<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: September 2014

September 28, 2014

Kacang Pool

Assalamualaikum....

Masa bersembang-sembang dengan rakan 'se-negeri' hari Jumaat lepas, termasuk pulak topik kacang pool ni...eemmm...apa lagi, tekak pun teringin la.



Jenuh Mak Jemah cari resipi dan bahan-bahan nak buat..huhu
Alang-alang dah terlajak rajin memasak tadi, saya kongsikan sekali resipinya di sini:

Bahan-bahan :
1. 1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur)
2. 1 tin kacang panggang
3. 200gm daging lembu kisar
4. 1 biji bawang merah besar (kisar)
5. 5 biji bawang merah kecil (kisar)
6. 5 biji bawang putih (kisar)
7. 1 inci halia (kisar)
8. 1 1/2 sudu besar rempah kari
9. 1 sudu besar serbuk ketumbar
10. Minyak untuk menumis
11. Garam & gula secukup rasa
12. Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk ketumbar
3. Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
4. Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi)
5. Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
1. Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
2. Bawang besar (potong dadu)
3. Lada hijau (hiris kecil-kecil)
4. Limau kasturi (belah 2)

Bahan lain:
1. Roti (saya guna roti gardenia aje tadi) - sapu butter dan bakar siket

Cara hidangan:
Masukkan kacang yang telah dimasak tadi ke dalam mangkuk. Masukkan telur goreng manja dan bahan-bahan sampingan tadi. Makanlah dengan roti yang telah siap dibakar..





Selamat Mencuba.

Sekian. Wassalam.







Label:

September 25, 2014

Penghayatan AsmaulHusna....untuk pekerja

Assalamualaikum...
Perkongsian dari seorang kawan saya melalui mesej whatapp nya...
Semoga menjadi panduan & amalan..


Salam Jumaat.
Sekian. Wassalam..

Label:

September 22, 2014

Be You...


I came across this quote as i browsed through my long list of favourite quotations this afternoon.

Nice quote..i guess..hehe...but what does it mean?
After some 'additional google'..I've found this answer.
When you envy someone else, you are ignorant of your own blessing.... and imitation is suicide because when you imitate others, you are not being a unique person..you are being somebody else.

So, never compare yourself to others.
Be the best version of you. Everyone is unique. Everybody has their own strength and weaknesses.

"To help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it, pick yourself and move on" - Dave Pelzer

"Always be yourself, express yourself, have faith in yourself. Do not go out and look for a successful  personality and duplicate it" - Bruce Lee




Thank You.

Wassalam.

Source : Google


Label:

September 10, 2014

Berbaik Sangka...

Assalamualaikum...

Saya terjumpa quote ini di FB...


Apa yang paling penting....adalah mendidik hati sendiri....

Sekian..Wassalam..
p/s : minta maaf kerana tak berkesempatan utk ber bw lagi...nanti saya lawat ke blog kawan2 ya... :)

Label:

September 07, 2014

Seri Puteri dan Kenangan


Assalamualaikum

Pada hari Jumaat yang lalu, semasa menghadiri satu meeting di office, ada orang bertanyakan tentang sekolah saya, Sekolah Seri Puteri.
Dia ingin tahu apakah bezanya Sekolah Seri Puteri (SSP) yang secara rasminya telah dipindahkan ke Cyberjaya pada tahun 2003 dan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) yang letaknya di bekas tapak Sekolah Seri Puteri (SSP) di Jalan Kolam Ayer.

Masalahnya Kak Ton hanya mengikuti perkembangan Sekolah Seri Puteri (SSP) bardasarkan kegiatan alumni sahaja...mengenai perkembangan terkini SESERI tu...memang tak berapa pasti...huhu

Ok..alang2 dah mengumpul maklumat, baik saya jadikan ia satu entri. Manalah tau, info ini mungkin berguna untuk pihak-pihak yang lain.

Sekolah Seri Puteri (SSP)
Latar Belakang:
Sekolah ini ditubuhkan pada 6 Mei 1969 dan pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Perempuan Jalan Kolam Ayer. Nama tersebut dengan rasminya telah ditukarkan kepada Sekolah Seri Puteri (SSP) pada September 1978. Nama itu dipilih kerana ia menggambarkan pelbagai makna yang berkaitan dengan kecantikan, kemuliaan dan kepimpinan. Lambang sekolah juga diperkenalkan pada tahun yang sama.
Pada tanggal 1 Mac 2003, sekolah ini dipindahkan ke Cyberjaya dengan bangunan yang lebih moden. Perasmiannya telah telah diadakan pada 10 April 2007.



Pengalaman Saya:
Menjalani hidup di sekolah berasrama ..pastinya meninggalkan berbagai kenangan dalam hidup saya. 5 tahun, bukanlah masa yang singkat. Alhamdulillah, ukhwah dan persahabatan dengan kawan-kawan sekolah masih berkekalan..terutamanya yang 1 batch. Seperti yang pernah saya coretkan dulu, untung sekarang ni sudah ada media sosial seperti FB, whatsapp, Kakao talk, instagram dan sebagainya...memang sangat membantu untuk mancari dan menghubungi rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Antara kenangan yang paling menarik adalah semasa menyertai pasukan pancaragam sekolah. Walaupun sangat memenatkan kerana terpaksa mengikuti latihan setiap hari, tapi  ianya dapat mengajar saya supaya lebih berdisiplin dan bijak menguruskan masa. Latihan paling intensif adalah sewaktu upacara perbarisan Hari Kebangsaan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka. Masa tu, berpeluang juga melihat persembahan dari band-band sekolah lain contohnya Victoria Institutions, St John Institution, Sekolah Menengah (Perempuan) Kuen Cheng, Sekolah Alam Shah dan sebagainya. Memang kenangan manis.......

