June 03, 2017

Al-'Afiyah


Al-Abbas (R.A), bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW datang kepada Nabi dan berkata "Ya Rasulullah, ajarkan aku doa"

Nabi Muhammad SAW lalu berkata " Wahai bapa saudaraku, bacalah Allahumma inni as aluka al-Afiyah" (Ya Allah, aku memohon kepada Mu 'Afiyah)

Apakah 'Afiyah?

'Afiyah bermaksud:
"Untuk menyelamatkan diri dari sebarang kesusahan yang menimpa"

credit : source

  • Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'Afiyah
  • Untuk mempunyai wang yang cukup, kita haruslah berada dalam 'Afiyah
  • Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada dalam 'Afiyah
  • Untuk mahukan anak-anak kita dilindungi, kita perlu berada dalam 'Afiyah

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud:
"Ya Allah, lindungilah aku dari apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan"
Ini termasuk dunia dan akhirat

Al-Abbas (R.A) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada nabi selepas beberapa hari lalu berkata
"Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar"

Nabi Muhammad SAW lalu berkata

"Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yang lebih baik daripada 'Afiyah. Ia adalah satu doa yang mudah namun terbaik"

Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku selamat dari sebarang kesusahan, kesedihan, kesulitan, bahaya (musibah) dan janganlah Engkau menguji aku dan lain-lain yang berat

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma Inni As Aluka Al-'Afiyah"

Sekian. Wasaslam.


....Dan Nabi Musa berkata, "Wahai kaum ku! Apabila kamu beriman kepada Allah maka bertawakkallah kepadanya jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)". Lalu mereka berkata "Ya Tuhan kami. Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim"

4 comments:

  1. TERIMA KASIH PERKONGSIANNYA FIDAH

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Lama tak berpeluang duduk berblogwalking.. alhamdulillah.. t kasih atas perkongsian sahabat.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers