<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceโ€ฆ

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: September 2017

September 29, 2017

Semusim Di Mahsyar

Assalamualaikum

Kau letakkan Tuhan di tempat yang tertinggi saat kau payah, dan kau letakkan Dia di tempat terakhir saat kau bahagia. Di mana rasa malu mu?
Asyik baca buku musim bunga aje, apa kata sekali sekala tukar musim pulak.
Best jugak baca buku ni.

Sinopsis cerita:
Iqlima Salsabila, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan pemindahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kafan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana masih hidup.

Apakah yang dilaluinya sepanjang 5 hari dia berada di alam kubur?
Bagaimanakah suasana yang dijalaninya sepanjang dia berada di alam misteri sehingga dia merasakan hampir beribu tahun lamanya dia bersemadi.
.....kalau nak tahu, kenalah baca cerita ni.

Tanah itu....adalah dirimu. Kamu akan kembali menjadi debu
Akak bagi 4.5 bintang :)
Best dan menginsafkan
"Musim bunga bukan selamanya. Bersediakah kita menuju perjalanan abadi?" - kata-kata ala pujangga dari penulis buku Musim Sejuta Warna (Rin Azrina).

Apakah kau merasakan dunia ini segala? Waktu yang kau tunggu bakal tiba. Hari ini akan berakhir esok. Esok akan berakhir dengan lusa. ....dan lusa...belum tentu kau ada waktunya

Sekian. Wassalam.

#semusimdimasyar
#salamjumaat
#perjalananabadi
#ceritayangmenginsafkan







Label:

September 28, 2017

Mengapa Sukar Tidur Malam

Assalamualaikum

Pernah tak ada masalah susah nak tidur malam?
Kalau ada, jom kita tengok apakah punca-puncanya:

Gadget
Terlalu asyik dengan gadget boleh menyebabkan sukar untuk tidur malam. Cuba bayangkan, nak lelap mata aje, dengar bunyi mesej masuk...dah ler sibuk nak tengok mesej.
Cara atasinya adalah dengan meletakkan gadget anda jauh sedikit dari tempat tidur. Barulah aman.

Cahaya terang benderang
Sesetangah orang memang tak boleh tidur dengan keadaan lampu terpasang. Cara atasinya adalah dengan tutup ( off) kan semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Tidur nyenyak bil elektrik pun jimat.

Tak boleh berhenti berfikir
Nak tidur pun masih sibuk memikirkan hal-hal dunia bagai sudah tiada lagi hari esok...huhu
Cara atasinya adalah dengan tenangkan fikiran anda. Lupakan lah hal pejabat, kisah jiran yang bergaduh atau duit kutu yang belum dibayar. Tidurlah dengan aman.


Tidur terlalu lama di waktu siang
Kalau dah bangun lewat atau tidur sepanjang petang, mata boleh menjadi segar bugar di waktu malam. Cara atasinya adalah dengan menambahkan aktiviti yang lebih berfaedah dan jangan tidur terlalu lama di waktu siang.

Keadaan sekitar terlalu bising
Bunyi bising boleh mengganggu tidur. Pastikan keadaan sekitar aman damai dan tenteram. Kalau anak-anak sedang sibuk bermain, suruhlah mereka tidur. Kalau rakan serumah anda sedang menonton tv yang dipasang dengan kuat, suruh dia perlahankan atau tutup saja...hihi

Minum kopi terlalu banyak
Kaffein yang ada dalam kopi boleh merangsang otak dan menyebabkan anda sukar tidur. Gantilah dengan segelas susu. Tidur jadi lebih nyenyak disamping tulang dan gigi kita juga menjadi lebih kuat :)




Sekian. Wassalam

Sumber: pelbagai
Pic: google




Label:

September 26, 2017

Betul Ke Ekonomi Kita Mula Dikuasai Bangla?

Assalamualaikum

Bila diperhatikan kedai-kedai sekarang, sudah banyak juga yang dipunyai oleh warga Bangladesh.


Kalau dulu kita nampak kebanyakan Bangla kerja di stesen-stesen minyak, tapi sekarang Bangla sudah menguasai pelbagai bidang.

Pergi kedai perabut, Bangla yang sambut. Bukan setakat kuli, towkey dia pun Bangla.

Masuk kedai makan, yang control market otak-otak pun Bangla, walaupun namanya otak-otak JB. Bukannya kat satu kedai, tapi berkedai kedai.

Kat tempat cuci kereta (car wash) pun macam tu. Entah berapa besar market dia orang kat bidang cuci mencuci kereta ni.

Dekat kedai jahit baju (tailor) pun dia orang ada. Yang kerja kat situ memang ada skill menjahit. Ini bermakna, yang datang sini bukan saja boleh mangayat adik manis (haha...) tapi mereka memang ada kemahiran.

Tu belum lagi yang kerja di tempat-tempat lain contohnya di kedai runcit, menjaga tandas, serta mengambil upah cat rumah, potong rumput atau di bidang cuci mencuci, tak kiralah cuci rumah, cuci pejabat dan yang sewaktu dengannya.

Nampak macam bukan sektor utama (major sector), tapi bidang yang dia orang ceburi ni, tidak kurang pentingnya.


Mungkin dengan berbekalkan sifat rajin, dapat memahami bahasa tempatan dengan cepat dan peka pada kehendak pasaran persekitaran, membolehkan mereka terus 'hidup' dan sedikit demi sedikit menguasai ekonomi kita.
Wallahu 'alam

Tak Bangla hilang di dunia.

#pendapatperibadi
#dimanabangsaku
#fidahshah
#whitebarley
#selamatkanbangsaku

Gambar: google







Label:

September 25, 2017

Sound Of Waves

Assalamualaikum.
Ombak dan pantai sering dikaitkan dengan alam, keindahan, ketenangan dan lagu-lagu sendu.





Contohnya macam lagu otai ni:
Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusan bayang mu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga kerinduan
(Suara Kekasih - David Arumugam/ Alleycats....Tima Kaseeehhhh)

Sekian. Wassalam.

#fidahshah #whitebarley #soundof waves #ombakdanpantai #baganlalang #balikkerja







Label:

September 24, 2017

The Sunset

Assalamualaikum






Sekian. Wassalam


#fidahshah
#whitebarley
#sunset
#cuticutimalaysia






Label:

September 23, 2017

Andai Dia Tahu
















Jom makan tahu. Sumber protein dan banyak khasiat.

Tahu dan hidangan ayam penyet Wong Solo berpisah tiada :)

Sekian. Wassalam.


Credit: original source, FB, google

#cariidea
#makantahuhujungminggu

Label:

September 21, 2017

Salam Maal Hijrah 1439H


Assalamualaikum
Selamat menyambut tahun baru

Ya ALLAH, muliakanlah pembaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya, luaskanlah rezekinya, mudahkanlah segala urusannya dan kabulkanlah cita-citanya. Jauhkanlah dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, kata-kata kasar dan mungkar serta jauhkanlah dia dari segala musibah. Terimalah segala amalannya dan kelak, jadikanlah dia sebagai penghuni syurga-Mu. Aamiin

Sekian. Wassalam.

#fidahshah
#whitebarley
#selamattahunbaru



Label:

September 20, 2017

WW#21 Relationship

Assalamualaikum

Relationship isn't holding hands while you understand each other. It's about having a lot of misunderstandings and still not leaving each other's hand.


Sekian. Wassalam.

Pic: google (edited)
#whitebarley
#wordlesswednesday
#relationship

Label:

September 19, 2017

Ke Mana Nak Lari?

Assalamualaikum.

Kalau orang Bangi, kat mana lagi nak lari-lari kalau bukan di Tasik Cempaka. Sebenarnya ada beberapa tempat lain, tapi Akak suka pergi sini. Kiranya, ini adalah antara aktiviti hujung minggu.

Walaupun dah ada beberapa entri/post cerita pasal tasik ni, nak jugak tulis lagi. 

Tak kan la nak upload gambar Akak buat senam-robik atau poco-poco pulak. Ada yang muntah darah nanti :D

Macam biasa, sambil lari-lari anak kat sana (90% jalan aje sebenarnya), Akak suka ambik gambar. Terlajak rajin, adalah quotation kat situ. Tapi quotation tu tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, cuma nak sesuaikan dengan gambar.

Bukan senang nak jumpa burung jenis ni. Tu pun ada sekor aje. Nasib baik tak lari masa gambar dia kena ambik.


Sky above, earth below, peace within
Ni pemandangan dari tepi tasik. Nampak tenang, aje. Dan ada orang kata, kita tak pernah jangka apa yang ada disebalik air yang tenang, sampailah keluar buaya...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Anak-anak......, ini bunga teratai ya.
Punyalah akak excited nak ambik gambar bunga yang tengah kembang kat tepi tasik dengan pelbagai gaya dan posisi. Kalau ada orang tengok mesti kata "apa lah mak cik ni tengah buat"...huhu
Untuk otai2, gambar bunga ni tak ada kaitan dengan lagu Teratai Layu nyanyian kak Jee Latip.


Reflection
Quotation tu memang sengaja diletakkan di tengah-tengah gambar untuk menerangkan tentang 'reflection', selain dari untuk menutupi kesan-kesan sampah yang ada....haha


Life isn't black and white. It's a million grey areas. Don't you find? - Ridley Scott
Hidup bukan hanya ada warna hitam putih...tapi ada berjuta kawasan warna kelabu. Kau jumpa tak?...(direct translation ๐Ÿคฃ).


Sekian. Wassalam














Label:

September 18, 2017

Bedak Cap Nyonya


Assalamualaikum.

Pernah tak korang tengok bedak ni?
Semalam...masa jalan-jalan di kedai sekitar rumah, terjumpa pulak dengan bedak ni. Ada lagi rupanya kat pasaran.

Masa zaman kecik-kecik dulu, manalah reti nak beli bedak avon, maybelline, innisfree bagai. Jadi bedak ni lah yang ditepek kat muka...haha.

Kalau tak tepek bedak ni, akak guna bedak telkum cuticura ("bedak cuticura siapa ni?") atau bedak zaitun (gunakan tanpa was-was). Saya duduk kat kampung, tak jumpa bedak glamer2 yang lain.

Tapi bedak ni senang pecah. Silap-silap boleh berterabur kat lantai....Lepas tu confirm kena marah dengan arwah mak. #nostalgia

Korang pulak, masa kecik-kecik dulu, guna bedak apa?

Sekian. Wassalam.

#photobyfidah
#whitebarley
#bedakcapnyonya


Label:

September 17, 2017

Bun In A Cup


Assalamualaikum
Macam nak buat kelainan, jadi cubalah resipi ni.
'Bun in a cup'...

Kalau kek dalam cawan orang panggil cup cake, bun dalam cawan (kertas) ni, tak ada pulak orang nak panggil cup bun....
So saya panggil aje lah 'bun in a cup'.

Bun kacang merah

Macam biasa, nak tepek resipi kat sini supaya senang nak refer.
  • 3 cawan tepung high protein (tepung roti)
  • 240 ml air. Kalau nak tambah telur (satu biji), adjust jumlah air. Pastikan total 'cecair' 240 ml.
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • Bahan hiasan: telur, cheese dan bijan

Cara-cara:
  • Masukkan yis ke dalam air
  • Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan kecuali air dan yis. Lepas tu, barulah tambahkan yis (yang telah dicampurkan dengan air)
  • Ulilah dengan tenaga 4 kerat. Kalau guna bread maker, gunakan function 'dough' dan boleh duduk goyang kaki sampai adunan siap dibancuh (ikut arahan bread maker masing2..huhu)
  • Setelah adunan rata, rehatkan doh hingga kembang (anggaran 2x ganda dari saiz asal), uli atau tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  • Setelah itu, ulilah dengan penuh kasih sayang sehingga licin. Ambik sedikit adunan (anggaran besar sedikit dari bola ping pong. Bukan bola sepak atau bola tampar. Leperkan. Masukkan inti. Kemaskan
  •  Masukkan ke dalam cup. Tunggu dalam 40 minit atau adunan menjadi 2x ganda.
  • Sebelum bakar, sapukan telur dan letak cheese/ bijan di permukaan roti.
  • Lepas tu bolehlah bakar dengan suhu 160ยฐc selama 20 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing)

Bun....pandangan dari sudut atas katanya :)

Nota : Untuk inti, separuh adunan saya letak inti sardin dan separuh lagi inti kacang merah.

Untuk inti kacang merah, boleh beli yang dah siap kat kedai-kedai menjual bahan roti dan kek. Jadi, boleh jimat masa. Tak payah nak rebus kacang bagai...huhu

Untuk inti sardin, keluarkan sardin yang sendat dan padat dari dalam tin. Hancurkan dan adjustlah mengikut citarasa.

Gambar atas: Yang atas ada cheese tu inti sardin dan yang kat atas ada bijan putih tu inti kacang merah.

Ni first time buat, rupa bentuk pun kurang memberangsangkan lagi. Banyak yang nak kena belajar.
Lagi satu, Cikgu saya kata, roti bun ni, nak uli dia pun mesti dengan kesabaran dan kasih sayang...
Uli kena sampai lembut dan licin, barulah hasilnya gebu gebas...
Version yang ni kira belum cukup gebu lagi la....haha


Adunan ini boleh dapat 12 ke 14 biji bun.
Ok. Itu aje resipi kali ni.
Selamat hujung minggu.
Sekian. Wassalam.

