June 01, 2017

Dia Tunggu Saya



Assalamualaikum

Kalau di bulan Ramadhan, memang masanya untuk balik lebih awal ke rumah dari tempat kerja. Yang selalu menjadi persoalan, nak solat Asar di office atau di rumah. 

Semalam, tepat pukul 5 petang saya sudah bersiap sedia untuk angkat beg dan balik. Niat di hati nak solat Asar di rumah saja sebab memang sempat (In shaa Allah). Maka, saya segera ke lif dan tekan 'G' untuk ground floor. Maklumlah Ahkak kena marathon pergi ke stesen komuter kerana tren komuter dijadualkan tiba tepat pukul 5.19 pm.

Entah kenapa sampai di level/tingkat 2 (level surau), lif berhenti. Dalam hati berkata "alamak...nak suruh sembahyang dulu ke ni?". 

Dan saya pun terus ke surau dan buatlah apa yang sepatutnya. Dalam hati bertawakal moga saya sempat naik tren seperti yang dijadualkan.

Lepas itu saya terus ke stesen komuter. Masa tu, dah lebih pukul 5.20 pm. Alhamdulillah, sebaik saja saya sampai ke stesen, barulah tren tiba dan saya dapat sampai ke rumah awal tanpa sebarang gangguan dalam perjalanan (siapa2 yang biasa naik komuter, faham2 aje lah..huhu).

Teringat pada kata-kata 
" Dahulukan segala urusan mu dengan Allah, maka Allah juga akan mendahulukan segala urusan mu"....

Semoga segala urusan kita semua juga dipermudahkan....aamiin

Sekian. Wassalam.


4 comments:

  1. betul tu... kdg2 sy jg alami perkara mcm ni

    ReplyDelete
  2. Cerita hebat yang penuh berinspirasi..

    Alhamdulilah

    ReplyDelete
  3. BENAR TU FIDAH KELEK AKHIRAT DUNIA BRSUJUD DI KAKI KITA

    ReplyDelete
  4. betul. kita utamakan Allah, insyaaAllah Allah akan lancarkan urusan kita hari tu.

    ReplyDelete