Masa di sekolah berasrama, jadual harian memang padat. Banguan pagi terus mandi (kadang-kadang kena tunggu giliran), lepas tu sembahyang subuh di surau, diikuti dengan sarapan pagi, lepas tu ada program Bacaan Meluas, perhimpunan pagi dan masuk ke kelas.
Lepas habis waktu persekolahan (pukul 1.55 petang),  makan tengah hari dulu, solat zuhur, lepas solat, boleh berehat sekejap (masa tu dipanggil silent hour...). Setelah itu, bermulalah sesi kelas persediaan petang (PREP) sehingga pukul 4.30 petang. Bagi ahli pancaragam seperti saya, setiap petang ada latihan pancaragam yang biasanya dimulakan pada pukul 5.15 sehingga 6.30 petang.
Waktu makan bermula pukul 7 (kami diwajibkan menggunakan sudu & garfu. Masa tu semua tunjuk skill..terutamanya kalau ada lauk ayam goreng..hehe..meriah bunyi sudu garfu di Dewan Makan), diikuti dengan solat maghrib. Selepas solat maghrib, bermulalah pula sesi kelas persediaan malam (PREP). Habis PERP dalam pukul 10 dan selepas solat Isya, kami di mestikan tidur. Begitulah jadual harian saya pada masa itu, yang masih kekal dalam ingatan.
Walau jadualnya padat dan kadang kala sangat memenatkan, ianya telah memberi pelbagai kenangan dan pengajaran dalam hidup saya.

Ini pula..gambar-gambar di sekitar kawasan sekolah di Cyberjaya...Terima kasih kepada rakan saya, Cik M Gojes, yang telah besusah payah merakamkan gambar-gambar tersebut.. :)




Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)


Saya juga ingin berkongsi serba sedikit maklumat tentang Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI). Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh dan dibuka secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sekolah ini terletak di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur dan merupakan sekolah untuk pelajar perempuan dari seluruh tanahair yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Semenjak penubuhannya, sekolah ini juga telah berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang, baik dari sudut akademik mahupun ko-korikulum.

Ok. Itu saya coretan saya untuk kali ini. Seronok juga sekali sekala dapat mengimbau kenangan silam...kalau bukak balik diary nanti, macam-macam cerita pulak yang akan keluar......hehehe

Sekian. Wassalam.

Sumber gambar & rujukan utama: website Sekolah Seri Puteri (SSP) & Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)

Label:

September 04, 2014

Mawar Merah atau Anggerik Ungu?

Assalamualaikum...

Yang mana satu pilihan hati? Mawar merah atau anggerik ungu (purple)?
Namun saya pasti, kedua-duanya sama cantik dan ada keistimewaannya yang tersendiri.


Mawar Merah adalah sejenis bunga berduri yang cantik dan wangi. Juga merupakan bunga yang sangat popular terutamanya bagi yang sedang bercinta. Ramai wanita akan suka kalau dapat bunga mawar atau rose ini...betul tak?. Tak kiralah sama ada dapat sekuntum, 3 kuntum atau sejambak, pasti akan menceriakan hari.

Tahukah anda..apakah maksud jumlah kuntuman bunga mawar?...(Tapi, ini hanyalah berdasakan sesetangah pendapat dan kepercayaan... tak pasti boleh percaya 100% atau tidak)

1 kuntum : Cinta pandang pertama.
3 kuntum : I love you
12 kuntum : Be my steady
100 kuntum : Semoga kekal bersama

Kesimpulannya, bunga mawar adalah sejenis bunga yang sangat penting sebagai lambang percintaan. Sampai ada pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan.
"I'd rather have roses on my table than diamonds on my neck"


Tapi, selama mana bunga ini dapat bertahan??
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian....
Wanita....masa dapat bunga tu..gembira habis. Lepas tu, keringkan dan simpan. Tak kan nak buang pulak....sayang...hehe
Tapi, kalau dah lama-lama sangat, dan dah dapat bunga yang baru...tak tau pula nak simpan di mana. Akhirnya terbuang jua......
Mungkin memang itu nasib si bunga romantis.. :( :(

Bagaimana pula dengan Anggerik Ungu?
Anggerik atau Okid (orchid) asalnya adalah sejenis bunga hutan. Baunya juga mungkin tidak sewangi mawar. Ada sesetengah pendapat yang menyatakan anggerik melambangkan misteri dan tidak kepastian. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah lambang kecantikan, keindahan, kemewahan, perhatian dan kebaikan.
Pendapat peribadi saya, bungga anggerik, dengan bentukya yang sangat unik, mempunyai nilai komersial yang tinggi. Apatah lagi jika dipelihara dengan baik, pastinya lebih cantik dan harganya menjadi lebih mahal.
Penanaman dan penjagaannya juga, tidaklah begitu rumit bagi sesetengah orang yang sudah biasa dengan pokok bunga ini...Namun bagi saya yang masih baru nak belajar, agak susah juga nampaknya...huhu..

Pendapat dan pilihan anda bagaimana pula?
Yang mana satu pilihan hati...mawar merah atau anggerik ungu?

Sekian. Waassalam.









Label: