<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: November 2016

November 23, 2016

WW#15 Perempuan




Kerana perempuan adalah perempuan
Dan hormatilah perempuan sebagai mana ia harus dihormati......


Sekian. Wassalam

Pic: google

Label:

November 22, 2016

Roti Manis

Assalamualaikum


Ini bukannya kisah Abang Bangla dan Adik Maniisss...tapi cerita pasal roti manis... :D

Sebenarnya dah lama teringin nak me-roti. Cuma hari Ahad lepas baru terlajak rajin. Alhamdulillah. Menjadi jugak walaupun rupanya belum begitu memberangsangkan. Maklum lah..baru-baru nak belajar. Skill menguli memang kena improve lagi supaya roti tu menjadi lebih licin dan gebu gebas.

Resipi roti ni saya ambik di blog www.sumarz.com

Macam biasa, saya suka tepek resipi kat sini..esok-esok kalau nak buat lagi, senang nak refer.

Bahan-bahan (basic):
  • Tepung high protein (3 1/4 cawan)
  • Susu pekat manis (2 sudu)
  • Butter (2 sudu)
  • Gula (4 sudu)
  • Telur  (1 biji)
  • Yis (1 paket @ 11 gram)
  • Air (resipi asal 1 cawan, tapi saya gunakan 3/4 cawan)
Bahan tambahan:
Sebiji telur (dipukul manja), chedar cheese dan gula untuk disapu dan ditabur atas roti.

Cara-cara:
  • Masukkan yis ke dalam air.
  • Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan yis. Dah masuk semua, barulah tuangkan yis yang telah dimasukkan ke dalam air.
  • Uli dengan tenaga 4 kerat atau mesin penguli. Kalau guna bread maker, gunakan function 'dough'.
  • Setelah rata, rehatkan doh hingga kembang.
  • Lepas kembang (anggaran 2x ganda dari saiz asal), uli atau tumbuk2 doh tu untuk keluarkan angin.
  • Setelah itu, uli lah dengan penuh kasih sayang sehingga licin mengikut bentuk-bentuk yang disukai. Masukkan ke dalam dulang pembakar atau mana2 bekas yang sesuai. 
  • Tunggu dalam 40 minit atau saiz berubah dan menjadi kembang 2x ganda.
  • Sapukan telur dipermukaan roti dan tabur kan cheese dan gula sesedap rasa.
  • Lepas tu boleh lah dibakar degan suhu 150Ā°c selama 15 ke 20 minit - ikut oven masing2 (api atas bawah).
  • Sedia untuk dihidangkan....gambar atas..versi terlebih garing..hihi

Selamat mencuba.




November 14, 2016

Bulan


Dalam gelap ada cahaya
Menjadi penyuluh malam yang gelita
Memberi sinar penyeri maya
Hiasan indah alam dunia

Bila di pagar bintang berkerlipan
Cantiknya bulan tiada tandingan
Setia beredar mengikut perhitungan
Menjadi bukti kekuasaan Tuhan

Wahai pungguk yang merindu
Masihkan engkau terus menunggu
Tak jemu memuja bulan yang satu
Biar pun malam kian berlalu


Fidah Shah
14 Nov 2016
Bangi

Image: Google
#supermoon


Label:

November 08, 2016

Dua Tiga Kucing Berlari, Mana Nak Sama Si Kucing Belang


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana nak sama cik adik seorang


Entri ini juga tidak ada kena mengena dengan pantun di atas.

Cuma nak share gambar kucing yang saya rasa bulunya agak unik. Kucingnya pun comel dan jinak.

Sebenarnya saya nampak kucing ni masa melawat cucu Mak Chu suami saya hari Sabtu lalu. Nak tengok baby baru.
Sebab orang kata tak sesuai nak ambik gambar baby baru lahir, mak ambik gambar kucing aje lah...hihi

Nasib baik jugak ada kucing ni...boleh juga anak saya, Afiq duduk diam-diam sambil main kucing.



Ok. Itu saja cerita untuk kali ini.
Sekian. Wassalam.


Label:

November 06, 2016

Ada Udang Di Sebalik Mi


Assalamualaikum

'Ada udang di sebalik mi atau peribahasa asalnya, ada udang di sebalik batu bermaksud ada niat tertentu disebalik setiap perbuatan.

From google


Tapi entri kali ini bukanlah untuk menulis tentang peribahasa tersebut.

Cuma nak bagi tau..kat gambar tu memang ada udang di sebalik mi..
Kalau tak percaya, cuba tengok betul-betul

Tu aje nak bagi tau...salam hujung minggu

Sekian...Wassalam


Label:

November 02, 2016

WW#14 Kasut Sama Hitam, Hati Lain-lain

Salam Rabu


Moga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam...aamiin

Sekian. Wassalam


Label:

November 01, 2016

Bagai Menatang Minyak Yang Penuh

Assalamualaikum...

Sekadar nak up date harga minyak terkini..
Moga kita lebih berdisplin ketika berbelanja..
Mungkin juga masa yang untuk naik basikal atau berjalan kaki :)



Dan dengan kenaikan harga minyak masak..rakyat Malaysia dijangka akan lebih sihat kerana makan makanan yang rebus-rebus dan bening-bening sahaja...


Bersyukurlah...kerana Malaysia masih aman....




Dan ketika harga minyak (petrol) dunia turun.....eeerrrmmm...



Sekian. Wassalam
Sumber: Pelbagai


Label: