsaan. Mungkin di tarikh begini sedang giat latihan di Wardieburn Camp dan seterusnya raptai di Dataran Merdeka. Pagi-pagi buta dah kena berbaris dengan peralatan masing2 :)

    Begitulah aktivitinya dari tahun ke tahun, sampailah habis sekolah #kenangan.

    Sekian. Wassalam.

    #merdeka
    #temaharikebangsaan
    #seriputeribandgirls
    #whitebarley

    1st & 2nd pic: google



    Label:

    Ogos 13, 2017

    Cucur Viral

    Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


    Semenjak terbaca tentang cucur viral di blog Lady In Red Planner, teringin pulak nak cuba.
    Resipi asal di sini.

    Rupanya bulat-bulat comel..
    Rangup diluar tapi gebu gebas di dalam...aawwww :D

    Tapi saya ubah siket resipi sebab nak buat cucur adik beradik sayuran.
    Kebetulan kuah kacang yang dibagi oleh kakak ipar masih ada lagi, jadi boleh lah dijadikan bahan pencicah.

    Jom tengok resipi

    Bahan-bahan:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan air panas
    • Garam sesedap secukup rasa
    • 1 tangkai daun saderi*
    • 1 biji bawang merah sederhana besar*
    • Sedikit carrot (ambik dalam 5cm)
    • ....bahan bertanda * sila cincang halus.
    Sorry..bentuk tak berapa bulat. Tangan Mak tak berapa nak seni :(


    Cara-cara:
    • Campurkan tepung dan bahan-bahan cincang ke dalam mangkuk 
    • Campukan air panas. Gaul rata guna sudu, jangan guna tangan....sebab panazzzz
    • Bila dah suam-suam kuku....bentukkan bulat2 dan letak kat bekas/pinggan/dulang...(atau apa2 aje). 
    • Dah siap bentukkan bulat2, bolehlah di goreng.
    • Bila dah masak, hidangkan dengan sos atau apa-apa bahan pencicah kegemaran.
    Selamat mencuba.
    Siapa kata yang bulat itu tak comel :D 



    Sekian. Wassalam.

     #whitebarley #cucurviral









    Label:

    Ogos 10, 2017

    Light


          " Tonight, heavy hearts deserve to feel light"
    Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat Nya (memohonkan ampun untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang beriman -Al Ahzab, 43

    Sekian. Wassalam.


    Photo: Fidah Shah
    Location: Plus Highway
    Quotation : r.h.Sin


    Label:

    Ogos 09, 2017

    Jenis-jenis Harimau

    Assalamualaikum

    Korang mesti pernah pergi zoo tengok harimau. Atau sekurang-kurangnya pernah tengok harimau kat TV. Keluarga harimau/kucing ni sebenarnya ada banyak jenis. Antaranya:


    Harimau (Panthera Tigris)
    Juga dikenali sebagai harimau belang. Sub spisies yang besar boleh mencecah panjang sehingga 3 meter dan berat 300 kilogram. Ciri terpenting yang dipunyai oleh harimau ini adalah bercorak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejingaan. Harimau jenis ini amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, biasanya gemar bersendiri dan sering memerlukan habitat yang amat luas untuk memburu mangsanya.


    Jaguar (Panthera Onca)
    Habitat liarnya berada di Benua Afrika. Jaguar memiliki kepala besar dengan rahang yang kuat. Panjang badan jaguar lebih kurang 2 meter dan ekormya mencapai sekitar 76cm. Berat jaguar dianggarkan lebih kurang 113 kilogram. Bulu jaguar berwarna coklat atau kuning keemasan dengan  berbintik-bintik hitam. Pada bintik-bintik tersebut ada lingkaran yang disebut roset. Jaguar boleh memanjat pokok.


    Leopard (Panthera Pardus)
    Habitatnya di benua Asia dan Afrika. Leopard juga berkebolehan untuk memajat pokok. Spisies ini pada umumnya mempunyai bulu berwarna kuning kecoklatan dengan bintik-bintik berwarna hitam. Bintik hitam dikepalanya lebih kecil. Berbeza dengan jaguar, saiz leopard biasnya lebih kecil. Leopard memiliki panjang hingga 1.9 m dengan berat sekitar 90 kilogram. Leopard boleh memanjat pokok.


    Cheetah (Acynonyx Jubatus)
    Cheetah boleh memburu mangsanya dengan pantas dan tidak perlu terhendap-hendap seperti spisies harimau yang lain. Boleh berlari dengan kepantasan 110 km/jam. Cheetah tidak boleh memanjat pokok. Panjang cheetah adalah 70 hingga 90 cm dan beratnya diantara 21 hingga 72 kg. Cheetah memiliki bulu-bulu kasar yang pendek dengan warna coklat dan bintik hitam hingga bahagian ekor.



    Puma
    Dikenali juga sebagai Caugar atau singa gunung. Puma umumnya dijumpai di benua Amerika. Panjang puma adalah diantara 1.5 hingga 2.75 meter. Puma jantan memiliki berat badan sekitar 53 hingg 100 kilogram, manakala berat badan puma betina adalah 29 hingga 64 kilogram. Puma biasanya berwarna perak, kelabu atau kemerah-merahan.


    Harimau Putih
    Harimau putih bukanlah albino. Ia adalah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan pewarnaan pucatnya. Harimau putih berhidung merah jambu, berkulit kelam kelabu, bermata biru ais dan berbulu putih atau putih kuning berbelang hitam, kelabu atau coklat. Saiz harimau putih lebih besar dari harimau belang biasa.


    Cakar Harimau
    Yang ni, korang carilah atau google sendiri.....haha...AUUUMMMM!!!

    Sekian. Wassalam.

    #adikberadikrimau
    #adamakkisah

    Sumber dan rujukan : pelbagai
    Gambar: google






    Label: