<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Ogos 17, 2017

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Assalamualaikum


Pernah rasa mengantuk tak kalau kat office?
Terutamanya selepas waktu makan tengah hari. Kadang-kadang, time ni lah yang paling kritikal sekali. Kena pulak hari tu makan nasi bariyani kambing atau kari kepala ikan...eeerrmmm

Kalau rasa mengantuk kat office, boleh cuba tips-tips ini. Manalah tau kalau berkesan.
  • Tarik nafas. Orang kata kalau mengantuk mungkin badan kurang oksigen. Jadi, tarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Moga-moga bertambahlah kadar oksigen dalam badan dan hilang lah rasa mengantuk. 
  • Pandang sesuatu yang berwarna hijau. Cara ini juga dapat menyegarkan mata. Contohnya pandang pokok atau daun-daun hijau. Diulang, daun-daun hijau, bukan gadis bertudung hijau.

  • Basuh muka. Mesti boleh segar lepas muka terkena air sejuk. Untuk akak-akak, lepas basuh muka, boleh ler touch up (make up) semula. Barulah nampak lebih segar dan berseri-seri. Atau kalau malas nak basuh muka, boleh spray seawater mist macam kat gambar tu. Bukan saja muka jadi segar, ada bahan anti-aging lagi...

  • Minum kopi. Kopi panas atau sejuk pasti menyegarkan.
  • Makan kudapan. Cara ini boleh dikatakan berkesan sebab ....pernah ke tengok orang makan sambil tidur? Kalau ada pun mungkin jarang berlaku atau hanya kes-kes terpencil sahaja. Jadi apa lagi, silalah bawa buah-buahan, biskut atau jajan untuk dijadikan kudapan bagi hilangkan rasa mengantuk.

  • Bersembang dan bergossip. Cara ini bukan saja dapat menghilangkan rasa mengantuk, malah dapat juga meng-up date gossip-gossip terkini tentang rakan sepejabat, jiran tetangga atau artis-artis kesayangan.
  • Senaman ringan. Tak semestinya kena berlari laju-laju sejauh 100 meter. Cukup setakat senaman ringan dengan menggerakkan kepala, tangan dan kaki. Kalau masih mengantuk, boleh juga kalau nak cuba buat senaman poco-poco... :)
  • Ajak bos duduk kat sebelah. Ada berani ke nak tido kalau bos ada kat sebelah? Kecualilah anda yang boss...hehe
  • Tidur aje lah. Ini adalah jalan terakhir kalau semua tips di atas gagal..


Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Rujukan: pelbagai sumber
Gambar: google




Label:

10 Ulasan:

Di 8/18/2017 11:27:00 PG, Blogger paridah berkata...

Kalau kerja menimbun nak disiapkan mesti hlg rasa ngantuk heh..heh..

 
Di 8/18/2017 01:17:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

saya selalu mengopi, bangun pergi buat keje yang tak payah pakai otak tp banyak bergerak. tapi mengantuk ni bila lunch hour tetibe hilang. magik kan..

 
Di 8/18/2017 06:41:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Kalau kerja banyak...memang tak sempat nak mengantuk Kak...hihi

 
Di 8/18/2017 06:42:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul tu Sal..kalau lunch hour tetiba boleh hilang. Especially kalau nampak shopping complex...cerah aje mata :)

 
Di 8/20/2017 07:01:00 PG, Anonymous Paahjais berkata...

Hahaha... Yang last win... Kalau nak tido, tido bawah meja... Kikiki...

Jemput jalan ke blog saya...

https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

 
Di 8/20/2017 11:49:00 PG, Anonymous Zaleha Awaluddin berkata...

ngantuk sngat sesekali ok lagi. tp kalau selalu sgt smp ganggu prestasi mgkn kena check condition diri. mgkn ubah cara sarapan & rutin tidur daily

 
Di 8/21/2017 09:48:00 PG, Blogger Warisan Petani berkata...

Tutup aircond r kipas.
Bila kepanasan tentu X boleh tido

 
Di 8/22/2017 07:36:00 PG, Blogger OKje berkata...

Hihi ...bukan masa kerja je sekarang ni jadi suri rumah pun ada, mmg terus cari bantal jerlah hihi....

Kat ofis kalau ngantuk, bergosip mmg ubat paling mujarab FS hihi

 
Di 8/22/2017 03:10:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Kalau dulu ada yg sarankan letak btg mancis kat kelopak mata hehee

 
Di 8/23/2017 01:49:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

sy zzz trs... sng cite dpt 10 min pn ckp

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama