June 09, 2017

Inspirasi Dari Si Tomboy

Assalamualaikum



Semalam saya ada tugasan di luar. Sebab nak senang, saya dan rakan (Ikhti) naik ajelah uber.

Apa yang saya ingin ceritakan adalah tentang pemandu uber masa perjalanan balik. Dari gayanya, nampak dia seorang Tomboy.
Orangnya nampak ramah tamah, simple, ceria dan sangat positif.

Saya : Dah lama bawak uber?
Tomboy (pemandu uber) : Aaa....boleh lah. Baru 2 bulan. Sebelum tu saya bekerja di Melbourne.
Saya : Wow...kat Melbourbne kerja apa?
Tomboy : Hantar makanan, naik basikal. Monthly income saya RM17 ribu lebih Kak...




Jawapan itu membuat saya dan Ikhti, terlopong sebentar.
Di hati saya berbisik, kalau Allah nak bagi rezeki, kat lubuk mana pun akan ada.

Tomboy: Bulan depan, saya nak balik ke Melbourne semula. Lepas tu nak sambung kerja di Europe.
Ikhti : Macam mana boleh berhijrah?
Tomboy : I have enough with KL. Dah 13 tahun di sini. Tak ada apa. Gaji cuma dalam RM4,000. Bawak uber pun gajinya lebih kurang.

Tomboy : Kak, kat sana ada banyak kerja. Kalau akak nak pergi pun boleh. Caranya pun tak susah.

Sepanjang kami berbual, ada banyak tips yang diberikan oleh adik Tomboy tadi. Dari visa, permit kerja, tips membeli tiket kapal terbang, sewa rumah, kos hidup di sana, termasuklah kos barang dapur.

Mak aii..positive nya lah budak ni. Berani pulak tu. Selamba aje redah.
Yang penting, bertawakkal dan segalanya berserah pada Allah.

Kami tidak meminta rezeki kepada mu. Kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa
Begitulah kisah saya, Ikhti dan Si Tomboy pada petang semalam. Dan seseungguhnya, Si Tomboy itu telah membuat kami terpana :D



Sekian. Wassalam.







8 comments:

  1. kena dgn pepatah... di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

    ReplyDelete
  2. Kisah menarik.. Kashan tomboi tu.. Asyik merantau je..

    ReplyDelete
  3. Si tomboy, inspirasiku��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa lak nak mintak contact number...

      Delete
  4. menarik..memang terinspirasi.kalaulah saya setegar itu nak tinggalkan comfort zone

    ReplyDelete
  5. Kalau masih bujang dan single mmg saya layan.. dulu tak bnyk dan x mudah peluang2 mcm skrng ni.. pindah kerja duduk sepanyol pun best juga haha

    ReplyDelete