Hulurkan padaku secawan kopi, manisnya bergulakan realiti. Hulurkan padaku sekeping roti, tapi jangan bermentegakan mimpi - Sani Sudin

#whitebarley
#makansikettakgemuk



Label:

September 15, 2017

Kau Haddo??

Assalamualaikum
Akak nak post quotation aje :)


๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…....haddo?
Moga dipermudahkan segala urusan kita hari ini, dijauhkan dari segala fitnah dan prasangka buruk, serta dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan....aamiin

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#banyakwanghatisenang


Label:

September 14, 2017

Freedom






Walaupun Malaysia sudah 60 tahun mencapai kemerekaan, tapi, adakah kehidupan kita betul-betul merdeka?

Baca juga:

Erti Merdeka Dari Perspektif Kewangan

Berhenti Kerja Dan Berniaga....Ada Berani?


Semoga segala urusan kita dimudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.

Pic: Google

#whitebarley
#financialfeeedom
#merdeka




Label:

September 13, 2017

White Barley Cap Ayam?


Betul ke dia ni white (pearl) barley cap ayam???
Awak pulak.....siapa nama? ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”


Sekian. Wassalam.

Find yourself and be that


#whitebarley
#pasarpagibangi

Label:

September 12, 2017

Kenangan Haji 2016






Assalamulaikum
Akhir-akhir ini saya sibuk sikit mengumpul gambar-gambar kenangan.
Sebelum hilang atau terlupa simpan kat mana-mana baik saya kumpulkan.

Since blog ni pun kadang-kadang dah jadi macam diary, saya nak 'simpan' kat sini.
Boleh juga jadi kenangan dan tatapan sendiri, serta anak cucu... :)
Juga untuk kawan-kawan (mana yang sudi tengok).

Memories are special moments that tell our stories


Sekian. Wassalam

Kerdit lagu: Pergi Haji (Umi Pipik & UJE)
Sebahagian gambar adalah ihsan dari Rayhar Travels


#whiteberley
#haji2016
#rayhartravels
#mekah




Label:

Pengajaran Dari Surah Yusuf

Assalamualaikum

"Demi Sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar)" - 12:7

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman - 12:111

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah



Sekian. Wassalam.

Rujukan : tafsirq.com, khairulorama.wordpress.com
Pic: google


Label:

September 09, 2017

Japanese Korokke....Bukan Begedil Biasa

Assalamualaikum..
Nama pun lain.....haruslah bendanya pun lain.
Tapi hampir serupa, namum tak sama.



Cara pembuatannya hampir sama dengan begedil, tapi sedikit berbeza sebab Japanese Korokke ni disalut dengan serbuk roti (bread crumbs).


Jom tengok resipi:
  • 4 ke 5 biji kentang
  • 150gm daging kisar
  • Sebiji bawang merah sederhana besar dan 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 pokok daun sup / daun bawang
  • Garam seukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis (saya suka suki tambah)
  • 3 sudu bawang goreng (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur ayam
  • Cheese (saya guna mozzarella) - optional. Untuk diletak dalam korokke / croquette / 'begedil'
  • Serbuk roti (bread crumbs) dan tepung gandum - anggaran 1 cawan setiap satu (untuk salut korokke / croquette / 'begedil')
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  • Rebus kentang. Dah empuk/lembut, toskan. Lepas tu lecek halus.
  • Panaskan kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan daging. Masukkan garam dan serbuk lada hitam (nak tambah serbuk kayu manis sebagai perisa tambahan ok jugak).
  • Bila daging dah masak, masukkan ke dalam bekas kentang lecek tadi.
  • Campurkan daun sup / daun bawang. Campur juga bawang goreng (optional). Gaul rata.
  • Ambik sedikit bahan tadi, leperkan. Bahagian tengah masukkan cheese (macam kita masukkan inti kalau buat kuih cucur badak :D). Kemaskan.

  • Dah siap dibentuk, salut dengan tepung. Lepas tu celup kat dalam telur. Lepas celup kat telur, salutkan dengan serbuk roti (bread crumbs).
  • Goreng sampai kekuningan dan hidangkan.

Sekian. Wassalam

Rujukan: www.thespruce.com, www.manumenus.com

#whitebarley
#japanesekorokke
#croquette
#dietkelautadamakkisah






Label: