<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jun 2017

Jun 27, 2017

Kinohimitsu Japan Detox Tea


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke 3 raya.
Pastinya dah puas melayan tekak dengan pelbagai juadah raya.

Sebutlah apa jugak nama makanan raya.....ketupat, rendang, kuah kacang, sayur lodeh, nasi minyak, nasi bariyani, kari kambing, ayam masak merah, kek, dodol dan pelbagai macam kuih..mesti semua dah sumbat dalam perut tanpa was-was.....hihi.

Itu baru version selatan. Belum version ala2 pantai timur lagi...

So apa lagi. Jom detox dulu... :)



Antara kelebihan detox:

  • Menyingkirkan lebihan sisa buangan
  • Badan lebih segar
  • Kulit lebih cantik
  • Dan macam-macam lagi...korang google lah sendiri :)

Sekian. Selamat hari raya aidilfitri.
Wassalam.

#whitebarley.blogspot
#fidahshah
#kecantikandaridalam
#tirumacamsayahaha






Label:

Jun 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum
Selamat hari raya aidilfitri

Minta maaf kalau ada tersilap kata
Atau terkasar bahasa..
Moga sentiasa bergembira di hari yang mulia ini

Sekian. Wassalam

#salamaidilfitri
#whitebarley.blogspot
#fidahshah


Label:

Jun 23, 2017

Balik Kampung


Assalamualaikum

Time nak raya macam ni, mesti ramai yang akan balik kampung.

Tak kiralah jauh atau dekat, ke selatan, utara, timur atau barat, moga perjalanan selamat dan segala urusan dipermudahkan..
Jangan lupa bawak balik baju raya, kuih raya, tudung raya, kasut raya dan yang paling penting...duit raya :):)

Selamat balik kampung ...yeaaayyyy




Sekian. Wassalam.


Label:

Jun 21, 2017

Selamat Berbuka Puasa


Assalamualaikum
Selamat berbuka puasa

Mungkin ada yang sedang mengadap juadah makanan
Mungkin ada yang sedang memandu kereta atau masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumah
Mungkin ada yang masih kat office atau tempat kerja
Mungkin ada yang dah balik kampung
Mungkin ada yang sedang buat kuih raya atau mejahit baju raya..
Atau apa saja yang sedang dilakukan..

Moga segala urusan kita dipermudahan..

Ya Allah Ya Tuhan ku, Tiada kemudahan kecuali Engkau menjadikannya mudah. Engkau juga yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau mengkehendakinya

......dan moga tetap bersemangat untuk meneruskan ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan...


......so forgive me


Sekian. Wassalam

Pic: Google

Label:

Jun 18, 2017

Without U



I + U = WE........if  I - U = ???



Hehe :)

Selamat berpuasa.
Sekian. Wassalam.

Gambar: fb




Label:

Jun 16, 2017

Surah Al Qadr



  1. Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam kemuliaan
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan (Lailatul-Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan
  4. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengn izin Allah untuk mengatur segala urusan
  5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Penjelasan Tentang Surah Al Qadr
Surah Al-Qadr (bererti kemuliaan) adalah surah yang ke 97 di dalam Al-Quran dan mengandungi 5 ayat. Surah ini tergolong dalam surah-surah Makkiyah. Secara umum, surah ini menceritkan tentang satu malam yang penuh kemuliaan di bulan Ramadhan. Pada malam itu semua nilai ibadah dilipat gandakan seperti mengerjakan ibadah selama 1000 bulan.

Beribadah Untuk Seribu Bulan
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita kepada para sahabat tentang Syam'um, seorang lelaki di zaman Bani Israel yang berjihad di jalan Allah dan mengerjakan solat malam selama 1000 bulan. Setelah mendengar cerita tersebut, para sahabat berasa iri hati terhadap Syam'un. Mereka menyatakan bahawa usia mereka tidak mungkin menyamai usia pemuda Bani Israel itu, apa lagi untuk menandingi amalan serta kedudukannya disisi Allah.

Rasulullah SAW kemudiannya menyampaikan kepada mereka bahawa Allah telah memuliakan umat Nabi Muhammad SAW dengan satu malam di bulan Ramadhan yang dinamakan Lailatul-Qadr. Pada malam yang penuh kemuliaan itu, segala ibadah dilipat gandakan ganjarannya menyamai ibadah selama 1000 bulan.

Marilah kita tingkatkan ibadah di malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini. Moga dapat menambah 'saham' kita di akhirat kelak. In shaa Allah.

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Al Quran Pertamaku - Juzuk Amma (Ustaz Hj Asril Ibrahim)
Gambar : Google (edited)


Label:

Jun 14, 2017

Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan





Di antara kembara
Ku ceritakan tentang perjalanan
Terjal dan penuh rintang
Yang menyadur lagu lelah di penghujung malam

Di antara kembara
Aku bisikan tentang rindu yang kian lelah
Mengukir penantian 
Di penghujung waktu tanpa kepastian
Tinggal menatap harapan
Kapankan aku dipertemukan
Cinta yang tulus kepada Tuhan
Yang menyayangi ku dalam belai kasih sayang



Gambar: Sumber
Puisi : Mbah Dinan

Sekian. Wassalam.







Label:

Jun 13, 2017

Sabar Itu Indah


Assalamualaikum
Selasa, 13 Jun 2017, pukul 7.51 pagi.

Saya masih berada di stesen komuter.
Ada masalah teknikal katanya....menyebabkan tren dari Seremban ke Batu Caves lewat dari jadual asal.


Dari gelap sampai terang menunggu, tren tak sampai-sampai jugak.

Bila sampai, dah terlebih muatan pulak.
Cer tengok gaya akak-akak yang menunggu tren komuter tu. Ada tren pun buat tak reti aje...
Apa pun, semuanya dalam keadaan bersabar. 
Sebab tu orang kata 'sabar itu indah'... :)


Kesian kat adik-adik yang nak pergi sekolah naik tren. First day sekolah dah lewat.
Kesian jugak kat semua orang yang naik komuter...confirm lewat gi kerja.




Sekian. Wassalam.


Label:

Jun 11, 2017

Bangi Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum

Bangi dulu tak macam Bangi sekarang.
Especially time nak raya. Bangi kini menjadi tumpuan para fashionista, hijabster dan yang sewaktu dengannya.






Antara tempat yang menjadi tumpuan pastinya di Bangi Sentral, Bangi Gateway, Kompleks PKNS dan Warta Bangi.






Ni pulak pemandangan di sekitar bangunan PKNS Bangi. Memang meriah. Nak rayalah katakan...

Tapi ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.




Sky view from PKNS Building, Bangi :)



Sekian saja laporan lalu lintas hari ini. Yang pasti, Bangi dulu dah tak macam Bangi sekarang.

Selamat Berpuasa. Wassalam.







Label:

Jun 09, 2017

Inspirasi Dari Si Tomboy

Assalamualaikum



Semalam saya ada tugasan di luar. Sebab nak senang, saya dan rakan (Ikhti) naik ajelah uber.

Apa yang saya ingin ceritakan adalah tentang pemandu uber masa perjalanan balik. Dari gayanya, nampak dia seorang Tomboy.
Orangnya nampak ramah tamah, simple, ceria dan sangat positif.

Saya : Dah lama bawak uber?
Tomboy (pemandu uber) : Aaa....boleh lah. Baru 2 bulan. Sebelum tu saya bekerja di Melbourne.
Saya : Wow...kat Melbourbne kerja apa?
Tomboy : Hantar makanan, naik basikal. Monthly income saya RM17 ribu lebih Kak...




Jawapan itu membuat saya dan Ikhti, terlopong sebentar.
Di hati saya berbisik, kalau Allah nak bagi rezeki, kat lubuk mana pun akan ada.

Tomboy: Bulan depan, saya nak balik ke Melbourne semula. Lepas tu nak sambung kerja di Europe.
Ikhti : Macam mana boleh berhijrah?
Tomboy : I have enough with KL. Dah 13 tahun di sini. Tak ada apa. Gaji cuma dalam RM4,000. Bawak uber pun gajinya lebih kurang.

Tomboy : Kak, kat sana ada banyak kerja. Kalau akak nak pergi pun boleh. Caranya pun tak susah.

Sepanjang kami berbual, ada banyak tips yang diberikan oleh adik Tomboy tadi. Dari visa, permit kerja, tips membeli tiket kapal terbang, sewa rumah, kos hidup di sana, termasuklah kos barang dapur.

Mak aii..positive nya lah budak ni. Berani pulak tu. Selamba aje redah.
Yang penting, bertawakkal dan segalanya berserah pada Allah.

Kami tidak meminta rezeki kepada mu. Kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa
Begitulah kisah saya, Ikhti dan Si Tomboy pada petang semalam. Dan seseungguhnya, Si Tomboy itu telah membuat kami terpana :D



Sekian. Wassalam.







Jun 08, 2017

Kenapa Saya Berada Di Pulau Ketam?

Assalamualaikum



Pulau Ketam adalah sebuah pulau yang letaknya berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Majoriti penduduknya adalah nelayan berbangsa cina yang telah tinggal si pulau ini sejak perang dunia ke 2. Cara untuk sampai ke pulau ini adalah dengan  menaiki feri.
Pulau ini adalah pulau nelayan dan tidak pula dinyatakan bahawa di pulau ini pengunjung boleh menjalankan aktiviti snorkelling atau diving.

Kenapakah saya berada di Pulau Ketam?
Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu kenapalah weather widget ni asyik tunjuk saya berada di Pulau Ketam. Dah letih nak adjust. Lama-lama saya biarkan aje...asalkan dia bahagia.
Dulu-dulu saya dengar nama Pulau Ketam ni hanya bila tengok cerita Phua Chu Kang.....rupanya memang betul-betul ada.

We plan and Allah plans.....and Allah is the best of planners

Sekian. Wassalam.









Baca lagi »

Label:

Jun 07, 2017

Haruman Dan Madu


Di suatu petang di dalam komuter....

Tiba-tiba hp berbunyi..
Panggilan dari En Johan (bukan nama sebenar) rupanya.

En Johan : Assalamualaikum
Saya : Waalaikumsalam

En Johan: Fidah, sekarang dah bulan puasa.
Saya : Jadi??...
En Johan : Air freshener dengan madu I mana? Dah nak raya haji balik ni?..

Haha...sorry la En Johan..



Nota: En Johan ada memesan haruman dan madu masa saya ke Mekah tahun lalu. Cuma saya tak sempat lagi nak menghantar dan dia sendiri pun tak sempat nak berjumpa saya untuk mengambil barangan tersebut.

En Johan : Hari tu, I nak datang rumah, you  kata ....nak balik rumah mak mertua lah, rumah tak ada air lah.....So, sekarang macam mana?
Saya : Apa kata you datang office I ambik barang tu. Tempat kerja you dengan office I bukannya jauh sangat.
En Johan : Ala..mana sempat
Saya : Abih tu...macam mana ni?



Perbualan terhenti di situ kerana talian telefon terputus.

Tiba-tiba telefon berbunyi lagi.

En Johan :  Dah kenapa dengan telefon you?
Saya : Tak ada line. Komuter masuk gua....:D:D
En Johan : I cabar you cerita pasal I ni masuk kat 'whitebarley'. Cerita macam-macam kat blog. Barang I pun tak sempat hantar.
Saya : Setakat nak up date dalam blog, tak ada hal punya. Esok jugak I hapdet..
En Johan : Ok lah. Selamat berbuka puasa.
Saya : Selamat berbuka puasa. Kirim salam kat Huda (wife).




Nota kaki:
Kepada En Johan, silalah buat arrangement macam mana nak ambik barang-barang tu.
----------------------------------------------

Seletah membaca artikel di atas, Encik Johan menghubungi saya.

En Johan : Lagi satu pasal kurma. Kat rumah you ada kurma lagi tak?
Saya : Ada
En Johan : Kurma apa? Ajwa? Mariam? Ambar?
Saya : Bukan. Kurma Yusuf Taiyoob...:D




Sekian. Wassalam.

Label:

Jun 05, 2017

Kacang Pool dan Roti



Assalamualaikum.
Rasanya dah lama tak up date pasal resipi.
Bila bersembang dengan member pasal makanan kat Johor, tetiba teringat pulak kat makanan yang satu ni.

Saya pernah bercerita tentang resipi kacang pool pada tahun 2015 dulu, tapi version kali ni lain siket.

Resipi:
Bahan-bahan :
1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur) - boleh didapati di supermarket atau kedai menjual barangan makanan arab 
1 tin kacang panggang (optional)
200gm daging lembu kisar
1 biji bawang merah besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 teh serbuk jintan putih
sedikit lada hitam (anggaran 1 sudu kecil atau ikut tekak masing2)
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Kacang foul di kedai arab. Harga sebelum gst :)


Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi) 
Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
Bawang besar (potong dadu)
Lada hijau dan lada merah (hiris kecil-kecil)
Limau kasturi (belah 2)




Makan kacang pool tanpa roti adalah ibarat lagu tanpa irama...(hoho..betul ke?)
Jadi kenalah cari jugak roti. Nak makan dengan roti apa pun boleh.
Tapi lagi best kalau roti yang dibuat sendiri. Lepas tu letak butter dan bakar.
Untuk resipi roti, sila lihat di sini. Tapi itu resipi wholemeal bread.
Cuma kalau nak buat roti putih, sila gantikan kesemuanya dengan tepung high protein (anggaran 300gm) dan tidak perlu menggunakan tepung wholemeal

Roti putih, belum sapu butter lagi

Bila dah ada roti, bolehlah sapu butter (atau yang sewaktu dengannya) dan bakar. 



Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.
Mana tau boleh bagi idea untuk juadah berbuka puasa atau bersahur.

Sekian. Wassalam


Label:

Jun 03, 2017

Al-'Afiyah


Al-Abbas (R.A), bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW datang kepada Nabi dan berkata "Ya Rasulullah, ajarkan aku doa"

Nabi Muhammad SAW lalu berkata " Wahai bapa saudaraku, bacalah Allahumma inni as aluka al-Afiyah" (Ya Allah, aku memohon kepada Mu 'Afiyah)

Apakah 'Afiyah?

'Afiyah bermaksud:
"Untuk menyelamatkan diri dari sebarang kesusahan yang menimpa"

credit : source

  • Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'Afiyah
  • Untuk mempunyai wang yang cukup, kita haruslah berada dalam 'Afiyah
  • Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada dalam 'Afiyah
  • Untuk mahukan anak-anak kita dilindungi, kita perlu berada dalam 'Afiyah

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud:
"Ya Allah, lindungilah aku dari apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan"
Ini termasuk dunia dan akhirat

Al-Abbas (R.A) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada nabi selepas beberapa hari lalu berkata
"Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar"

Nabi Muhammad SAW lalu berkata

"Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yang lebih baik daripada 'Afiyah. Ia adalah satu doa yang mudah namun terbaik"

Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku selamat dari sebarang kesusahan, kesedihan, kesulitan, bahaya (musibah) dan janganlah Engkau menguji aku dan lain-lain yang berat

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma Inni As Aluka Al-'Afiyah"

Sekian.


Label:

Jun 01, 2017

Dia Tunggu Saya



Assalamualaikum

Kalau di bulan Ramadhan, memang masanya untuk balik lebih awal ke rumah dari tempat kerja. Yang selalu menjadi persoalan, nak solat Asar di office atau di rumah. 

Semalam, tepat pukul 5 petang saya sudah bersiap sedia untuk angkat beg dan balik. Niat di hati nak solat Asar di rumah saja sebab memang sempat (In shaa Allah). Maka, saya segera ke lif dan tekan 'G' untuk ground floor. Maklumlah Ahkak kena marathon pergi ke stesen komuter kerana tren komuter dijadualkan tiba tepat pukul 5.19 pm.

Entah kenapa sampai di level/tingkat 2 (level surau), lif berhenti. Dalam hati berkata "alamak...nak suruh sembahyang dulu ke ni?". 

Dan saya pun terus ke surau dan buatlah apa yang sepatutnya. Dalam hati bertawakal moga saya sempat naik tren seperti yang dijadualkan.

Lepas itu saya terus ke stesen komuter. Masa tu, dah lebih pukul 5.20 pm. Alhamdulillah, sebaik saja saya sampai ke stesen, barulah tren tiba dan saya dapat sampai ke rumah awal tanpa sebarang gangguan dalam perjalanan (siapa2 yang biasa naik komuter, faham2 aje lah..huhu).

Teringat pada kata-kata 
" Dahulukan segala urusan mu dengan Allah, maka Allah juga akan mendahulukan segala urusan mu"....

Semoga segala urusan kita semua juga dipermudahkan....aamiin

Sekian. Wassalam.


Label: ,