<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: November 2017

November 30, 2017

Hanya Allah Layak Disembah


Hanya Allah yang layak disembah dan hanya kepada Nya kita meminta pertolongan.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.


Label:

November 26, 2017

Raindrop Technique


Alhamdulillah. Semalam saya berkesempatan untuk belajar teknik urutan yang dipanggil raindrop technique.
Teknik ini diasaskan oleh Mr Gary Young, yang juga merupakan founder produk Living Young.

Secara ringkasnya raindrop technique ini adalah teknik urutan yang menggunakan aramaterapi (minyak), foot vitaflex (sejenis kaedah urutan kaki) serta beberapa teknik urutan di bahagian badan.


Raindrop technique ini menggunakan 9 jenis minyak (essential oils) dan juga 1 minyak urutan. Minyak kelapa dara juga digunakan dalam teknik ini jika kesan minyak-minyak (essential oils) yang lain terlalu panas (biasanya untuk kanak-kanak).


Sesi semalam dimulakan dengan penerangan dan demo dari Cikgu Hajar.  Selepas itu saya berpeluang untuk membuatnya secara praktikal sebanyak 2 kali.

Terima kasih Cikgu Hajar atas ilmu yang dikongsikan.
Terima kasih juga untuk sahabat saya, Anie yang bagi tumpang rumah untuk kami belajar teknik ini. Peserta -peserta semalam pun semuanya sporting.


Sebab masih baru sangat belajar, memang tak mahir lagi. Jadi lepas ni siap lah cik abang dan anak-anak di rumah Mak jadikan bahan experimen...hihi :)

Sekian. Wassalam.

#younglivingessentialoils
#raindroptechnique
#whitebarleyblogspot
#photobyfidah






Label:

November 23, 2017

Keretapi 12 Gerabak Tergelincir

Assalamualaikum
Sebuah tren kargo telah tergelincir semasa perjalanannya dari Ipoh ke Pelabuhan Klang. Kejadian berlaku pada lebih kurang pada pukul 3 pagi, 23 November 2017 di km386, berdekatan dengan stesen komuter Bank Negara.


Kejadian ini telah menyebabkan tren ke semua laluan tergendala. Buat sementara ini, semua perkhidmatan tren yang melalui Stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut adalah dihentikan.
Pengguna-pengguna tegar tren komuter, silalah cari alternatif lain. Tak tau lah berapa lama boleh settle nih :(
Semoga perjalanan kita semua selamat dan segala urusan dipermudahkan.


Untuk Ikhti, Juli, Nisa dan kawan-kawan yang lain, terima kasih atas maklumat seawal 6.30 pagi.
Jasa mu dikenang.

Hari ke 2 @ 24 November 2017
Tren masih lagi tidak berganjak dari kedudukan semalam. Kelihatan para pekerja sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.


Cuti sekolah dah pun bermula. Mana-mana yang dah beli tiket keretapi, baik yang senandung malam atau siang dan akan melalui jalan keretapi ni, tak tau lah apa ceritanya.
Moga segala urusan dipermudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.



Label:

November 22, 2017

Survivor Camp Wetland Putrajaya Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum


Sempena cuti sekolah akhir tahun, program tahunan Survivor Camp 2017 akan diadakan di Tapak  Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya. Program berteraskan modul dan aktiviti pendidikan kendiri yang menarik dan sesuai untuk anak-anak di musim cuti sekolah.

Aktiviti perkhemahan 3 hari 2 malam ini terbuka kepada Junior Survivor berusia 8 hingga 12 tahun, bermula 28 hingga 30 November 2017.

Program berkonsepkan ikhtiar hidup dan teknik survival ini menekankan pendidikan berasaskan alam semulajadi yang melatih pelajar membina keyakinan diri dalam menghadapi suasana yang mencabar.

Sekiranya berminat, sila hubungi pihak urusetia di talian 011-14794605 (Noradli), 012-2026858 (Sham), 012-3531670 (Ninie) dan 03-88877774 (kecuali hari Isnin) atau email ke putrajayawetland@gmail.com

Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk daftarkan anak-anak anda.

Nota:
Isnin tiada perkhidmatan taman ditawarkan kerana tutup (hari penyelenggaraan)

Sekian.Wssalam.

#survivorcamp
#wetlandputrajaya




Label:

November 21, 2017

Apa Ada Dengan Peppermint


Assalamualaikum
Kalau dulu bila orang cerita pasal peppermint, saya cuma ingat ubat gigi aje.

Bila dah berkenalan dengan minyak ni, rupanya ada banyak khasiat peppermint.
Kalau hidung tersumbat (time selsema), boleh tuang setitik kat tangan. Lepas tu hidulah puas-puas. In shaa Allah. Segar aje rasa hidung.
Kalau pening kepala pun boleh sapu. Memang melegakan.


Kalau nak rasa lagi lengkap, boleh cuba dengan kawan-kawan dia ni. Essential oil Thieves and RC.

Antara kegunaan lain (sebagai alternatif):

Credit : source

Credit : source

Credit : source

Sekian. Wassalam
Sharing is carring


#peppermint
#younglivingessentialoil
#essentialoils








Label:

November 19, 2017

Lambaian Pokok Kelapa

Assalamualaikum


Bukan anak jati Pontian kalau balik kampung tak pergi tepi laut.

Rayuan pokok kelapa
 Bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa.
Ombak dan pantai
 Pontian memang sinonim dengan laut.
Pekan Kukup
Tapi, kat laut Pontian ni orang tak pergi mandi manda tau...
Tulis nama atas batu

Sekian. Wassalam

#pontianjohor
#tepilaut
#kampungsaya




Label:

November 17, 2017

One To Seven

Assalamualaikum





A : Antara 1 dan 7, mungkin ada kita.
B : Maksud awak???

Haha....abaikan dialog tu.
Bulan November ni, Mak busy nak tunggu tarikh-tarikh yang ada nombor satu dan tujuh. Cas2 syok sendiri buat gambar dan quotation..

Moga bulan ini dan bulan-bulan seterusnya memberi keberkatan dan kebahagiaan untuk kita semua...In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Salam Jumaat.


Label:

November 16, 2017

Tanda-tanda Seseorang Telah Matang




  • Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
  • Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
  • Kita berani 'melepaskan' kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan di hati.
  • Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
  • Kita melakukan sesuatu hanya untuk mendapat ikhlas. Melalukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan manusia. 
  • Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
  • Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
  • Kita boleh bezakan 'kehendak' dan 'keperluan', lalu mengutamakan 'keperluan' daripada'kehendak'.
  • Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. Kita lebih menikmati 'rasa kopi' daripada menikmati 'cantiknya cawan'.

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada lagi niat mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan, mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Sekian. Wassalam.
***perkongsian dari sahabat.



Label:

November 15, 2017

WW#24 Peace and Calming


Assalamualaikum
Macam biasa, biarlah gambar berbicara

#peaceandcalming
#essentialoil
#youngliving


Label:

November 09, 2017

Lemon Essential Oil


Assalamualaikum
Semakin hari, semakin suka dengan minyak-minyak ni. Selain dari bau-baunya yang segar, ada banyak lagi kegunaan lain rupanya.

Tak caya, jom tengok sini.

Untuk detox dan mengurangkan berat badan.
Mula-mula tu, pelik jugak. Orang pun tanya...APA??? KAU MINUM MINYAK???
Bukan makan atau minum sebotol terus pun...hihi
Hanya beberapa titik saja. Tapi rasanya memang sedap bila dicampurkan dengan air. Botol pun comel aje. Senang nak dibawa ke mana-mana. Pergi office, bawak balik kampung, pergi holiday atau ke mana saja.


Untuk menghilangkan blackhead

Atau boleh juga dicampurkan dengan bahan lain untuk dijadikan lip scrub atau scrub bibir...

Dan kalau ada masalah tapak kaki yang pecah-pecah, boleh campurkan dengan minyak lavender dan sapu di tempat yang bermasalah.
Hujung rambut sampai hujung kaki mesti mau cantik kan Kak Ton....

Itu saja yang Mak nak share hari ni...
Kita berkenal kenalan dulu dengan minyak ni.
Orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta..
Tak gitu???


Sekian. Wassalam.

#younglivingessentialoil
#lemon
#whitebarleyblogspot





Label:

November 05, 2017

Cantik Dengan Frankincense

Assalamualaikum


Hari ni saya nak cerita tentang minyak Frankincense, Young Living Essential Oil.
Al kisahnya minggu lepas Akak demam selsema.
Selalunya kalau selsema, kulit sekitar hidung akan mengelupas. Macamlah lap hidung dengan kertas pasir...huhu. 
Hari tu, saja cuba sapu minyak ni kat muka sebab dengar orang kata minyak ni baik untuk kulit. Alhamdulillah, keesokkan harinya kulit dah ok. Tak mengelupas. Cepat sungguh kesannya.
Semenjak dari hari itu, Akak terus jatuh cinta dengan minyak ni :)
Credit source

Bila di google-google, minyak Frankincense ni ada banyak khasiatnya.
Minyak ini juga dicampur dengan essential oil lain untuk tujuan kecantikan.

Credit source
Credit source
Boleh dicampurkan beberapa titik essential oils ini untuk memulihkan kulit kusam dan tanda-tanda penuaan :)

Credit source
Dengan 2 titik lemon, 2 titik lavender, 2 titik frankincense dan minyak kelapa dara, kita boleh sapu di mata untuk mengurangkan garis-garis halus atau kedutan. In shaa Allah.

Jadi apa lagi. Jom kita berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan minyak-minyak ni.
Pastinya ada banyak lagi tips kecantikan yang bermanafaat untuk kita semua.

Perempuan mana tak mahu cantik. Ya tak?

Sekian. Wassalam.






Label:

Johor Juara Piala Malaysia 2017


Luaskan Kuasa mu


Alhamdulillah.
Pasukan Johor telah berjaya menjadi juara Piala Malaysia 2017 dan menamatkan penantian selama 26 tahun. Kali terakhir pasukan Johor menjuarai Piala Malaysia adalah pada tahun 1991.
Keputusan rasmi: Johor (2) , Kedah (0).


Sekian. Wassalam.




Label:

November 01, 2017

WW#23 November


Assalamualaikum.
Macam biasa, walaupun segmen wordless wednesday patutnya tak payah tulis apa-apa, tapi saya nak tulis jugak.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November.
Kejap aje rasa...


Bulan November atau dekat-dekat nak hujung tahun, biasanya orang kaitkan dengan musim luruh  tengkujuh.
Credit : Google

Ada juga yang kaitkan bulan November dengan cuti sekolah dan macam-macam lagi lah.

Apa pun, moga bulan ini dan bulan-bulan seterusnya membawa keberkatan kepada kita semua. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Minta maaf, belum sempat nak BW.
In shaa Allah, kalau ada kesempatan nanti saya singgah.




Label: